1.0 Pendahuluan Pemeliharaan haiwan telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dahulu. Pemeliharaan haiwan pada masa dahulu bertujuan untuk mendapatkan daging, susu, bulu, kulit dan bahagian-bahagian lain yang berguna kepada manusia. Kini pemeliharaan haiwan adalah bersifat lebih intensif dan komersial. Pada masa sekarang pemeliharaan haiwan atas tujuan lebih luas. Fokus kajian ini adalah kepada pemeliharaan lembu. Pada masa dahulu lembu dipelihara sebagai membantu dalam mengerjakan sawah dan ladang pertanian. Selain daripada untuk membajak sawah, lembu juga dipelihara untuk mendapatkan daging dan menarik kereta. Kini petani tidak lagi memelihara lembu untuk tujuan pertanian. Pemeliharaan lembu kini lebih bersifat komersial yang mana lembu dipelihara dalam jumlah yang banyak dan dipelihara di kawasan penternakan yang luas yang mempunyai sistem penternakan lebih sistematik. Kajian telah dijalankan di sebuah pusat penternakan lembu yang lokasinya terletak di sebuah kawasan terpencil dikenali sebagai Ulu Piah. Pusat penternakan ini dikenali sebagai Golden Farm. Pusat penternakan ini terletak di jalan masuk ke Padang Polo Iskandar. Perjalanan ke pusat penternakan ini mengambil masa 15 minit dan bentuk jalan adalah berupa jalan pasir berbatu. Pusat penternakan ini disewa daripada seorang berbangsa cina. Pusat penternakan ini diuruskan oleh seorang bekas doktor haiwan yang dikenali sebagai Doktor Nawar. Beliau telah mengusahakan pusat penternakan ini lebih 5 tahun setelah bersara daripada berkhidmat sebagai doktor haiwan. Beliau dibantu oleh isteri dan anak lelaki sulungnya berusia 30 tahun yang bernama Muhammad Nasrullah. Pekerja adalah terdiri daripada warga Bangladesh seramai 3 orang. Kunjungan kami pada 22 Jun 2008 untuk membuat kajian tanpa Dr Nawar yang berada di Kuala Lumpur ketika itu. Kami diberi penerangan oleh Muhammad Nasrullah b. Nawar.
Lembu yang dipelihara tidak akan terlepas daripada penyakit. Antara penyakit yaang dihidapi oleh lembu ialah penyalit hawar berdarah, penyakit kuku dan mulut, penyakit babesiosis dan sebagainya. Fokus kajian adalah kepada bagaimana faktor luaran yang berkaitan dengan penyakit bagi lembu berkenaan dari aspek perumahan lembu berkenaan iaitu fokus kepada kandang lembu, kawasan persekitaran ladang yang meliputi aspek fizikal, kimia dan biologikal, faktor pengurusan kawasan penternakan, faktor makanan dan minuman lembu yang meliputi kuantiti, kualiti dan aspek kontaminan. Lokasi Ladang Penternakan Golden Farm Ladang Penternakan Ladang Golden Farm ditunjukkan melalui peta yang diambil daripada www.mapsgoogle.com
Lakaran Kasar Ladang Penternakan Golden Farm Lakaran di bawah menunjukkan kedudukan bangsal, padang ragut, kolam air dan jalan masuk ke ladang termasuk sungai.
Kandang Kambing
Rumah Pekerja
Kandang Ayam Kandang Lembu
Pejabat
Kandang Lembu
Kola m
Padang Rumput
Kola m
Kandang Lembu
Padang Rumput
Imej Sebenar Ladang Penternakan Golden Farm Imej Sebenar dari udara Ladang Penternakan Golden Farm yang diambil daripada www.mapsgoogle.com
2.0 Faktor Luaran yang berkaitan dengan penyakit dari aspek : 2.1 Perumahan Pemeliharaan lembu di Malaysia boleh dibahagikan kepada lima kaedah iaitu kaedah tradisional, kaedah lepas bebas, kaedah mengurung atau fidlot, kaedah separa intensif dan kaedah integrasi. Kaedah pemeliharaan yang dilaksanakan di Ladang Penternakan Golden Farm ini ialah kaedah separa intensif. Cara ini juga adalah sempurna dan praktikal di Malaysia. Lembu di sini dipelihara dibiarkan meragut dalam tempoh yang dihadkan pada waktu siang. Lembu akan dihalau balik ke kandang untuk
diberi makanan tambahan dan berteduh pada waktu malam.
Kandang yang baik cuma perlu mempunyai atap/bumbung yang tidak ditembusi air dan lantai yang mudah dibersihkan serta perparitan yang memuaskan. Saiz kandang 30 kaki persegi cukup untuk seekor lembu, bermakna bagi 10 ekor lembu, kandang 20 kaki x 15 kaki dan tinggi 8-10 kaki adalah memadai. Bahan-bahan tempatan seperti buluh, kayu hutan, atap nipah boleh digunakan untuk menjimatkan belanja pembinaan. Tinjauan mendapati bahawa di Ladang Golden Farm bumbung kandang dibina daripada zink dan lantai kandang tidak disimen. Keadaan ini menyukarkan pembersihan kandang. Najis lembu terdapat di merata kandang dan tidak dibersihkan secara berjadual. Kandang yang kotor dan dipenuhi najis akan memudahkan jangkitan penyakit kepada lembu seperti penyakit pernafasan dan radang paru-paru , kembong atau direa dan masalah kuku. Penyakit tuberkulosis lembu merupakan penyakit dalam lembu . Penyakit ini dikenali juga sebagai penyakit batuk kering atau TB. Dalam lembu, ia disebabkan oleh bakteria Mycobacterium bovis.. Dalam anak, jangkitan berlaku melalui susu dari induk yang berpenyakit. Tetapi kerapkali jangkitan berlaku melalui pernafasan dan sentuhan. Lembu yang dijangkiti TB akan mempunyai nodul atau bisul yang dapat dikesan terutamanya dalam paru-paru, nodus limpa dan pelbagai organ dalam rongga abdomen termasuk usus, pembiakan, sistem saraf malah tulang. Faktor kandang yang tidak diurus dengan baik seperti najis yang bertaburan tanpa
dibersihkan akan menyebabkan tindakbalas bakteria yang memberi kesan kepada lembu yang dipelihara. Keadaan kandang yang tidak sempurna juga akan menyebabkan penyakit kembung pada lembu. Kembong (bloat) adalah pembesaran rumen dan retikulum (perut di bahagian kiri abdomen) pada ternakan ruminan akibat dari pengumpulan gas. Penternak boleh mengenalpasti kejadian kembong ini melalui tanda-tanda seperti resah, kerap duduk dan bangun, pembesaran dan sakit dibahagian kiri abdomen, tiada selera makan dan minum, sesak nafas dan akhirnya boleh membawa kematian. Ini akan merugikan penternak. Kembong berlaku apabila kadar gas yang dihasilkan melebihi dari kadar pengeluaran gas. Gangguan yang terjadi menyebabkan gas yang dihasilkan terkumpul di dalam rumen dan kemudian akan membesar. Kelebihan gas yang dihasilkan adalah kerana proses penapaian yang dilakukan oleh mikro organisma dalam rumen dan juga gangguan fizikal secara langsung terhadap pengeluaran gas. Tinjauan didapati bahawa perumahan lembu di ladang Golden Farm ini tidak sempurna terutama lantai kandang yang tidak disimen menyebabkan kerja-kerja pembersihan sukar dijalankan. Keadaan ini menyebabkan jangkitan penyakit terutama daripada najis lembu seperti jenis-jenis penyakit yang diterangkan di atas akibat daripada faktor perumahan lembu yang tidak diselia dan dikawal dengan baik.
2.2 Persekitaran
2.2.1 Faktor Fizikal Keadaan fizikal kawasan penternakan harus diutamakan bagi memastikan haiwan ternakan berada dalam keadaan yang baik. Kaedah keselamatan dan kebersihan yang baik yang diamalkan merupakan satu langkah yang baik bagi mendapat hasil yang lumayan. Tinjauan mendapati bahawa keadaan fizikal ladang Golden Farm berada pada tahap sederhana. Pengurusan ladang tidak mempunyai kemudahan asas yang cukup akibat daripada lokasi ladang yang agak jauh dari jalan besar. Tiada kemudahan bekalan elektrik dan air bersih. Mereka mendapatkan bekalan elektrik daripada generator dan bekalan air dari sungai berhampiran dengan ladang. Keadaan ini akan memberi sedikit kesan emosi kepada para pekerja yang kadang kala memberi kesan terhadap gaya bekerja di ladang ini. Bagi mengelakkan lembu dijangkiti penyakit, keadaan fizikal kawasan perladangan haruslah mempunyai kelengkapan fizikal yang sempurna serta diurus dengan baik. Antara penyakit yang berkaitan dengan kedaan fizikal ladang yang tidak sempurna ialah cirit birit atau berak cair. Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan. Najis yang dikeluarkan kelihatan lembik dan cair, berubah warna serta mempunyai bau yang berlainan. Sekiranya cirit-birit ini berlarutan, ternakan akan kekurangan air dan tenaga dalam badan, lemah dan akhirnya boleh membawa kepada kematian. Biasanya cirit-birit ini disebabkan oleh jangkitan kuman, virus ataupun parasit, keracunan, pengurusan peralatan atau makanan yang kurang bersih, kekurangan zat serta memakan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan.
Prinsip rawatan adalah dengan memberi rawatan awal cirit-birit, pengesanan agen penyebab melalui pemeriksaan najis, darah, makanan dan lain-lain sampel yang berkaitan serta memusnahkan agen penyebab dengan secepat mungkin. Pengasingan ternakan yang terlibat juga perlu dilakukan untuk mengelakkan penyakit dari merebak. Penternak boleh mengawal gejala ini dengan mengutamakan kebersihan di dalam pengurusan ternakan. Di samping itu pemberian ubat cacing yang sistematik perlu dilakukan untuk pengawalan jangkitan cacing serta memberi suntikan pelalian yang sesuai untuk pencegahan penyakit-penyakit tertentu yang boleh menyebabkan kejadian cirit-birit. Tinjauan mendapati juga bahawa keadaan padang ragut juga tidak begitu sempurna. Penternak harus memastikan tempat pemeliharaan lembu mempunyai rumput yang sesuai dengan keperluan lembu. Antara rumput yang baik untuk pemakanan lembu ialah dari jenis rumput pastura dan fodder. Rumput pastura dan foder dari jenis yang boleh mengeluarkan hasil lumayan dan bermutu tinggi perlu dihasilkan untuk diberikan kepada ternakan. Perancangan yang teliti tentang pemakanan ternakan akan dapat meningkatkan kecekapan dalam pengurusan menternak dan menjaga tahap serta mutu pengeluaran dengan kadar yang menguntungkan. Keadaan fizikal dipersekitaran kawasan ternakan seperti kayu-kayu tajam, tungul-tunggul kayu juga besi-besi buruk juga boleh menyebabkan lembu terluka. Lembu yang terluka akan menyebabkan penyakit luka berulat. Luka berulat terjadi bila mana ternakan mengalami luka. Darah yang keluar dari luka itu menarik lalat supaya hinggap seterusnya bertelor di atas luka tadi. Telor ini akan menetas dalam masa 8 -24 jam bergantung kepada faktor cuaca dan suhu. Telor yang menetas ini kemudiannya menjadi larva yang akan memakan tisu-tisu mati yang seterusnya membuat luka tadi semakin teruk. Larva ini membentuk koloni di dalam luka seperti bilik atau poket dan membuatkan luka ini menjadi semakin besar dan membengkak. Keadaan akan lebih parah lagi jika luka berlaku di kawasan sukar seperti sebelah dalam peha. Jika kita memakai sarung tangan dan mengorek luka tadi, kita akan dapati keadaan dalam luka berulat seperti poket yang tersembunyi di bawah kulit.
Jika keadaan ini tidak ditangani dengan segera dan baik, ia akan memberi kesengsaraan kepada ternakan dan menyebabkan kehilangan ekonomik kepada penternak. Walaubagaimanapun keadaan ini sebenarnya senang dirawat. Apa yang perlu dibuat ialah ternakan mestilah ditangkap dan diberi satu suntikan ivermectin secara bawah kulit. Dengan satu suntikan, ia dapat mematikan larva secara berkesan dan seterusnya luka berulat akan sembuh dalam masa 15 – 20 hari bergantung kepada ketahanan ternakan.
2.2.2 Faktor Kimia Kimia alam sekitar merupakan kajian fenomena kimia dan biokimia. Bidang ini melibatkan pengajian punca, tindak balas dan kesan bahan kimia di udara, tanih dan air serta kesan kegiatan manusia terhadapnya, terutamanya pencemaran. Kimia alam sekitar juga mengkaji ciri-ciri alam sekitar yang belum dicemar, kandungan bahan kimia semula jadi dan kesannya, supaya dapat menentukan kesan kegiatan manusia terhadap alam dengan tepat. Dalam bidang penternakan, faktor kimia juga boleh mempengaruhi tahap kesihatan lembu. Hubungan lembu dengan persekitaran yang berkaitan dengan unsur-unsur kimia seperti air yang tercemar, keadaan tanah, sumber air untu minuman lembu termasuk aliran air dalam sistem perparitan. Tinjauan terhadap ladang ternakan di mendapati bahawa pihak pengurusan kurang mengambil perhatian terhadap pengarh kimia terhadap kesihatan lembu. Keadaan kawasan kandang yang tidak dibersihkan boleh mengakibatkan tindakbalas bakteria yang boleh mendatangkan penyakit. Hasil temubual dengan Muhammad Nasrullah, penyakit yang sering menyerang lembu akibat daripada tindakbalas kimia terhadat tanah ialah keracunan molibdenum. Terdapat jenis tanah yang banyak mengandungi molibdenum. Molibdenum ini akan diserap oleh oleh forej. Lembu yang memakan forej ini akan menunjukkan tanda-tanda seperti cirit-birit yang teruk, pucat dan warna bulunya semakin pudar. Keracunan selenium juga sering menyerang lembu. Tanaman makanan ternak yang ditanam pada tanah yang banyak mengandungi selenium akan menyerap unsur ini dan boleh memabukkan lembu. Tanda yang menunjukkan lembu terkena kesan keracunan selenium ialah tanduknya menjadi kesat, kuku tapaknya rosak dan tercabut serta bulu di ekornya gugur. Keracunan arsenik juga sering berlaku apabila lembu memakan saki bahan seburan atau bahan-bahan lain yang digunakan dalam operasi perladangan. Tandatanda penyakit ini ialah lembu semakin kurus, sistem pencernaan terganggu, selaput dalam berwarna merah dan lembu menjadi terlalu lemah.
Temubual dengan Muhammad Nasrullah yang memberitahu bahawa lembu yang dibiarkan meragut kadang-kala boleh mendapat keracunan asid prusik. Tumbuhan yang diganggu oleh kemarau, pijakan atau lain-lain aktiviti yang boleh merosakkan tumbuhan akan menyebabkan tumbuhan itu mengandungi asid prusik atau asid hidrosianik dalam jumlah yang memabukkan. Rumput yang diragut oleh lembu biasanya mengandungi asid ini. Terdapat banyak rumput beracun yang terdedah kepada lembu. Aktiviti semburan racun pada tumbuhan akan menyebabkan lembu terdedah kepada penyakit. Racun pada rumput boleh mengakibatkan beberapa tanda seperti keguguran dan berbagai kesan ke atas sistem saraf pusat, sistem pencernaan dan pernafasan. Dalam bidang pertanian, urea digunakan sebagai bahan tambahan makanan untuk ternakan ruminan dan juga sebagi baja untuk tanaman. Urea yang berlebihan dalam bentuk serbuk atau cecair jika dimakan oleh ternakan lembu akan menyebabkan kematian yang tinggi. Kesan keracunan ini disebabkan oleh pengeluaran berlebihan ammonia dan penyerapan yang cepat dalam rumen menyebabkan tanda klinikal berlaku dalam hanya 10 -30 minit sahaja selepas urea berlebihan dimakan. Bahan makanan yang mengandungi urea seperti kacang soya an campuran molasses dan urea. Tanda penyakit meliputi sakit abdomen yang teruk, mulut berbuih, sensitive kepada bunyi, otot menggigil, jalan tidak seimbang, lemah, susah bernafas, kembong, menggelupur dan membuat bising. Tanda keracunan ini berlaku setelah ammonia dalam darah mencapai konsentrasi 0.7 - 0.8 mg/dl.
2.2.3 Faktor Biologikal Biologi mengkaji struktur, fungsi, pertumbuhan, asal, evolusi dan taburan benda hidup. Bidang ini mengelaskan dan menerangkan organisma, fungsi mereka, cara dan sebab spesies wujud, serta interaksi sesama mereka dan alam sekeliling. Biologi menumpukan kepada ciri-ciri fizikal dan tabiat hidupan yang hidup pada masa kini dan masa silam, bagaimana mereka terhasil dan interaksi antara sesama mereka dan alam sekitar. Malah kini terdapat ahli biologi yang mengkaji kemungkinan haiwan yang akan berevolusi pada masa akan datang. Pemerhatian mendapati faktor biologi yang boleh mendatang penyakit ialah datang daripada faktor lembu itu sendiri dan interaksinya dengan persekitaranya. Penyakit yang sering dikaitkan dengan lembu atas faktor biologi ialah masalah terlekat uri semasa proses melahirkan anak. Menurut Muhammad Nasrullah, pernah berlaku kes lembu terlekat uri di ladangya. Membran janin atau sarung anak lazimnya keluar 12 jam selepas kelahiran. Jika sarung anak keluar 12 - 24 jam selepas kelahiran, ini sudah dianggap lewat. Sekiranya terlewat daripada 24 jam, keadaan ini dianggap sebagai terlekat uri. Kejadian ini berlaku sekitar 3 - 12% dalam kelahiran biasa. Dalam kelahiran luar biasa atau berlaku jangkitan kepada saluran peranakan, dijangka 20 - 50% dari lembu akan terlekat uri. Kes terlekat uri boleh membawa kepada penyakit lain jika tidak ditangani dengan baik. Lembu yang lekat uri akan hilang selera makan dan kurang pengeluaran susunya. Sekiranya uri terlekat dengan servik tertutup, lembu tersebut boleh dijangkiti penyakit. Lembu boleh menjadi demam dan membawa kepada radang rahim atau metritis.Penyakit ini akan menjejaskan kesuburan lembu seperti lambat datang pusingan galak dan lambat pula beranak semula, malahan boleh membawa kepada mandul. Menjadi amalan pengurusan yang baik untuk mengasingkan kumpulan lembu yang sarat bunting dalam satu kumpulan. Kumpulan ini, eloklah dibiarkan meragut berhampiran dengan kandang untuk memudahkan pengendalian dan diberi makanan secukupnya. Ini akan memberi tenaga kepada induk untuk melahir dan menyusukan anak. Kumpulan ini juga dapat diawasi dengan rapi dan dirawat dengan segera bila
berlaku terlekat uri. Sekiranya tuan dapati lembu baru beranak tidak mengeluarkan uri selepas 24 jam, maka lembu tersebut perlu diberi rawatan dengan kadar segera. Helmintiasis ataupun kecacingan adalah satu penyakit yang disebabkan oleh endoparasit seperti cacing bulat, pita, kerawit dan sebagainya. Biasanya cacing terdapat didalam sistem penghadaman haiwan ternakan. Penyakit ini berlaku kepada semua haiwan ternakan seperti lembu, bebiri, kambing, ayam dan sebagainya, terutaman dikalangan ternakan muda. Diantara tanda-tanda penyakit ini ialah pucat (anemia), kurus, adema di bawah dagu, diarea serta keguguran rambut badan dan mati mengejut. Dari segi kepentingan ekonomi, penternak akan mengalami kerugian secara langsung disebabkan oleh kematian dan pengurangan hasilan seperti susu, daging dan pertambahan berat badan yang terbantut. Faktor iklim negara ini yang sesuai bagi pembiakan cacing menjadikan ia satu penyakit yang biasa berlaku di kalangan ternakan terutama di musim hujan. Walau bagaimanapun ia boleh dirawat dengan menggunakan ubat cacing. Penggunaan sesuatu ubat yang kerap dan berulang boleh menyebabkan cacing rintang (imun) terhadap ubat tersebut dan menjadikan rawatan tidak berkesan. Oleh yang demikian, adalah disyorkan rawatan dan kawalan kecacingan dilakukan sebanyak 3 kali sahaja setahun. Ini bukan sahaja dapat mengelakkan daripada berlakunya rintang tetapi juga dapat menjimatkan kos rawatan. Rawatan pertama dilakukan 3 atau 4 minggu sebelum bermula musim hujan (September) kemudian diulangi pada 21 hari ( 3 minggu ) berikutnya. Rawatan ketiga pula dilakukan pada 21 hari ( 3 minggu ) selepas rawatan kedua.
2.3
Faktor Pengurusan Pengurusan yang cekap dan berkesan dalam pemeliharaan haiwan ternakan
boleh dikaitkan dengan pengeluaran hasil dan pendapatan. Bukan sahaja pengurusan
yang
cekap
dapat
memaksimumkan
pendapatan
malahan
meminimumkan jangkitan penyakit kepada ternakan. Di Ladang Golden Farm, bidang pengurusan ladang penternakan secara berkeluarga dengan Dr. Nawar sebagai pengurus dibantu oleh anaknya sebagai pembantu pengurus. Hasil temubual dengan Muhammad Nasrullah, bidang pengurusan melibatkan pengurusan lembu betina, pengurusan lembu jantan, pengurusan anak lembu, pengurusan pemakanan dan pengurusan kesihatan. Pengurusan lembu betina lebih fokus kepada proses melahirkan anak. Ini bagi memastikan
proses
melahirkan
anak
dapat
berjalan
dengan
lancar
bagi
mengelakkan lembu menngalami komplikasi. Penyakit yang berkaitan dengan proses kehamilan ialah penyakit Bruselosis. Ternakan yang bunting boleh mengalami keguguran. Salah satu punca keguguran adalah disebabkan oleh penyakit Bruselosis. Sekiranya lembu mengalami keguguran pada bunting yang lewat iaitu 6 bulan dan ke atas, bruselosis hendaklah disyaki. Kuman penyakit ini berada didalam rahim semasa bunting serta boleh keluar melalui bandalir rahim, anak yang gugur dan susu. Biasanya jangkitan berlaku melalui makanan serta air yang tercemar dengan kuman tersebut. Anak lembu yang dilahirkan perlu disapu iodin pada pusatnya untuk mencegah jangkitan. Langkah untuk mencegah penyakit harus diambil supaya induk dan lembu dara pengganti berada dalam keadaan sihat. Lembu hendaklah dikawal daripada serangan kutu dan cacing dengan memberi ubat setiap bulan atau setiap 3 bulan bergantung kepada keadaan ternakan dan jangkitan. Menurut Muhammad Nasrullah juga lembu jantan harus juga diurus dengan baik kerana lembu jantan ini bertindak sebagai memberi persenyawaan kepada lembu betina dalam proses pembiakan. Keupayaan lembu jantan untuk menjayakan persenyawaan pada lembu betina bergantung kepada 3 faktor asas iaitu keupayaan
mengawan, keinginan mengawan dan pengeluaran mani yang bermutu tinggi. Terdapat penyakit yang boleh menyerang sistem lembu jantan jika ianya tidak dikawal iaitu penyakit Bruselosis. Sistem pembiakan lembu jantan juga boleh dijangkiti oleh penyakit ini. Kuman akan menyerang buah zakar dan salurannya serta akan berada dalam mani lembu. Penyakit ini dapat dikesan melalui gejala keguguran dan disahkan melalui ujian darah. Langkah pencegahan terhadap kejadian penyakit berjangkit mestilah diambil terutamanya jika pembiakan secara semulajadi dijalankan. Cara yang paling mudah untuk mencegah penyakit yang berjangkit adalah mewujudkan kumpulan tertutup iaitu lembu dari luar tidak dibawa masuk. Pemeriksaan kesihatan secara teliti harus dilaksanakan jika lembu dewasa dibawa masuk sebagai penjantan. Ternakan ini mestilah disahkan bebas daripada penyakit u drinotrakeitis bovin yang berjangkit. Pengurusan anak lembu pula meliputi peringkat kelahiran. Kelahiran anak merupakan waktu yang sangat kritikal kerana kesusahan kelahiran boleh mengakibatkan kematian anak atau ibu atau kedua-duanya sekali. Lembu betina yang sedang bunting perlu diberi perhatian terutama semasa 3 bulan terakhir. Anak lembu yang baru dilahirkan perlu diberi pelalian untuk mencegah serangan penyakit. Pelalian perlu dilakukan untuk mencegah penyakit sampar berdarah, kuku dan mulut, bruselosis dan salmonelosis. Anak lembu yang berumur lebih kurang 3 bulan hendaklah
disuntik
dengan
vaksin
penyakit
tersebut.
Semua
pengusaha
menghendakan setiap anak lembu yang lahir hidup dan membesar dengan sempurna hingga dapat dijual. Walau bagaimanpun terdapat juga anak lembu yang pada masa lahirnya kelihatan sihat dan cergas dan beberapa ketika kemudian anak lembu itu mulai lemah dan akhirnya mati dalam masa yang singkat. Keadaan ini mungkin disebabkan oleh kecacingan. ascariosis disebabkan oleh cacing Toxocara vitulorum yang biasanya menyerang anak lembu yang muda (kurang 6 bulan) kerana cara jangkitan adalah melalui susu ibu. Ini ditambah lagi keadaan cuaca negara kita yang basah dan lembab yang memudahkan pembiakan dan perebakan cacing jenis ini. Penyakit ini dapat dikenal dengan melihat tanda-tanda yang terdapat pada anak lembu yang dijangkiti. Antaranya cirit birit yang kerap, kekurangan selera makan dan berat badan, serta kadangkala terdapat darah serta lendir di dalam najis.
Selain daripada merawat ternakan yang dijangkiti, penyakit ini sebenarnya dapat dicegah kerana mencegah lebih baik daripa merawat. Tujuan pencegahan yang utama ialah untuk menghalang parasit ini daripada memberi kesan kepada anak lembu dan menghalang daripada pencemaran kawasan sekitar dengan telur cacing. Anak lembu berumur 10 - 16 hari perlu diberi ubat cacing. Selain daripada itu ialah dengan memberi makanan yang bermutu dan mencukupi kepada lembu pembiak yang bunting untuk menghasilkan anak lembu yang kuat dan mempunyai daya ketahanan yang tinggi terhadap serangan cacing ini disamping mengamalkan kebersihan yang tinggi di dalam gerompok. Mengamalkan biosekuriti yang baik dengan mengawal dan menguji ternakan yang masuk ke dalam gerompok dapat mencegah jangkitan cacing ini.
Menurut Muhammad Nasrullah di ladang penternakan Golden Farm jenis rumput yang dberi kepada lembu adalah dari jenis napier. Rumput napier segar mempunyai 53.3% jumlah nutrien terhadam dan 8.7% protein kasar. Terdapat kawasan padang ragut yang terdiri daripada jenis rumput napier. Disamping rumput napier, lembu juga diberi makanan tambahan yang disi di dalam palung yang diletakkan sebaris di dalam kandang. Penyakit yang berkaitan dengan pemakanan ialah cirit-birit. Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan. Najis yang dikeluarkan kelihatan lembik dan cair, berubah warna serta mempunyai bau yang berlainan. Sekiranya cirit-birit ini berlarutan, ternakan akan kekurangan air dan tenaga dalam badan, lemah dan akhirnya boleh membawa kepada kematian. Biasanya cirit-birit ini disebabkan oleh jangkitan kuman, virus ataupun parasit, keracunan, pengurusan peralatan atau makanan yang kurang bersih, kekurangan zat serta memakan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan. Penternak boleh mengawal gejala ini dengan mengutamakan kebersihan di dalam pengurusan ternakan. Di samping itu pemberian ubat cacing yang sistematik perlu dilakukan untuk pengawalan jangkitan cacing serta memberi suntikan pelalian yang sesuai untuk pencegahan penyakit-penyakit tertentu yang boleh menyebabkan kejadian cirit-birit.
2.4
Makanan
2.4.1 Kuantiti Penternak hendaklah mengetahui dan memahami prinsip asas
sebelum
memberi makanan kepada ternakan. Ternakan memerlukan makanan yang cukup dan seimbang bagi memenuhi keperluannya. Menurut Muhammad Nasrullah, lembu yang diberi makan memerlukan kuantiti makanan yang mencukupi. Lembu akan dibiarkan meragut di padang ragut pada sebelah pagi dan diberi makanan tambahan pada sebelah petang. Lembu perlu diberi makan mengikut kuantiti yang bersesuaian untuk kesihatan, kawalan penyakit dan tumbesaran bagi anak lembu. Dari kajian yang telah dibuat, beberapa campuran bahan makanan berasaskan PKC boleh digunakan. Beberapa contoh adalah seperti berikut: Contoh (i)
Bahan Makanan
Berat (kg)
Hampas Isirung Palma (PKC) Enapcemar Kelapa Sawit (POME) Tri-Calsium Phosphate (TCP) Kapur (Limestone) Garam dan Vitamin
2.875
Jumlah
5.000
2.0 0.05 0.025 0.025
Contoh (ii)
Bahan Makanan
Berat Berat Kering Basah (kg)
(kg)
Hampas Isirung Palma (PKC) Hampas sagu Limestone
2.95 2.95 2.03 13.53 0.02 0.02
Jumlah
5.00 16.50
Seekor lembu memerlukan kira-kira 20 - 30 kg. rumput sehari. Lembu boleh hanya bergantung kepada rumput jika ianya dari kualiti yang baik. Jika tidak, makanan tambahan dan garam galian perlu diberikan. Makanan tambahan dapat mengurangkan kuantiti rumput yang dimakan, tetapi harganya mahal. Hasil buangan pertanian yang lebih murah boleh juga dijadikan makanan tambahan, contohnya; kulit koko, hampas kelapa sawit, kulit dan hempulur nanas, pucuk tebu, jerami padi, batang sagu dan sebagainya. Batu garam atau garam biasa dan air minuman yang bersih perlu diberikan setiap masa.
2.4.2 Kualiti Kualiti pemakanan juga harus diberi perhatian bagi memastikan lembu sentiasa berada dalam keadaan sihat. Penternak perlu memastikan lembu mepunyai cukup nutrien, protein, karbohidrat, lemak, mineral dan vitamin. Di ladang penternakan Golden Farm, pemakanan sentiasa dijaga bagi memastikan kesihatan lembu dan bebas daripada sebarang penyakit. Fungsi nutrien dalam makanan adalah sebagai keperluan asas seperti pernafasan, pencernaan, pergerakan dan membaiki tisu yang rosak. Protein berfungsi sebagai pertumbuhan, pembiakan dan penggemukan. Karbohidrat bertindak sebagai fungsi utama pergerakan sementara lemak berfungsi sebagai sumber tenaga. Mineral berfungsi untuk membina tulang, gigi, otot dan sel-sel darah. Vitamin dalam makanan lembu pula untuk penglihatan, pencernaan dan kekuatan otot. Penyakit yang berkaitan dengan makanan yang tidak berkualiti seperti kembong. Punca kepada kejadian kembong adalah disebabkan faktor pemakanan dan sekatan kepada pergerakan gas yang dihasilkan secara fizikal seperti esofagus tersumbat, perut terpintal, radang perut dan sebagainya. Penternak perlu mengetahui sebab-sebab berlakunya kembong sebelum ternakan
mereka
dirawat.
Manakala
pengawalan
boleh
dilakukan
dengan
mengamalkan kaedah pengurusan yang betul. Pastikan makanan PKC yang diberi tidak terlalu halus kerana ia akan mempercepatkan pengeluaran gas serta penghasilan buih yang banyak. Selain dari itu elakkan ternakan memakan daun-daun seperti kekacang, ubi dan nangka dengan banyak.
2.4.3 Kontaminan Kontaminan adalah merujuk kepada benda asing atau komponen asing atau kandungan
dalam
makanan
ternakan
yang
boleh
menyebabkan makanan
tercemar.Kontaminan adalah semua zat perantara biologis atau kimiawi atau sesuatu yang yang secara tidak sengaja terdapat di dalam makanan yang dapat mengganggu kandungan makanan itu.
Terdapat beberapa jenis penyakit yang berkaitan dengan makanan yang mengandungi kontaminan. Cirit-birit adalah satu gejala atau tanda yang tidak normal berlaku kepada sistem penghadaman ternakan. Najis yang dikeluarkan kelihatan lembik dan cair, berubah warna serta mempunyai bau yang berlainan. Sekiranya cirit-birit ini berlarutan, ternakan akan kekurangan air dan tenaga dalam badan, lemah dan akhirnya boleh membawa kepada kematian.Biasanya cirit-birit ini disebabkan oleh jangkitan kuman, virus ataupun parasit, keracunan, pengurusan peralatan atau makanan yang kurang bersih, kekurangan zat serta memakan makanan yang tidak sesuai atau berlebihan.Prinsip rawatan adalah dengan memberi rawatan awal cirit-birit, pengesanan agen penyebab melalui pemeriksaan najis, darah, makanan dan lain-lain sampel yang berkaitan serta memusnahkan agen penyebab dengan secepat mungkin. Pengasingan ternakan yang terlibat juga perlu dilakukan untuk mengelakkan penyakit dari merebak Mengawal adalah lebih baik dari mengubati penyakit. Lembu yang sihat akan memudah pengurusan dan menambah hasil pengeluaran. Cara yang betul mengawal penyakit ialah dengan sistem pengurusan yang baik termasuk menjaga kebersihan kandang dan memberi makanan yang bermutu secukupnya.
3.0 Penutup Secara keseluruhanya kajian ini telah memberi banyak pengetahuan, manfaat serta faedah berguna bukan sahaja untuk diaplikasikan kepada murid-murid berkeperluan khas malahan kepada guru juga sebagai kerjaya sampingan. Pengetahuan
yang
berguna
ini
dapat
dimanfaatkan
kepada
murid-murid
berkeperluan khas masalah pembelajaran berkaitan dengan pemeliharaan
agar
mereka dapat mengetahui kaedah-kaedah yang mereka boleh lakukan dalam usaha untuk memelihara haiwan walaupun secara kecil-kecilan. Pemeiharaan haiwan yang bersifat industri kampung juga dapat menjamin pendapatan yang boleh membantu ekonomi seharian. Usaha memelihara haiwan tidaklah begitu sukar dilakukan oleh orang kurang upaya kerana ianya tidak memerlukan satu kemahiran yang bersifat akademik tetapi banyak ke arah praktikal yang boleh dilakukan oleh murid-murid masalah pembelajaran.