Kemahiran Belajar.docx

  • Uploaded by: Safuan
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kemahiran Belajar.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 865
  • Pages: 3
Kemahiran Belajar KEMAHIRAN BELAJAR Strategi Dan Teknik Pembelajaran Berkesan Pengenalan : Setiap manusia dikurniakan otak yang sama bijak. Bergantung kepada manusia tersebut menggunakan otaknya dengan sebaik mungkin. Teknik belajar yang baik dapat membantu orang yang berkebolehan sederhana mencapai keputusan yang cemerlang berbanding dengan orang yang berkebolehan baik tetapi mempunyai teknik yang lemah. Sesuatu teknik / strategi belajar yang baik akan menjimatkan masa, memudahkan kerja, menambat minat dan boleh kita menguasai pelajaran kita. Semua orang ingin mencapai keputusan yang cemerlang tetapi tidak tahu bagaimana untuk mencapainya ? Seringkali ramai penuntut yang beranggapan bahawa keputusan cemerlang hanya untuk orang yang bijak pandai sahaja. Dengan demikian, mereka tak perlu lagi berusaha mencapai kecemerlangan kerana mereka bukan dari orang yang bijak pandai.. 2. Bagaimanakah caranya mencapai keputusan yang cemerlang ? Kebanyakan orang bukan bijak pandai, tetapi mereka masih boleh berjaya , mengapa ? Kita perlulah mempunyai perkara-perkara berikut untuk berjaya dalam pelajaran : 2.1 Suatu sistem yang teratur lagi tepat. 2.2 Keazaman yang tinggi untuk mencapai kejayaan.. 2.3 Pegangan hidup ” Kerjanya minima tetapi hasilnya maximum”. 2.4 Peraturan yang teliti dan cekap. Ramai pelajar yang membuat jadual waktu untuk belajar tetapi tidak kurang juga yang hanya sekadar membuat jadual waktu untuk hiasan dinding tanpa dipatuhi. Bagi yang mematuhinya pula mereka lebih cenderong untuk membuat diri sibuk dengan membuat pelbagai ulangkaji dan sebagainya dalam jadual waktu itu. Keadaan seperti ini boleh kita ibaratkan seperti mendulang bijih timah. Banyak kerja yang hendak dilakukan tetapi perkara pokok yang dikehendaki di sana ialah bijih timah sahaja, bukannya tanah, batu, pasir, air dll yang terdapat dalam tanah yang telah digali tadi. Ramai pelajar gagal mencari bijih timah ini tetapi lebih gemar mengali tanah yang mempunyai banyak bijih timah. Keadaan seperti ini telah menyebabkan mereka tidak mampu mendapat keputusan yang baik kerana mereka merasakan pelajaran tersebut terlalu berat untuk di bawa bersama. Untuk berjaya dalam pelajaran, jawab soalan-soalan berikut kerana ia dapat membantu mencapai kejayaan anda : Benar-benarkah anda ingin mencapai kejayaan dalam peperiksaan.? Adakah anda merasakan anda tidak mampu mencapai kejayaan ? Selalukah anda bertanya tentang masalah-masalah pelajaran anda ? Adakah anda mempunyai jadual waktu belajar yang jelas dan teratur ? Adakah anda taat kepada jadual waktu yg telah dibuat ? Adakah cara anda membaca memberi anda faedah yang sepenuhnya ? Adakah cara anda mengulangkaji memberi faedah yang sepenuhnya ? Tahukah anda cara hendak menimbulkan minat dalam pelajaran anda ? Adakah anda merasakan kerja sekolah dan isi pelajaran anda terlalu banyak ? Tahukah anda cara hendak mendapat faedah yang sepenuhnya dari perbincangan ? Pernahkah anda menilai kemahuan diri sendiri ?

2. BERTANYA. Bertanya adalah perlu di dalam pelajaran Ia mungkin disebabkan kurang faham, tidak jelas, tidak ketahui dll. Jangan biarkan apa yang tidak difahami tanpa bertanya atau merujuk kepada kamus jika tidak fahami. Jikalau pelajaran bertambah, kekeliruan anda juga akan bertambah dan mula timbul kekeliruan. Otak mula berkecamuk. Jika terus dibiarkan akan menyebabkan topik yang dipelajari sudah jauh dan sukar ditarik balik (guru tidak akan mengulangi). Ketinggalan ini akan menyebabkan kerja bertimbun untuk dipelajari sendiri. Sebelum pelajaran melangkah lebih jauh, bertanyalah kepada rakan atau guru bagi mengelak kekusutan dan ketidakfahaman anda dalam pelajaran Faedah Bertanya : Membuat anda berfikir Penjelasan akan tersemat / kekal dalam fikiran kita. Menghilangkan perasaan malu dan takut. Salah satu cara mengulangkaji pelajaran. Masalah Bertanya: – Pelajar sememangnya ingin bertanya “TAK TAHU APA NAK TANYA”. membuat persediaan sebelum sesuatu kelas dijalankan. Baca buku teks dan bina soalan untuk disoal kepada guru / rakan. Saya takut ? Cubalah bertanya dengan rakan-rakan dahulu Bertanya pula dengan guru secara perseorangan Bertanya dalam kelas dengan yakin. Ringkasan: Bertanya adalah penting dan jauh kesannya. Banyak beban masalah dapat diselesaikan segera. Sediakan pelajaran sebelum kelas dijalankan agar anda ada masa untuk bertanya apa yang tidak difahami. Anda terpaksa memberanikan diri Bertanyalah kepada rakan,guru dll asalkan masalah anda diselesaikan. 3. CARA MEMBACA. Tujuan :– Membaca adalah proses untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai bacaan atau pelajaran kita itu. – Dengan membaca bahan-bahan pokok serta keperincian yang penting dapat dipetik dan akhirnya hanya sedikit sahaja bahan yang mesti dihafal atau diulangkaji. Pemahaman:– Matlamat membaca ialah untuk mendapatkan pemahaman. Banyak masa akan terbuang jika apa yang dibaca tidak difahami. Pelajar sering keliru semasa membaca tetapi tidak berusaha untuk mendapatkan penjelasan. Keadaan ini menjadikan mereka bosan dan malas membaca(putus asa).

Faedah pemahaman: (jika anda faham apa yang dibaca): Pemahaman bacaan awak menolong memahami isi berikutnya. Tahu kedudukan isi pelajaran / fakta penting. Rasa gembira dan berminat untuk membaca seterusnya. Seronok dan aktif di kelas. Mengambil nota dari guru sewaktu mengajar adalah mudah Sewaktu membaca boleh membina soalan-soalan untuk disoal kepada guru sewaktu mengajar nanti. Menggalak anda meluaskan lagi bacaan anda. Cara Membaca: Menggaris Membezakan isi-isi penting (Terpenting,penting dan keterangan) Meneliti rajah-rajah Membuat nota-nota dari bacaan anda. Ini akan meringankan beban anda. Mengenal isi sepintas lalu seperti kandungan,tajuk utama,tajuk kecil dll. Mengulangkaji bacaan anda daripada nota-nota yang dibuat Mencuba soalan-soalan dan Latihan yang ada contoh jawapan dapat memperbaiki kelemahan diri dengan membetulkan semula kesalahan itu. Ringkasan : Fahaman adalah unsur yang terpenting sekali dalam membaca. Kesulitan anda haruslah mendapat penjelasan agar bacaan anda tidak membosankan. Menanda dan membuat nota dari bahan bacaan besar faedahnya. Ulangkaji bacaan anda. Hadkan kepada rajah-rajah dan nota-nota anda. Fakta-fakta haruslah kerap diulangkaji ( 2-3 hari sekali).

Related Documents

Kemahiran Komunikasi
April 2020 17
Kemahiran Belajar
November 2019 33
Kemahiran Empati.pptx
December 2019 30
Kemahiran Membaca.docx
October 2019 25
Kemahiran Asas.doc
May 2020 8

More Documents from "Suhana Shaari"

Senarai Keperluan.docx
November 2019 23
Kemahiran Belajar.docx
November 2019 29
Modul Pemimpin.docx
November 2019 25
Teks Bacaan Doa.docx
November 2019 24