Inovasi Pertanian di Malaysia Dalam Pengeluaran Makanan. Pertanian dalam kehidupan manusia telah bermula sejak dari Nabi Adam lagi. Pertanian menjadi nadi kepada kehidupan manusia dengan membekalkan makanan dan mengekalkan sistem alam sekitar yang wujud di dunia ini. Kepentingan pertanian tidak boleh digantikan dengan kecanggihan bidang lain. Kepentingan bahan makanan bukan sahaja terhad untuk memenuhi keperluan individu tetapi turut menentukan tamadun sesebuah negara. Pada masa ini, terdapat arah aliran yang menunjukkan peningkatan pengeluaran makanan yang dihasilkan melalui kemajuan teknologi di beberapa buah negara didunia. Misalnya seperti Thailand dan Jepun. Pengeluaran hasil tanaman berlaku selari dengan penggunaan input yang tinggi.
Kelapa sawit Kelapa sawit adalah salah satu komoditi pertanian utama bagi negara Malaysia yang berkembang pesat. Selain pengeluaran minyak kelapa sawit yang tinggi, hasil sampingan juga tinggi. Kelapa sawit termasuk tumbuhan pohon. Tingginya dapat mencapai 24 meter. Bunga dan buahnya berupa tandan, serta bercabang banyak. Buahnya kecil dan apabila masak, berwarna merah kehitaman. Daging buahnya padat. Daging dan kulit buahnya mengandungi minyak. Minyaknya itu digunakan sebagai bahan minyak goreng, sabun, dan lilin. Hampasnya dimanfaatkan untuk makanan ternak, khususnya sebagai salah satu bahan pembuatan makanan ayam. Tempurungnya digunakan sebagai bahan bakar dan arang. Kelapa sawit yang berkembang biak dengan biji, tumbuh di daerah tropika, pada ketinggian 0 - 500 meter di atas aras laut. Kelapa sawit menyukai tanah yang subur dan tempat terbuka, dengan kelembapan tinggi. Kelembapan tinggi itu antara lain ditentukan oleh adanya curah hujan yang tinggi, sekitar 2,000-2,500 mm setahun.
1
Sawit boleh diklasifikasikan kepada tiga jenis bentuk buah berdasarkan ketebalan tempurung, iaitu dura (tempurung tebal), tenera (tempurung nipis) dan pisifera (tiada tempurung). Buah tenera menghasilkan minyak yang lebih banyak berbanding buah dura kerana perbezaan ketebalan tempurung. Pisifera adalah buah betina mandul, iaitu bunga betina yang sepatutnya berkembang untuk menjadi buah dan tandan akan gugur sebelum matang. Keadaan ini menyebabkan pisifera tidak mengeluarkan tandan, sebaliknya banyak mengeluarkan bunga jantan. Namun, ada juga segelintir pisifera yang subur. Program pembiakan dan pemilihan baka sawit di Malaysia dimulakan oleh : •
Jabatan Pertanian Malaysia pada tahun 1912
•
Institut Penyelidikan dan Pembangunan Pertanian Malaysia (MARDI) mulai tahun 1969
•
Institut Penyelidikan Minyak Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun 1979
•
Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) sejak tahun 2000.
Program penyelidikan berjaya meningkatkan hasil minyak sawit berlipat kali ganda, berbanding hasil daripada pokok liar di Afrika. Sungguhpun wujud progeni dan pokok individu dengan hasil minyak melebihi 12 tan sehektar setahun, namun masih wujud ruang yang luas untuk mencapai potensi hasil maksimum sebanyak 18.2 tan sehektar setahun. Hasil tandan dan perahan minyak dura Deli serta kacukan dengan pisifera, terutama dengan baka AVROS, adalah unggul dan digunakan untuk menghasilkan bahan tanaman di seluruh dunia. Sungguhpun hasil buah tandan segar (FFB) daripada bahan D x P tidak meningkat dengan ketara berbanding bahan dura, namun hasil minyak telah dimajukan daripada 3.7 tan sehektar setahun (dura) kepada 6.3 tan sehektar setahun (D x P).
2
Inovasi dan teknologi pengeluaran produk makanan dari minyak sawit Kelapa sawit dapat dipelbagaikan kegunaannya Selain digunakan sebagai minyak masak, minyak sawit berjaya doinivasikan untuk menghasilkan produk makanan. Antara barangan yang terbaru hasil penyelidikan kelapa sawit telah dapat menghasilkan : Aiskrim Antara kegunaan istimewa minyak sawit ialah sebagai bahan asas dalam pengeluaran aiskrim. Walaupun lemak susu adalah bahan paling sesuai digunakan dalam pembuatan aiskrim, minyak sayuran yang diadun istimewa boleh dijadikan bahan alternatif. Penggunaan minyak sawit dan minyak isirung sawit dalam pembuatan aiskrim bukan sahaja menghasilkan aiskrim lembut dan gebu, tetapi tidak mudah rosak. Konfeksi Pengganti Lemak Koko (CBR) adalah lemak yang digunakan untuk menggantikan secara separa atau keseluruhan penggunaan lemak koko dalam pembuatan produk coklat dan konfeksi. Melalui proses pemisahan, minyak sawit dan minyak isirung sawit boleh digunakan untuk menghasilkan CBR. Produk coklat dan konfeksi yang diperbuat menggunakan CBR berasaskan minyak sawit mempunyai rasa hampir menyamai produk yang diperbuat menggunakan lemak koko. Ini kerana bahan berasaskan minyak sawit menghasilkan produk dengan permukaan berkilat, dapat bertahan lebih lama dan mudah cair apabila dimasukkan ke dalam mulut. Krimer Adunan minyak sawit dan minyak isirung sawit, serta lain minyak digunakan secara meluas untuk menggantikan lemak susu dalam penyediaan krimer kopi bukan berasaskan tenusu. Krimer sawit menggantikan penggunaan krimer tenusu dalam penyediaan minuman kopi, serta ia tahan lebih lama dan lebih mudah digunakan. Minyak sawit dan minyak isirung sawit sangat sesuai digunakan untuk menghasilkan bahan krimer kerana ia tidak mudah mengalami oksidan, satu ciri yang 3
mampu mengelakkan rasa tidak enak apabila kopi diminum. Secawan kopi yang menggunakan krimer berasaskan sawit lebih enak, berperisa dan memuaskan cita rasa peminumnya. Serbuk santan Santan adalah bahan penting digunakan kebanyakan rakyat Malaysia untuk menghasilkan lauk-pauk dan kuih-muih tradisional atau moden. Minyak sawit yang diadun dan diproses menggunakan teknik sembur kering dapat menghasilkan bahan pengganti untuk serbuk santan kelapa. Serbuk santan berasaskan minyak sawit menyerupai santan kelapa komersil dari segi warna, bau, rupa dan rasanya. Serbuk santan berasaskan sawit juga memiliki nilai pemakanan yang baik kerana ia mengandungi kandungan lemak tepu yang rendah. Ia tahan lebih lama (tidak tengik) daripada tengik kerana mempunyai anti oksidan semulajadi seperti tokopherol dan tokotrienol. Ia juga tidak mudah basi walaupun ditinggalkan dalam suhu bilik. Pada suhu 15ºC pula, ia dapat bertahan untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga bulan. Sosej dan burger Lelemak sawit juga boleh digunakan sebagai lelemak istimewa bagi menggantikan lemak haiwan dalam pembuatan makanan berasaskan daging seperti sosej, burger, bebola daging dan ayam, serta nugget. Diperbuat 100% daripada lelemak sawit, ia dirumus khusus sebagai pengganti lemak mentah lembu, ayam dan kulit ayam. Keluaran berasaskan sawit ini tidak menimbulkan rasa kurang enak makanan, malah menambah lagi keenakan sosej dan burger dihasilkan. Tanpa kolesterol dan mikrob makanan perosak, ia adalah makanan bersih dan halal untuk dinikmati. Mungkin anda tidak menyangka bahawa 80% daripada minyak sawit yang dihasilkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. Bagaimana dengan sejumlah 20% lagi? Selebihnya adalah untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan yang akan dibincangkan minggu hadapan.
4
Koko Di Malaysia, kawasan tanaman koko pertama sekali ditemui di Melaka dalam tahun 1778. Selepas itu, penanaman koko mulai dijalankan di Stesen Pertanian Serdang dan Pusat Penyelidikan Pertanian Silam, Sabah. Pengkomersialan koko berlaku di antara tahun 1853 hingga 1959 di mana koko jenis Amelonado pertama kali ditanam di Jerangau, Terengganu. Percubaan penanaman koko seterusnya dijalankan di Serdang, Cheras, Kuala Lipis dan Temerloh di antara tahun 1936 hingga 1940. Walau bagaimanapun, penanaman koko secara aktif hanya berlaku selepas perang dunia kedua. Koko secara rasminya ditanam di Quoin Hill, Tawau, Sabah pada tahun 1960. Produk-produk hasil dari biji koko kemudiannya diadun dengan susu dan gula untuk menghasilkan coklat. Semasa penghasilan coklat, proses conching dilakukan untuk menyebatikan lagi adunan coklat. Di samping itu, proses ini dapat mengurangkan rasa pahit dan menambahkan lagi citarasa dan tekstur coklat. produk-produk koko dan coklat daripada kovertur hingga ke pralin. Produk ini diformulasikan daripada pelbagai bahan mentah seperti koko pejal, lemak koko, gula dan serbuk susu. Kovertur
5
Produk kovertur yang dihasilkan adalah daripada bahan mentah yang berkualiti tinggi dan diformulasi mengikut resipi yang dikenalpasti tinggi mutunya.
Kompoun Produk kompoun yang mana mempunyai penampilan seperti coklat tetapi mengandungi lemak sayuran yang menggantikan lemak koko. Produk ini adalah sesuai untuk penyalut. Pralin
Produk pralin yang mempunyai pelbagai jenis inti seperti almond nut, hazel nut, raisin, orange peel dan truffle dengan rasa unik, sesuai untuk setiap peringkat umur.
Lembaga Koko Malaysia telah menerima dua anugerah iaitu 'Anugerah Terbaik' dan 'Anugerah Medal Emas' sempena Expo Teknologi Malaysia (MTE) 2008, yang berlangsung pada 21-23 Februar 2008, di Kuala Lumpur. Inovasi yang menerima anugerah ini adalah mesin COBRE (Pemecah Buah Koko LKM). Mesin ini telah meningkatkan kecekapan pemecahan buah dan pengasingan biji koko dengan
6
menjimatkan tenaga lima orang pekerja yang melakukannya secara manual. Lembaga Koko Malaysia (LKM) telah menerima Anugerah Inovasi Penyelidikan Bersama Antara Sektor Awam Dengan Sektor Swasta (AIPB). Majlis Penyampaian Anugerah telah diadakan pada 29 Oktober 2007 sempena Konvensyen KMK Kebangsaan Ke-24, di Kota Bharu, Kelantan. Inovasi yang dicalonkan ialah 'Agen Kawalan Biologi Lembaga Koko Malaysia'. Inovasi tersebut adalah atas usahasama LKM dengan Ong Chong Lim Plantation Sdn. Bhd. dan Suraiya Construction (Plantation) Sdn. Bhd.
Biskut Kek Koko
Minuman
Coklat
7
Serbuk
Padi Padi merupakan bahan makanan yang menghasilkan beras. Bahan makanan ini merupakan makanan ruji bagi sebahagian besar penduduk di Asia terutamanya penduduk Asean termasuklah Malaysia. Padi adalah salah satu bahan makanan yang mengandungi gizi dan penguat yang cukup bagi tubuh manusia, kerana di dalamnya terkandung bahanbahan yang mudah diubah menjadi tenaga. Oleh sebab itu padi juga disebut sebagai bahan ,akanan tenaga. Setiap orang dewasa memerlukan 1821 kalori setiap untuk menjalankan aktiviti harian. Ini bermakna beras yang diperlukan ialah 0.88kg. Beras mengadungi berbagai zat makanan yang diperlukan oleh tubuh. Antara lain ialah Karbohidrat, protein, lemak, serat kasar, abu dan vitamin. Di samping itu beras juga mengandungi beberapa unsur mineral, antaranya calsium, magnesium, sodium, fusfor dan sebagainya. Namun begitu, pengeluaran beras di Malaysia meningkat dengan kadar perlahan iaitu dari 1.2 juta tan pada tahun 2000 kepada 1.3 juta tan pada tahun 2003 berbanding dengan pertumbuhan penduduk 25% setahun. Negara akan memerlukan sejumlah 2.3 juta tan setahun untuk 27 juta penduduk (pada tahun 2010). Jika pengeluaran beras Negara tidak dapat ditingkatkan, negara akan mengimport lebih kurang 1.0 juta tan setahun untuk keperluan penduduknya. Selain dari beras untuk dijadikan makan yang dimasak, ianya juga boleh dijadikan makanan lain hasil dari inovasi dan kajian yang dijalankan seperti tepung beras, meehoon, cucur dan emping padi.
8
Produk yang dikomersilkan
RBM – Rice Bran Malaysia – Menghasilkan produk nutraceutical dari beras tempatan ( Ubat-ubatan) Makanan untuk kesihatan – kurang kolestrol, anti kanser. Sesuai dijadikan bahan utama dalam pembuatan kek dan biskut
Ternakan Dalam dekad pertama abad ini (2000) pengeluaran dalam negara bagi produk tenakan seperti susu, daging lembu dan telur telah meningkat. Manakala pengeluaran daging kerbau, kambing dan biri-biri pula menurun. Walaubagaimanapun, di samping pertambahan penduduk, penggunaan per kapita bagi produk tersebut tyryt meningkat. Hal ini menyebabkan tahap sara diri bagi keperluan susu dan daging juga menurun. Tahap sara diri bagi keperluan telur, daging ayam dan khinzir pula melebihi keperluan tempatan dan telah dieksport sejak dua dekad yang lalu. Daging, telur dan susu adalah merupakan sumber protin penting bagi manusia. Kebiasaannya sumber protin dari hasil ini akan dimasak untuk memudahkan pencernaan dan ini sebenarnya mengurangkan kandungan protin dalam makanan. Pada masa ini ramai pengguna yang mengambil berat tentang kandungan nutrient dalam makanan. Pengambilan kalori, lemak dan kolestrol yang berlebihan sering dikaitkan dengan pemakanan berasaskan ternakan.
9
Salah satu inovasi yang dijalankan ialah melibatkan teknik pengasingan nutrient dan bioteknologi yang dapat menghasilkan baka ternakan yang tinggi kadar dagingnya dan kurang kandungan lemaknya. Kandungan lemak dalam susu bagi baka lembu tenusu bagi baka lembu tenusu yang dimajukan seperti Fresian adalah merupakan penghasilan baru yang berjaya mengatasi masalah lemak. Selain itu , kajian terkini juga telah berjaya menghasilkan telur yang rendah kandungan kolestrol dan kaya dengan omega 3. telur yang dihasilkan ini adalah merupakan ‘makanan sihat’ yang kian popular, terutamanya di kalangan mereka yang mengidap sakit jantung. Beberapa produk inovasi daripada hasil ternakan ialah Burger yang diproses dari daging arnab, burung unta, rusa, unta dan ayam belanda. Walaupun produk ini masih belum dapat diterima sepenuhnya oleh masyarakat Malaysia , ianya dilihat amat berpotensi untuk dikembangkan kerana daging ternakan ini rendah kandungan kolestrol. Produk inovasi lain dari hasil ternakan ialah satey, sosej, daging yang ditinkan dan daging jeruk.
Satay Perisa Sardin Daging
Daging burger
Nugget
10
Buah-buahan Buah-buahan adalah salah satu pengeluaran pertanian yang menyumbang kepada ekonomi Malaysia. Walaupun Peratusannya kecil tetapi ianya masih dianggap penting dan memerlukan beberapa pembaruan terutama dari segi pengeluaran hasil selain dari bentuk segar. Didapati bahawa aliran bagi kuntiti perdagangan buah-buahan segar Negara ini masih ditahap rendah jika dibandingkan dengan kuantiti pengeluaannya. Pergantungan kepada jualan hasil segar mesti dikurangkan tetapi sebaliknya perlukan inovasi supaya dapat diproses supaya kelihatan seperti menikmati buah-buahan segar. Walaupun aliran kuantiti perdagangan buah-buahan segar tropika dunia berada pada tahap yang baik namun tahap pengeluaran bagi pasaran segar buah tropika masih jauh ketinggalan jka dibandingkan dengan pengeluaran untuk pasaran buah-buahan negara barat. Ini memberikan makna kepada Malaysia supaya membangunkan segera bidang kajian terhadap buah-buahan tempatan yang kebanyakan jagkahayat buah-buahan yang pendek bagi diurusniagakan dalam bentuk segar, Kajian yang telah dilakukan terhadap beberapa jenis buah-buhan seperti pisang, nenas , betik, mempelam, jambu-batu, tembikai, nangka, duku langsat, durian, rambutan dan lain-lain telah menghasilkan produk inovasi untuk dimakan dalam jangka masa yang lebih lama. Antara hasil inovasi buah-buahan sebagai bahan makanan ialah: Inovasi Buah-buahan dijadikan kerepek Kerepek ialah makanan ringan yang digemari ramai,tidak mengira usia sama ada tua, muda atau kanak-kanak. Terdapat pelbagai jenis kerepek di pasaran seperti kerepek pisang, ubi kayu, kentang dan keladi. Tetapi pernahkah kita terfikir yang buah-buahan nangka, nenas, mangga, betik, dan jambu batu juga boleh dijadikan kerepek dan rasanya sungguh enak. Dengan perkembangan pengeluaran dalam bidang sains dan teknologi pemprosesan makanan , satu teknologi baru telah dihasilkan dalam penggorengan makanan yang dikenali sebagai penggorengan vakum. Dengan menggunakan alat ini buah-buahan yang mempunyai kandungan air yang banyak seperti nangka boleh dijadikan kerepek yang sedap dimakan.
11
Kerepek buah, hasil daripada penggorengan vakum, menjadi pilihan mereka yang mementingkan kesihatan, di samping menikmati makanan berkualiti tinggi walaupun harganya mahal sedikit berbanding dengan kerepek biasa ataupun makanan ringan lain. Satu lagi kelebihan produk ini ialah ia tidak memerlukan bahan pengawet atau tambahan perisa dan pewarna makanan tiruan, MSG dan sebagainya.
Jem
Minuman
Buah campuran Buah-buahan Jus
Tepung Cucur
Tin
Sayur-sayuran Industri sayur-sayuran telah mencatatkan perkembangan sebanyak 7.2% setahun. Fokus kajian yang dijalankan adalah untuk meningkatkan pengeluaran pada tahap optimum. Pada masa ini pengeluaran hasil sayur-sayuran adalah pada peringkat memenuhi keperluan pengguna. Sayuran sangat penting kepada manusia kerana : • Mengandungi banyak serat (fiber) dan kurang kalori •
Kaya dengan sumber utama vitamin C, vitamin A, asid folix dan zat galian
•
Sayur-sayuran dan ulam-ulaman ini dapat menyelenggara tisu-tisu kulit, mata, tulang dan otak 12
Antara produk inovasi hasil sayur-sayuran untuk dijadikan sumber makanan ialah :
Sos spageti
Inovasi Hasil Sayur-sayuran
Kapsul sayuran
Kerepek keledek Jejari ubi kayu
13
INOVASI PERIKANAN DI MALAYSIA Pengenalan Terdapat kira-kira 20,000 spesies ikan di dunia. Sekitar 8,000 spesies hidup di pelantar benua laut tropika, berbanding 1,150 di pelantar benua di persekitaran air yang lebih sejuk. Manakala lebih 100 spesies lagi boleh ditemui di manamana laut tropika di dunia ini, 14 daripadanya mempunyai habitat di perairan laut pantai dan selebihnya adalah kumpulan ikan yang berhijrah atau kumpulan ikan palagik. Keperluan ikan negara pada tahun 2010 dianggarkan sebanyak 1.9 ribu m/tan. Sasaran pengeluaran akuakultur negara pada tahun 2010 ialah sebanyak 600 ribu m/tan atau 30% daripada keseluruhan keperluan ikan negara. Sistem perikanan yang terdapat di Malaysia Ternakan Air Tawar Ternakan air tawar menyumbang sebanyak 27.5% daripada jumlah pengeluaran akuakultur. Dalam tahun 2004 jumlah pengeluaran ternakan air tawar telah meningkat sebanyak 11.23% daripada 49,947 tan metrik kepada 55,556.60 tan metrik. Daripada segi nilai pula ia merekodkan RM255.08 juta iaitu peningkatan 5.75% berbanding tahun sebelumnya dan dengan itu menyumbang hampir 20% daripada jumlah nilai pengeluaran akuakultur keseluruhan. Kolam Air Tawar Sektor ternakan kolam air tawar merupakan penggerak utama dalam sistem ternakan ini, menyumbang sebanyak 70.6% (39,233.43 tan metrik) daripada jumlah pengeluaran air tawar iaitu meningkat 9.96% berbanding dengan pengeluaran tahun 2003.
14
Bekas Lombong Pengeluaran dari bekas lombong meningkat sebanyak 33.11% daripada 6,495 tan metrik dalam tahun 2003 kepada 8,646 tan metrik dalam tahun 2004 Sangkar Ternakan sangkar air tawar menyumbang 10.1% dari keseluruhan pengeluaran ternakan air tawar iaitu penurunan sebanyak 4.84% daripada 5,896 tan metrik kepada 5,611 tan metrik dalam tahun 2004. Tangki Ternakan tangki simen dan kandang menyumbang 1,671.10 tan metrik terutama ternakan Tilapia Merah, Keli dan Patin. Selangor merupakan pengeluar utama ternakan dari tangki simen. Manakala, pengeluaran paling tinggi sistem kandang ikan adalah dari negeri Kelantan iaitu sebanyak 395.24 tan metrik. Sistem Air Payau Sektor air payau dalam tahun 2004 menyumbang 75.52% daripada jumlah pengeluaran akuakultur. Sumbangan ini menurun 0.18% daripada 146,927 tan metrik pada tahun 2003 berbanding 146,668 tan metrik tahun 2004. Ikan Hiasan Jumlah pengeluaran ikan hiasan telah menunjukkan peningkatan sebanyak 6.40% daripada 428,298,151 ekor dalam tahun 2003 kepada 455,723,540 ekor dalam tahun 2004. Daripada segi nilai terdapat peningkatan sebanyak 8.60% daripada RM 97.64 juta dalam tahun 2003 kepada RM 106.03 juta dalam tahun 2004. Negeri Johor masih memonopoli pengeluaran ikan hiasan yang menyumbang sebanyak 298,321,908 ekor
15
Inovasi dalam perikanan air tawar Untuk memberi galakkan terhadap sektor perikanan negara, pelbagai enovasi telah dilakukan untuk memenuhi keperluan negara seiring dengan keperluan penduduk di negara ini. Antara inovasi yang telah dilakukan dengan menggunakan beberapa kaedah atau cara penternakan yang telah dikaji dan dijangka dapat meningkatkan hasil pengeluaran serta meningkatkan pendapatan penternak. Kaedah Ternakan Kanvas Dengan menternak ikan air tawar dalam kanvas, ia dapat membantu penternak yang selama ini dibelengu masalah jangkitan penyakit serta terpaksa menanggung risiko ikan mati akibat pencemaran air. Dengan menternak ikan dalam kanvas, masalah ini dapat dielakkan serta menjamin pengeluaran ikan. Ikan yang diternak dengan menggunakan kanvas dikawal secara 100%. Kawalan air amat penting. Kaedah ternakan ikan secara kanvas ini memerlukan air dirawat dimasukkan ke dalam kanvas. Terdapat 3 jenis rawata yang perlu dilakukan. Iaitu :
rawatan fizikal
rawatan biologi
rawatan bakteria
Rawatan fizikal rawatan ini adalah untuk memastikan air yang dipam dari sumber air itu jernih dan sesuai untuk ikan yang diternak. Rawatan ini termasuklah merawat nilai pH air untuk memastikan ikan benar-benar sesuai dengan air tersebut.
16
Rawatan biologi Rawatan ini adalah untuk memastikan ikan yang diternak sesuai dengan keadaan air tersebut. Rawatan bakteria Rawatan bakteria amat penting dilakukan. Ia adalah untuk memastikan tidak terdapat benda-benda hidup lain di dalam air tersebut agar ikan yang diternak tidak dijangkiti penyakit yang boleh menyebabkan kerugian pada penternak Dengan menternak ikan dalam kanvas, penternak dapat melakukan aktiviti penternakan secara tepat. Kos pengeluaran dapat dirancang serta pulangan dapat dinilai dari peringkat awal. Perancangan amat penting dalam aktiviti ternakan ini agar ia dapat memenuhi permintaan seterusnya harga dapat dikawal dengan baik Mengawal kepupusan ikan air tawar Untuk mengawal kepupusan ikan air tawar, kerajaan malaysia dengan bantuan jabatan perikanan malaysia telah menubuhkan serta merancang apa yang perlu dilakuakan supaya pengeluaran hasil dapat dikekalkan. Antaranya adalah :Klinik dan pusat jagaan ikan air tawar. Pusat Perikanan Darat, Banding, Grik telah diberi tanggungjawab untuk melakukan kajian serta membangunkan baka induk dan mengeluarkan benih ikan air tawar tempatan. Sasaran pusat jagaan ikan itu adalah untuk menghasilkan 10 juta benih setahun. ia adalah bertujuan untuk mengawal beberapa jenis ikan yang semakin berkurangan. Ia juga dapat membantu nelayan-nelayan sungai yang terdapat di kawasan sekitar.
17
Ikan air tawar yang paling popular Nama Tempatan
:
Tilapia Merah
Nama Saintifik
:
Oreocromis spp.
Ikan tilapia menjadi ikan yang paling tinggi nilai komersial. Berikut antara kelebihan ikan tilapia
Permintaan yang tinggi
Potensi yang baik dari segi komersial
Rasa yang enak
Kandungan protein yang tinggi
Rendah kandungan lemaknya.
Ikan tilapia bkn sahaja menjadi ikan yang untuk di makan segar. Ia juga boleh dijadikan beberapa produk yang bernilai tinggi. Antara kegunaanya adalah untuk dijadikan produk gilatin.
18
Perikanan laut dalam Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan untuk meningkatkan hasil perikanan laut dalam. Dengan kelebihan yang ada di malaysia iaitu dari kedudukan malaysia yang terletak di pelantar laut dunia, menerima matahari sepanjang tahun serta kedalaman laut yang baik ia dapat meningkatkan jumlah ikan di perairan laut malaysia. Kaedah yang dilakukan oleh kerajaan antaranya:Kawasan telaga ikan 54 bot ditenggelamkan untuk dijadikan tukun supaya ikan-ikan dapat menjadikannya sebagai habitat seterusnya membiak dikawasan tersebut. Kedudukan telaga ikan tersebut terletak 12 batu nautika dari pantai Kos 10 juta telah diperuntukan untuk telaga ikan tersebut Contoh telaga ikan ini seperti yang terletak di periran laut negeri Kedah. Tukun Tiruan – Perairan Laut China Selatan Tukun tiruan juga dijadikan habitat untuk ikan-ikan di perairan laut china selatan. Ia banyak dibuat di perairan Terengganu. Kapal Kajian Manchong – Sarawak/Sabah K.K. MANCHONG adalah sebuah kapal Penyelidik-Bersama-Latihan yang dibina di bawah Program Pembangunan Infrastruktur perikanan Sarawak dengan peruntukan secara langsung dari Kerajaan Persekutuan menerusi peruntukan dan pinjaman dari Bank Pembangunan Asia. Kapal tersebut telah dibina di Nagaishima, Kobe, Jepun oleh Yamaha Motor Sdn. Bhd. menerusi ikatan kontrek dengan pemborong tempatan, Associated Marine Industries. Ianya berharga RM3,793 juta dan telah disiapkan dalam jangka masa 31 minggu.
19
Peranan Kapal kajian Manchong Kapal
ini
mempunyai
dua
peranan
yang
terpenting:
-
1.1. Ianya digunakan untuk menjalani kajian pengesanan sumber di kawasan perairan Malaysia khususnya Sarawak/Sabah untuk mengemaskini kedudukan sumber di perairan berkenaan. Kajian tersebut akan membolehkan data-data mengenai sumber-sumber di kawasan perairan berkenaan dikenalpasti. 2.2. Ianya akan digunakan untuk kajian teknologi penangkapan ikan terutama demonstrasi pelbagai jenis teknologi kepada pihak swasta khususnya nelayan. Teknologi penangkapan ikan ini termasuklah pukat tunda, pukat jerut, longline, bubu, Squid jigging, handline dan gill netting. Inovasi rumpai laut Inovasi terbaru untuk perikanan laut dalam ialah penanaman rumpai laut atau pun ecuhema. Ecuhema adalah sejenis spesis rumpai laut yang tumbuh liar dalam kelompok yang banyak terutamanya di Negeri Sabah, Malaysia Timur. Ianya boleh didapati tumbuh dalam air yang tenang atau dalam medium air yang bergerak perlahan. Kajian saintifik menunjukkan Eucheuma mengandungi bahan berguna yang boleh digunakan dalam proses bio-kemikal dan bio teknologi. Carrageenan, adalah produk yang diperolehi dari rumpai laut yang banyak digunakan oleh pelbagai industri seperti farmasi, kosmetik, kilang penapisan, pengawetan dan juga dalam industri pembuatan bahan letupan dan peluru. Kawasan yang mempunyai pengaliran air perlahan supaya nutrien dibawa dan diganti secara semulajadi untuk tumbesaran rumpai laut. Tiada arus ombak angina kuat, kawasan batu karang dan berpasir adalah yang paling sesuai. Kemasinan air adalah antara 27-35 bahagian dalam seribu (ppt). Suhu air hendaklah antara 25c hingga 30c. Paras air mestilah tidak kurang daripada 0.15 meter dalam semasa surut dan 2 meter dalam semasa.
20
Lampiran inovasi perikanan Kaedah Kanvas
Sistem Pembersihan air
21
Kapal Kajian Manchong
kaedah menanam rumpai laut
22
Inovasi Pertanian Di Malaysia Dalam Pengeluaran Bukan Untuk Makanan
Inovasi dalam penanaman getah Pengenalan Kenaikan harga komoditi getah sekarang sudah menampakkan kesan positif kepada industri perladangan getah negara. Selaras dengan itu taraf hidup pekebun kecil juga telah berubah menjadi lebih progresif dan sejahtera. Pengeluaran getah negara telah meningkat pada kadar 3.9 peratus setahun, terutamanya hasil kenaikan permintaan untuk getah asli, khususnya Republik Rakyat China yang menyebabkan harga getah meningkat ke paras lebih tinggi. Pelbagai inovasi telah dijalankan oleh agensi yang berkaitan di Malaysia, seperti RISDA, MARDI , LGM dan sebagainya. Inovasi di dalam pertanian dilaksanakan bertujuan untuk meningkatkan hasil pengeluaran dan menambah nilai kepada produk-produk yang berasaskan sumber getah. Inovasi sama ada teknikal ataupun pengurusan secara amnya membawa pelbagai kebaikan sama ada memudahkan kerja ataupun kos yang murah dan mampu dimiliki pengguna. Kajian terkini yang melibatkan getah ialah dengan menggunakan kaedah LITS (Low Intensity Tapping System) iaitu Sistem Torehan Intensiti Rendah. Di antara teknologi yang telah digunakan ialah RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, GFLEX dan MORTEX. Secara umumnya LITS ialah kaedah torehan getah dengan menggunakan rangsangan gas etefon dan etilina. Dengan menggunakan Sistem Torehan Intensiti Rendah Ini, pekebun kecil dan sektor peladangan di Malaysia dapat meningkatkan pendapatan bulanan. Bagi pekebun kecil jumlah pendapatan sebulan adalah sekitar RM 2000. Dalam industri pemprosesan getah dan keluaran getah, usaha sedang giat dilaksanakan untuk menggalakkan lagi pembangunan industri hiliran memandangkan kepada potensinya untuk mengeluarkan pelbagai produk nilai tambah bagi pasaran tempatan dan eksport.
23
Inovasi dalam pengeluaran hasil getah - Rangsangan Etefon Pengeluaran lateks boleh dirangsang melalui penggunaan kimia etefon, yang disebatikan dengan bahan pengantar seperti minyak sawit dan perawis lengai yang lain. Bahan ini bertindak dengan melambatkan berlakunya palam lateks semasa menoreh. Oleh yang demikian, masa yang lama diberi bagi lateks mengalir keluar. Dalam torehan ini Etefon digunakan atas panel torehan dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan bergantung kepada sistem torehan dan umur pokok. Pokok getah yang belum matan iaitu berumur bawah 15 tahun menggunakan rangsangan etefon digunakan atas panel torehan dengan kekuatan dan kekerapan kegunaan bergantung kepada sistem torehan dan umur pokok. Bagi pokok matang pula iaitu yang berumur 15 tahun dan ke atas boleh menggunakan alat rangsangan etefon di samping alat rangsangan gas seperti RRIMFLOW, REACTORRIM, LET SISTEM, G-FLEX dan MORTEX. Kriteria pokok yang sesuai untuk mengamalkan teknik rangsangan gas •
Berumur 15 tahun atau lebih
•
Pokok hendaklah subur dan mempunyai pendaunan yang baik tanpa masalah penyakit yang teruk.
•
Amalan torehan dan penggunaan bahan perangsang atau kedua-duanya sekali tidak diamalkan secara keterlaluan. Pokok-pokok masih mempunyai sekurangkurangnya 50% kulit dara di panel atas sebelum teknik rangsangan gas digunakan.
•
Pokok di kebun tidak mempunyai sejarah kejadian kering kulit yang tinggi.
Berikut Adalah Hasil Kajian Mengenai Peningkatan Hasil Setelah Mengamalkan Alat Rangsangan Gas (oleh RISDA Semaian dan Lanskap Sdn. Bhd. - RSSB) Jenis
alat RRIMFLOW
rangsangan % kenaikan 211%
REACTORRIM
LET
ETEFON
KAWALAN
192%
SISTEM 149%
113%
00
hasil
24
Berikut ialah gambar rajah berkenaan dengan penggunaan etilina dalam penorehan getah RRIMFLOW
G-FLEX G-FLEX merupakan teknik perangsangan terbaru keluaran Lembaga Getah Malaysia (LGM) yang menggunakan gas etilina sebagai bahan perangsang yang dibekalkan terus ke kulit pokok getah sebaik sahaja ‘inflatable’ dan ‘collapsible container’ dipasang. Teknik ini membolehkan torehan dilaksanakan 48 jam selepas pemasangan kali pertama selesai dijalankan, dan 24 jam selepas bekalan gas seterusnya dilakukan. G-FLEX menggabungkan konsep perangsangan, yang membekalkan gas etilina secara berterusan pada kadar yang perlahan, dan teknik perangsangan yang membekalkan gas secara berkala. Ia dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesra pengguna, tahan kebocoran, mudah dipasang serta harga pasarannya yang jauh lebih murah berbanding alat rangsangan gas yang lain tanpa perbezaan hasil yang ketara. G-FLEX dapat meningkatkan lagi kecekapan teknik perangsangan G-FLEX dan juga penoreh, bagi membolehkan produktiviti dan pendapatan pekebun kecil ditingkatkan.
25
MORTEX MORTEX adalah formulasi berasaskan etefon, digunakan untuk membolehkan pokok-pokok getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mula pokok-pokok tersebut dibuka alur torehan. MORTEX membolehkan kekerapan aplikasi dipertingkatkan sehingga lapan kali setahun berbanding sebelumnya (hanya dua ke tiga kali setahun) dari mula torehan dilakukan. Pengamalan merangsang pokok getah perlu dihentikan untuk sementara waktu terutama pada musim daun luruh, antara tiga ke empat bulan setahun. Profil hasil dalam satu pusingan perangsangan etefon menunjukkan peningkatan hasil berlaku dalam 10 ke 14 hari sebelum kembali ketahap asal sebelum penggunaan etefon. Kos penggunaan MORTEX adalah murah dan mudah digunakan. Penggunaan etefon mempunyai batasan kerana ia hanya berfungsi untuk melewatkan kejadian palaman, iaitu pembekuan lateks di permukaan saluran lateks. MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapi ia dapat membantu pokok getah menstabilkan pengeluaran lateks untuk sesuatu pusingan perangsangan (hingga 8 pusingan). Walaupun penggunaan lebih kerap, kejadian kekeringan kulit adalah rendah. Selain itu, terdapat juga penggunaan Alat Kalis Hujan. Air yang melorot dari jemala pokok ke pangkal melalui batangnya membasahkan panel torehan serta menyukarkan pengaliran lateks ke dalam mangkuk pada keesokan harinya. Pemasangan alat pengalir keluar hujan pada batang pokok didapati boleh mengatasi masalah ini. Rem bergerak serba boleh - RISDA Inovasi yang diberi nama Rem Bergerak Serba Boleh yang telah diguna pakai di ladang sejak 2004. Rem bergerak serba boleh merupakan sebuah kereta sorong (wheelbarrow) yang telah diubahsuai. Pengubahsuaian paling ketara ialah penggunaan tayar hidup menggantikan tayar mati yang biasa terdapat pada kereta sorong. Rangka pemegang atau pelantar dibuat daripada besi ringan dan penggunaan bakul plastik. Ia juga siperbuat daripada kanvas berukuran 44 sm X 30 sm X 84 sm dan berupaya menampung antara 60 hingga 75 kilogram getah basah. Untuk menjimatkan kos guni terpakai boleh digunakan sebagai alternatif. Sebagai tambahan lain, alat penyambung
26
disediakan untuk membolehkan ia ditarik oleh motosikal. Sesuai dengan nama rem bergerak serba boleh, inovasi ini boleh juga diguna pakai untuk pelbagai kegunaan. Antaranya amat praktikal dan mudah diguna semasa mengutip dan memunggah getah buku atau buah lerai sawit di ladang. Ia juga boleh dijadikan pelantar pam galas bagi memudahkan pam galas disangkut di bahu. Oleh keran alat ini boleh ditarik menggunakan motosikal, secara tidak langsung menjadi alat untuk mengangkut beban melebihi kemampuan manusia. Bakul plastik pula boleh diguna untuk memuatkan getah buku, buah-buahan, buah sawit lerai dan sebagainya.
Rem bergerak serba boleh Produk inovasi dari tanaman getah Kayu getah boleh dijadikan sumber balak untuk membuat perabot. Produk perabot pada masa kini banyak dihasilkan dari sumber kayu getah. Perabot yang dibuat menggunakan kayu getah juga mendapat permintaan yang tinggi daripada dalam dan luar negara. Malaysia mengeksport sebanyak 5.4 billion. Daun getah juga kini dijadikan sumber bagi industri hiliran iaitu boleh digunakan untuk membuat gubahan bunga. Dengan ini, dapat dijadikan sebagai punca pendapatan sampingan kepada petani dan pengusaha yang memajukan diri di dalam bidang ini.
27
Bunga dari daun getah
Perabut dari kayu getah
Inovasi dalam industri Bunga Industri bunga-bungaan di Malaysia masih lagi perlahan dan tidak diminati oleh pengusaha. Inovasi terkini dalam industri bunga di Malaysia ialah dengan penggunaan teknik pembiakan dan penghasilan varieti baru melalui tisu kultur. Selain tisu kultur MINT (Malaysian Institute For Nuclear Technology) juga telah membuat penyelidikan dalam menghasilkan varieti bunga-bungaan. Selai itu MINT juga telah menjalankan kajian dalam beberapa tanaman lain dalam penyelidikan dalam bidang agroteknologi seperti pisang, limau, bunga ros dan sebagainya. Tisu kultur ialah pembiakan tumbuhan secara aseksual yang mana tisu daripada tumbuhan di biakkan di dalam persekitaran terkawal.
Teknik kultur tisu atau
mikropropagasi membenarkan pembiakan bahan klon tanaman yang seragam dan berkualiti tinggi. Ia sangat perlu dalam pembekalan bahan tanaman yang berkualiti tinggi, terutamanya untuk penanaman besar-besaran. Ia juga memberi kemudahan pengenalan yang
cepat
untuk
varieti
baru
dalam
pasaran.
Keseragaman bahan tanaman merupakan satu ciri penting yang membantu pengurusan
sesuatu
sistem
penghasilan
tanaman,contohnya
pokok
membesar
secaraseragam, matang pada masa yang hampir sama dan oleh itu, hasil dan kualiti produk boleh dianggar dan sekata. Propagasi kultur tisu bermula dengan pilihan pokok-pokok elit sebagai sumber tisu, input utama dalam proses tersebut. tisu-tisu ini didedahkan kepada prosidur
28
sterilisasi kimia dan ditumbuhkan dalam bekas tertutup yang mengandungi media khusus dibawah keadaan beban kuman dimakmal terkawal. Tisu membiak di makmal untuk membentuk putik-putik yang kemudian tumbuh menjadi pokok berakar. Anak-anak pokok yang cepat membesar ini akan dibiasakan tumbuh dalam nurseri sehingga mereka bersedia untuk di tanam di lapangan Seperti yang telah diterangkan sebelumnya, MINT menjalankan penyelidikan melibatkan berbagai teknologi dan pembangunan serta perkhidmatan, latihan dan nasihat perundingan di dalam usaha meningkatkan mutu dan daya pengeluaran. Dalam bidang teknologi bahan, tumpuan telah diberikan kepada pembangunan bahan-bahan seramik untuk kegunaan bioperubatan, komposit lanjutan dan pengeluaran produk baru dari bahan buangan radioaktif. Usaha-usaha pencirian bahan yang melibatkan pengukuran di paras nano juga dipertingkatkan. Proses pembangunan sistem-sistem dan tolok pemeriksaan yang berasaskan teknologi nuklear sedang dijalankan. Pada masa yang sama, sistem pemeriksaan berasaskan nuklear dan bukan nuklear yang sedia ada dipertingkatkan dengan menggabungkan teknologi elektronik dan komputer untuk mempercepatkan kerja-kerja pemeriksaan loji dengan lebih berkesan. Teknologi radiosurihan diperluaskan meliputi penggunaan teknik lazim dalam bidang hidrologi dan sedimentologi kepada penggunaan yang lebih mencabar dalam penentuan pelbagai parameter yang terdapat di loji industri. Penyelidikan dalam bidang teknologi pemprosesan sinaran tertumpu kepada penggunaan bahan-bahan polimer semula jadi seperti getah asli, kanji daripada sago, serat dari tandan kosong kelapa sawit, kayu getah dan pokok kenaf, minyak kelapa sawit dan kitin-kitosan dari kulit udang. Kesemua bahan semula jadi ini diubahsuai dengan campuran polimer sintetik atau disintesis dan seterusnya di proses menggunakan kaedah aruhan sinaran bagi menghasilkan bahan-bahan baru. Untuk tujuan ini alur elektron digunakan sebagai sumber sinaran utama di samping sinar gama. Antara hasil-hasil penyelidikan ialah: •
Hidrogel dari bahan terbitan kanji sagu
•
Ko-polimer getah asli cecair (LNR), kompaun NR-PS berimpak tinggi
•
Kompaun jaringan salingtembus (IPN) dari bahan LNR
•
Adunan PVC/ENR boleh taut-silang 29
•
Getah asli termoplastik (TPNR) dari adunan getah asli-PMMA yang mempunyai ciri yang setara dengan adunan TPNR-poliolefin
•
Komposit polipropilen (PP)/ tangkai kosong kelapa sawit (EFB) dan PP/Kenaf untuk komponen automotif
•
Filem mesra alam dari adunan kanji sagu-polimer yang mudah terlarut didalam air dan polimer cangkuk berasaskan kanji-sagu
Di samping itu teknologi alur elektron ini juga digunakan bagi penyelidikan penulenan ‘flue gases’. Kepesatan projek-projek penyelidikan agroteknologi di MINT terserlah dengan peningkatan jumlah serta bidang penyelidikan yang dilaksanakan melalui pembiayaan IRPA, kerjasama dengan institusi luar, kontrak IAEA dan juga pembiayaan dalaman. Projek-projek IRPA termasuk penambahbaikan tanaman orkid melalui kejuruteraan genetik, mutasi kulat Aspergillus niger untuk pengeluaran asid sitrik, penentuan corak ekspresi gen mutan tanaman hiasan, dan juga pembiakan serta manipulasi genetik orkid menggunakan kaedah molekul untuk menghasilkan penambahbaikan dari segi ketahanan, warna
dan
bentuk
bunga.
Projek-projek kerjasama termasuk biak baka padi wangi yang rintang penyakit dengan MADA, pembangunan produk lepasan terkawal (OPRS), penyinaran untuk disinfestasi kumbang Khapra dan nyahgiat biji benih bunga (DOA). Projek kerjasama yang baru ialah kajian keberkesanan pembajaan nitrogen tanaman padi (MADA), pengkapsulan inokulum biobaja
mikoriza
(MAH)
dan
mutagenesis limau madu (UKM, Vibrant Citrus Management). Projek-projek kontrak yang masih diteruskan ialah penyinaran untuk kuarantin hama dan thrips (MARDI) dan kajian impak racun perosak dalam ekosistem Muda (MADA). Projek-projek bantuan teknik IAEA pula ialah mutagenesis tanaman hortikultur dan pembangunan program QC/QA
bagi
analisis
sisabaki
bahan
agrokimia.
Melalui pembiayaan dalaman MINT, penyelidikan ekstraksi secara teknik ‘enfleurage’ bagi mendapatkan pati pelbagai tanaman herba, penambahbaikan pembalut
30
luka hidrogel, penyaringan sumber-sumber semula jadi untuk rawatan luka, serta pembangunan sistem dan produk makanan haiwan dari loji STERIFEED. Penemuan dan penghasilan proses baru termasuk penghasilan ‘plantlet’ daripada spora paku-pakis, pengaruhan pengeluaran bunga ros secara in vitro, pembangunan sistem bioreaktor untuk mikropropagasi tanaman, ‘DNA sequencing’ mutan orkid berbunga putih, isolasi kromosom pisang menggunakan enzim berganda, analisis FISH/GISH bagi pisang, penentuan poliploidi pisang dan ros, penyinaran potpourri wangi, serta penghasilan produk STERIFEED secara pukal. Produk-produk baru yang dihasilkan dalam tahun laporan ialah satu mutan orkid (Dendrobium Sonia "Keena Ahmad Sobri"), satu mutan tanaman hiasan rheodiscolor (Tradescantea spathacea “Keena AhmadSobri”) dan juga bunga ros di dalam balang atau tabung.
31
mutan orkid dendrobium
Tisu kultur
Produk inovasi daripada kelapa sawit Penyelidikan daripada Univesiti Putera Malaysia telah pun menghasilkan minyak pelincir sintetik dan ‘helmet’ dari kelapa sawit. Mintak pelincir dihasilkan dari minyak sawit dan ‘helmet’pula dihasilkan daripada pelepah kelapa sawit dan dijadikan biokomposit
Minyak pelincir sintetik
helmet
Lain-lain inovasi Pertanian tepat Revolusi elektronik dalam beberapa dekad kebelakangan ini telah menyumbang kepada dua teknolgi baru dan memberikan kesan terhadap pertanian pada masa akan dating. Teknologi yang dimaksudkan ialah ‘Geographic Information Systems’ dan ‘Global Positioning Systems’ . Melalui teknolgi GIS dan GPS ia membolehkan
32
pengawalan menggunakan sensor secara meluas diaplikasikan bagi menyelia, mengawas, dan mengawal peralatan pertanian, penukaran tekanan dan motor servo. Bersama itu juga, GIS dan GPS memberikan kelebihan kepada petani untuk memiliki dan menggunakan peralatan elektronik terus kepada mesin yang bergerak serta menghasilkan kerja yang cekap dan tepat. Penentuan dan kawalan secara tepat terhadap semua aplikasi peralatan dan penggunaan bahan kimia serta analisis data yang digabungkan dengan sumber data (agronomi, iklim, tanah dan sebagainya). Kesemua ini adalah satu kaedah yang termaju dan menakjubkan untuk pengurusan pertanian yang lebih progresif. Pertanian tepat juga dapat membuat pemetaan hasil dan aplikasi penggunaan baja. Tahap kemasakan hasil boleh ditentukan dengan menggunakan GPS. Begitu juga dengan pembajaan yang dilakukan. Berikut adalah secara umum mengenao komponen partanian tepat : i.
Pemantauan hasil – Pemantauan hasil melalui sistem GPS dan penggunaan komputer membolehkan dapatan serta-merta diperoleh. Ia mengandungi pemantauan hasil pertanian melalui masa ataupun jarak (contoh seperti setiap saat atau setiap beberapa meter). Ini juga termasuklah berkeupayaan merekod dan menyusun data-data lain seperti jarak, jumlah guni diangkut, jumlah kawasan dan sebagainya.
ii.
Pemetaan hasil – alat penerima GPS adalah didatangkan bersama dengan alat pemantau hasil. Pemetaan hasil dapat menyediakan ruang koordinat untuk pengawas hasil data. Ini boleh dijadikan peta hasil bagi setiap kawasan.
iii.
Pelbagai kadar pembajaan – Mengawal atur kadar pemberian baja pada sebarang kadar yang boleh diubah-ubah. Alat kawalan adalah boleh digunakan untuk baja jenis berbutir, bahan baja cecair dan jenis gas. Kadar boleh berubah-ubah sama ada oleh dikawal oleh manusia atau secara dikawal secara automatik oleh komputer bersama satu preskripsi peta elektronik.
iv.
Pemetaan rumpai – Petani boleh mengawal rumpai, menyemai, membuat semburan, atau melakukan pelbagai kerja lain dengan menggunakan satu kekunci atau butang-butang oleh penerima GPS dan datalogger. Segala aktiviti
33
mengawal boleh dirancang dengan teliti di sebuah komputer dan dianalisis untuk menterjemahkan peta baja dan peta semburan. v.
Sempadan dan topografi - Menggunakan DGPS yang berketepatan tinggi untuk menghasilkan satu peta topografi sebenar yang tepat dan boleh dibuat apa-apa tindakan pada tanah tersebut. Ini adalah berguna apabila penelitian peta hasil dan peta rumpai. Ia berkebolehan membariskan sempadansempadan, jalan-jalan, halaman-halaman, pertumbuhan pokok dan tanah berair.
kesemuanya
dapat
dipetakan
secara
tepat
untuk membantu
perancangan ladang. vi.
Pemetaan kemasinan tanah - GPS boleh digandingkan untuk meter kemasinan yang mana ditunda di belakang sesuatu kenderaan. Meter berupaya membuat penjejakan perubahan kemasinan tanah di sepanjang masa.
vii.
Sistem Panduan – Ketika ini beberapa pengeluar telah mengeluarkan sistem panduan menggunakan DGPS berketepatan tinggi yang boleh menentukan kedudukan dan penggerakan kereta dengan kaki atau tanpa kaki. Sistemsistem panduan ini boleh menggantikan peralatan konvensional untuk penyemburan atau penyemaian.
viii.
Analis dan rekod - Pertanian tepat mungkin menghasilkan satu ledakan dalam jumlah rekod boleh didapati untuk pengurusan ladang. Pengesan elektronik boleh mengambil banyak data dalam satu tempoh masa yang pendek. Sejumlah ruang cakera adalah diperlukan untuk menyimpan semua data serta grafik peta mengakibatkan daripada data. Alat-alat kawalan elektronik boleh juga direka bentuk untuk menyediakan isyarat-isyarat semula jadi yang dirakam secara elektronik. Ia mungkin berguna untuk merakam kadar sebenar baja yang dijatuhkan oleh alat semburan sebagainya
34
Kitaran pertanian tepat Agen biologi Antara agen biologi yang digunakan di dalam pertanian penggunaan baja bio dan kawalan biologi. Kawalan biologi ialah penggunaan serangga atau organisma lain bagi mengawal serangan perosak. Contohnya penggunaan semut api bagi mengawal siput gondang. Semut api bertindak memakan telur siput gondang dan menyebabkan pembiakan siput berkurang seterusnya dapat dikawal. Semut api atau Solenopsis geminata ialah serangga daripada famili Formicidae. Koloni semut terdiri daripada seekor ratu, sekumpulan askar dan semut pekerja minor. Solenopsis tidak berapa selektif dalam corak pemakanannya. Semut jenis ini, makan biji rumput, haiwan anthropod, manisan, daging dan apa sahaja yang diperoleh dan dihadamkan. Daripada pemerhatian, didapati semut api spesies ini makan telur siput gondang emas Pomacea canaliculata. Penemuan ini boleh dikatakan sangat menarik kerana setakat ini, tiada haiwan lain yang diketahui menjadi pemangsa kepada siput gondang emas. Ini disebabkan telur spesies siput perosak ini boleh dikatakan tidak mempunyai perasa enak meskipun gugusan telur ini mempunyai warna merah terang yang mampu menarik perhatian. Semut api akan menyerang dan memindahkan satu 35
persatu biji telur ke dalam sarang mereka. Selain dari semut ini, terdapat juga spesies semut lain yang digunakan sebagai agen kawalan biologi. Umpamanya, Dolichoderus thoracius yang berpotensi dalam mengawal serangga perosak Helopeltis theobromae yang merupakan perosak utama buah koko, mangga dan jambu.
Semut api atau Solenopsis geminata
s
iput gondang emas atau Pomacea canaliculata Bio fertilizer (baja bio) ialah baja yang menggunakan rhizobium dan diselaputi dengan S. Baja ini diperbuat daripada bahan-bahan buangan biologi yang tidak mengandungi apa-apa bahan kimia. Baja bio mempunyai mikroorganisma hidup yang mana apabila digunakan ia akan menggalakkan pertumbuan pokok dengan nutrien yang
36
rendah untuk tumbuhan perumah. Penggunaan baja bio adalah berfaedah kerana dapat menggalakkan aktiviti mikroorganisma di dalam tanah. Di antara beberapa kebaikan baja bio ialah : •
Galakkan pertumbuhan dan pemanjangan akar
•
Meningkatkan hasil
•
Tanaman tahan kemarau dan perosak
Kesimpulan Inovasi dalam bidang pertanian amat penting pada ketika ini. Masalah yang membelenggu
bidang
pertanian
seperti
masalah
kekurangan
tanah,
pertambahan penduduk dunia yang naik secara mendadak memerlukan sumbersumber pertanian dilakukan supaya ia dapat memenuhi keperluan manusia. Kehidupan hari ini banyak mempengaruhi evolusi pertanian. Kehidupan yang sentiasa membuatkan manusia mengejar masa untuk memenuhi keperluan hidup memaksa bidang pertanian juga perlu bergerak dengan lebih laju dan pantas. Di sebabkan arus kemajuan ini, banyak perubahan telah dilakukan supaya
bidang
pertanian
bergerak
seiring
dengan
kepantasan
arus
pembangunan kini. Sebagai contohnya, dahulu hasil padi hanya boleh dituai 2 kali setahun. Kini dengan teknologi yang ada, pencintaan genetik padi yang lebih singkat tempoh matangnya menjadikan padi boleh dituai 5 kali dalam 2 tahun. Ia seiring dengan permintaan yang meningkat. Begitu juga dengan produk-produk lain, seperti varieti-varieti tanaman lain telah dipelbagaikan. Ia bertujuan untuk memberikan pulangan yang paling maksima kepada petani. Sebagai contoh, 37
tanaman tomato. Varieti tomato untuk dimakan segar berbeza dengan varieti tomato untuk diproses dijadikan sos. Tomato untuk dijadikan sos lebih besar serta lebih merah buahnya. Inovasi dalam penciptaan benih varieti ini adalah bertujuan untuk memberi pulangan yang paling maksima kepada petani. Dengan ini, akan lebih ramai orang ingin menjadi petani. Masalah kekurangan tanah juga boleh dielakkan. Kaedah tanaman secara hidroponik salah satunya dicipta untuk mengatasi masalah ini. Banyak lagi inovasi yang telah berlaku terhadap bidang pertanian. Kita seharusnya bersyukur dengan kemajuan yang telah dikecapi kini. Kini kita hanya perlu menjaga apa yang sepatutnya perlu dijaga. Kawal apa yang perlu supaya generasi akan datang masih boleh menikmati apa yang kita nikmati kini serta mereka boleh mencipta sesuatu yang lebih baik dari hari ini.
38