Nostalgia

  • Uploaded by: musbri mohamed
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nostalgia as PDF for free.

More details

  • Words: 687
  • Pages: 21
NOSTALGIA KU

Musbri Mohamed DIL; ADIL ( ITM ) Pursuing MBL ( UKM ) 1

2

Apabila teringatkan masa yang telah berlalu …..aku tersentuh hati apabila mengenang kehidupan di saat senang dan susah bak kata orang kenangan tetap kenangan, sememangnya sukar untuk dilupakan.......

3

Saat menghampiri Aidilfitri ini kalau dengar je lagu-lagu P.Ramli ni..automatik feel berbalik ke zaman kecik-kecik dulu...masa bebudak..masa di kampung...pakai lampu pam je waktu malam..tapi tenang..missed those sweet time...really di tahun 60an. Masa kecil selalu main mercun ; aku seakan masih dapat rasa panasnya mercun yang meletup di jariku sehingga hari ini walaupun jarak masanya telah melebehi 40 tahun.

4

Di mana di zaman ni, aku dok main terjun pokok kat sungai kampong aku, pembangunan ni tak berapa ada lagi...tapi yang aku ingat jalan kampong aku dah ditar... Pada masa tu selama enam tahun aku bersekolah di Sekolah Rendah Clifford, Kuala Lipis, Pahang. Kuala Lipis sekarang dah banyak berubah. Waktu-waktu yang banyak meninggalkan kenangan mendalam dalam hidup ini.

5

Rupa televisyen awal tahun 70an

Lintasan-lintasan ingatan masa awal remaja membesar di Bandar Lipis sering berlegar di minda sejak akhir-akhir ini khususnya di mana bila aku menyedari yang usia ku sudah mengetuk pintu ahli-ahli dunia yang berumur setengah abad. Aku masih cuba mengumpul kawan-kawan sebaya namun masing-masing agak sibuk dan ramai juga yang telah meninggal dunia tanpa berpeluang menjadi warga tua.

Panggung Paradise , Kuala Lipis; Cheap Matinee 6

Aku terus mengimbau kenangan lama semasa kecil di kampung..sepi saja...kekadang terdengar lagu nyanyian belantara di malam yang sunyi di kampung terpencil..sepi itu indah …namun sekarang semuanya sudah berubah...sama sekali.. Teramat sayu mendengar lagu kehidupan ini,terkenang zaman kanak-kanak yang nostalgik dan indah, mandi sungai yang airnya jernih. Berlari di sawah padi. Meniup serunai padi. Merdu dan lunak sekali mendengar lagu-lagu raya yang didendang oleh Sanisah Huri, Fazedah Joned, Ahmad Jais dan S.Jibeng sehingga menghimbau kembali ke zaman kanak-kanak... Aku pernah duduk bersama Datuk Ahmad Jais di Istana Budaya K.L bercerita tentang zaman top beliau di Nusantara Melayu dan beliau tergelak besar apabila aku nyatakan bahawa sahabat kaum asli ku akan berhenti memanjat di pertengahan pokok petai apabila terdengar lagu beliau…….mereka terlalu menghayati lagu beliau ………tabik untuk A.Jais kata mereka. 7

Setelah remaja dan mula pengajian undang-undang di ITM maka diriku seolah terpisah dengan daerah kelahiranku. Aku pernah cuba untuk membuka firma guamanku di Lipis pada tahun 1989 namun ianya tidak berpotensi; lalu jadilah aku seorang perantau. Perjalanan kerjayaku telah membawa ku ke seluruh dunia dan lokasi yang utama adalah Hong Kong. Aku juga ada terlibat dengan NGO, CBO dan politik di peringkat awal.

8

9

10

Perhimpunan 1 pada tahun 2004

Pelancaran Yayasan PEKIDA Malaysia dan Koperasi PEKIDA Malaysia Di Felda Lakum, Temerloh, Pahang Pada 24 hb. April, 2004

Kehadiran ribuan ahli PEKIDA bersama ratusan barisan pemimpin yang hadir di majlis adalah satu bukti keharmonian PEKIDA dan kepimpinan negara masa kini. 11

SETIAP individu mempunyai matlamat hidup masing-masing. Jika ditanya apakah matlamat hidup kita, seorang peniaga akan mengatakan matlamatnya ialah untuk maju dalam perniagaannya. Seorang guru akan mengatakan agar ia dapat meningkatkan prestasi pelajar-pelajarnya dan seorang pelajar pula akan mengatakan tentang harapannya untuk beroleh kecemerlangan dalam pelajarannya.   Sejauhmanakah matlamat itu akan tercapai? Semua matlamat yang dinyatakan di atas ialah matlamat jangka panjang iaitu suatu hasil daripada tindakan yang dilakukan. Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Tidak ada orang sampai kepada kejayaan dengan satu langkah.

12

Diri ku bersama adik-adik perjuangan di Subang Jaya, Selangor

13

14

Jiwaku senantiasa terpanggil untuk memperjuangkan agama, bangsa dan tanahair.

15

5 orang anak-anakku yakni ………..Amin, Ammar, Aiman, Asyraf & Alif 16

Isteriku bersama putera-putera kami. 17

Desaku ini yakni Kg.Kemahang, Benta; Lipis yang dianugerahkan oleh Pencipta Alam dengan alam yang bersih, indah dan selamat akan menjadikan warga pelawat menghayati penghidupan yang sihat, ceria dan tenteram. 18

19

Desa Melayu adalah satu utopia di minda ku di mana pemikir dan budayawan Melayu dapat bertemu, berkumpul dan berbincang bagi merancang, melaksana dan memantau pembangunan Melayu di daerah, negeri, negara, serantau dan global bagi kemakmuran di dunia membawa kedamaian di akhirat .

20

Inilah kehidupan. Inilah nostalgia hidupku. Daripada yang lepas kita belajar. Dan bagi yang akan datang kita terokai. Insyallah.

21

Related Documents

Nostalgia
November 2019 22
Nostalgia
May 2020 13
Nostalgia
May 2020 20
Nostalgia
November 2019 20
Nostalgia
April 2020 17
Nostalgia
May 2020 4

More Documents from ""

Presentation Ip Law
May 2020 18
Nostalgia
May 2020 20
Common Law 1malaysia
May 2020 22
E-dagang & Globalisasi
June 2020 22
Collapse Of The Us Dollar
December 2019 25