Kertas Kerja Mentor Mentee 2014.docx

  • Uploaded by: Safuan
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kertas Kerja Mentor Mentee 2014.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 777
  • Pages: 7
SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI 05150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

KERTAS CADANGAN PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI 2015

TARIKH: 26 APRIL 2015 (AHAD)

TEMPAT: TAPAK PERHIMPUNAN SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI

ANJURAN: UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SK SUKA MENANTI

KERTAS CADANGAN PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI 2015

1.

Pengenalan

Kementerian Pelajaran Malaysia berusaha melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Program mentor mentee merupakan satu proses interaksi antara guru dan murid melibatkan tindakan seperti membimbing, menyokong dan memberi nasihat. Mentor bukan sahaja menitikberatkan individu (mentee) dan perhubungan psikologi menteenya, tetapi juga membimbing, memberi penghargaan, kasih saying dan mengasah kemahiran-kemahiran lain seperti membuat keputusan, menghadapi masalah atau mengatasi tekanan dan berusaha membimbing menteenya menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan negara.

2.

Konsep Membangun Sahsiah Diri Murid Melalui Budaya Amalan Penyayang

3.

Rasional 3.1

Setiap murid mempunyai kebolehan membangun potensi diri bagi meningkatkan pencapaian sahsiah diri melalui bimbingan dan panduan daripada mentor

3.2

Murid masa kini terdedah dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi tuntutan remaja yang sudah pasti amat memerlukan sokongan, bimbingan, panduan dan perhatian bagi membolehkan mereka menikmati kehidupan dengan lebih optimis dan menyeronokkan.

4.

Objektif Melalui program ini, murid diharapkan dapat;

4.1

Mewujudkan semangat kekeluargaan yang kukuh dan saling hormat menghormati antara mentor dan mentee.

4.2

Mengamalkan budaya penyayang dan saling menghargai antara satu sama lain.

4.3

Membina keyakinan diri dalam menghadapi masalah, hasil dari bimbingan dan sentuhan dari mentor yang sentiasa mengambil berat (caring) terhadap kebajikan mereka.

5.

Pelaksanaan 5.1

Program dilaksanakan kepada semua murid Sekolah Kebangsaan Suka Menanti

5.2

Melaksanakan program mentor mentee sebagai aktiviti rasmi sekolah mengikut kesesuaian masa seperti: a) Waktu perhimpunan rasmi b) Waktu ko-kurikulum c) Selepas waktu persekolahan

5.3

Perjumpaan diadakan sekurang-kurangnya 10 kali setahun. Jangka masa perjumpaan adalah antara 30 hingga 40 minit dan 1 kali dalam sebulan.

5.4

Pengisian bagi setiap perjumpaan adalah berdasarkan Modul Pelaksanaan Mentor Mentee yang mengandungi aspek seperti berikut: a) Pembangunan Sahsiah Diri Murid b) Peningkatan Disiplin Murid c) Psikososial dan Kesejahteraan Mental dan d) Perkembangan Kerjaya

6.

Strategi Pelaksanaan 6.1

Mengadakan taklimat, penerangan tentang konsep, objektif dan kepentingan pelaksanaan kepada murid dan guru.

6.2

Mengadakan majlis penyerahan mentee kepada mentor.

6.3

Perjumpaan diadakan di dalam kelas.

6.4

Pelantikan Mentor a) Semua guru dilantik menjadi mentor b) Pelantikan mentor dibuat secara rasmi (bertulis) c) Setiap mentor diberikan senarai tugas, peranan, modul dan senarai mentee

6.5

Pengagihan Mentee a) Mentee adalah terdiri daripada murid tahun 5 dan 6 b) Setiap mentor akan diberikan tiga orang mentee

6.6

Tugas Mentor a) Mengendalikan sesi perjumpaan dengan mentee. b) Melaksanakan aktiviti mengikut modul yang telah disediakan c) Mengambil tahu dan menjaga kebajikan mentee d) Membantu mentee yang memerlukan perhatian e) Mengisi borang pertemuan mentor mentee

7.

Jawatankuasa Induk Pengerusi

:

En Nurun Ihsan Bin Hasbullah (Guru Besar)

Timb. Pengerusi

:

En Othman Bin Che Teh (GPK Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi 1

:

Siti Khatijah Binti Mohd Radzi (GPK Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2

:

En Izham Bin Abd Hamid (GPK Ko-Kurikulum)

Naib Pengerusi 3

:

En Azi Bin Othman (GPK PPK)

Penyelaras

:

En. Abd Manab Bin Morad

Setiausaha

:

Muhammad Safuan Bin Ibrahim

Mentor

:

Puan Masriah Shafie

:

Puan Fadzilah Binti Saad

:

Puan Nor’ Aza Binti Mohd Darus

:

Puan Che Anita Binti Md Noor

:

Puan Rafiah Binti Omar

:

Datin Suhailah Binti Hussin

:

En Mohd Faisal Bin Awang

:

En Mohd Noor Bin Thalib

:

En Norazam Bin Mahidzir

:

Puan Salma Binti Hamid

Jawatankuasa Pelaksana Jawatankuasa Dokumentasi Muhammad Safuan Bin Ibrahim Mohd Hazim Bin Amir Nordin

8.

Anggaran Perbelanjaan Perkara 1. Sijil Penghargaan (diambil di pejabat sekolah)

Jumlah (RM) 10 pcs

Jumlah

9.

-

Aturcara Program 7.45 pagi : Semua guru dan murid berkumpul di Tapak Perhimpunan 7.50 pagi : Nyanyian Lagu, Bacaan Doa 8.00 pagi : Ucapan Guru Bertugas 8.05 pagi : Ucapan Pengerusi Program oleh En Abdul Manab Morad 8.10 pagi : Majlis Watikah Pelantikan Mentor 8.15 pagi : Ucapan Perasmian oleh En Nurun Ihsan Hasbullah

9. Penutup Program ini diharapkan dapat meningkatkan pembangunan sahsiah diri murid dan secara tidak langsung akan dapat mengeratkan hubungan guru dan murid, serta dapat mewujudkan perasaan kasih sayang, selesa, selamat dan sejahtera dalam kalangan murid.

Disediakan oleh:

Disahkan Oleh:

.................................................

...................................................

(Muhammad Safuan Bin Ibrahim)

(Nurun Ihsan Bin Hasbullah)

Setiausaha Pelancaran

Guru Besar

Program Mentor Mentee

SK Suka Menanti

SK Suka Menanti

SEKOLAH KEBANGSAAN SUKA MENANTI 05150 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN

PELANCARAN PROGRAM MENTOR MENTEE PERINGKAT SK SUKA MENANTI SESI 2015 TARIKH : 26 APRIL 2015 (AHAD) MASA : 7.45 PAGI-8.30 PAGI TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK SUKA MENANTI ANJURAN : UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING SK SUKA MENANTI

Related Documents


More Documents from ""

Senarai Keperluan.docx
November 2019 23
Kemahiran Belajar.docx
November 2019 29
Modul Pemimpin.docx
November 2019 25
Teks Bacaan Doa.docx
November 2019 24