TEKS BACAAN DOA PROGRAM CAREER TALK BERSAMA GHAZ ABU BAKAR KEPENGARAHAN DAN PEMBIKINAN FILEM ANJURAN MULTIMEDIA UNIVERSITI DENGAN KERJASAMA JABATAN PENDIDIKAN NEGERI JOHOR
.الر ِحي ِْم َّ الر ْحمٰ ِن َّ ِبِ ْس ِم للا س ِي ِدنَا َّ ص ََلة ُ َوال َّ َوال، َ َوال َعاقِبَةُ ِل ْل ُمت َّ ِقيْن، َب ال َعالَ ِميْن ِ اَ ْل َح ْمدُ ِ َّلِلِ َر َ س ََل ُم َ علَى . َص َحابِ ِه أَ ْج َم ِعيْن ْ َ علَى آ ِل ِه َوأ َ ُم َح َّم ٍد َو Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim Sesungguhnya kami menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran atas iradat dan qudratMu, yang telah menentukan dan mengizinkan kami untuk berhimpun pada pagi yang berbahagia ini, di dalam Program Career Talk Bersama Ghaz Abu Bakar Kepengarahan dan Pembikinan Filem. Ya Allah, Ya Munzilarrahmah wa Ya Fatihalbarakah Berkatilah dan permudahkanlah perjalanan program ini. Jadikanlah ia seumpama sebuah taman di antara taman-taman syurga. Berilah peluang kepada kami untuk bertukar idea, ilmu dan pandangan dalam mewujudkan budaya ilmu yang menyumbang ke arah pembentukan modal insan yang sempurna. Dan jadikanlah program ini sebagai pencetus inovasi, kreativiti dan produktiviti ke arah kemampanan pendidikan Negara. Ya Allah, Ya Muhaimin, Ya Aziz, Ya Jabbar Kau terangilah hati kami dengan cahaya petunjukMu, sebagaimana Engkau menerangi bumi ini dengan cahaya matahariMu; selama-lamanya. Bukakanlah kepada kami hikmah-hikmahMu dan limpahkanlah ke atas kami daripada khazanahkhazanah rahmatMu. Ya Allah, Ya Zal Jalali wal Ikram Jadikanlah kami Ya Allah, dalam kalangan hamba-hambaMu yang beriman dan bertakwa. Jauhkanlah kami Ya Allah, daripada melanggari perintahMu. Kurniakanlah kepada kami kesihatan yang berpanjangan, kesejahteraan yang sempurna, fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang beriman serta kurniakanlah kepada kami segala kebaikan di dunia dan juga di akhirat.
.ص ْو ًما ْ اَللَّ ُه َّم ُ َوتَفَ ُّرقَـنَا ِم ْن َب ْع ِد ِه تَفَ ُّرقًا َم ْع،اجعَ ْل َج ْم َعنَا ٰهذَا َج ْمعًا َم ْر ُح ْو ًما ْ ش ِقيًّا َو َال َم .ط ُر ْودًا َو َال َم ْح ُر ْو ًما َ َوالَ تَ ْجعَ ِل اللَّ ُه َّم فِ ْينَا َو َال َمعَنَا َو َال َم ْن َيتْبَعُنَا صلَّى ه ِّٰللا َ َعذ َ سنَة ًَوقِنَا َ سنَة ً َوفِى ْاْل َ ِخ َرةِ َح َ َربَّنَا َءاتِنَا فِى الدُّ ْنيَا َح َ َو.ار ِ َّاب الن . َب ال َعالَ ِميْن ِ َو ْال َح ْمدُ ِ َّلِلِ َر،سلَّ َم َ سيِ ِدنَا ُم َح َّم ٍد َو َ َ ص ْحبِ ِه َو َ علَى َ علَى آ ِل ِه َو . َب ْال َعالَ ِميْن َّ يا َ َر، ِآمين،ِآمين