Bahagian B “Cabaran-Cabaran dalam Pengajaran Kemahiran Membaca Bahasa Melayu” a. Masalah-masalah pengajaran kemahira membaca yang mereka menghadapi Kemahiran membaca merupakan asas untuk memahami proses pembelajaran yang lebih kompleks. Proses membaca memerlukan urutan atau rentetan yang berulang-ulang bagi memastikan para pelajar dapat memahami apa yang sedang mereka bacakan serta menguasai proses bacaan tersebut. Kebiasaannya masalah dalam proses membaca ini banyak dihadapi oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Hasil daripada temuramah dengan dua orang guru, saya rumuskan kepada beberapa factor yang menyebabkan murid-murid menghadapi masalah membaca.
i. Faktor Individu Bagi menentukan masalah dalaman pelajar yang sukar untuk membaca, kemahiran kognitif para pelajar juga perlu untuk diambil kira.Hal ini adalah kerana, setiap pelajar mempunyai kemahiran kognitif yang berbeza-beza walaupun umur mereka sebaya. Oleh sebab itu, kegagalan proses pembelajaran untuk mengajar mereka cara membaca juga mempunyai hubung-kait dengan kemahiran kognitif setiap pelajar tersebut. Cara pemikiran seorang kanak-kanak yang lebih terhad dan hanya mampu untuk memahami apa yang dilihat oleh mata kasar mereka sahaja. Guru A berpendapat masalah ketidakbolehan untuk membaca ini timbul apabila seorang pelajar itu tidak dapat untuk memahami apa yang telah diajarkan kepada mereka menyebabkan masalah keciciran dalam pembacaan.Mungkin masalah ini berpunca daripada kemahiran kognitif pelajar tersebut yang lemah. ii. Ketidakbolehan untuk Mentafsir Simbol dan Huruf Guru B berpendapat masalah dalam membaca juga berlaku akibat ketidakbolehan untuk mentafsir simbol dan huruf untuk diterjemahkan dalam ayat atau perkataan secara lisan. Masalah menguasai kemahiran membaca dan menulis menjadikan murid lemah dan tidak berminat dalam proses pembelajaran adalah akibat ketidakcekapan mereka menguasainya isi pembelajaran yang telah diajar oleh guru. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran,