Qiraat

  • Uploaded by: Anonymous LrLmtf
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Qiraat as PDF for free.

More details

  • Words: 2,738
  • Pages: 11
Tajukȱ9

X

Peranan Ilmu Qiraat dalam Ilmu Tafsir

OBJECTIVES Di akhir tajuk ini, anda seharusnya dapat: 1. Menjelaskan peranan Qiraat Mutawatirah dalam Ilmu Tafsir al-Quran; 2. Mengenal pasti peranan Qiraat Shazzah beserta dalil-dalilnya; dan 3. Menerangkan peranan Waqaf Ibtida’ dalam ilmu al-Qiraat.

X PENGENALAN Para ulama berpendapat bahawa di antara semulia-mulia ilmu dan setinggitinggi kedudukannya dalam konteks ilmu-ilmu syariah ialah ilmu tafsir. Ini kerana ilmu tafsir merupakan senjata mukmin dalam memahami dan mendalami isi kandung al-Quran di mana kitab suci ini merupakan satu-satunya kitab yang masih kekal keasliannya hingga ke hari ini. Dalam memelihara keasliannya dari sebarang penyelewengan, Ibnu `Abbas telah menggariskan empat wajah atau bentuk dalam mentafsir al-Quran iaitu tafsir yang dikenalpasti kegunaannya oleh orang Arab, tafsir yang tidak memberi kesan sekiranya tidak diketahui maknanya, tafsir yang diketahui oleh para sarjana Islam dan tafsir yang tidak diketahui hakikatnya melainkan Allah s.w.t. Dalam topik ini, perbahasan kita akan tertumpu kepada sekitar perbincangan berkenaan peranan ilmu al-Qiraat dalam ilmu tafsir al-Quran. Bermula dengan peranan Qiraat Mutawatirah dan diikuti dengan peranan Qiraat Shazzah. Beberapa contoh-contoh akan dikemukan sebagai dalil yang bukti terhadap

118 X TAJUK 9

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

peranan yang dimainkan dalam ilmu tafsir. Di samping itu juga, kita akan menerangkan juga peranan Waqaf IbtidaÊ dalam ilmu al-Qiraat.

Aktiviti 9.1 Berikan dua contoh peranan Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsir. Kemudian bentangkan secara berkumpulan.

9.1 PERANAN QIRAAT MUTAWATIRAH Secara umum, tafsir dari sudut Bahasa Arab ialah keterangan dan kenyataan. Manakala dari sudut istilahnya pula ialah suatu ilmu yang membicarakan perihal al-Quran berdasarkan dalil-dalil terhadap maksud dan tujuan Allah sekadar yang termampu oleh daya pemikiran manusia. Sesetengah ulama memberikan pengertian tafsir sebagai merangkumi perkara-perkara yang berhubung dengan kedudukan kalam Allah s.w.t. yang dimulai dari sudut sanad atau sandaran lafaz dan pengertian makna yang berhubung dengan sesuatu hukum. Ini termasuk sebab-sebab diturunkan sesuatu ayat dan masa sesuatu kejadian itu berlaku. Sesuatu penafsiran yang dapat diterima sebagai hujah oleh ahli-ahli tafsir mestilah mengandungi sususan ilmu bacaan (al-Qiraat), yang lengkap, ilmu usul dan ilmu bahasa yang melingkupi nahu, saraf, balaghah, bayan, badi' dan sebagainya. Qiraat Mutawatirah merupakan prasyarat utama dalam membolehkan sesutu bacaan al-Quran diamalkan dan dijadikan hujah di samping dua rukun Qiraat yang lain iaitu bertepatan dengan Bahasa Arab dan Rasm `Uthmani. Ulama bersepakat bahawa kepentingan yang dimainkan oleh Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsir. Kepelbagaian bentuk bacaan yang sah sanadnya adalah merupakan satu rahmat kepada umat Islam khususnya dalam bidang pensyariatan hukum-hakam. Ini kerana kepelbagaian tersebut bukanlah bermaksud wujud pertentangan makna mahupun pada aspek pentafsiran secara total, bahkan ianya merupakan pelengkap di antara satu sama lain yang mempunyai hubung kait. Dalam perbincangan mengenai peranan Qiraat Mutawatirah dalam ilmu tafsir ini, kita akan didedahkan dengan beberapa contoh potongan ayat-ayat al-Quran yang mempunyai kepelbagaian bentuk bacaannya. Pertama: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-An`am: 57;

TAJUK 9

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

Maksudnya: „Katakanlah: Sesungguhnya aku tetap berada di atas (kebenaran yang berdasarkan) bukti-bukti yang nyata (al-Quran) dari Tuhanku; sedang kamu mendustakannya. Tidak ada padaku apa yang kamu minta disegerakan (dari azab seksa); hanya Allah jualah yang menetapkan hukum; Dia menerangkan kebenaran dan Dialah sebaik-baik yang memberi keputusan‰. Adapun bacaan

Ǫūơ ǎǬȇ

W 119

W%  ž°O¯ 2È)×…kXT r¯Pˆq C°K% RX=ªKoW rQ"Wà r¯Q7¯ ×#É Ä  1 Ö » À Ù  D © ¯  ž à O° ¯ E | SÉ º ª ÈØ *W  Ô #Q %W ti ° =à ° ȱ §®°¨ Û W ¯ ¡ ¦ ›Ý [ Ù  nÈ m× \ \ SX F É TX  ‰ U \ Ù  ¨ p Á cW  Ž Y € ¯

sebagaimana ayat di atas, menyatakan bahawa setiap

kebaikan semuanya telah diterangkan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Dan tidak perlu mencari keterangan daripada kitab-kitab lain. Manakala Qiraat Abu Amru, Ibnu Amir, Hamzah, al-KisaÊi, Ya`qub dan Khalaf membaca dengan bacaan huruf

Ǒ.

ǒǬȇ

iaitu dengan menggantikan huruf

Ǎ

kepada

Maka ia membawa maksud: Allah s.w.t. jugalah yang menentukan

kebenaran. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa kesemu kebaikan adalah ditentukan oleh Allah s.w.t. di dalam al-Quran. Maka selain daripadanya adalah perkara mungkar. Kedua: Firman Allah s.wt. dalam Surah al-A`raf: 57; ȱ

Maksudnya: „Dan Dialah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buahbuahan.‰.

| Ú ÜØ W n/ “ Õ È Z \ ›cW mJ­  # Ä y ¦ m× cÄ t ° Š  SX F É TX \U\y Õ0 VU Vl¯ ³‰/\O ž°O°*X+ØSXq Õs\iWc R<ÕBWmØ\U VÙ XÄ\-Ù °O¯ X=ÙWs5U VÙ 0®Jk‰% VW° ÈO›R<Ù Ày ȱ .. °1šWm\-‰9 ©G#Å C°% ž°O¯

120 X TAJUK 9

Adapun bacaan

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

ơǂnjƥ sebagaimana ayat di atas, menyatakan bahawa Allah s.w.t.

telah mengutuskan angin sebagai berita gembira iaitu petanda akan turunnya hujan iaitu kedatangan rahmat Allah. Terdapat juga bacaan selain bacaan di atas iaitu sebagaimana Qiraat Ibnu Kathir, Nafi`, Abu Amru dan Ya`qub membacanya dengan huruf

ƣ

ơǂănjǻ

iaitu menggantikan

kepada huruf ǹ. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan

bahawa Allah s.w.t. yang membawa awan-awan dilangit. Ada juga yang membaca dengan bacaan

ơǂąnjǻ yang dibaca dalam Qiraat Hamzah

dan al-KisaÊi iaitu dengan membaris mati (sakinah) pada huruf

lj.

Dari segi

pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa Allah s.w.t. yang mengutuskan angin sebagai penyebar awan sebelum kedatangan rahmatNya (hujan). Ketiga: Firman Allah s.w.t. dalam Surah Yunus: 30; ȱ

Maksudnya: „Pada masa itu tiaptiap diri dapatlah mengetahui (dan merasai) akan apa yang telah dikerjakan dan mereka dikembalikan kepada Allah Tuhan mereka yang sebenar-benarnya (yang akan membalas dengan adilnya) dan (dengan itu) hilang lenyaplah dari mereka apa yang mereka ada-adakan‰.

 Tà jw qà TX  0 Õ Ý [ Qy Ô U  %‰ ‡  Ý Ù 5W # r Å  SÉ × "V  \ ° =X F É ‰% 1ÆMØ@Wà ‰#_ªXT ©F\UÙ ¿2ÀIV×SW%  rQ¯ ȱ §¬©¨ |ETÈnW,ÙÝWc SÈ5[

Qiraat Hamzah, al-KisaÊi dan Khalaf membaca dengan bacaan

ơȂǴƬƫ iaitu dengan

menggantikan huruf kepada huruf. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa Di sanalah (akhirat) kelak, tempat setiap orang dibacakan segala amalan yang telah mereka kerjakan. Kedua-dua Qiraat di atas memberi makna yang hamper sama dan boleh dihimpunkan dengan membawa maksud pada hari akhirat kelak, setiap orang akan merasai balasan dan dibaca tentang amalan yang mereka telah kerjakan.

TAJUK 9

ȱ

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

W 121

Aktiviti 9.2

ȱ Berikan dua contoh peranan Qiraat Shazzah dalam ilmu tafsir. Bincangkan dalam kumpulan.

9.2 PERANAN QIRAAT SHAZZAH Ulama telah bersepakat menyatakan bahawa selain daripada Qiraat Tujuh dan Sepuluh adalah merupakan Qiraat Shazzah. Ini kerana ianya tidak memenuhi salah satu daripada rukun Qiraat yang tiga. Umumnya, Qiraat Shazzah dikatakan berpunca daripada Mashahif peribadi para Sahabat r.a. yang tidak dihapuskan setelah Saidina `Uthman mengarahkan pembukuan semula al-Quran seperti mushaf Ibnu Mas`ud di mana mushafnya telah diriwayatkan oleh generasi Tabi`in. Walaupun Qiraat Shazzah tidak boleh dibaca sebagaimana Qiraat Mutawatirah, tetapi ia juga memainkan peranan penting dalam memberi sumbangan terhadap ilmu tafsir al-Quran. Di bawah, beberapa contoh Qiraat Shazzah dan peranannya dalam ilmu tafsir; Pertama: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah: 1-2; ȱȱ

Maksudnya: „Alif, Laam, Miim. Kitab al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa‰.

ƒ O° kÙ° ƒ _ cØ qX Y  ½ ›*W  ¦ Ù   \ ° šlV §ª¨ 2    ȱ §«¨ ]Cjª Ž)À-Ú °L s9iÉF

Qiraat Ibnu Muhaysin membaca dengan bacaan Tanwin pada kalimah

ƢƆƦȇǁ . Dari

segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa inilah kitab yang tidak didapati keraguan di dalamnya.

122 X TAJUK 9

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

Kedua: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Baqarah: 199;

Maksudnya: „Selain dari itu hendaklah kamu bertolak turun dari (Arafah) tempat bertolaknya orang ramai dan beristighfarlah kamu kepada Allah (dengan memohon ampun), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani‰.

ˆ à <‰  º X ÙV U @ À kÙ O \ Õ %°  S² C Á kÙ° U 2 ƒ 2É ȱ §ª²²¨ ³2k°Oˆq ·qSÁÝ[Î ‹ E¯  ‹ TÄm°ÝÙÓW*ÔyXT

ȱ Qiraat Ibnu Jubayr membaca dengan bacaan

ȆLJƢǼdzơ

iaitu bermaksud lupa. Dari

segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa kemudian hendaklah kamu berolak turun ke Arafah iaitu tempat bertolaknya orang yang lupa (Nabi Adam a.s. di mana baginda telah lupa dengan pesanan Allah s.w.t. yang melarangnya daripada menghampiri pokok khuldi). ȱ Ketiga: Firman Allah s.w.t. dalam Surah al-A`raf: 156; ȱ

Maksudnya: „Dan tetapkanlah untuk Kami kebaikan dalam dunia ini dan juga di akhirat, sesungguhnya kami kembali (bertaubat) kepadaMu. Allah berfirman: AzabKu akan Aku timpakan kepada sesiapa yang Aku kehendaki dan rahmatKu meliputi tiap-tiap sesuatu;‰.

r¯ÛXT
Qiraat Hassan al-Basri membacanya dengan bacaan

ƔƢLJƗ

iaitu yang bermaksud

jahat. Dari segi pentafsiran, maka bacaan ini menerangkan bahawa sesungguhnya azabku dikenakan pada orang-orang yang jahat dan rahmatKu meluasi segala sesuatu. Ini menunjukkan bahawa azab Allah itu sudah tentu dikenakan kepada mereka yang melakukan kejahatan sahaja. ȱ Aktiviti 9.3 ȱ ȱ Jelaskan takrif waqaf dan nyatakan kepentingannya menurut pandangan ȱ ulama tajwid. ȱ ȱ

TAJUK 9

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

W 123

9.3 PERANAN WAQAF IBTIDA’ DALAM ILMU AL-QIRAAT ȱ

9.3.1

Waqaf dan Ibtida’

Perbincangan berkaitan waqaf dan ibtidak adalah antara yang terpenting dalam bab-bab ilmu tajwid. Bab ini juga ada hubungan dengan ilmu Qiraat Waqaf memberi kesan yang besar dalam menegakkan makna ayat-ayat al-Quran. Namun begitu asas ilmu dalam waqaf sama dengan kaedah bahasa arab dalam mencapai bacaan yang tepat untuk al-Quran. Pembaca al-Quran tidak mungkin dapat menghabiskan satu surah atau kisah dalam al-Quran dengan satu nafas sahaja. Justeru mereka hendaklah mengetahui waktu yang sesuai untuk berhenti dengan mengetahui kaedah yang tertentu mengikut panduan yang telah digariskan ulamak tajwid. Kepentingan waqaf dapat dilihat dalam athar dari Ali Ibn Abi Talib ra ketika beliau menjelaskan makna tartil pada ayat surah muzzamil dengan katanya tartil ialah memperelokkan sebutan huruf dan mengenali waqaf. Selain itu terdapat juga athar dari Ibn ÂUmar ra yang menyatakan bahawa sesungguhnya kami telah hidup sekilas kehidupan. Sesungguhnya setiap orang di kalangan kami telah dianugerahkan iman sebelum al-Quran. Surah-surah masih diturunkan kepada nabi saw lalu kamipelajari halal dan haramnya, arahan dan tegahannya. Dan juga tempat yang patut pada ayat-ayatnya. Rajah di bawah menunjukkan beberapa tokoh ulama tajwid yang menyatakan pandangan mereka terhadap peranan waqaf dan ibtidaÊ;

124 X TAJUK 9

Bil.

1.

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

ULAMA TAJWID

CATATAN

Imam Ibnu al-Jazari

Beliau memberi ulasan terhadap kata-kata Saidina Ali ibn Abi Talib r.a. di mana beliau telah menegaskan bahawa ia menjadi dalil kepada wajib mempelajari dan mengetahuinya iaitu ilmu berkaitan waqaf dan ibtidaÊ. Seterusnya beliau mentafsir katakata Ibnu Umar r.a. adalah bukti yang jelas bahawa mempelajari waqaf dan ibtidaÊ adalah ijmaÊ di kalangan para Sahabat r.a.

Imam al-Huzayl

Beliau berkata peranan waqaf ialah memperelokkan bacaan dan penghiasan kepada pembaca, penyampaian, kefahaman pendengar, kebangaan orang yang mengetahui. Dan dengannya juga dapat mengetahui dua makna yang berbeza, dua perkara yang bersalahan dan dua hukum yang berbeza. Seterusnya kepentingan ilmu waqaf ini dapat dilihat dengan penegasan Abu Hatim yang menyatakan barangsiapa yang tidak mengetahui waqaf dia tidak mengenali al-Quran.

Imam Ibnu alAnbari

Beliau memberi pandangan bahawa kesempurnaan mengetahui al-Quran ialah mengenali waqaf dan ibtidaÊ, justeru seseorang tidak mengenali maknamakna al-Quran kecuali setelah mengetahui tempat berhenti.

2.

3.

Justeru waqaf ibtidaÊ adalah satu perkara penting dalam pengajian ilmu tajwid. Sesetengah guru al-Quran tidak akan memberi sanad kepada mereka yang telah khatam al-Quran melainkan setelah pembaca tersebut telah mengusai dengan mendalam ilmu berkaitan waqaf dan ibtidak. Dan terdapat sebahagian ulamak yang telah mengarang kitab-kitab yang hanya membincangkan tentang waqaf dan ibtidaÊ sahaja seperti Ahmad ibn Abdul Karim al-Ashmuni, Abu Amru alDani dan lain-lain.

9.3.2

Definisi Waqaf dan Pembahagiannya

Definisi Waqaf:

Waqaf dari sudut bahasa ialah menahan dan menegah. Dalam istilah ulama QurraÊ pula ia adalah memberhentikan suara di akhir kalimah dalam tempuh bernafas dengan niat menyambungkan bacaan.

TAJUK 9

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

Pembahagian Waqaf:

W 125

Waqaf terbahagi kepada empat bahagian; i. Waqaf Ikhtibari ii. Waqaf Idtirari iii. Waqaf Intizari iv. Waqaf Ikhtiyari

Penjelasannya seperti di bawah ini; 1.

Waqaf Ikhtibari DEFINISI

CONTOH

HUKUM

Waqaf ikhtibari bermaksud berhenti pada sesuatu kalimah bagi tujuan menguji

Waqaf jenis ini ialah untuk menguji adakah pembaca mengetahui huruf ÂtaÊ di akhir kalimah itu adakah ÂtaÊ maftuhah atau ÂtaÊ

Hukum waqaf jenis ini adalah harus dengan syarat ia memulakan bacaan di tempat ia waqaf. Dan seterusnya menyambung bacaan dengan selepasnya jika sekiranya makna ayat tersebut mengizinkan. Jika tidak ia hendaklah memulakan bacaan sebelum kalimah yang diberhentikan mengikut kesesuian makna.

2.

marbutah

Waqaf Idtirari DEFINISI

Waqaf idtirari berlaku kepada pembaca dengan sebab-sebab darurat yang memestikannya memberhentikan bacaan pada mana-mana kalimah walaupun tidak makna ayat tersebut tidak sempurna

CONTOH Contoh yang menyebabkan memberhentikan bacaan secara tergesa-gesa ialah bersin ketika membaca al-Quran, menguap, batuk, kehabisan nafas dan lain-lain.

HUKUM

Hukum waqaf kategori ini ialah harus memeberhentikan bacaan pada mana-mana kalimah. Kemudian hendaklah ia memulakan bacaaan pada kalimah tersebut jika maknanya baik dan jika tidak sempurna makna maka hendaklah memulakan mana-mana kalimah yang sesuai makna ayat.

126 X TAJUK 9

3.

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

Waqaf Intizari DEFINISI

CONTOH

HUKUM

Waqaf intizari ialah waqaf pada sesuatu kalimah dengan tujuan untuk mengahbiskan khilaf qiraat

Pembaca akan mengulang-ngulang ayat mengikut riwayat-riwayat yang terdapat khilaf bacaan samada dari sudut Usul atau Farsy. Jelasnya, waqaf intizari adalah untuk membaca al-Quran secara berqiraat

Hukum waqaf jenis ini adalah harus dengan syarat ia waqafkan bacaan pada kalimah yang sesuai maknanya. Dan seterusnya menyambung bacaan jika sekiranya makna ayat tersebut mengizinkan. Jika tidak ia hendaklah memulakan bacaan sebelum kalimah yang diberhentikan mengikut kesesuian makna.

ȱ 4.

Waqaf Ikhtiyari DEFINISI

PEMBAHAGIAN

Waqaf ikhtiyari ialah kehendak pembaca memberhentikan bacaan dengan pilihannya tanpa dipengaruhi sebab-sebab yang terdapat dalam waqaf ikhtibari atau idtirari

Waqaf Ikhtiyari terbahagi kepada empat bahagian; i. Waqaf Tam ii. Waqaf Kafi iii. Waqaf Hasan iv. Waqaf Qabih

HUKUM

Setiap bahagian dalam waqaf ikhtiyari mempunyai hokum yang tersendiri. Walaupun begitu kesemua bahagianya harus berhenti kecuali waqah qabih. Jika dengan sengaja berhenti pada waqaf qabih ia merosakkan makna dan hukumnya adalah haram.

ȱ Pertama: Waqaf Tam Syeikh Mahmud Khalil al-Husari memberi takrif berhubung waqaf tam dengan katanya waqaf tam ialahwaqaf pada kalimah yang sempurna maknanya dan tidak ada hubungan dengan selepasnya samada dari sudut lafaz atau makna. Hukum waqaf tam adalah baik dan memulakan bacaan dengan ayat selepasnya juga dikira baik.

TAJUK 9

PERANAN ILMU QIRAAT DALAM ILMU TAFSIR

W 127

Kedua: Waqaf Kafi Syeikh Mahmud Khalil al-Husari menyatakan waqaf Kafi ialah waqaf kalimah yang sempurna makna, tetapi ada hubungan dengan selepasnya dari sudut makna dan tidak adahubungan dari sudut lafaz. Hukum waqaf kafi adalah baik untuk waqaf pada kalimhanya dan diizinkan memulakan bacaan dengan selepasnya seperti waqaf tam. Syeikh Mahmud Khalil al-Husari menyatakan bahawa waqaf pada kalimah kafi sebegini adalah lebih awla atau afdal dari menyambungkan bacaan. Ketiga: Waqaf Hasan Syeikh Mahmud Kahlilal-Husari telah memberi takrif berhubung waqaf hasan dengan menyatakan waqaf hasan ialah waqaf pada kalamyang sempurna makna tetap ada hubungan dengan selepasnya dari sudut lafaz dan makna. Perlu diingat bahawa hubungan dari sudut lafaz adalah melazimkan ada hubungan dari sudut makna tetapi jika sekiranya ada hubungan makna tidak semestinya ada hubungan dari sudut lafaz. Hubungan dari sudut lafaz ialah dari sudut tatabahsa arab seperti sifat, hal, maÊtuf ÂAlaih, muthtasna minh dan sebagainya. Hukum waqaf hasan dalam kategori ini mengikut pandangan yang sahih dan masyhur di kalangan ulamak ialah sunnah dan baik untuk waqaf. Dan begitu juga ibtidak dengan kalimah selepasnya samada terdapat hubungan lafaz atau sebaliknya. Keempat: Waqaf Qabih Syeikh Mahmud Khalil al-Husari telah memberi makna waqaf qabih waqaf pada lafaz yang mana pendengar tidak faham maknanya dan tidak ada faedah berhenti pada kalimah tersebut kerana hubungan yang kuat dari sudut makna dan lafaz dengan kalimah selepasnya. Hukum waqaf qabih adalah dilarang kerana berlaku perubahan pada ayat alQuran daripada makna yang sahih kepada makna yang salah. ȱ ȱ Semak Kendiri 9 ȱ ȱ (a) Terangkan secara ringkas sejarah sanad dalam ilmu al-Qiraat; ȱ (b) Huraikan cara penerimaan sanad beserta contohnya; ȱ (c) Apakah kaitan di antara Qiraat Sepuluh Kecil dan Besar. ȱ

Related Documents

Qiraat
November 2019 30
Qiraat - Bacaan Imalah
June 2020 19
Qiraat - Bacaan Tashil
June 2020 21
Qiraat - Bacaan Isymam
June 2020 23
Qiraat - Bacaan Raum
June 2020 26
Qiraat - Bacaan Silah
June 2020 15

More Documents from "Shazana Binti Muhamed Sa'ad"

Asignment Pend Khas Kh1
December 2019 18
Qiraat
November 2019 30
Arca 2
December 2019 22
Kajian Tindakan 1
June 2020 14
Ulasan Tentang Arca
December 2019 18
B.arab Topik 6
December 2019 20