Kerja Khusus Bangunan Sultan Abdul Samad (form 3)

  • Uploaded by: Jeffry Buyung
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kerja Khusus Bangunan Sultan Abdul Samad (form 3) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,321
  • Pages: 19
Smk taman desa,rawanG

Bangunan sultan abdul samad Nama:Muhammad Jeffry Tingkatan:3Gigih No.K.P:940320-14-5509 Angka giliran: Nama guru penasihat:Puan Fatimah Mustafa yang xbest

Elemen 2

Isi kandungan BIL

ISI KANDUNGAN

HALAMAN

1

ELEMEN 1

1-

2

PENGHARGAAN

3

OBJEKTIF KAJIAN

4

KAEDAH KAJIAN

5

HASIL KAJIAN 1. nama bangunan 2. latar belakang

3. keistimewaan bangunan 6

RUMUSAN

7

LAMPIRAN

8

RUJUKAN

9

ELEMEN 3

penghargaaan Alhamdulillah,syukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan folio sejarah ini.Tanpa izinnya tidak mungkin saya dapat menyiapkan tugasan ini. Saya Muhammad Jeffry B Buyung Terima kasih juga saya ucapkan kepada bapa saya yang bernama Buyung Bin Nazar yang telah membantu saya dari segi sokongan dan kewangan.Mereka juga banyak memberikan maklumatmaklumat.tambahan.Tugasan saya saya mungkin bertambah sukar jika tiada bantuan daripada mereka.Sekalung penghargaan juga ditujukan kepada pihak sekolah,terutama kepada pengetua S.M.K Taman Desa Puan Zakiah Binti Isa dan Puan Fatimah Binti Mustafa,guru sejarah yang telah memberi tunjuk ajar kepada

saya untuk menyiapkan tugasan yang agak sukar ini Jutaan terima kasih kepadayang telah membantu saya dari segi pengetahuan dan berkongsi bahan semasa membuat kajian folio sejarah ini.Akhir sekali,saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara tidak langsungdalam menyiapkan folio bangunan berserjarah ini.JASAMU

DIKENANG

Objektif kajian Antara objektif kajian yang boleh digunakan dalam kajian Bangunan Sultan Abdul Samad ialah ; a)Kajian ini telah mengajar saya menguasai kemahiran mencari,mengumpul,merekod dan menganalisa maklumat berkaitan bangunan tersebut.

b)selain itu juga,saya mendapat iktibar daripada peristiwa yang berlaku disebalik bangunan berserjarah tersebut.Misalnya kerajaan berusaha mengekalkan bangunan berserjarah ini dengan membaik pulih yang menampung perbelanjaan yang agak besar

c)kajian ini dapat menambah pengetahuan saya tentang bangunan berserjarah dinegara

kita.Sekailgus saya dapat memupuk perasaan bangga terhadap negara kita.Kajian ini juga dapat meyedarkan rakyat Malaysia bahawa Malaysia bukanlah negara yang mundur dari segi pembangunannya pada masa dahulu

Kaedah kajian Saya telah meggunakan beberapa kaedah untuk menjalankan kajian tersebut.Antaranya kaedah penyelidikan di perpustakaan dengan merujuk buku-buku yang berkaitan tentang Bangunan Sultan Abdul Samad.Selain itu juga saya menggunakan kaedah pemerhatian iaitu pengajaran guru sejarah yang mengajar dan guru-guru sejarah yang lain.Kajian teknologi juga telah saya lakukan seprti melayari internet salah satu laman web yang telah saya layari ialah Wikipedia.Wikipedia merupakan eksklopedia yang boleh dirujuk melalui internet.

Hasil kajian

Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah bangunan lama yang terdapat di Kuala Lumpur yang merupakan bangunan warisan yang masih dilindungi keaslian reka bentuknya. Bangunan Sultan Abdul Samad dibina pada tahun 1893.Walau bagaimanapun perletakan batu asas bagi bangunan ini hanya dibuat pada 6 Oktober 1894 oleh Sir Charles B.H. Mitchell yang merupakan gabenor Negeri-negeri selat ketika itu bangunan ini siap digunakan sepenuhnya

untuk digunakan pada tahun 1897.Bangunan ini juga mengambil sempena nama Sultan Selangor yang ketika itu memerintah Selangor pada tahun 1896.Bangunan ini merupakan satu mercu yang gah di Kuala Lumpur pada ketika itu

Kedudukan lokasinya yang terletak pada satu tapak yang strategik iaitu ditengah-tengah pusat bandar raya Kuala Lumpur,kawasan tersebut meliputi keluasan 10,200 meter persegi dan bahagian belakangnya terdapat Jalan Belanda yang kini dikenali sebagai Jalan Mahkamah Persekutuan.Bangunan Sultan Abdul Samad ini juga dikatakan strategik kerana terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka,Kelab Diraja Selangor,dan Masjid Jamek yang kesemuanya terletak berhampiran dengan Sungai Gombak.Sebelum Merdeka,Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan sebuah Pusat Pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu,Pejabat Residen General,dan Pejabat Besar Pos.Selepas kemerdekaan pula,ia dijadikan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor,Majlis Mesyuarat Negeri,dan Perbendaharaan Kerajaan. Bangunan ini juga menempatkan Mahkamah Agung Malaysia dan sebahagian daripadanya Mahkamah-mahkamah Tinggi Malaya dan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 1978

Reka bentuk pelan bangunan ini dibuat oleh arkitek dari British yang bernama A.C

Norman (yang berkerja di Jabatan Kerja Raya Kuala Lumpur) dan dibantu oleh seorang jurutera yang juga berasal dari British iaitu C.E Spooner.Senibina bangunan ini sangat unik dan merupakan diantara bangunan yang tersohor ketika itu.Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai dua tingkat setinggi 57 kaki berbentuk ladam di mana di tengahtengahnya terdapat satu dataran tinggi segi empat yang dipagari oleh batas-batas pokok bunga yang cantik.Bangunan ini mempunyai tiga kubah,satu menara jam besar dan sebuah arked.Ia juga terdapat satu serambi besar tertutup yang merupakan suatu elemen penting dalam rekabentuk bangunan ini. Senibinanya yang ‘serenic’yang merupakan satu ciri Moorish dan Moghul yang berunsurkan Islam.Ini terbukti terdapatnya tiga kubah di bumbung bangunan tersebut.Diperingkat awalnya bangunan ini diperbuat daripada kayu dan batu bata yang dicat dengan warna hitam,namun kini telah dicat dengan warna tembaga.Kos pembinaannya sebanyak RM152,000 dan merupakan bangunan paling mahal di rantau ini ketika ianya didirikan. Bangunan ini turut dilanda banjir pada tahun 1971 apabila hujan yang lebat berlaku di seluruh negara.Jumlah hujan yang lebat itu ditambah pula dengan sistem saliran air yang tidak begitu memuaskan di sekitar Kuala Lumpur.Pengubahsuaian pada tahun 1978 mengambil masa enam tahun,menelan belanja sebanyak RM17.2 juta dan di bantu oleh kerajaan Australia yang menyumbangkan sebanyak RM200,000 sebagi kos menyadur tembaga bagi ketiga-tiga tembaga tersebut.Selepas siap sepenuhnya Bangunan Sultan Abdul Samad dirasmikan semula pada tahun 1984.

Disini tempat di mana bendera Union Jack telah diturunkan pada 31 ogos 1957 dan Jalur Gemilang dikibarkan.Peristiwa ini menunjukkan satu tanda berlalulah satu era dan lahirlah satu masyarakat yang merdeka.Sekian Terima Kasih

Rumusan Saya berasa amat bersyukur kerana dapat menyiapkan kerja kursus sejarah ini.Semasa saya membuat kerja khusus sejarah ini saya mendapat banyak pengetahuan dan nilai moral tentang sejarah Bangunan Sultan Abdul Samad. Umum mengetahui Bangunan Sultan Abdul Samad merupakan diantara bangunan tertua di Malaysia.selain daripada itu juga,Bangunan Sultan Abdul Samad mempunyai keunikannya tersendiri dan menarik minat orang ramai untuk mengetahui Bangunan Sultan Abdul Samad

dengan lebih mendalam.Bangunan Sultan Abdul Samad juga menarik perhatian kerajaan untuk membuat perayaan-perayaan rasmi seperti hari kemerdekaan Negara Malaysia. Kerja khusus ini juga membuatkan saya menghayati tentang nilai kesabaran dan kerjasama melakukan folio Bangunan Bersejarah Sultan Abdul Samad bersama rakan-rakan yang tidak jemu membantu saya dan bersama-sama mencari maklumat tentang bangunan tersebut.

Lampiran

Bangunan Sultan Abdul Samad yang terletak di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Kubah Bangunan Sultan Abdul Samad yang

bercirikan agama Islam.

Pelan Tingkat Bawah

Pelan Tingkat 1

Pelan Tingkat Dua

Pelan Bangunan Sultan Abdul Samad

Pelan Tingkat Mezanin

Pelan lokasi Bangunan Sultan Abdul Samad

Salah satu bumbung Bangunan Sultan Abdul Samad yang bercirikan Islam

Antara perayaan yang disambut di Bangunan Sultan Abdul Samad

Tampak Hadapan

Tampak kiri

Tampak belakang

tampak kanan

(tampak)

Elemen 3

Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Pada hari ini,kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara

bangunan

bersejarah

agar

dengan

itu

dapat

memupuk

semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia.Sebagai contoh,Bangunan Sultan Abdul Samad dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah.Oleh itu,kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama

dan

tolong-menolong untuk mempertahankan

bangunan-

bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan

Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang.Tuntasnya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu kita mestilah menghargai bangunan bersejarah di Malaysia ini agar tidak hilang di telan dek zaman.

Rujukan Buku ilmiah 1.Iman Sufiah,2006,Bangunan Bersejarah Sultan Abdul Samad,Kuala Lumpur;Penerbit Era Didik

Akhbar 1.Rencana,Selasa,20 Januari 2009,halaman 29 2.Berita Harian,Ahad,1 September 1957,halaman 2 dan 3

Internet 1. Laman web http://en.wikipedia.org/wiki/Sultan_Abdul_Samad_Building 2. Laman web http://www.about.my/communitysearch/gambarbangunan_sultan abdul_samad.php

3. Laman web http://bighugelabs.com/flickr/onblack.php?id=2440519707&size=large 4. Laman web http://www.flickr.com/photos/21635155@N07/2677756065/

Related Documents


More Documents from "sakura"