Tujuh Wasiat Raja Raja Melayu

  • Uploaded by: egahmulia
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tujuh Wasiat Raja Raja Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 3,148
  • Pages: 10
TUJUH WASIAT RAJA MELAYU Teks titah Raja Muda Perak, RAJA DR. NAZRIN SHAH di Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran syed Hussein Alatas di Dewan Pemikiran Syed Hussein Alatas di Dewan Bahasa dan Pustaka (petikan Utusan Malaysia) BETA bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan rahmat dari-Nya juga, Beta dapat berangkat untuk menzahirkan titah sempena Seminar Antarabangsa Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas seterusnya menyempurnakan pelancaran karya-karya terpilih tulisan Allahyarham yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan dicetak buat kali ketiga. Tiga karya tersebut adalah pemerhatian dan kupasan Allahyarham yang menyentuh Mitos Peribumi Malas, Intelektual Masyarakat Membangun dan Rasuah, Sifat, Sebab dan Fungsi. Seminar ini berlangsung dalam dua persekitaran yang sangat signifikan Persekitaran pertama: Persekitaran masa bahawa seminar ini diadakan dalam suasana negara akan menyambut ulang tahun kemerdekaan ke-52. "Kemerdekaan" itu mempunyai pelbagai erti dan terdedah kepada pelbagai fahaman. Zurinah Hassan dalam puisi beliau berjudul Kemerdekaan mengingatkan bahawa 'kemerdekaan' bukan sekadar gegak gempita menurunkan Union Jack atau setiap 31 Ogos dengan perbarisan raksasa dan kibaran bendera pada tiang tertinggi di dunia. `Kemerdekaan' itu sewajarya mengingatkan warga kepada nama-nama Dol Said, Maharaja Lela, Pandak Endut, Dato' Sagor, Ngah Jabur, Bahaman, Tuk Gajah, Mat Kilau, Tuk Janggut, Tunku Kudin dan ratusan patriot tak bernama, bermandi darah bergadai nyawa untuk membayar harga yang termahal, harga kemerdekaan negara. `Kemerdekaan' itu sangat besar pengertiannya dalam pemikiran, pendirian dan amalan harian Syed Hussein Alatas kerana Syed Hussein itu sendiri adalah nama atas batang tubuh yang berumahkan jiwa merdeka. Jiwa merdeka yang memiliki minda yang teguh berpegang kepada prinsip kebebasan berfikir. Prinsip kebebasan berfikir yang dijadikan kompas penting memandu arah kehidupan beliau di samping berusaha untuk menjadi nakhoda membantu pemikiran bangsanya dalam melayari lautan hidup yang penuh gelora. Gelombang perjuangan kemerdekaan senantiasa berombak di dadanya, demi memastikan terbinanya warga merdeka -- bangsa merdeka di atas bumi yang telah diisytiharkan sebagai sebuah negara merdeka. Jiwa merdeka dan minda merdekanya berlabuh dengan identiti bangsa -bersauh dengan syariat agama, terus menuntut kepada keadilan sosial, supaya kemerdekaan itu dapat diterjemahkan kepada kemakmuran serta kebahagiaan agar bangsanya tidak tertindas lagi dalam bentuk perhambaan baru. 1

Dalam persekitaran menyambut ulang tahun kemerdekaan negara bangsa, sewajarnyalah fakta-fakta utama dalam perjalanan menuju kemerdekaan itu dipastikan tidak terpadam daripada sejarah. Sesungguhnya tarikh 5 Ogos yang berlalu semalam, tarikh berlangsungnya seminar ini adalah tarikh keramat, tarikh yang amat penting dalam sejarah kemerdekaan negara bangsa di tanah dan air yang bernama Tanah Melayu. Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat 'Negeri Melayu Bersekutu' dan lima 'Negeri Melayu Tidak Bersekutu' telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat RajaRaja Melayu yang berbunyi: Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut: "Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mans jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera." TUJUH PERKARA ITU ADALAH: Pertama: Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumf yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA). Kedua: Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIM-PANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain. Ketiga: Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara. Keempat: Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini. Kelima: Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan. 2

Keenam: Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU. Ketujuh: Kami amanahkan dan kami pertanggung-jawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM-KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak). Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakilwakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu. Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin Majlis Majlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa. Persekitaran kedua: Persekitaran tempat bahawa Dewan Bahasa ini adalah antara gelanggang awal pemikiran Syed Hussein mengatur tapak seorang pendekar – memencak langkah seorang kesatria. Bahawa Dewan Bahasa dan Pustaka memiliki sejarah penting melaksanakan amanah memenuhi salah satu daripada tujuh wasiat Raja-Raja Melayu iaitu peranan mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan. Dewan bahasa pernah merakamkan sejarah Peristiwa Keranda 152. Di tapak bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka ini pada 3 Mac 1967, lebih 2,000 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu berhimpun. Perhimpunan tersebut diingati sebagai peristiwa `api dan air mata', peristiwa yang merakamkan kemarahan dan kesedihan bangsa terhadap kurang ketegasan pimpinan politik negara untuk mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsan. Dewan Bahasa dan Pustaka adalah institusi bangsa untuk menjamin kedaulatan bahasa. Semua Raja Melayu berangkat di Majlis Perasmian bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka melambangkan sokongan padu Duli-Duli Yang Maha Mulia itu kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar melaksanakan secara tegas salah satu daripada tujuh wasiat Baginda Raja-Raja Melayu. Betapa kebetulannya acara untuk memperingati seorang tokoh yang telah mencipta sejarah ini berlangsung dalam dua persekitaran yang amat bersejarah, persekitaran masa dan persekitaran tempat. Demikian resam orang berjasa – kematiannya meninggalkan nama untuk terus dimuliakan. 3

Syed Hussein Alatas telah menghembuskan nafas terakhir untuk menyahut panggilan Ilahi pada hari Selasa, 23 Januari 2007 Masihi, bersamaan 5 Muharam 1428 Hijrah. Berlakulah satu perjalanan penghidupan dari satu perhentian yang meninggalkan dunia yang fana ini untuk berhijrah ke satu perhentian baru di alam baqa sementara menanti hari kebangkitan yang telah dijanjikan. Padamlah satu kandil gemerlap – pelita di malam gelap. Telah tertutuplah mata yang sentiasa memerhatikan kenyataan dan telah kelulah lidah yang sering mengucapkan kebenarn. Sepanjang hayat, Syed Hussein Alatas telah menyinarkan suria kepada bumi negaranya Sepanjang kehidupan, ia telah memancarkan cahaya penyuluh pemikiran bangsanya. Telah dua tahun lapan bulan jasad Syed Hussein diistirehatkan di liang lahad, namun pemikirannya tidak dikuburkan bersama jasadnya. Malah pemikirannya terus hidup dan memberikan nafas kehidupan, pemikirannya terus menjadi bahan kajian, bahan renungan, bahan rujukan dan bahan sandaran. Kerana itu para sarjana menyambut seruan untuk hadir ke seminar ini. Syed Hussein meninggalkan bangsanya – meninggalkan dunia ini, sedikit awal untuk membolehkannya menyaksikan krisis ekonomi dunia yang telah menderitakan kehidupan jutaan insan, dia telah menghembuskan nafas terakhir sedikit awal untuk menyaksikan harga politik yang perlu dibayar oleh bangsanya setelah berlangsungnya pilihan raya umum kedua belas. Krisis ekonomi dunia berpunca daripada salah pengurusan kewangan dan senario politik domestik selepas pilihan raya umum kedua belas, adalah harga yang perlu dibayar oleh negara, beban yang perlu ditanggung oleh bangsa kerana terus melakukan perkara perkara yang telah lama diberikan peringatan oleh Syed Hussein dan kumpulan yang memiliki keselarian fikiran dengan Allahyarham. Sepanjang hayat hidupnya, Syed Hussein terus menyuarakan betapa pentingnya diiktiraf pandangan kumpulan intelektual yang memiliki daya lihat dalam perspektif yang lebih luas lagi menyeluruh yang harus dibezakan dengan kumpulan inteligensia, beliau menganggap masalah umum yang keterbelakangan adalah berpunca daripada masalah pengagihan pendapatan dan pembangunan ekonomi. Beliau menghuraikan kejijikan rasuah, kurang kemurnian mencantumkan perniagaan dan politik dan masalah yang dihadapi oleh kerajaan di Dunia Ketiga yang terlalu asyik mengamalkan rasuah hingga menghambat kemajuan. Ramai yang bercakap tentang rasuah, malah seruan untuk memerangi rasuah ada kalanya digemakan lebih nyaring daripada kalangan orang-orang yang tidak bebas daripada melakukannya lalu tenggelamlah kesungguhan usaha untuk memerangi rasuah dalam retorik kepurapuraan. 4

Akibatnya takhta runtuh, pemimpin jatuh, negara lebur, rakyat melarat. Rasuah terus merebak baik di negara sedang membangun, di negara membangun dan tidak ketinggalan di negara maju. la berlaku di dalam istana, di dalam sektor swam, di dalam sektor swasta, di dalam organisasi politik, di kalangan organisasi beruniform malah tidak terkecuali di dalam badan-badan agama. Rasuah adalah candu yang amat mengasyikkan, lebih mengkhayalkan, kerana yang menanggung derita bukan di kalangan pengamal dan penerima rasuah. Rasuah menghidupkan semula budaya perhambaan, dilindungi kosmetik yang memberikan kecantikan dan keriangan palsu kepada pengamal. Sebenarnya rasuah merendahkan martabat seseorang insan ke taraf abdi, menjadikan insan hamba kepada harta, kepada kekayaan, kepada kebendaan dan kepada jawatan yang diperoleh secara haram. Rasuah adalah instrumen yang membunuh jiwa merdeka, pemikiran merdeka, sifat merdeka dan watan merdeka dalam diri seseorang insan yang terjebak dengannya. Demikianlah kotor dan jijikinya rasuah, ironinya semakin ramai yang berlumba untuk mendapatkan kuasa supaya berpeluang melakukannya. Malah melakukannya dengan penuh tipu muslihat untuk terlepas daripada undang-undang dan hukum dunia. Usaha Dewan Bahasa dan Pustaka menganjurkan seminar "Legasi Pemikiran Syed Hussein Alatas" serta terus mengulangi penerbitan karya-karya Allahyarham adalah usaha yang layak diberikan penghargaan. Dewan Bahasa dan Pustaka perlu meneruskan tanggungjawab dan memenuhi amanah untuk menyediakan santapan yang secukupnya untuk memastikan minda bangsa mendapat cukup bekalan bahan pemakanan intelek. Dalam memastikan bangsa tidak terputus dengan akar sejarah, Beta suka menyarankan untuk Dewan Bahasa dan Pustaka menerbitkan semula tulisan-tulisan yang telah dihasilkan di era pra dan pasca kemerdekaan yang telah berjaya menyuntik semangat kebangkitan bangsa. Beta mendengar bahawa Ishak Haji Mohamad (Allahyarham) telah menghasilkan buku Putera Gunung Tahan dan Anak Mat Lela Gila, tetapi sehingga hari ini, Beta sendiri tidak berpeluang mendapatkan naskhah buku-buku tersebut. Bahan-bahan bacaan seperti itu amat penting bukan sahaja diterbitkan semula tetapi dijadikan bahan ilmiah wajib di pusat-pusat pengajian supaya generasi muda tidak akan lupa sejarah dan salah silah bangsanya. Beta percaya negara memiliki himpunan khazanah sejarah yang hari ini tertimbus dan terkubur ditelan waktu. Dalam hasrat membina model Satu Malaysia, usaha cari gali khazanah sejarah yang telah berperanan membina semangat kemerdekaan dan semangat penyatuan 5

sama ada dalam bentuk buku, penulisan, memoir, catatan, ucapan, puisi dan prosa wajib dilakukan. Hari ini, generasi selepas Beta, hanya mengenal nama-nama seperti Zaaba, Aminuddin Baki, Burhanuddin Al Helmy, Abu Bakar Al Baqir, Zulkifli Mohamad, Mohd. Asri Haji Muda, Dr. Ismail Abdul Rahman, Panglima Bukit Gantang Wahab, Abdul Rahman Yaacob, Ahmad Boestamam, Syed Jaafar Albar, Syed Nasir Ismail, Harun Idris dan ramai lagi nama nasionalis bangsa. Tetapi generasi Beta sendiri majoritinya tidak berpeluang untuk mengikuti, mendalami dan memahami asas pemikiran mereka kerana bahan-bahan bertulis dan cetak yang ada, begitu terbatas, hanya dapat diakses oleh para penyelidik yang melakukan kajian di peringkat pasca ijazah. Maklumat tokoh-tokoh bangsa dan sumbangan pemikiran mereka hendaklah dijadikan bahan yang boleh sampai kepada massa yang lebih ramai. Jika usaha-usaha tidak segera dirintis, akan terkuburlah khazanah bangsa yang sahih dan akan berlakulah pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian dan kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu. Kepada keluarga Syed Hussein Alatas, negara dan bangsa amat terhutang budi atas peranan sampingan mereka yang memberikan kekuatan kepada Syed Hussein untuk berjaya meninggalkan satu legasi. Semoga segala jasa dan pengorbanan Syed Hussein diterima sebagai amal makruf, semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat ditempatkan di kalangan para solehin. Sama-samalah kita bacakan surah AI-Fatihah dan sebarang ganjaran dari bacaan tersebut, semoga diterima Ilahi lalu disampaikan kepada roh Allahyarham Syed Hussein Alatas.

Akhbar Era Baru 21 Ogos 2009

7 WASIAT RAJA MELAYU Oleh FAIZAH IZZANI ZAKARIA

[email protected] KUALA LUMPUR 6 Ogos - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah: 6



Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).



Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.



Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.



Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.



Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.



Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.



Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

Utusan Malaysia, 7 Ogos 2009 BUKTI RAJA BERPANDANGAN JAUH KUALA LUMPUR 7 Ogos - Tujuh wasiat raja Melayu membuktikan sikap bertanggungjawab dan berpandangan jauh institusi beraja dalam menjamin keutuhan dan keamanan negara terus berkekalan. Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Muhamad Razak Idris berkata, wasiat itu juga bertujuan melindungi negara dalam menghadapi cabaran mendatang yang sukar untuk diramal. "Ia adalah paksi yang perlu didokong dan dipertahankan oleh seluruh rakyat supaya perjuangan dan pencapaian negara selama ini tidak berkubur,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau diminta mengulas peringatan Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah kepada rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya. 7

Presiden Pertubuhan Menjana Tindakan Pemikir (Mantap), Mohd. Saiful Adil Mohd. Daud pula berpendapat, peringatan tersebut memang sudah lama ditunggu dan rakyat perlu mematuhinya. Beliau berkata, sesuatu yang malang jika orang Melayu terutamanya pihak pembangkang terus mempertikaikan wasiat yang digubal demi kesejahteraan rakyat dalam jangka panjang itu. "Saya berharap tidak akan ada lagi pihak mempersoalkan institusi beraja serta perkara berkaitan selepas ini tetapi turut sama memelihara dan menjunjung kedaulatan institusi beraja,'' katanya. Presiden Kebangsaan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia (IRIMM), Amir Amsaa Alla Pitchay pula mengingatkan seluruh masyarakat memahami dan menghormati Perlembagaan Negara. Katanya, setiap perkara yang termaktub dalam Perlembagaan tidak perlu dipersoalkan kerana ia telah dipersetujui oleh pemimpin terdahulu dan matlamatnya adalah untuk kepentingan negara. "Peringatan tentang wasiat tersebut tidak harus dipertikaikan semata-mata kerana kepentingan politik. Ini kerana pembentukannya adalah untuk melindungi kepentingan semua kaum,'' jelasnya. Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009

AMARAN TERAKHIR KEPADA RAKYAT MALAYSIA - ZAHID Oleh AINOL AMRIZ ISMAIL [email protected]

SEREMBAN 7 Ogos - Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi (gambar) berkata, mesej yang disampaikan oleh Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah berhubung tujuh wasiat raja Melayu itu adalah amaran terakhir kepada seluruh rakyat negara ini. Kata beliau, jaminan terhadap kesejahteraan, kedamaian dan keamanan wajar dijaga sebaik mungkin oleh seluruh rakyat negara ini dan tidak sesekali dicemari. ''Saya amat menghormati tujuh wasiat raja Melayu kepada orang Melayu dan seluruh rakyat negara ini. Wasiat ini mempunyai makna yang cukup mendalam. ''Ramai yang sudah terlupa mengenai wasiat ini dan hanya dijadikan bahan sejarah, tetapi Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah telah menjadikannya satu amaran, yang bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi bukan Melayu," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar Kecerdasan Emosi dan Spiritual (ESQ) kepada 300 pegawai kanan kementerian, 8

Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) di sebuah hotel di sini hari ini. Beliau yang juga Menteri Pertahanan menekankan, tujuh wasiat itu bukan sekadar berbentuk kontrak sosial, tetapi berupa amaran terakhir kepada seluruh rakyat. ''Wasiat itu menyebut penubuhan Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) dan ia mempunyai makna tersendiri. Saya tidak bermaksud untuk membangkitkan sebarang isu perkauman, tetapi sekadar menyebut apa yang dilontarkan oleh Raja Muda Perak," ujar beliau. Utusan Malaysia muka hadapan hari ini memetik titah Raja Nazrin yang mengingatkan tentang tujuh wasiat raja Melayu semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Wasiat berkenaan dihasilkan atas kehendak raja-raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu di negara ini. Raja Nazrin bertitah, jika usaha tidak segera dirintis akan terkubur khazanah bangsa yang sahih dan berlaku pengubahsuaian terhadap fakta sejarah di kemudian hari menurut kesesuaian serta kehendak kumpulan politik yang memiliki kuasa ketika itu. Utusan Malaysia, 8 Ogos 2009

ABADIKAN ‘7 WASIAT RAJA MELAYU’ SEBAGAI KHAZANAH NEGARA SAYA terlebih dahulu menjunjung kasih kepada Raja Muda Perak, YAM Raja Dr. Nazrin Shah kerana telah membuka lipatan sejarah yang mengandungi ‘7 Wasiat Raja Melayu’ semasa menurunkan tandatangan Persetujuan Pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957. Sesungguhnya wasiat tersebut merupakan khazanah negara (national heritage) yang tidak ternilai dan perlu diketahui oleh seluruh bangsa Malaysia. Bagi saya, wasiat ini merupakan tunggak negara Malaysia yang perlu diketahui oleh generasi pelbagai kaum di negara ini agar mereka tidak mudah diperkotak-katik oleh manamana pihak. Bagi saya, 7 Wasiat Raja Melayu ini telah memberi jawapan kepada beberapa persoalan yang dibangkitkan oleh pihak tertentu di negara ini yang sejak kebelakangan ini sering mempersoalkan Perlembagaan Negara berkaitan isu-isu yang dinyatakan dalam 7 Wasiat Raja Melayu ini. Cuma saya terkilan dan berasa hairan mengapa perkara ini hanya terpendam di dalam lipatan sejarah dan hanya didedahkan setelah dua tahun negara mencapai kemerdekaan. Atau mungkin perkara ini di luar pengetahuan saya yang telah berumur 62 tahun. 9

Oleh itu, jika 7 Wasiat Raja Melayu ini tidak pernah diisytiharkan secara rasmi pada masa lalu, saya menyarankan pihak istana, Pejabat Yang Dipertua Negeri, Parlimen, Dewan Negeri, Muzium Negara dan Muzium Negeri mengabadikan 7 Wasiat Raja Melayu itu dalam apa juga bentuk yang difikirkan wajar untuk tatapan rakyat dan generasi akan datang. Jika pihak Muzium Negara melakarkan ukiran Panglima Hang Tuah dengan ungkapan ‘Tidak Hilang Melayu Di Dunia’, senarai 7 Wasiat Raja Melayu itu hendaklah dilakarkan sewajarnya di premis yang saya cadangkan itu. Daulat Tuanku. Utusan Malaysia, 10 Ogos 2009 BANGKITLAH MELAYU... SEJAK beberapa bulan kebelakangan ini, Raja-raja Melayu tidak berhenti bersuara dalam hal melibatkan kepentingan agama Islam dan orang Melayu yang termaktub dalam perlembagaan. Terbaru Raja Muda Perak Raja Dr. Nazrin Shah mengingatkan tentang tujuh wasiat Raja Melayu. Ia diikuti Sultan Kedah yang mahu kontrak sosial dipertahankan bagi mengelakkan negara ditimpa huru- hara. Beberapa hari selepas itu, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah terpaksa campur tangan menolak cadangan kerajaan pakatan pembangkang di negeri itu mahu menggunakan wang zakat untuk tujuan pembangunan semua kaum. Seingat Awang, semua Raja Melayu dari Perlis hingga ke Johor telah melahirkan pandangan dan penegasan agar rakyat tidak meruntuhkan asas kenegaraan yang berpaksikan sejarah, tamadun dan masyarakat Melayu itu sendiri. Malah sebahagian raja Melayu makin lantang mempertahankan kepentingan Melayu. Belum pernah berlaku dalam sejarah Raja-raja Melayu ke hadapan dan secara konsisten menjadi benteng melindungi perlembagaan. Ini semua berlaku kerana sesungguhnya juga belum pernah berlaku kedudukan Melayu, agama Islam dan institusi raja dicabar sebegini dahsyat oleh pergerakan politik bukan Melayu tertentu dengan dibantu oleh pengkhianat Melayu yang mahu berkuasa. Kebiadapan terhadap Islam, raja dan Melayu makin menjadi-jadi yang tidak boleh dibiarkan. Setakat ini tiada seorang pun pemimpin pembangkang yang tampil memohon maaf terhadap banyak penderhakaan yang turut mereka cetuskan sama ada secara langsung mahu pun tidak langsung. Bibit-bibit ke arah negara republik sudah bermula. Maka apa yang disuarakan oleh Raja-raja Melayu mempunyai mesej tersendiri bahawa Melayu perlu bangkit bersatu dan lebih yakin dalam menghadapi persekitaran politik yang makin membahayakan. Awang sudah lama bangkit... Utusan Malaysia, 23 Ogos 2009

10

Related Documents


More Documents from "Herman Adriansyah AL Tjakraningrat"