Presentation Ip Law

  • Uploaded by: musbri mohamed
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Presentation Ip Law as PDF for free.

More details

  • Words: 2,728
  • Pages: 31
Universiti Kebangsaan Malaysia Fakulti Undang-undang Sarjana Undang-undang Perniagaan Subjek INTELLECTUAL PROPERTY LAW UK 6083 Musbri Mohamed GP 00134

1

Soalan Sejauhmanakah Akta Hakcipta 1987 lengkap bagi memberi perlindungan kepada hasilkarya hakcipta berteknologi tinggi seperti program komputer, hasiljanaan komputer dan hasilkarya di Internet?

2

Pengenalan Definisi Kamus Dewan mendefinisikan hakcipta sebagai :“ Hak kekuasaan yang dilindungi atas sebahagian daripada hasil ciptaan seorang pengarang ( pencipta, penggubah dan lain-lain ) ” Kamus Oxford pula mendefinisikan hakcipta sebagai :“Hak ekslusif yang diberikan oleh undang2 untuk satu jangka masa tahun tertentu kepada penulis, pengubah dan lain-lain untuk mencetak, menerbitkan dan menjual salinan-salinan asal karya mereka” Adalah dirumuskan bahawa hakcipta adalah satu harta intelek. Hakcipta adalah perlindungan yang diberikan atau didapati berdasarkan kepada karya yang telah dicipta atau dibentuk. Hakcipta adalah hak eksklusif yang diberikan kepada pemilik karya yang berhakcipta bagi satu tempoh yang ditetapkan. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987. 3

Latarbelakang Akta Hakcipta Malaysia ( AHC 1997 ) Undang-undang hakcipta Malaysia bermula dengan adanya Copyright Act 1911 yang berkuatkuasa di Pulau Pinang dan Melaka. Selain itu terdapat juga kewujudan Enakmen 73 yang berkuatkuasa di Selangor, Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Perundangan hak cipta yang pertama sekali berkuat kuasa termaktub dalam Copyright Act 1967. Undang-undang tentang hakcipta masa kini merujuk kepada Akta Hakcipta 1987. Terdapat 61 seksyen di dalam AHC 1987. Akta tersebut menjalani pindaan signifikan pada tahun 1990, 1997 dan 2000. Pindaan tahun 1990 menandakan kemasukan Malaysia dalam Berne Convention. Pindaan pada 1997 digubal bagi memenuhi keperluan dan tuntutan baharu era teknologi maklumat, industri multimedia dan Koridor Raya Multimedia (MSC). Manakala pindaan pada tahun 2000 adalah bagi keperluan TRIPS.

4

Isu Utama Isu utama bagi soalan ini adalah untuk menerangkan sejauhmana dan selengkapmana Akta Hakcipta 1987 dapat memberi perlindungan kepada hasilkarya hakcipta berteknologi tinggi seperti :1. program komputer, 2. hasiljanaan komputer dan 3. hasilkarya di Internet .

5

Akta AHC 1987 menggariskan sifat hasilkarya yang diberi perlindungan, skop perlindungan, dan cara bagaimana perlindungan itu boleh diberikan. Akta ini juga dilengkapkan dengan peruntukan mengenai penguatkuasaan seperti kuasa bagi memasukki premis yang disyaki menyimpan salinan langgaran dan kuasa bagi menyiasat serta merampas barang-barang cetak rompak. Akta Hakcipta 1987 dapat memberi perlindungan kepada hasilkarya hakcipta berteknologi tinggi seperti :1. program komputer, 2. hasiljanaan komputer dan 3. hasilkarya di Internet . Perlindungan ini disediakan sebagaimana peruntukan yang menyatakan bahawa program komputer adalah dilindungi di bawah Sek. 3 dan Sek. 7 AHC 1987. Manakala itu perlindungan bagi hasilkarya di internet didapati di bawah Sek. 13(1) AHC 1987.

6

Umumnya, pemilik karya hakcipta mempunyai hak eksklusif bagi mengawal :- pengeluaran semula dalam apa-apa bentuk bahan (termasuk fotokopi, rakaman dan lain-lain) ; - pertunjukan, tayangan atau permainan kepada awam ; - penyampaian kepada orang awam ; - pengedaran salinan-salinan kepada awam melalui penjualan atau pemindahan pemunyaan secara lain ; dan - penyewaan secara komersial kepada orang awam.

7

1. Program Komputer Program-program komputer atau penyusunan program-program komputer adalah dianggap sebagai sebahagian daripada karya sastera. Seksyen 3 Akta Hak Cipta 1987 menyatakan karya sastera termasuklah : “……. (h) program-program komputer.” Sementara “program komputer” pula bererti suatu ungkapan , dalam apa-apa bahasa kod, atau tatatanda bagi satu set arahan ( sama ada dengan atau tanpa maklumat berkaitan ) dengan niat untuk menyebabkan suatu alat yang mempunyai kebolehan pemprosesan maklumat untuk melakukan suatu fungsi tertentu sama ada salah satu atau kedua-dua perkara berikut; (a) Penukaran ke bahasa, kod atau tatatanda lain; (b) Pengeluaran semula dalam bentuk bahan yang lain.

8

Banyak pertanyaan timbul apakah ciri-ciri kesusasteraan yang terdapat pada program komputer. Namun bila melihat kepada tafsiran karya sastera dan prinsip-prinsip asas hakcipta berkenaan keaslian maka tidaklah ganjil bila program komputer digolongkan sebagai karya sastera. Bagi mendapatkan perlindungan untuk program komputer maka peruntukan Sek. 7(3a) AHC 1987 mestilah diikuti, iaitu usaha yang mencukupi telah dilakukan untuk menjadikan karya itu bersifat asli dan karya itu juga mesti dijadikan ke dalam bentuk bahan.

9

Di dalam kes University of Landon Press Ltd (1912) 2 Ch.601; Hakim Petersen antara lain berkata; “Bahawa karya sastera bermaksud karya yang dinyatakan secara bercetak atau bertulis” mahkamah memutuskan bahawa kertas soalan peperiksaan London University adalah dianggap sebagai karya sastera dan mendapat perlindungan hakcipta. Hakim Mohd. Dzaiddin dalam kes Mohd Ramly @ Dzulkifli lwn Sarimah Filem Production Sdn Bhd dll (1984) 1 MLJ 105 memutuskan bahawa manuskrip adalah karya sastera seperti yang ditafsirkan oleh Sek. 2(1) Akta Hakcipta 1969. Sebelum itu dalam kes Lau Foo Sun lwn Kerajaan Malaysia (1974)MLJ 28 Mahkamah telah memutuskan bahawa lukisan dan rekacipta kejuruteraan adalah karya sastera mengikut Enakmen Hakcipta ( F.M.S Cap 73 )

10

Di dalam kes Microsoft Corp. lwn PC House (Imbi Sdn Bhd)(1998)6 MLJ 402 Mahkamah memutuskan bahawa terdapat perlanggaran hakcipta pihak plaintiff dalam program komputer milik pihak plaintiff apabila pihak defendan menghasilkan semula program tersebut dan mengedarkannya ke dalam komputer milik pelanggannya tanpa sebarang kebenaran sah pihak plaintiff. Tindakan ini dianggap sebagai satu perbuatan yang bersifat komersial yang bertentangan dengan hak pihak plaintiff dan memandangkan tiada lesen atau kebenaran maka ia adalah satu pelanggaran hakcipta pihak plaintiff.

11

Program Komputer di bawah Convention Berne Malaysia menerima Konvensyen Berne pada 1 Oktober, 1990. Program-program komputer adalah hak dilindungi sebagai karya-karya sastera di bawah Convention Berne dan ianya juga menggariskan jenis pengkalan data yang harus dilindungi oleh hakcipta. Pertambahan penting kepada peraturan-peraturan antarabangsa semasa dalam bidang hakcipta dan -hak berkaitan ialah peruntukan-peruntukan mengenai hak sewaan. Perjanjian ini menghendaki tuan punya-tuan punya program komputer dan pengeluar-pengeluar rakaman bunyi diberi hak untuk membenarkan ataupun melarang penyewaan karya-karya mereka kepada orang awam secara komersil. 12

Program Komputer di bawah PERJANJIAN TRADE RELATED ASPECTS OF THE INTELLECTUAL PROPERTY RIGHTS (TRIPS) Article 10 (1) “Computer programs, whether in source or object code, shall be protected as literary works under the Berne Convention (1971).

13

2. Hasiljanaan komputer (computer –generated work) Mengikut Bainbridge ; kerja dengan komputer akan menghasilkan 2 situasi yakni :Pertama dipanggil computer-aided work iaitu di mana tenaga manusia diperlukan mengawal prosedur perlu seperti seorang peguam, akauntan dan typist. Kedua dipanggil computer-generated work iaitu menggunakan tenaga manusia yang minima seperti ramalan cuaca yakni hasil interaksi computer dan satelit atau musik dengan susunan program komputer. Kes Payen Components South Africa V. Bovic Gaskets telah membezakan computer aided-work berbanding computer –generated work.

14

Skop yang agak luas berkenaan undang-undang hakcipta dikumpulkan ke dalam AHC 1987 yang terdiri daripada 61 seksyen. Namun AHC 1987 tidak mendefinisikan istilah hasiljanaan komputer (computer – generated work). Oleh kerana tiada definisi khusus maka di Malaysia hasiljanaan komputer boleh menimbulkan pertikaian di antara pengguna program dan juru program di atas isu hakmilik hasijanaan komputer. Cadangan bahawa AHC 1987 ditambah dengan proviso mendefinisikan hasiljanaan komputer adalah diperlukan serta di masa sama mempastikan peruntukan isu hakmilik hasiljanaan komputer dapat diselesaikan tanpa pertikaian.

15

Di United Kingdom di bawah Seksyen 178 kepada Copyright, Design and Patent Act mentafsirkan computer generated works sebagai “the work generated by a computer in circumstances that there is no human author of the work”. The author of such work is the person who make arrangements for the work to be created. Therefore English law is clear on the issue of ownership pertaining to computer generated works. Manakala itu di European Communities pula kita dapati bahawa Mahkamah enggan memberikan hakmilik hakcipta kepada hasiljanaan komputer kerana berdasarkan alasan hasijanaan komputer adalah kerja-kerja komputer maka oleh itu manusia tiada hak mendapat hakmilik.

16

Dr. Nazura Abd. Manap dalam artikel “ Who Owns The Copyright To A Computer Generated Work : A Malaysian Perspective ” di dalam Malayan Law Journal (1999) 3 MLJ :“…..the Copyright Act 1987 does not define ‘computer-generated work’ . A possible dispute may arise between the user of the program and the programmer himself……………… No clear rules exist regarding the circumstances under which the user, or the programmer, should be considered the owner of the computergenerated work. There are 4 possible solutions to deal with the problems . They are :1. Joint authorship ; 2. Ownership by the programmer; 3. ownership determined in contract ; and 4. Suggested amendments to the Copyright Act 1987…… ”.

17

3. Hasilkarya di Internet Kehadiran internet telah membawa banyak perubahan asas hakcipta terutama dari segi makna penerbitan dan tempat penerbitan sesuatu karya tersebut . Ia juga membawa makna baru kepada penyampaian karya tersebut kepada orang awam. Ini membawa kepada satu lagi pindaan kepada Seksyen 13(1) Akta Hakcipta Pindaan 1987. “Penyampaian kepada awam” dimasukan semula ke dalam akta untuk memberikan makna yang lebih luas mengikut kehendak masa ini. Penyampaian kepada awam adalah ditafsirkan sebagai pemancaran sesuatu karya melalui cara wayar atau tanpa wayar kepada orang awam , termasuk menjadikan sesuatu karya itu tersedia kepada orang awam dengan cara yang melaluinya orang awam itu boleh mendapatkan akses kepada karya itu daripada suatu tempat dan pada masa yang masingmasing dipilih pleh mereka. Tafsiaran ini adalah dibuat untuk mengawal hak ekslusif pemunya hakcipta yang digunakan di dalam internet.

18

The transformation of ordinary copyright works to a digitized form develops new issues in this area. Text documents, photographs, music, films and computer programs are just some broad instances of works that can be manipulated easily through digitization technology. By utilizing the same technology, the free riders will have the opportunity to create the same intangible goods without obtaining authorization from the real owner of the copyright works.

19

Copying As the act includes reproducing in any form will amount to infringement of copyright, the unauthorized copying of a work on the Internet would be covered. Must distinguish between Innocent Copying and Intentional Copying Innocent Copying Internet works through copying. For e.g emails are not actually sent and web sites are not purely viewed, they are broken into packets and copied from one computer to another. The ISP who host the Bulletin Board do not simply store the emails, they actually copy the postings. By displaying the websites on the computer screen may as well amount to copying . Do they amount to infringement? Basically, Yes, but these works can be excluded from protection on the ground of fair dealings, implied license or other defenses

20

Intentional Copying - Infringment In this case, normally user of the Internet copies the work using his own computer system (e.g: copy and paste)or causing the copy to be stored on some one else’s computer system.

Performance - INFRINGEMENT It includes delivery of lectures, addresses, speeches and sermons , and in time with modern technology it includes in general any mode of visual or acoustic presentation, including by means of sound recording, film, broadcast or cable program Making available copyright material on the websites for public use may amount to copyright infringement.

21

COPYRIGHT IN DOWNLOADING MUSIC Music is one of the protectable works provided under section 7 of CRA 87. Due the rapid development of the technology, music these days does not confine to traditional medium of cassettes, tapes and the current technology of CDs and DVDs, it now can be obtained via the Internet, by MP3. A&M RECORDS, INC V NAPSTER, INC Napster is a per to peer music file sharing system.The record industry filed suit to shut down Napster because it believed that the system infringed upon its copyrighted music. MP3 – a popular standard format used to store audio recordings in a digital format in a more compressed audio files. Held: Injunction granted for Napster to stop infringing use.

22

UMG RECORDINGS ,INC V MP3.COM,INC MP3.com offered a method for accessing music over the Internet. UMG Recordings alleged that this method infringed upon their copyright to the music, and sued to stop MP3.com from offering the service. Held: Injunction granted for MP3.com to stop infringing use. COPYRIGHT MANAGEMENT INFORMATION KELLY V ARRIBA.SOFT CORP Ariba designed a search engine to find images found on the Internet. In the process the images are displayed in the search list and in another window with further information about its characteristics and locations on the Web. Kelly sued Ariba for copyright infringement this search engine copies her photographs.

23

Communicating to public- INFRINGEMENT Means the transmission of a work through wire or wireless means to the public, including the making available of a work to the public in such a way that members of the public may access the work from a place and at a time individually chosen by them Information provided on Websites will constitute the act of communicating copyright works to the public.

Deep Linking The link created not to the home page of the target site but to a subsidiary page. Some deep linking threaten the business revenue of the target website e.g, if the target site depends on advertising revenues , those may be reduced if users are directed straight to a subsidiary page bypassing pages with advertising. Shetland Times Ltd V Dr Jonathan Wills Inclusion in cable program service ( communicating to public) - Copying the headlines. SPIDERING and FRAMING are infringment through internet. 24

Perlanggaran Hakcipta 1. Perlanggaran secara langsung: (Seksyen 36 (1)) Copyright is infringed by any person who does, or causes any other person to do, without the licence of the owner of the copyright, an act the doing of which is controlled by copyright under this Act. Contoh 1: Penghasilan perisian yang ditiru daripada perisian lain Untuk membuktikan perlanggaran, perlu ada: - kesamaan objektif pada tahap yang mencukupi -causal connection -penghasilan semula bahan/komponen penting

25

Re AUVI Trade Mark [1992] 1 SLR 639 - prima facie inference of copying if there is substantial similarity Plix Products Ltds v. Frank M. Winstone (Merchants) [1984] 3 IPR 390 -Objective resemblance alone is not sufficient to constitute infringement. The essence of copyright infringement is copying. There has to be at the very least a causal connection between the copyright work and the infringing work. Contoh 2: Membuat salinan perisian dan mengedarkannya

26

2. Perlanggaran secara tidak langsung: (Seksyen 36 (2)) Copyright is infringed by any person who, without the consent or licence of the owner of the copyright, imports an article into Malaysia for the purpose of -selling, letting for hire, or by way of trade, offering or exposing for sale or hire, the article; -distributing the article- for the purpose of trade; or for any other purpose to an extent that it will affect prejudicially the owner of the copyright; or -by way of trade, exhibiting the article in public; where he knows or ought reasonably to know that the making of the article was carried out without the consent or licence of the owner of the copyright.

27

3. Perlanggaran Melalui Pemintasan Kepada Langkah Teknologi Berkesan Contoh: -Penggodaman bagi memintasi kod-kod dalam satu perisian -Reverse engineering terhadap perisian A technical measures to protect IP are designed and utilized , it will be illegal to provide measures to defeat those protection Universal City Studios Inc V Reimerdes 4. Perlanggaran Secara Perubahan atau Pembuangan Pengurusan Hak Elektronik Contoh: -Pindaan kepada data pemilikan dalam perisian

28

Akta Hakcipta 1987 memberi kuasa kepada Bahagian Penguatkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dan pihak polis untuk menguatkuasakan undang-undang tersebut. Akta itu memberi kuasa yang perlu kepada agensi penguatkuasa untuk melaksanakan langkah anti-cetak rompak dengan berkesan. Pemilik Hakcipta perlu mengemukakan aduan rasmi yang dengan disokong dengan dokumen perlu kepada Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, jika mereka mengesyaki berlaku pelanggaran. Tindakan yang sewajarnya akan diambil oleh pihak berkuasa terbabit.

29

Fatwa Copyright Quote -The Council of the Islamic Fiqh Academy Having reviewed the papers presented by the Members and experts concerning “Incorporeal rights” and after having listened to the discussions on the subject; RESOLVES First: Business name, corporate name, trade mark, literary production, invention or discovery, are rights belonging to their holders and have, in contemporary times, financial value which can be traded. These rights are recognized by Shari’a and should not be infringed. Second: It is permitted to sell a business name, corporate name, trade mark for a price in the absence of any fraud, swindling or forgery since it has become a financial right. Third: Copyrights and patent rights are protected by Shari’a. Their holders are entitled to freely dispose of them. These rights should not be violated.

30

Kesimpulan Berdasarkan jawapan kepada soalan ini maka dirumuskan bahawa Akta Hakcipta 1987 sememangnya bermatlamat melindungi kepada hasilkarya hakcipta berteknologi tinggi seperti program komputer, hasiljanaan komputer dan hasilkarya di Internet. Program komputer dan hasilkarya di internet telah dilihat seolah dilindungi dengan baik oleh AHC 1987 tetapi hasiljanaan komputer masih memerlukan tambahan dan tafsiran yang jelas serta konstruktif oleh AHC 1987. Terima kasih.

31

Related Documents

Presentation Ip Law
May 2020 18
Ip Law Cases.docx
April 2020 15
Unit 1 Law Presentation
November 2019 5

More Documents from "musbri mohamed"

Presentation Ip Law
May 2020 18
Nostalgia
May 2020 20
Common Law 1malaysia
May 2020 22
E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Collapse Of The Us Dollar
December 2019 25