Kajian Tindakan 1

  • Uploaded by: Anonymous LrLmtf
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kajian Tindakan 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,968
  • Pages: 9
SEKOLAH KEBANGSAAN WIRA JAYA, 31350 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN.

PANITIA SAINS 2008

TAJUK KAJIAN : MENINGKATKAN PERATUSAN PENCAPAIAN SAINS BAHAGIAN A MELALUI KAEDAH LATIH TUBI BACAAN DAN PEMAHAMAN MURID TAHUN 5 KREATIF.

1.0 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang lalu Tahap pembelajaran Sains tambahan pula di dalam Bahasa Inggeris bagi Tahun 5 Kreatif adalah lebih tinggi. Kegagalan mereka untuk menguasai asas Sains dan Bahasa Inggeris diperingkat awal menyebabkan mereka terlalu lemah di dalam subjek ini dan ini menyebabkan mereka sukar untuk memahami terma-terma di dalam Bahasa Inggeris. Kegagalan ini juga disebabkan kurangnya minat mereka di dalam Sains. Semasa setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, kami mendapati tidak ada diantara mereka yang ingin menumpukan perhatian. Buku Teks Sains adalah adalah satu daripada elemen yang sering dilupakan untuk dibawa ke sekolah. Mereka juga tidak ada inisiatif dan minat untuk menghabis kerja-kerja rumah yang diberi oleh guru. Berpandukan kepada Ujian Progresif 1, Ujian Progresif 2, PKSR 1 dan PKSR 2 tahun lepas semasa mereka di tahun 4, kami telah mendapati kebanyakkan daripada mereka tidak ada minat untuk membaca soalan-soalan yang diberikan terlebih dahulu sebelum menjawab soalan berkenaan. Mereka hanya membulatkan mana-mana jawapan yang ada untuk diisi ke dalam kertas jawapan. Ini telah dibuktikan dengan analisis soalan yang telah kami buat. Sebagai contoh, kebanyakkan murid 5 Kreatif akan gagal menjawab soalan dengan betul walaupun soalan termudah yang diberikan. Selain daripada itu tidak ada satu pun daripada mereka yang akan yang akan cuba memahami soalan-soalan yang lebih tinggi tahapnya. Mereka hanya meneka jawapan.

1

Masalah ini berlarutan dari semasa ke semasa. Guru-guru yang mengajar terpaksa bertungkus-lumus mencari kaedah pengajaran dan pembelajaran yan lebih baik untuk mengatasi masalah tersebut. Beberapa kaedah telah digunakan setakat ini iaitu menggunakan CD (PPSMI), dengan menggunakan komputer dan dengan melayari internet yang mempunyai kaitan dengan topik yang diajar. Kami merasakan kaedah yang spesifik hendaklah digunakan untuk mengatasi masalah ini yang masih menghantui kami.

2.0 Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian Berdasarkan keputusan PKSR 2, 2007 keputusan lulus Sains bagi murid-murid tahun 5 Kreatf adalah 27.78%. Peratusan ini menunjukkan murid-murid Tahun 5 Kreatif sangat lemah dalam menjawab soalan Sains Bahagian A. Daripada pemerhatian yang dibuat dan dinilai, kebanyakan murid-murid ini tidak dapat menjawab dengan tepat, dengan kata lain, mereka memilih jawapan tanpa memahami soalan atau memilih jawapan tanpa membaca atau melihat soalan tersebut terlebih dahulu. Perkara ini berlaku di atas beberapa faktor seperti mereka lemah dalam penguasaan Bahasa Inggeris, tidak memahami istilah Sains yang digunakan dan tidak dapat memahami konsep atau topik yang diajar, umpama kabur dalam penguasaan Subjek Sains. Selain daripada itu, mereka malas untuk membaca buku Sains atau mereka tiada langsung buku tambahan untuk memahami topik yang diajar. Mereka juga tidak memahami kehendak soalan yang 2

ditanya atau malas untuk memikir kehendak soalan. Apabila guru memberi latihan untuk dijawab, mereka tidak mencubanya, kadang-kadang langsung tidak melihat soalan tersebut. Bagi mereka, mereka meletakkan subjek Sains, subjek susah dan tidak mahu menguasai subjek ini, dengan kata lain, tidak berminat untuk mendalaminya. Faktor lain pula, kurangnya pemantauan dari ibu bapa, melihat keputusan Sains atau tahap prestasi anak mereka. Ibu bapa akan menyalahikan guru sepenuhnya apabila anak mereka tidak lulus dalam subjek Sains. Daripada fokus kajian ini, murid-murid Tahun 5 Kreatif tidak mahu menukar minda mereka dari “benci Subjek Sains” kepada “Suka Sains”. Cabaran seterusnya untuk menukar mentaliti mereka supaya Subjek Sains menjadi subjek kegemaran mereka. Sewajarnya muridmurid Tahun 5 Kreatif menukar cara pemikiran dan menukar sikap supaya suka Sains. Seterusnya secara tidak langsung akan dapat menolong meningkatkan prestasi mereka. Dengan kata lain, guru

memberi dan mencurahkan ilmu dan murid seharusnya menadah dan

mengambil ilmu itu untuk diguna dan diaplikasi dalam P&P dan kehidupan seharian.

3.0 Objektif Kajian Selepas kajian ini dijalankan, diharapkan murid- murid Tahun 5 Kreatif dapat mencapai objektif yang dirancang dan diatur dalam membantu mengatasi masalah lemah dalam menjawab Soalan Sains Bahagian A.

3.1 Objektif Umum Membantu meningkatkan keputusan murid Tahun 5 Kreatif dalam menjawab Soalan Sains Bahagian A. Sekurang-kurangnya 6 orang atau 27% murid dapat menjawab sekurangkurangnya 15 soalan objektif secara betul daripada 30 soalan.

3

3.2 Objektif Khusus i.

Murid dapat memahami istilah Sains atau konsep Sains yang disampaikan oleh guru dalam P&P.

ii. Murid dapat menjawab soalan atau memahami kehendak soalan dan seterusya dapat menjawab soalan objektif berkenaan dengan tepat. iii. Murid dapat mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris, dengan ini mudah untuk mempelajari Subjek Sains. iv. Guru memainkan peranan dengan memberi perangsang atau kata-kata semangat kepada murid Tahun 5 Kreatif supaya belajar dengan lebih berfokus dan guru jangan terlalu mendesak murid atau melemahkan semangat mereka untuk mencuba menguasai Subjek Sains. 4.0 Kumpulan Sasaran Kajian ini melibatkan seorang guru dan 22 orang murid Tahun 5 Kreatif yang merupakan kelas yang lemah. 5.0 Pelaksanaan Kajian 5.1 Tinjauan Masalah Mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh murid tahun 5 Kreatif dengan cara mengadakan perbincangan dengan semua guru Sains. Selain daripada itu masalah ini dibincang bersama dalam Mesyuarat Kurikulum. Mereka ini lemah dalam menjawab soalan objektif dengan baik. Tinjauan masalah yang dijalankan berdasarkan analisis-analisis Pra Ujian, Ujian Progresif dan Peperiksaan Pertengahan Tahun. 5.2 Analisis Dokumen

4

Kami menjalankan analisis ke atas kertas ujian objektif murid tahun 5 Kreatif iaitu Ujian PKSR 2 2007, Ujian Pra Percubaan 2008, Ujian Progressif 1 2008 dan Ujian Pertengahan 2008. Saya mendapati mereka tidak dapat menguasai soalan-soalan berbentuk objektif berkenaan. Dengan kata lain mereka hanya meneka jawapan dan tiada inisiatif untuk memahami dan memilih jawapan yang terbaik. Jadual di bawah menunjukkan peratusan murid yang menjawab sekurang-kurangnya 15 soalan daripada 30 soalan dengan betul bagi soalan objektif Sains Bahagian A. Ujian PKSR 2

Ujian Pra

Ujian Progresif

Ujian

2007

Percubaan

1

Pertengahan

26%

2008 30%

2008 17%

Tahun 2008 32%

5.3 Tindakan Yang Dijalankan 5.3.1 Ujian PKSR 2 2007 Soalan-soalan yang disediakan merangkumi semua topik tahun 4. Soalan ini disediakan daripada Majlis Guru-Guru Besar Daerah Kinta. Soalan ini berbentuk pelbagai dan terdapat pelbagai aras. Daripada SP Chart yang diperolehi didapati 6 orang murid atau 26% dapat menjawab 15 soalan dengan betul daripada 30 soalan. SP Chart berkenaan adalah seperti dilampirkan di lampiran 1. 5.3.2 Ujian Pra Ujian ini merangkumi 2 topik Sains Tahun 5 iaitu ‘Microorganism’ dan ‘The Survival Of The Species’. Soalan ini dalah merupakan soalan berfokus dengan topik yang diajar. Ujian ini juga diberi selepas topik ini habis diajar. Rasionalnya soalan ini diuji untuk melihat dan mininjau sejauh mana murid 5 Kreatif dapat menguasai topik yang baru habis diajar. Soalan ini merangkumi aras sederhana dan rendah seperti soalan bergambar, soalan istilah dan soalan definasi. Masa yang

5

diperuntukkan adalah 1 jam.

Daripada SP Chart yang diperolehi didapati 7 orang

murid atau 30% murid dapat menjawab 15 soalan dengan betul daripada 30 soalan. SP Chart berkenaan adalah seperti dilampirkan di lampiran 2. 5.3.4 Ujian Progresif 1 Ujian ini merangkumi 3 topik yang telah diajar iaitu ‘Miroorganisms’, ‘The Suvival Of The Species’ dan ‘Food Chain And Food Web’. Soalan ini berbentuk pelbagai dan terdapat pelbagai aras. Daripada SP Chart yang diperolehi didapati 4 orang murid atau 17% murid dapat menjawab 15 soalan dengan betul daripada 30 soalan. SP Chart berkenaan adalah seperti dilampirkan di lampiran 3.

5.3.5 Ujian Pertengahan Tahun Ujian ini merangkumi 5 Topik iaitu ‘Miroorganisms’, ‘The Suvival Of The Species’, ‘Food Chain And Food Web’, ‘Energy dan Electricity’. Soalan ini berbentuk pelbagai dan terdapat pelbagai aras. Daripada SP Chart yang diperolehi didapati 7 orang murid atau 32% murid dapat menjawab 15 soalan dengan betul daripada 30 soalan. SP Chart berkenaan adalah seperti dilampirkan di lampiran 3. Analisis daripada ujian tersebut menunjukkan murid tidak menguasai soalan yang sukar, namun soalan yang sangat senang mereka tidak dapat menjawab dengan betul. Daripada SP Chart ini soalan dinilai dari soalan senang ke soalan sederhana. 5.3.6 Soal-selidik Daripada temubual ayang dijalankan ke atas sebilangan murid tahun 5 Kreatif iaitu 5 orang lelaki dan 3 orang perempuan iaitu murid lemah, sederhana dan pandai iaitu selepas mereka menjawab ujian Pra. Soal selidik ini mengandungi soalan terbuka 6

dimana murid-murid dikehendaki menjawab dengan jujur dan ikhlas iaitu mengikut situasi sebenar yang mereka hadapi. Tujuan soal selidik ini dijalankan untuk mengetahui masalah yang mereka hadapi sehingga ke akar umbi. Murid-murid bebas menyatakan masalah sebenar mereka di atas sekeping kertas tanpa perlu menulis nama agar mereka dapat meluahkan isi hati mereka dengan jujur, ikhlas dan tanpa rasa takut. Daripada soal selidik ini dapat dirumuskan keputusan seperti dibawah.

Bil. 1 2 3 4

Masalah murid Tidak faham soalan di dalam Bahasa Inggeris Tidak faham kehendak soalan Tidak faham istilah Tidak tahu jawapan

Bil. Murid 8 8 8 8

Peratus 37.5 75 100 87.5

Berpandukan soal selidik saya dapati majoriti murid menghadapi masalah yang sama. Dengan kata lain mereka tidak memahami Sains di dalam Bahasa Inggeris. Dengan itu, kami merancang untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada langkah-langkah untuk mengatasi masalah-masalah tersebut.

5.4 Tindakan yang dijalankan Guru menyediakan P&P dengan menggunkan LCD supaya murid dapat memahami dengan lebih mudah setiap topik yang diajar. Selain daripada itu guru juga menyediakan Power Point berkaitan dengan konsep Sains dan istilah Sains berserta dengan gambar-gambar yang berkaitan dengan topik yang diajar. Guru juga memberi sekurang-kurangnya 5 soalan objektif selepas P&P yang dijalankan. Soalan-soalan yang disediakan adalah daripada aras yang sederhana dan lemah mengikut tahap kemampuan mereka. Kemudian guru memberi masa untuk murid menjawab soalan tersebut dan seterusnya perbincangan dijalankan bagi setiap satu soalan berkenaan. Dengan kaedah ini, ia membantu murid lebih berfokus dan menarik minat untuk mengikuti P&P.

7

Guru juga memberi istilah untuk disalin dalam buku Nota Sains dan menyuruh murid menghafal dan mengingati istilah berkenaan.

Konsep Sains juga diterangkan dengan

menggunakan aras Bahasa Inggeris yang lebih mudah dengan diselitkan dengan Bahasa Melayu. Ganjaran akan diberikan kepada murid yang dapat menjawab semua soalan dengan betul seperti gula-gula, ucapan tahniah dan hadiah. Sistem Mentor juga dijalankan iaitu dimana murid yang lemah akan di letakkan dibawah jagaan guru. Guru akan memantau dan menolong dalam penguasaan Subjek Sains. Selain daripada itu murid yang sederhana akan membantu murid yang lemah. Sistem mentor dikalangan murid lebih berkesan kerana murid tidak berasa takut untuk bertanyakan soalan dan lebih mesra serta selesa. Sekolah ini juga telah menjemput penceramah-penceramah yang pakar Subjek Sains untuk memberi kaedah menjawab soalan-soalan Sains.

Tujuannya adalah untuk memberi

pendedahan kepada murid kepada murid untuk menjawab dengan kaedah yang betul dan mudah menguasai soalan.

5.5 Refleksi Kajian Secara keseluruhannya, kami merasakan Kajian Tindakan yang dijalankan keatas murid 5 Kreatif sekolah ini telah mencapai objektif. Kaedah pengajaran dan pembelajaran guru selama ini lebih berpusatkan guru serta aktiviti-aktiviti hands-on yang kurang adalah dirasakan tidak wajar dipraktikkan. Walaupun guru bertungkus-lumus menyediakan P&P yang menarik dan berkesan tetapi tidak mendapat respon yang baik daripada murid seperti membuat kerja rumah, perhatian semasa guru mengajar dan masalah dalam menjawab soalan seperti tidak mahu mengikut kaedah yang diajar.

Ini kerana masalah seperti

ketidakcukupan waktu mengajar yang mana murid lemah lebih memerlukan perhatian, 8

tiada inisiatif untuk belajar sendiri dirumah serta ibu bapa tidak memantau hasil kerja anakanak mereka. Selain daripada itu murid sukar untuk memahami istilah kerana asas Bahasa Inggeris yang lemah sejak awala persekolahan. Kaedah latih tubi yang diberikan telah meningkatkan pencapaian dan pemahaman terhadap subjek Sains. Mereka dapat mengingati dengan lebih berkesan. Seterusnya, mereka dapat menjawab soalan peperiksaan akan datang.

Kebiasaannya soalan bergambar mudah

dijawab manakala soalan istilah atau konsep adalah lebih sukar atau tidak dapat menjawabnya langsung. Daripada program Ceramah yang telah dijalankan, didapati sedikit sebanyak telah memberi impak yang positif kepada murid-murid untuk menjawab soalan objektif. Guru-guru Sains juga telah didedahkan dengan teknik yang lebih mudah dan sistematik dalam membantu mengajar murid terutamanya menjawab soalan objektif.

6.0 Penutup Kajian yang kami lakukan ini mendapat dimanfaatkan oleh para guru Sains di daerah ini amnya dan di sekolah saya khasnya terutamanya guru-guru bukan opsyen. Kami juga mengakui bahawa kajian ini bukanlah yang terbaik kerana masih terdapat banyak kekurangan. Namun apa yang penting untuk saya nyatakan disini ialah perlu ada kerjasama daripada guru dan murid supaya langkah penyelesaian masalah dapat diatasi. Sehubungan itu sebagai seorang guru dan pendidik sewajarnya jangan putus asa dalam menangani permasalahan ini.

9

Related Documents

Kajian Tindakan 1
June 2020 14
Kajian Tindakan
June 2020 32
Kajian Tindakan
June 2020 23
Kajian Tindakan
June 2020 27
Kajian Tindakan
May 2020 24
Kajian Tindakan
May 2020 27

More Documents from ""

Asignment Pend Khas Kh1
December 2019 18
Qiraat
November 2019 30
Arca 2
December 2019 22
Kajian Tindakan 1
June 2020 14
Ulasan Tentang Arca
December 2019 18
B.arab Topik 6
December 2019 20