Pembiakan biji benih getah
Pokok getah yang berasal dari biji benih asal yang di ambil dari bawah pokok masih terdapat diladangladang atau di tanam oleh pekebun-pekebun kecil. Benih yang digunakan untuk menanam getah adalah dari jenis biji biasa. Oleh kerana ia bukan dari keturunan yang terpilih, sudah tentu ia mempunyai sifatsifat yang tidak memuaskan. Hasilnya terlalu rendah dan tidak ekonomik bagi peladang-peladang meneruskan penggunaannya. Usaha selanjutnya ditumpukan kepada biji benih yang diperolehi dari pokok-pokok induk yang berhasil tinggi sahaja. Cara ini telah member kesan yang agak baik sedikit dari benih asal. Tetapi, oleh kerana benih-benih ini berasal dari saluran seksual, iaitu biji, ia melahirkan perbezaan yang sangat nyata antara pokok-pokok, walaupun ia dari satu keturunan. Ia berbeza-beza dari segi kecergasan, ketebalan kulit, kepekaan kepada penyakit-penyakit dan yang paling nyata sekali ialah hasil. Dalam tahun 1917, satu teknik telah dicipta, di mana pokok getah boleh dibiakkan melalui saluran tampang, iaitu dengan mengambil mata tunas dari pokok yang berhasil tinggi untuk dihidupkan pada pokok getah yang lain. Teknik ini dipanggil cantuman tunas. Yang paling aneh sekali mengenai benih ini ialah, ia boleh menurunkan dengan tepat semua sifat pokok di mana tunas tersebut di ambil. Ini juga bererti ia boleh mengatasi sebala kesulitan yang selalu di alami dari benih yang dihasilkan melalui saluran seksual, iaitu biji. Dengan cara ini juga dapatlah dipanjang-panjang kan benih-benih yang sudah dikenal pasti baik. Langkah seterusnya pula ialah dengan menjodohkan pokok-pokok yang baik ini melalui pendebungan tangan supaya terlahir keturunan baru, diuji selama beberapa tahun dan yang terpilih sahaja dianjurkan sebagai baka atau klon. Usaha mencipta klon-klon untuk mendapatkan klonklon yang lebih baik masih diteruskan hingga kini. Klon akan menjadi asas kepada pembiakan melalui saluran tampang. Sementara itu, di bidang biji benih pula, usaha juga diteruskan bagi mendapatkan benih yang baik, kalau tidak standing sekalipun, hamper sama kebolehannya dengan klon sudah memadai. Benih jenis ini pula diperolehi dari biji-biji pokok cantuman terdiri dari klon-klon yang baik. Bagi mengelakkan berlaku kacukan yang tidak diingini, kawasan khas dibuat, di mana klon atau klon-klon yang terpilih sahaja di tanam untuk kutipan biji. Benih jenis ini di panggil biji klon. Walau bagaimana pun, sebagai benih yang lahir dari saluran seksual, ia masih ada sifat-sifat perbezaan antara benih-benih pokok yang dihasilkan.
Pembiakan Pembiakan ialah sebagai satu usaha untuk membanyak atau menambahkan bilangan pokok supaya ia sentiasa ada bila diperlukan. Pembiakan juga adalah untuk tujuan menggantikan pokok-pokok yang tua , rosak atau mati akibat penyakit. Pokok getah boleh dibiakkan dengan dua saluran, iaitu seksual dan vegetative atau tampang. pokoknya tidak dapat dipastikan. Kaedah terhasilnya biji benih ialah melalui pendebungaan.
Pendebungaan boleh dilakukan oleh serangga, tetapi dari mana datangnya bunga tidak dapat dipastikan, kecuali dalam keadaan terkawal. Sebaliknya pendebungaan boleh dilakukan oleh manusia. Teknik ini digelar pendebungaan tangan. Manusia boleh memilih pokok yang bakal dijodohkan dan bolehlah dikatakan benih yang terhasil lebih memuaskan. Saluran tampang atau vegitatif akan menjamin keseragaman sifat biji benih yang diturunkannya. Ada berbagai cara untuk menghasilkan benih getah melalui saluran ini dan boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu keratan, cantuman dan tisu kultur atau tisu didik. Antara berbagai cara tersebut, cantuman tunas paling mudah di amal kan, manakala tisu kultur sentiasa dalam kajian.
Pendebungaan tangan Pendebungan tangan adalah merupakan satu usaha memasukkan debungan dari bunga jatan ke dalam ovary bunga betina. Ia dilakukan oleh manusia. Ini adalah satu cara membiakkan benih getah melalui saluran seksual. Kedua-dua pokok yang bakal dijodohkan itu mestilah terdiri dari klon-klon yang baik supaya keturunannya pun baik. Cara Pendebungaan tangan hendaklah dilakukan di musim bunga yang banyak, iaitu bulan februari hingga jun. radas yang digunakan ialah penyepit kecil, gunting kecil, kapas, tabung plastic kecil dan kertas penanda. Kerja pendebungaan hendaklah dilakukan diwaktu pagi. Debunga dari bunga jantan akan di ambil dan dikumpulkan ke dalam tabing plastic. Pada jambak bunga yang bakal didebungakan, buangkan semua bunga jantan yang ada, meninggalkan bunga betina yang masih kuncup sahaja.ranggi bunga betina akan dibuka supaya kelihatan ovary dan stigma. Seluruh saluran stamen bunga jantan dicabut dan dimasukkan ke dalam bunga betina. Bunga betina akan disumbat dengan sedikit kapas yang telah dilekatkan dengan setitik lateks bagi mengelakkan kemasukkan bunga jantan lain. Apabila satu jambak bunga betina telah selesai didebungakan, label dengan member tarikh dan jenis klon yang dijodohkan. Dua hingga tiga hari, ranggi dan kapas akan tertanggal. Jika pendebungaan tersebut Berjaya, persenyawaan akan berlaku dan ovary akan menjadi buah, yang mana akan masak dalam jangka waktu empat setengah hingga ke lima bulan. Sebelum bijinya gugur, buahnya akan di sampul kan dalam uncang jarring supaya bijinya tidak jatuh ke tanah dan bercampur dengan bijibiji lain. Buah itu boleh dipetik apabila lengainya kering dan perang untuk mendapatkan biji benih. Biji benih tersebut hendaklah dicambahkan dengan segera. Kejayaan pendebungaan tangan adalah dianggakan sebanyak 5 – 15 %. Seorang pekerja boleh melakukan kerja pendebungaan sebanyak 120 kuntum bunga sehari. Kerja ini adalah sukar dan mahal. Teknik ini hanya terhad bagi pengeluaran klon sahaja. Klon yang dihasilkan biasanya akan dipastikan mempunyai sifat-sifat seperti keturunan baik, kecergasan muda, kecergasan dewasa, batang lurus, pendahanan, jemala, kulit dara, kulit pulihan, penghasilan, lateks (KGK, warna, warna krep dan kestabilan), kerosakan angin, kekeringan kulit dan ketahanan penyakit( Cendawan angin, cendawan lapuk, colletotrichum, oidium, belang/calar hitam dan penyakit daun luruh dan lengai lapuk Phytophthora)
Keturunan Klon Klas I dan II
GT 1
= Klon asli
PB 217
= PB 5/41 x PB 6/9
PR 255
= Tjir 1 x PR 107
PR 261
= Tjir 1 x PR 107
PRIM 600
= Tjir 1 x PB 86
PRIM 712
= PRIM 605 x PRIM 71
AVROS 2037
= AVROS 256 x AVROS 252
PB 28/59
= Klon asli
PB 230
= PB 49 x PB 5/51
PB 235
= PB 5/51 x PB 578
PB 255
= PB 5/51 x PB 32/36
PB 260
= PB 5/51 x PB 49
PB 280
= Biji PBIG
RRIM 572
= Pil B 50 x Pil B 84
RRIM 623
= PB 49 x Pil B 84
RRIM 628
= Tjir 1 x RRIM 527
RRIM 701
= 44/553 x RRIM 501
RRIM 703
= RRIM 600 x RRIM 500
RRIM 728
= GT 1 x RRIM 623
RRIM 729
= RRIM 623 x FX 25
Pembiakan secara tampang (vegetative) Benih getah juga dihasilkan melalui pembiakan saluran tampang iaitu dengan mengambil sebahagian dari tisunya yang tertentu dan dihidupkan menjadi pokok, sama ada dengan sendiri atau ditumpangkan pada pokok getah yang lain. Cara ini didapi paling berkesan boleh menurunkan atau mewariskan sifat-sifat asal di mana tisu asal itu di ambil. Ada beberapa teknik yang telah dimajukan dan diguna pakai bagi mendapatkan benih melalui saluran ini. I)
Cantuman Tunas Perang
II)
Cantuman Tunas Hijau
III)
Cantuman Tunas (Hijau) Muda
IV)
Cantuman Akar
V)
Cantuman Baji
VI)
Cantuman Sanding atau Sanggitan
VII)
Keratan Benih