Arca 2

  • Uploaded by: Anonymous LrLmtf
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Arca 2 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,016
  • Pages: 7
4.

Kajian Arca

4.1

Jenis Arca dan Pengkarya Arca yang dikaji ialah Arca Stabil dihasilkan oleh seorang pengkarya

sambilan yang menetap di bandar Tanjung Malim, Perak. Arca yang dihasilkan duberi nama ‘ Inginkan Kebebasan ’. Dibawah dinyatakan serba sedikit biodata pengkarya : Biodata Pengkarya arca stabil ‘ Inginkan Kebebasan ’. Nama :

Ahmad Boestamam b. Md. Khuzaini

Umur :

44 tahun

Tarikh Lahir :

13 November 1964

Alamat :

739, Rumah Awam III, Jalan Slim Lama, 35900 Tanjung Malim, Perak.

Pekerjaan :

Penyelia Kuari

Daripada penerangan pengkarya dan pemerhatian terhadap arca stabil ini, bahan yang digunakan ialah kepingan besi yang diolah dan dikimpal. Pengkarya juga menggabungkan bahan logam iaitu besi. Pengkarya banyak menggunakan kimpalan dalam menghasilkan arca ini. Besi diolah untuk menjadikan sesuatu bentuk menggunakan suhu yang tinggi dan diketuk menggunakan penukul untuk menjadikan bentuk tertentu. Seterusnya ianya dicantum menggunakan kimpalan. Pengkarya juga menggunakan kepingan besi sebagai tapak. Keseluruhannya arca ini nampak kukuh dan kuat kerana bahan keseluruhannya diperbuat daripada besi.

Gambar Arca Stabil ’ Inginkan Kebebasan ’

Pandangan dari tepi

Bahagian bawah kanan

Bahagian atas

Pandangan dari hadapan

Bahagian bawah kiri

4.2

Ketepatan Tema dan Tajuk Pada pandangan saya arca yang dihasilkan oleh pengkarya ini bersesuaian

dengan tema dan tajuk yang ingin ditonjolkan. Sering tema dan tajuk menjadi pokok persoalan yang ingin dikongsi sama oleh pengarca. Pengkarya memilih tema inginkan kebebasan berdasarkan cetusan emosi beliau terhadap fenomena penderaan yang sering berlaku semasa beliau menghasilkan arca ini. Beliau ingin berkongsi bersama masyarakat dalam menangani kes-kes penderaan yanag berlaku dalam masyarakat masa kini. Jika dilihat pada bahagian bawah kanan pada gambar yang menunjukkan seakan bentuk kasut. Menurut pengkarya, bentuk kasut berkenaan melambangkan seseorang yang didera ingin lari daripada keadaan penderaan yang dialami. Pandangan dari tepi menunjukkan pengkarya mengolah kepingan besi secara bengkok dan melingkari antara satu sama lain melambangkan penderitaan yang dialami oleh mangsa dera. Penyusunan besi berkenaan adalah bertepatan dengan tema bahawa seseorang yang didera sentiasa berada dalam kesengsaraan, kepayahan dan inginkan kebebasan seperti lingkaran besi yang sukar dileraikan. Bahagian atas arca melambangkan seekor burung yang terbang bebas tanpa sebarangan ancaman dan kekangan daripada seseorang. Pengkarya mengolah besi seakan membentuk seekor burung yang terbang. Keadaan ini melambangkan bahawa mangsa penderaan inginkan kebebasan daripada menjadi mangsa dera seperti seekor burung yang terbang bebas.

4.3

Ketepatan alat dan bahan yang digunakan. Arca stabil harus berdiri teguh berasaskan bahan binaan yang digunakan

dalam menghasilkan arca bentuk ini. Ketepatan memilih bahan dan alat yang digunakan akan menjadikan arca ini nampak kukuh, tegap dan stabil bersesuaian dengan nama yang diberi. Terdapat empat perkara asas yang dipertimbangkan dalam memilih bahan dalam menghasilkan arca. Pertama bahan yang boleh digunakan ialah bahan terbuang yang telah diguna pakai semula seperti kepingan logam, besi, kayu, plastik, papan, tali belati dan lain-lain. Kedua, benda-benda daripada alam sekitar seperti buluh, tanah liat, buah kelapa, pinang, kulit siput dan sebagainya. Ketiga ialah benda-benda buatan manusia seperti manik, kayu larik, kotak-kotak, tisu, gam, besi paip dan sebagainya. Keempat ialah bahan-bahan terbuang daripada buatan manusia seperti kaki kerusi yang patah, papan yang telah terendam dan sebaginya. Dalam hal pemilihan bahan dalam menghasilkan arca berkenaan, pengkarya telah menepati pemilihan bahan mengikut kriteria di atas iaitu menggunakan bahanbahan terbuang yang diguna pakai semula iaitu kepingan besi dan logam yang diolah semula. Pada pandangan saya, pengkarya telah memilih bahan yang tepat yakni mengolah bahan-bahan terbuang yang dikutip dibengkel besi. Beliau bijak mengolah bahan-bahan berkenaan

menggunakan alat kimpalan besi serta menggunakan

suhu yang tinggi untuk membentuk bahagian-bahagian besi dalam menghasilkan arca yang dikehendaki bersesuaian dengan tema. Alat yang digunakan dalam menghasilkan arca ini ialah playar, gerudi elektrik, pemotong besi, kimpalan besi dan oven bersuhu tinggi. Pengkarya menggunakan kemahiran yang tinggi dalam mempelbagaikan penggunaan alat dalam mengolah bahan untuk menghasilkan arca yang diingikan bersesuaian dengan tema.

4.4

Aplikasi asas seni dan prinsip rekaan. Aplikasi asas seni adalah gabungan enam elemen asas dalam penggubahan

sesuatu karya seni iaitu garisan, rupa, bentuk, jalinan, ruang dan warna. Sementara prinsip-prinsip rekaan merujuk kepada tujuh unsur iaitu harmoni, kontra, penegasan, imbangan, pergerakan, kepelbagaian dan kesatuan. Penelitian yang dbuat terhadap arca berkenaan, bolehlah dibuat kesimpulan bahawa pengkarya kurang memberi perhatian terhadap aplikasi asas seni dan prinsip rekaan dalam menghasilkan karyanya. Pengkarya secara tidak langsung telah mengaplikasikan unsur bentuk dalam menghasilkan arcanya. Bentuk mempunyai struktur jisim dan isipadu. Bentuk mempunyai lebih dari satu permukaan datar. Bentuk dapat dilihat daripada pelbagai sudut. Pengkarya menghasilkan pelbagai bentuk dalan menjadikan arcanya nampak lebih kreatif. Dalam mengaplikasikan prinsip rekaan, pengkarya telah mengaplikasilkan unsur

imbangan, penegasan dan kepelbagaian. Imbangan dalam konteks seni

visual ialah keadaan gubahan yang sama sempadan, sama berat dan graviti, sama kecerahan warna , sama padan dan sama gaya penampilan. Pengkarya mewujudkan keseimbangan apabila meletakkan bahagian yang lebih kecil di sebelah atas dan bahagian besar di sebelah bawah. Unsur penegasan dberi penekanan yang mana unsur ini menitikberatkan perkara yang boleh menarik perhatian dan tumpuan kepada pemerhatian tampak. Unsur ini berfungsi sebagai daya penarik, pemusatan karya, mengelakkan kebosanan dan menjadikan karya lebih dramatik. Pengkarya sedikit sebanyak telah memasukkan unsur ini dalam arcanya apabila meletakkan elemen-elemen secara berkontra dan mengasingkan elemen yang harus ditegaskan.

Pengkarya

juga

meletakkan

unsur

kepelbagaian

apabila

berjaya

menggabungkan pelbagai gaya, nilai dan idea yang berbeza. Pengkarya menyusun secara berulang unsur-unsur seni yang bertentangan arah dan berbeza saiznya yang akan mewujudkan kepelbagaian.

4.5

Keaslian, keunikan dan ketrampilan Sesebuah arca yang baik adalah arca yang dihasilkan peniruan daripada

mana-mana pengarca sebelum ini. Ciplakan atau plagiat merupakan suatu fenomena yang tidak seharusnya berlaku. Hasilan arca stabil oleh pengkarya ini merupakan arca hasilan ideanya sendiri tanpa peniruan daripada karya orang lain. Jika dinilai daripada keunikan arca yang dihasilkan, pengkarya menggunakan kreativiti tersendiri dalam menghasilkan arca sedemikian. Pengkarya mempunyai nilai kesabaran yang tinggi dalam membentuk keadaan arca berbentuk sedemikian. Bukanlah sesuatu yang mudah serta mesti mempunyai kemahiran yang tinggi dalam membentuk lingkaran kepingan besi. Pengkarya juga berjaya menampilkan arca stabil yang dihasilkan sesuatu yang unik dan mempunyai nilai esttetika yang tinggi. Tindak balas estetik adalah tindak balas spontan terhadap karya. Tindak balas estetik berlaku melalui hasil karya dan juga melalui pengalaman terhadap alam. Pada pengmatan saya pengkarya menghasilkan arca yang agak berkualiti. Kualiti rekaan merujuk kepada komposisi iaitu kaedah menyusun elemen dan pronsip seni di dalam sesuatu karya.

Related Documents

Arca 2
December 2019 22
Arca
June 2020 16
Arca
May 2020 13
A Arca
November 2019 27
El Arca De Noe
November 2019 21
Ulasan Tentang Arca
December 2019 18

More Documents from "Anonymous LrLmtf"

Asignment Pend Khas Kh1
December 2019 18
Qiraat
November 2019 30
Arca 2
December 2019 22
Kajian Tindakan 1
June 2020 14
Ulasan Tentang Arca
December 2019 18
B.arab Topik 6
December 2019 20