Pamplet Koperasi Pekida Malaysi3

  • Uploaded by: musbri mohamed
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pamplet Koperasi Pekida Malaysi3 as PDF for free.

More details

  • Words: 786
  • Pages: 5
Surat Pekeliling Sila baca, cetak dan edar sesama rakan taulan Islam KOPERASI PEKIDA MALAYSIA BERHAD ( Nombor Pendaftaran W-6-0355 )

43A, Jalan SS 15/4C 47500 Subang Jaya Selangor Darul Ehsan Malaysia KOPEM Phone: 03-56215030 ; Fax: 03-56345030 ; E-mail: [email protected]

Bertarikh pada 5 hb. Disember,2008

Sahabat-sahabat Saya yang bernama Musbri Bin Mohamed adalah Setiausaha bagi KOPEM untuk sessi 2008/2009. Dimaklumkan bahawa saya juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Pekida Malaysia dan Ahli Lembaga Pengarah bagi Yayasan Pekida Malaysia. Sehubungan itu pada tarikh hari ini KOPEM akan bergerak aktif bagi merancang, melaksana dan memantau untuk program ahli Pekida dan juga keluarga ahli Pekida di seluruh Malaysia bagi tujuan kebajikan dan kemakmuran di dunia dan akhirat. Bersama ini saya sertakan ringkasan tujuan penubuhan Pekida , Yayasan dan juga KOPEM untuk rujukan para sahabat.

1

Matlamat Penubuhan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia ( PEKIDA ) Menegak dan memperjuangkan syiar Islam sesuai dengan ajaran Al-Quran dan Hadis; Mengujudkan taat setia yang kukuh dan tidak berbelah bahagi kepada Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang Dipertuan Agong, Sultan-Sultan dan Raja-Raja Melayu, Kerajaan dan Pemerintah, dan mematuhi Perlembagaan dan PrinsipPrinsip Rukun Negara; Mengujudkan sumber kewangan masyarakat Islam dan menubuhkan Yayasan serta menggalakkan ahli untuk bekerjasama memberi bantuan dan sokongan bagi meningkat dan meninggikan taraf kehidupan umat Islam di segala bidang serta mengadakan atau menebus harta seperti tanah, bangunan dan lain-lain harta; Menganjurkan kerja dan usaha amal kebajikan untuk faedah ahli-ahli; Mempertahankan negara dari ancaman musuh dan anasir jahat, komunis dan golongan anti Islam; dan Mendirikan institusi pendidikan dan menjadikan bidang pendidikan sebagai tugas penting dan utama yang perlu dilaksanakan untuk ahli, anak-anak mereka dan masyarakat umum.

2

Matlamat penubuhan Yayasan Pekida Malaysia (YPM) Selain yang tercatat di dalam Memoranda dan Artikel tubuh YPM maka falsafah, tujuan dan perlaksanaan bagi agenda, program dan aktiviti YPM adalah disasarkan bagi mencapai 4 matlamat bagi pembangunan perkara di bawah :1. Insan Menyedari bahawa sebuah negara dan tamadun hanya dapat dibangunkan dengan jaya oleh individu dan kelompok manusia yang berdisiplin , ikhlas dan mulia maka YPM akan merancang , melaksana dan memantau program yang melibatkan pembangunan individu PEKIDA dan masyarakat Malaysia yang berilmu, beriman, berakhlak dan bertanggungjawab bagi kehidupan di dunia dan juga akhirat. 2. Sosial Menyedari bahawa proses pembangunan yang memerlukan sistem sosial yang adil, progresif dan mampan akan dilambatkan oleh gejala dan penyakit sosial maka YPM akan merancang dan membentuk ahli PEKIDA dan keluarga ahli PEKIDA serta masyarakat Malaysia menjadi sebuah masyarakat yang bersatu, berdikari, jatidiri, inovatif , dinamik , pro-aktif dan progresif ke arah pencapaian menjadi masyarakat maju menjelang tahun 2025. 3. Ekonomi Menyedari bahawa ahli PEKIDA, keluarga ahli PEKIDA dan masyarakat Islam Malaysia masih dibelenggu masalah kemiskinan maka YPM akan berperanan dan bertanggungjawab bagi perancangan membasmi kemiskinan dan mengukuhkan ekonomi yangmana seterusnya mengujudkan masyarakat maju yang berjaya dengan cara mengembeleng tenaga, kepentingan dan aset masyarakat Malaysia menjadi entiti yang mampu bersaing melalui sokongan sistem maklumat, pengurusan, teknikal dan kewangan yang sempurna di peringkat daerah,negeri, kebangsaan , serantau, benua dan global. 4. Mampan Menyedari bahawa hari ini lebih baik dari semalam dan esok perlu lebih baik berbanding hari ini maka YPM perlu memastikan bahawa pembangunan yang dibawa dan dipraktik oleh YPM perlulah merupakan struktur pembangunan mampan. Pembangunan mampan adalah pembangunan yang memenuhi keperluan semasa tanpa menjejas keperluan generasi masa depan dan ianya adalah pembangunan yang mengimbangkan pembangunan ekonomi dengan keperluan sosial dan alam sekitar.

3

Sementara itu Koperasi pula mengamalkan prinsip-prinsip di bawah :Keanggotaan sukarela dan terbuka Kawalan secara demokrasi oleh anggota Penglibatan anggota dalam kegiatan ekonomi Kebebasan dan autonomi Pendidikan, latihan dan maklumat Bekerjasama di antara koperasi Prihatin terhadap masyarakat Nas Al-Quran sudah jelas tentang penglibatan umat Islam di dalam kerja-kerja amar makruf nahi mungkar ini seperti yang difirmankan Allah s.w.t di dalam Surah Al- Taubah, Ayat 71: "Dan mukmin dan mukminat, sesetengahnya menjadi penolong bagi sesetengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat kejahatan , mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta ta'at kepada Allah dan Rasul Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah" Saya dengan ini memohon sahabat-sahabat semua agar dapat berdaftar dengan KOPEM bagi merealisasikan hasrat kita di atas. Perlaksanaan untuk aktiviti serta program KOPEM akan dapat membangunkan sosial ,ekonomi dan politik bagi orang Melayu di peringkat daerah, negeri, Malaysia, serantau dan global. Kami dapat dihubungi dengan alamat seperti tertera di surat pekeliling ini. Bersama ini dikembarkan salinan pendaftaran KOPEM untuk rujukan sahabat semua. Wassalamualaikum w.b.a. Sahabat Mu Musbri Bin Mohamed

4

Lampiran Al-Quran; Surah 16 , An-Nahl( Lebah ) Ayat 125, (Terjemahan) “ Panggillah (dakwah) mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara sebaik-baiknya . Sesungguhnya Allah lebih tahu siapa yang tersesat jalannya, dan Dia lebih tahu pula orang –orang yang menuruti jalan yang benar. “

5

Related Documents

Pamplet
April 2020 47
Koperasi
November 2019 63
Koperasi
April 2020 45
Koperasi
November 2019 55
Pamplet Kompang
May 2020 33

More Documents from ""

Presentation Ip Law
May 2020 18
Nostalgia
May 2020 20
Common Law 1malaysia
May 2020 22
E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Collapse Of The Us Dollar
December 2019 25