Kisah Orang Melayu Yang Tidak Kebulur Lagi

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kisah Orang Melayu Yang Tidak Kebulur Lagi as PDF for free.

More details

  • Words: 645
  • Pages: 2
KISAH ORANG MELAYU YANG TIDAK KEBULUR LAGI… ZAINI HASSAN ORANG-orang Melayu, nampaknya seperti sudah terlalu selesa dengan kehidupan mereka di negara ini. Mereka tahu apa yang mereka mahu, mereka akan dapat. Tidak kiralah mereka itu menyokong kerajaan atau menyokong pembangkang – orang Melayu tidak akan kebulur hidup dalam negara ini. Maka itulah, dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Selambau ini - slogan “kami sudah tidak kebuloq dengan BN” dimainkan dari atas lori-lori kecil bergerak (seperti iklan wayang cerita P. Ramlee). Lori dicat hijau itu bergerak ke segenap cerok kampung. Orang Melayu yang melihatnya bersenyum. Kanak-kanak Melayu di kampung-kampung terlompat-lompat keriangan. Orang Cina yang berniaga di kedai-kedai menarik nafas lega - kerana orang Melayu sudah ada wang untuk membeli barangan jualan mereka. Slogan itu tiada salahnya. Memang benar. Orang Melayu di Malaysia ini sudah tidak kebulur. Anak-anak boleh kerja - paling rendah pun di kilang-kilang - dan paling tinggi anak-anak lulusan universiti yang bekerja besar di Kuala Lumpur dan bandar besar. Anak-anak orang Melayu kini sudah boleh belajar sehingga ke Amerika, England, Australia - dihantar kerajaan dan Mara. Setiap bulan anak-anak yang bekerja akan menghantar wang pulang ke kampung - oleh itu, tiada siapa yang kebulur lagi. Yang menoreh getah - semalas-malas mereka pun boleh mengumpul sekerap berharga RM2 sekilo, masih boleh hidup. Yang mengait kelapa sawit - harga pasarannya sekarang tinggi dan lumayan. Pendek kata, orang Melayu sudah tidak kebulur. Mereka tidak perlu lagi ‘tongkat’ kerajaan BN untuk menyuap ke mulut mereka. Yang berniaga kecil, kerajaan Pusat memberikan kepada orang Melayu bantuan pinjaman kecil TEKUN atau bantuan Ikhtiar. Tak kiralah orang itu orang UMNO ke, Pas atau PKR semua beratur untuk memohon bantuan itu. Pendek kata, tiada siapa lagi yang akan kebulur. Sama ada mereka akan bayar balik pinjaman itu atau tidak - itu soal lain. Masingmasing akan mendapat pinjaman mudah sekurang-kurangnya RM10,000 untuk modal berniaga. Oleh itu, memang betullah kata orang Pas dan PKR dari atas lori kecil itu - “kami tidak kebulur dengan BN lagi”. Mereka menjerit-jerit tidak mahu dibantu lagi. Orang Melayu - Pas, PKR, malah mungkin seluruh orang Melayu tidak lagi kebulurkan bantuan kerajaan yang dipimpin oleh Barisan Nasional (BN). Jika tidak, masakan mereka membawa slogan seperti itu. Kita tidak pasti apakah itu namanya takbur atau lupa daratan, tapi itu tidak penting bagi pihak tersebut, asalkan mereka sudah tidak kebulur lagi. Seorang rakan yang bersamasama membuat tinjauan di Bukit Selambau ini mengulas slogan itu dengan satu perbandingan analogi kisah ‘‘Anak dan Bapa.” Katanya, si bapa yang mengasuh dengan penuh kasih sayang anak-anaknya - sekolah yang cukup, makanan, pakaian dan macam-macam lagi, tiba-tiba terkejut dengan sikap anaknya yang berubah setelah dia dewasa dan sudah boleh berdikari. Si anak, mula menganggap si bapa itu sudah tidak penting lagi. Si anak merasakan dia sudah boleh berdiri sendiri dan tidak memerlukan bantuan lagi. Si anak yang dibela sehingga berjaya itu beranggapan dirinya dan bapanya sudah mempunyai jurang generasi. Jika si anak itu seorang yang berterima kasih, dia akan membalas semula jasa-jasa 1

bapanya - tapi jika sebaliknya, dia akan berkata: ‘‘Saya tidak mengharapkan (kebulur) bantuan bapa lagi’'. Dalam tradisi Melayu - orang Melayu akan menghormati orang tuanya atau tok-tok gurunya tapi mungkin di sebabkan berlakunya perubahan zaman, tradisi itu sudah tidak dipedulikan lagi. Dengan rasa tinggi diri mereka mendabik dada mengatakan mereka sudah berjaya - maka itu mereka sudah tidak kebulur lagi dan tidak memerlukan bantuan lagi. Jika itulah kehendak orang Melayu - maka mudahlah tugas kerajaan sekarang. Orang Melayu sudah tidak mahu dibantu lagi. Namun, kita berharap keseronokan orang Melayu itu tidaklah seperti apa yang dialami Pak Kaduk. Dia bersorak-sorak riang walaupun kampungnya tergadai. Pak Kaduk tidak pernah terfikir bahawa tindakannya itu boleh menyebabkan anak cucunya satu hari nanti akan kebulur semula. Dia mungkin menang tapi dalam kekalahan. Nota: Tiada kolum Cuit esok. Kolum ini akan kembali seperti biasa pada hari Rabu pada minggu hadapan. – Pengarang Utusan Malaysia, 7 April 2009

2

Related Documents


More Documents from "pejuangbangsa"