Kembalikan kekebalan Raja-raja Melayu berteraskan semangat Raja Berperlembagaan !
Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah “ Jika rakyat rasa saya berhak, saya menerimanya dan saya akan lakukan yang terbaik. Apapun , biarlah rakyat dan Parlimen tentukan kerana Parlimenlah yang menarik balik kekebalan rajaraja. Malah , ia dibawa oleh orang Melayu sendiri….” Istana Mestika 6 hb. Disember,2008 Mingguan Malaysia; 7 hb. Disember,2008, ms 1
2
“…. Saya tidak mahu rakyat saya minta sedekah dan tidak cukup makan. Apa guna jadi Sultan kalau rakyat menderita. “
- Sultan Sharafuddin Idris Shah "Kita mahu bangsa Melayu hidup selama-lamanya. Hidup jangan merempat dan melarat. Apa ertinya hidup, kalau berada dalam kemiskinan. Untuk mendapat kemajuan dan kejayaan mesti berusaha sepanjang masa. Itulah yang kita mahu lihat," kata Perdana Menteri.
- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Di majlis pelancaran Putera Umno Pulau Pinang di Padang Brown
3
Perkara 181 (2) Perlembagaan Malaysia; pindaan pada tahun 1994 membolehkan raja-raja Melayu didakwa di Mahkamah Khas Raja-raja.
4
Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali (MP Pasir Mas) berkata Perkara 66 Perlembagaan Persekutuan perlu dipinda semula bagi mengembalikan semula kuasa rajaraja bagi memperkenankan sesuatu rang undang-undang di Parlimen. Ia adalah sebagai langkah untuk meyakinkan orang Melayu serta percaya institusi raja di negara ini masih relevan.
5
Pengerusi GABEM, Tan Sri Rahim Tambi Chik pula menyifatkan mengembalikan kekebalan raja-raja kepada Parlimen dan rakyat adalah tepat. Walau bagaimanapun ia menyifatkan masanya belum begitu sesuai dan keperluan yang tidak mendesak, dengan itu boleh dibuat di waktu lain yang lebih sesuai. Menurut Prof. Zainal Kling pula , “jika tiada kuasa raja; kerajaan mungkin akan menjadi terlalu kuat seperti apa yang berlaku di Thailand. Jadi, mengembalikan kekebalan raja-raja Melayu adalah wajar.”
6
Isu kekebalan raja ini sebenarnya timbul pada tahun-tahun 1992, bilamana mantan PM, Tun Mahathir Mohamed berusaha untuk menarik kekebalan raja-raja Melayu ketika itu. Sebenarnya kes ini timbul pada 1992, bila Douglas Gomez dicederakan di Istana Sultan Johor pada 30 Nov.1992. Berikutan dengan itu pada 10 Disember, 92 Dewan Rakyat telah meluluskan dengan sebulat suara usul yang dicadangkan oleh En Ghafar Baba, TPM ketika itu, mengenai apa yang dikenali sebagai peristiwa Bukit Serene.
7
En. Ghafar Baba menegaskan di Parlimen; “Dan bahawa Dewan ini memutuskan kejadian tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa yang bercanggah dengan semangat Perlembagaan Malaysia dan bertentangan dengan cita-cita serta hasrat undangundang negara yang berteraskan kepada sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen. Dan Dewan ini mengambil ketetapan bahawa segala tindakan yang perlu hendaklah diambil bagi menentukan insiden seumpama ini tidak berulang lagi pada masa hadapan.”
8
Sebenarnya sebelum Bukit Serene, berbagai perkara telah berlaku. Antaranya pada Julai 1992, Tengku Bendahara Johor telah dituduh memukul dan mencederakan seorang bernama Jaafar, penjaga gol hoki pasukan Perak selepas perlawanan hoki antara Johor dan Perak. Kemudian peristiwa Prebet Adam yang mengamuk di Chow Kit juga dikaitkan dengan kesultanan Johor yang sehingga kini tiada keputusan yang jelas mengenai perkara itu.
9
Bahagian Perlembagaan yang disebut-sebut akan dipinda adalah Perkara 181(1) yang menyebutkan bahawa “Tiada apa-apa undangundang yang menyentuh secara langsung keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja-raja boleh diluluskan dengan tiada persetujuan Majlis Raja-Raja.” Mengikut peruntukan ini, adalah sukar bagi kerajaan Barisan Nasional untuk meminda Perkara 66 (4) Perlembagaan Malaysia yang berbunyi “Yang Di-Pertuan Agong hendaklah dalam masa 30 hari selepas sesuatu rang undang-undang dikemukakan kepada baginda diperkenankan dengan menyebabkan rang undang-undang itu dicop dengan Mohor Besar.” Kod Etika yang dikemukakan oleh Barisan Nasional ditolak oleh Majlis Raja-Raja, menjadikan ia sukar untuk dilaksanakan. Akhirnya kerajaan berjaya memasukkan satu artikel tambahan di bawah Perkara 66 (4) iaitu 66 (4A) yang berbunyi “jika suatu rang undang-undang tidak diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dalam masa yang ditentukan dalam fasal(4), rang undang-undang itu hendaklah menjadi undang-undang apabila habis masa yang ditentukan dalam Fasal itu mengikut cara yang sama seolah-olah baginda telah memperkenankannya.”
10
Perkara 66(4) memberikan beberapa implikasi. Antaranya sesuatu rang undang-undang itu akan lulus secara automatik walaupun Yang di-Pertuan Agong tidak menandatanganinya. Ini memungkinkan kezaliman akan tertimpa ke atas rakyat . Umpamanya soal Akta Pengambilan Tanah yang telah dipinda, rakyat tidak mampu menolak jika tanahnya ingin diambil oleh kerajaan untuk tujuan pembangunan. Apa yang boleh dilakukan hanyalah tuntutan pampasannya boleh dipertikaikan di Mahkamah. Selebihnya seseorang itu akan kehilangan tanahnya jika kerajaan berhasrat untuk mengambilnya.
11
Sebaliknya orang-orang politik pula kebal daripada tindakan mahkamah. Banyak kes politik akhirnya berakhir begitu sahaja, tanpa tindakan dapat diambil di mahkamah. Terlalu banyak kes membabitkan orang politik tidak dapat diselesaikan, menjadikan seolaholah mereka lebih kebal daripada Raja-raja dan berada di atas undang-undang. Sebab itu reformasi Badan Kehakiman adalah amat perlu buat masa ini di negara ini demi mengembalikan kepercayaan rakyat dan orang ramai terhadap institusi tersebut.
12
Memandangkan iklim politik negara tidak begitu tenang, UMNO yang menjadi tulang belakang BN seolah-olah hanya menunggu masa untuk tumbang, ketuanan Melayu sering dicabar akhirakhir ini kerana kelemahan itu, begitu juga kerajaan PKR belum sampai setahun jagung dan belum mampu menangani pelbagai permasalahan negara yang majmuk ini, adalah dirasakan wajar imuniti raja-raja itu dikembalikan semula ke tempat yang sewajarnya. Ini adalah untuk menjamin kelangsungan survival politik Melayu Islam pada abad-abad mendatang. Janganlah kita menunggu “menang sorak kampung tergadai” baru kita terpinga-pinga untuk mengambil tindakan. Ambillah tindakan sebelum terlewat, sebelum menang jadi arang, kalah jadi abu.
13
KUALA LUMPUR 11 Nov. 2008 Kaum Melayu merupakan kumpulan terbesar dalam senarai penduduk negara ini yang pendapatannya di bawah RM1,000 sebulan. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk S. K. Devamany berkata, berdasarkan Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah (HIS) yang dijalankan Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun lalu, sebanyak 301,000 isi rumah kaum Melayu memperoleh pendapatan di bawah RM1,000 sebulan. Sebanyak 495,500 isi rumah yang mempunyai pendapatan di bawah RM1,000 sebulan secara keseluruhannya.
14
Di Timur Tengah, mereka yang telah melihat pembangunan pesat di negara seperti UAE, Bahrain, Qatar dan Oman tidak pernah terbaca, negara-negara tersebut menggunakan khidmat negara lain secara langsung membangunkan negara mereka seperti yang dilakukan oleh Negara Islam Malaysia. Mereka juga tidak pernah mendengar atau terbaca, pembangunan di kawasan-kawasan tertentu dikhaskan untuk menampung mana-mana negara dalam dunia ini. Memang diakui mereka terbuka dewasa ini tetapi kawalan masih berada 100% di tangan mereka. Tidak pula negara ini melepaskan kepentingan bangsa mereka atas nama pembangunan. Mereka dengan tegas mengatakan strategi yang digunakan di Wilayah Pembangunan Iskanadar, dengan menjemput Singapura berada bersama-sama dalam pasukan perancangan WPI adalah satu strategi gila.
15
Akhirnya UMNO mengakui bahawa mereka gagal untuk menjadi suara pembela orang Melayu. Dominasi UMNO dalam isu yang melibatkan umat Melayu seolah telah diambil alih oleh PAS pada masa ini. Dalam temubual bersama wartawan Berita Harian ; Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu sehingga ada pihak lain berani melakukannya secara terbuka. “ Umno penakut nak bersuara (isu sensitif seperti Dasar Ekonomi Baru) dan apabila kita tak bersuara, orang lain akan menjadi jaguh dan lebih berani. Kita takut kononnya nak jaga perasaan orang lain...kenapa DAP berani “.
16
Polisi Ekonomi Baru kini sudah berusia hampir 40 tahun dan polisi ini dibentuk serta dilaksanakan setelah berlaku rusuhan kaum di Kuala Lumpur pada bulan Mei tahun 1969 yakni selepas PRUPilihan Raya Umum 1969. Kesemua polisi Ekonomi Baru itu tidak diketahui bila dirancangkan oleh Kerajaan Perikatan. Adakah sebelum PRU 1969 atau polisi itu dibuat di bawah Mageran-Majlis Gerakan Negara yang ditadbirkan menuruti Perintah Kuasa Darurat. Sehingga kini tidak diketahui asal usul polisi Ekonomi Baru itu dan apakah polisi Ekonomi Malaysia di bawah pentadbiran Tunku Abd. Rahman Putra sebelum wujudnya polisi tersebut. Tetapi berdasarkan apa yang ditulis K. Pathmanaban sebelum menjadi Ahli Parlimen dan dilantik Timbalan Menteri, beliau bertugas di EPU-Economy Planning Unit menyatakan bahawa kertas kerja DEB-Dasar Ekonomi Baru telah dibuat dalam tempoh satu malam sahaja dan yang menghasilkannya adalah pegawai bukan Melayu.
17
Perjuangan kemerdekaan yang dilakukan oleh UMNO adalah satu perjuangan yang sia-sia dan terburu-buru. Ini memberi pengertian semasa Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak dibawah pemerintahan British, pembesar tempatan khasnya di Semenanjung dan Raja-raja Melayu memang tidak bertindak sebagai institusi yang menjaga kepentingan Melayu dan tanah-tanah dengan sewenang-wenangnya diberikan kepada bukan rakyat tempatan termasuk kepada kaum pendatang yang terdiri dari orang British, Cina dan India. Fenomena Kaum Melayu disisihkan oleh eksekutif Melayu dalam kelulusan bagi pemilikan dan hakmilik tanah masih berleluasa di Malaysia sehingga hari ini.
18
Kedudukan Raja Melayu yang dipertahankan oleh Dato Onn Jaafar supaya jangan menandatangan Malayan Union memang sebelumnya sudah wujud sebagai hanya raja boneka yang tidak mendatangkan faedah kepada orang Melayu. Dari itu kepentingan siapa yang cuba dipertahankan oleh pembesar-pembesar Melayu tadi? Jawapannya ialah kepentingan mereka sendiri kerana dengan wujudnya Malayan Union secara moralnya, Tanah Melayu tidak memerlukan lagi jawatan-jawatan pembesar di dalam Istana seperti Menteri Besar.
19
Hari ini Dasar Ekonomi Baru dengan penyertaaan 30% Bumiputra masih lagi digunakan oleh UMNO dan pembesarnya. Sedangkan dari faktanya UMNO sendiri sudah menutup banyak pintu-pintu untuk menjaga kepentingan bumiputera seperti dahulunya setiap Kementerian dan Jabatan Kerajaaan yang melaksanakan DEB mempunyai Unit dan Bahagian Penyertaan Bumiputra termasuk di Bank-Bank, Perbadanan Badan Berkanun dan GLC. Sekarang semua sudah tidak ada dan generasi baru sudah pasti tidak merasakan kewujudannya. Agaknya kepada siapakah orang-orang Melayu yang menyahut seruan 30% ekonomi hendak mengadu? Mungkin kepada Raja-raja Melayu. Untuk ingatan semua jumlah Melayu kini adalah lebih kurang 60 % daripada rakyat Malaysia. Kalau diikut alasan berdasarkan merit maka sepatutnya orang Melayu juga wajib pegang lebih kurang 60 % ekonomi di Malaysia. Ini juga adalah agenda Melayu yang amat penting dari dulu, kini dan selamanya ! 20
Soal kepentingan Melayu dan Bumiputra mestilah diletakan serta digerakkan di bawah Perkara 153 Perlembagaan Malaysia. Biarlah menjadi tanggungjawab Yang Di Pertuan Agung membuat arahan kepada Kerajaanya dalam soal ekonomi Melayu dan Bumiputra seperti mana dibenarkan oleh Perlembagaan, supaya tidak lagi DEB menjadi kepentingan politik dan perdebatan awam. Di bawah Perkara 153 ini maka Raja-raja Melayu juga dapat meminda dan menambah peruntukan negeri-negeri agar kehidupan kaum Melayu dapat dijamin di dunia membawa ke akhirat. Di sinilah relevannya Raja-raja Melayu !
21