Sumbangan sektor Pertanian di Malaysia
Pada tahun 2005 yang lalu, Perdana Menteri Malaysia , Datuk Seri Abdullah Bin Hj. Badawi telah mengumumkan bahawa sektor pertanian akan menjadi sektor yang akan dimajukan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9). Sejak pengumuman tersebut , ramai korporat melibatkan diri mereka dalam sektor. Terdapat pelbagai sumbangan sektor pertanian di Malaysia. Antaranya, peluang pekerjaan dapat dipertingkatkan. Melalui sektor ini , bilangan petani semakin meningkat. Tambahan pula, kes-kes pengangguran dapat dikurangkan. Sekali gus , ia dapat mengurangkan kes pengganguran yang bertimbun-timbun. Kedua, ekonomi negara dapat dipertingkatkan. Melalui sektor ini, ekonomi penduduk tempatan menaik. Sejak akhir-akhir ini , isu pencantuman baka hangat diperkatakan. Contohnya , pencantuman baka padi menghasilkan dua kali tuaian setahun berbanding sekali setahun. Melalui teknologi ini juga, banyak baka baru tanaman dihasilkan seperti pisang, rambutan, dan durian. Ketiga, sektor pertanian tempatan dapat mengurangkan import dari negara luar seperti Thailand, Indonesia dan Filipina. Malaysia mengimport kelapa dan pisang dari Filipina, jambu dari Thailand dan Indonesia. Kesemua barangan import tersebut boleh dikurangkan dengan menanamnya secara meluas. Selain itu, hasil tanaman yang berlebihan dapat dieksport ke negara-nagara luar. Ini dapat menjana kewangan yang lebih. Keempat, melalui pertanian juga, hubungan Malaysia dan negara-negara lain dapat didekatkan seperti Singapura, Indonesia, Filipina dan sebagainya. Malaysia mengeksport kayu balak ke negara-negara tersebut. Kesimpulannya, sektor pertanian memberi banyak sumbangan seperti pekerjaan, dan lain-lain.