Tanaman Tomato

  • Uploaded by: yuzamri
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tanaman Tomato as PDF for free.

More details

  • Words: 3,029
  • Pages: 26
Tanaman Tomato Pengenalan Tomato adalah sejenis sayuran jenis buah yang mempunyai jangka hayat yang singkat. Ia menjadi makanan kepada manusia di serata dunia. Ia berasal dari Amerika Selatan dan kini penanamannya telah meluas ke semua negara beriklim tropika. Pengeluaran utama tomato di Malaysia ialah di kawasan Cameron Highland. Kawasan di tanah rendah yang menanam tomato ialah di negeri Johor. Sebahagian besar tanaman adalah untuk permintaan dalam negeri dan sedikit sahaja dieksport ke Singapura. Negara juga mengimport 4000 tan produk berasaskan tomato. Pengeluaran tempatan hanya mencukupi untuk kegunaan segar. Botani Tanaman Nama saintifik bagi tomato ialah Lycopersicon cycopersicum (L). Dari famili Solanaceae. Pokok tomato dibahagikan kepada dua kumpulan besar iaitu yang tumbuh menegak (determinate) dan yang tumbuh menjalar (indeterminate). Perbezaan juga terdapat pada ciri-ciri buah yang menjadi asas perbezaan kulvitar-kulvitarnya. Ciri-ciri am pokok adalah seperti :Akar

- akar tunjang yang kuat dan banyak akar- akar serabut

Batang

- warna hijau, bercabang dan berbuku

Daun

- berbulu dan terdapat banyak bentuk

Bunga

- berwarna kuning dan berukuran lebih 1cm

Buah

- banyak perbezaan warna, saiz, bentuk dan rasa

Benih

- berwarna kuning perang dan beratnya 2.5g/biji

Cara pendebungan

- persenyawaan sendiri

Keperluan Asas Tanaman Faktor Iklim Tomato lebih sesuai ditanam di kawasan tanah tinggi. Walaubagaimana terdapat juga kultivar tomato yang sesuai di tanam di tanah rendah. Suhu yang sesuai adalah 18 – 32oc. Jumlah hujan pula ialah sebanyak 460mm untuk pertumbuhan yang baik. Faktor Tanah Tanaman tomato sesuai di tanam di pelbagai jenis tanah termasuk tanah pasir ( BRIS dan bekas lombong ) dan tanah gambut. Yang paling penting bagi tanaman tomato adalah saliran serta pengudaraan yang baik. Tanah yang mempunyai nilai pH 5.5 – 8.0 adalah amat sesuai. Keperluan topografi adalah seperti berikut.

Sifat – sifat tanah dan kesesuaian untuk tanaman tomato Kesesuaian untuk tanaman tomato Sifat Tanah Sesuai

Sederhana sesuai

Kecerunan

0 – 60

6 - 120

Saliran

Tak sempurna salir ke salir

Kurang salir dan agak sangat salir ke sangat salir

Kedalaman tanah yang berkesan

> 50 cm

25 – 50 cm

Tekstur dan struktur

Selain dari pasir

Pasir yang tak berstruktur berstruktur dan lempung.

Kemasinan

< 1 mmhos

1 – 2 mmhos

Kedalaman lapisan asid sulfat

> 50 cm

0 – 50 cm

Ketebalan gambut

Tidak menghalang

-

Keberbatuan

Tiada halangan pada 25 cm

-

kedalaman tanah Ketidak seimbangan unsur

Tiada keracunan kelebihan mikro nutrien atau CEC rendah

Sumber : Wong ( 1986 )

Kultivar-kultivat yang disyorkan

CEC rendah

Sifat

Kultivar

pokok L 24

MT 1

MT 11

Serdang 2

Tabiat

Tegak, rimbun

Tegak, rimbun,

Rimbun,

Tegak, rimbun, Tegak, separa

pokok

dan berterusan

sederhana besar,

separa

sepera

berterusan

berterusan

berterusan

( indeterminate)

( indeterminate) separa berterusan

King Kong ( F1)

(semideterminate) (indeterminate) (indeterminate) Berat

Besar

Kecil

Sederhana

Sederhana

Besar

(lebih 60 g/biji)

(25-30 g/biji)

(40-80 g/biji)

(40-80 g/biji)

(100-150g/biji)

Warna

Merah

Merah cerah

Merah

Merah

Merah

Kegunaan

Segar

Segar/proses

Segar

Segar

Segar

Hasil

18-30 tan/ha

15-25 tan/ha

15-28 tan/ha

20-25 tan/ha

25-30 tan/ha

Amalan Kultur Program Kerja Program gerak kerja bagi tomato terdapat seperti jadual berikut.

Program Kerja Untuk Sehektar Tomato Hari - 46

Aktiviti Penyediaan semaian (untuk lebih kurang 10000 pokok)

-40 -30

Rawatan biji benih Menyembur baja daun

Input Bahan a. kotak

Catatan Kadar 70

Saiz 60X60cm

b. beg plastik

10000

Saiz 12X12cm

c. batas

5

semaian

Racun Thiram Baja daun

3g/1000g benih

Saiz 100X15cm Benih ditanam

Ikut syor label

sedalam 0.5cm Sembur seminggu sekali hingga

-26 -16 -14

Kawalan penyakit dan perosak Pembersihan kawasan Pengapuran

Racun kimia trektor GML

Ikut syor label 3-5 tan/ha

mengubah Sembur bila perlu Kadar untu tanah

-7

Pembajaan asas

Tahi ayam

5 tan/ha

mineral Digaul ke dalam

-3

Layout, penyediaan batas,

Trektor

40 gulung

batas -

menutup batas dengan plastik

Plastik silver

0 7 14

Mengubah anak benih Menyulam Pembajaan i

shine Anak pokok Anak pokok NPK 12:12:17:2

1 pokok/ lubang 300 kg/ha

Jarak 0.6 X 0.6m Baja ditabur

15

Kawalan Penyakit dan Perosak

Racun Kimia

Ikut syor label

sekeliling pokok Kawalan pencegahan

Ikut syor label

jika perlu Kawalan pencegahan

27

Kawalan Penyakit dan Perosak

Racun Kimia

28

Pembajaan ii

NPK 12:12:17:2

600 kg/ha

jika perlu Baja ditabur

30

Kawalan Rumpai

Racun Kimia

Ikut syor label

sekeliling pokok Racun antara batas.

32 40

Memasang penyokong & dawai Kawalan Penyakit dan Perosak

Penyokong kayu Racun Kimia

16000 batang Ikut syor label

Gunakan penyembur Kawalan pencegahan jika perlu

42

Mencantas

-

-

Membuang tunas sisi

54

Kawalan Penyakit dan Perosak

Racun Kimia

Ikut syor label

dan daun berlebihan. Kawalan pencegahan

55 56

Kawalan Rumpai Pembajaan ii

Racun Kimia NPK 12:12:17:2

Ikut syor label 600 kg/ha

jika perlu Racun antara batas. Baja ditabur

56-60

Hasil mula dipungut

Bakul

-

sekeliling pokok Jangka masa kutipan

Ikut syor label

hasil 30-45 hari Kawalan pencegahan

Ikut syor label

jika perlu Kawalan pencegahan

Ikut syor label

jika perlu Kawalan pencegahan

68 82 96

Kawalan Penyakit dan Perosak Kawalan Penyakit dan Perosak Kawalan Penyakit dan Perosak

Racun Kimia Racun Kimia Racun Kimia

jika perlu

Penyediaan Anak Benih Gunakan biji benih yang bermutu tinggi. Jumlah biji benih yang digunakan adalah 300g/ha.biji benih dirawat dengan menggunakan racun kulat seperti thiram dengan kadar 3g/1000g biji benih. Biji beni perlu disemai sekurang – kurangnya 6 minggu sebelum menanam dan sediakan 10% lebihan benih untuk aktiviri sulaman. Anak benih ditanam di bawah jaring kalis serangga. Semasa peingkat semaian, anak benih boleh boleh disembur dengan baja daun (foliar) yang mengandungi unsur NPK mulai minggu ketiga. Sembur racun serangga seperti chlorpyrifos jika terdapat tanda – tanda serangan perosak. Terdapat tiga cara semaian yang disyorkan i.

Semaian batas

ii.

Semaian polibeg

iii.

Semaian kotak

i. Semaian batas Campuran tanah 7:3:2 ( tanah, bahan organik, pasir ) digunakan bagi batas semaian berukuran 1m lebar X 15cm tinggi. Semai biji benih sedalam 0.5cm dalam jalur dengan jarak 5cm. Tabur tanah kering yang halus sepanjang jalur untuk menutup biji benih.siram batas dan tutup dengan teduhan yang dibuat dari plastik lutsinar.

ii.

Semaian

Polibeg Isi polibeg berukuran 12cm X 20cm X 1mm dengan tanah campuran 7:3:2. Tanam 2-3 biji benih sedalam 0.2cm. Tinggalkan hanya satu pokok apabila mempunyai 2-3 helai daun. Letakkan polibeg dibawah teduhan yang didirikan daripada plastik lutsinar dan jaring kalis serangga. iii. Semaian kotak Kotak yang dibuat daripada kayu atau plastik berukuran 60cm X 60cm diisi dengan tanah campuran 7:3:2. Kotak semaian yang digunakan perlu mempunyai lubang di bahagian bawah supaya air tidak bertakung. Biji benih ditanah sedalam 0.5cm dan tabut tanah halus diatasnya. Kotak semaian diatur di atas meja panjang di dalam bangsal semaian. Bangsal semian boleh ditutup dengan kepingan plastik sebagai atap. Dinding bangsal boleh ditutup

dengan jaring untuk mengawal kemasukan serangga. Pengairan oleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Penyediaan Kawasan Penyedian kawasan merangkumi kerja-kerja pembersihan tanah pembajakan dan pembinaan batas. Tanah dibajak dan digembukan sedalam 15cm-22cm. Batas dibentuk selebar 1.2m lebar X 20-30cm tinggi. Pengapuran perlu dilakukan sebelum penanaman dibuat sekiranya pH tanah kurang daripada 5. pengapuran dilakukan semasa kerja-kerja pembajakan tanah dijalankan dan sebaik-baiknya dibuat 1-2 bulan sebelum anak benih ditanam. Bahan kapur yang selalu digunakan ialah Ground Megnesium Limestone ( GML ) dengan kada 3-5 tan/ha. Penanaman di Ladang Anak benih diubah ke ladang ketika berumur 5-6 minggu. Hanya anak benih yang sihat sahaja dipilh. Sebelum mengubah, anak benih perlu mengalami proses pengerasan dengan cara mendedahkan kepada cahaya matahari beransur-ansur. Ubah anak benih ketika cuaca redup atau pada waktu petang duikuti dengan siraman air. Jarak tanaman yang disyorkan ialah 60cm X 60cm. Penggunaan sungkupan plastik silver shine digalakkan untuk mengawal rumpai dan mengurangkan serangan kutu daun. Pilih kawasan yang belum ditanam dengan tanaman jenis Solanaceae. Satu minggu selepas menanam, anak benih yang mati ataupun kurang disahat perlu disulam.

Penyediaan Sokangan Sebulan selepas mengubah, sokong anak pokok dengan pancang kayu atau buluh. Penyokong ini boleh dibuat dengan menggunakan dua batang kayu yang dipacak pada hujung setiap batas. Rentang dawai pada kedua-dua kayu dan ikat tiap-tiap pokok tomato di batas kepada dawai.. biasanya tinggi penyokong ialah 50-70cm.

Pembajaan Kadar pembajaan tanaman tomato berbeza mengikut jenis tanah. Jadual dibawah menunjukkan kadar baja yang disyorkan untuk tanaman tomato. Kadar pembajaan tanaman tomato bersungkupan plastik bagi beberapa jenis tanah Jenis Tanah

Baja Jenis

Kadar

Masa (MLT)

(Tan / ha / musim)

Minggu

Cara

Lepas Tuai BRIS -

Rudua

Tahi Ayam

10

-1*

NPK 12:12:17:2

2

2,4 & 8

Gaul dalam tanah Keliling pokok

-

Baging

Tahi Ayam

25

-1*

NPK 12:12:17:2

3

2,4 & 8

Tahi Ayam

25

-1*

NPK 12:12:17:2

2

2,4 & 8

Keliling pokok

Gambut

NPK 12:12:17:2

2

2,4 & 8

Keliling pokok

Mineral

Tahi Ayam

5

-1*

1.5

2,4 & 8

Bekas Lombong

-

Pasir

NPK 12:12:17:2

Gaul dalam tanah Keliling pokok

Gaul dalam tanah

Gaul dalam tanah Keliling pokok

Pemangkasan Pemangkasan disyorkan untuk kultivar tomato yang bertabiat rimbun. Tunas-tunas sisi dan daun-daun berlebihan perlu dibuang untuk menggalakkan pengudaraan yang baik. Pengurusan Air Pengairan boleh dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Sistem pengairan renjis mempunyai kecekapan pengairan 65-75% dan keperluan tenaga kerja yang rendah. Kos bahan bagi sistem ini adalah diantara RM5000 – R 8000 sehektar. Jenis perenjis yang sesuai digunakan mempunyai julat tekanan operasi yang rendah antara 1.5 – 2.5 kg/cm2 dengan kadar alir perenjis 0.3 – 1.0 liter/ saat dan garis pusat siraman liputan 25-30 m.

Pengurusan Perosak Kawalan Penyakit dan Serangga Kawalan Serangga Nama perosak

: Ulat pengorek buah (Chloridea obsoleta F.)

Bahagian serangan

: Buah, daun, tunas dan bunga

Peringkat serangan

: Peringkat berbunga dan buah

Simptom

: Buah berlubang dan busuk, pucuk muda dan bunga dimakan ulat

Kawalan

: Sembur pokok dengan Bacillus thuringiensis, permethrin atau acephate selang 14 hari. Kutip buah yang diserang dan musnahkan.

Nama perosak Bahagian serangan

: Lalat buah (Bactrocera sp) : Buah

Peringkat serangan Simptom

: Peringkat berbuah : Buah berlubang dan reput. Buah gugur atau busuk sebelum matang

Kawalan

: Kutip buah yang diserang dan musnahkan secara

tanam

atau bakar Sebagai kawalan gunakan attractant seperti methyleugenol

Nama perosak

: Hamama merah (tetranychus truncatus)

Bahagian serangan

: Daun dan bunga

Peringkat serangan

: Semua peringkat

Simptom

: Daun – daun yang diserang berkerekot dan bertompok kuning. Pertumbuhan terbantut dan bunga

tidak terbentuk Kawalan

: Sembur pokok dengan racun serangga seperti dicofol

atau

propagite

Kawalan Penyakit Penyakit

: Hawar Phytophthora

Penyebab

: Phytophthora infestans (kulat)

Bahagian diserang

: Daun dan Buah

Cara merebak

: Tanah dan air

Simpton

: Daun bertompok perang dan hitam. Daun tua berair di bahagian hujung. Bahagian belakang daun bertompok putih. Pada buah, terdapat bintik lecuh (water soak), bahagian yang diserang berkedut. Pokok akan mati pada akhirnya.

Kawalan –

Sembur racun kulat – maneb, mancozeb, captafol atau cuprous oxide.



Bakar bahagian berpenyakit.



Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik.



Jaga kebersihan kawasan tanaman.

Penyakit

: Antraknos buah

Penyebab

: Colletotrichum sp

Bahagian diserang

: Buah

Cara merebak

: Biji benih dan angin

Simpton

: Jangkitan awal kelihatan lekuk yang kemudian membesar menjadi tompok perang kehitaman. Serangan menyebabkan buah reput.

Kawalan -

Guna biji benih yang sihat.

-

Bajak reput relai ke dalam tanah semasa penyediaan tanah

Jika terdapat serangan -

Musnahkan buah-buah yang berpenyakit

-

Sembur buah dengan racun kulat seperti mancozeb.

Penyakit

: Hawar alternaria

Penyebab

: Alternaria solani

Bahagian diserang

: Batang, daun dan buah

Cara merebak

: Angin

Simptom

: Terdapat bintik berwarna perang pada bstsng dan daun tua. Bintik kemudian membesar menjadi tompok pusar hitam Tisu daun di keliling tompok bertukar menjadi kuning Buah yang diserang mempunyai bintik lekuk dan dipenuhi dengan spora hitam.

Kawalan -

Sembur dengan racun kulat – cooper oxychloride, mancozeb atau chlorothalonil

-

Bakar bahagian yang berpenyakit

Penyakit

: Reput Pangkal

Penyebab

: Sclerotium rolfsii / Rhizoctonia sp

Bahagian diserang

: Pangkal pokok

Cara merebak

: Tanah

Simptom

: Daun-daun kelihatan layu Terdapat masalah putih pada pangkal pokok Akhirnya pangkal akan menjadi hitam dan reput

Kawalan - Pastikan kawasan tanaman bersaliran baik. - Musnahkan pokok yang diserang.

Penyemburan racun perosak hendaklah diberhentikan sebelum mengutip hasil. Ini berpandukan kepada tempoh larangan mengutip hasil (TDMH) yang telah ditetapkan bagi racun-racun perosak yang berkenaan. Jadual dibawah adalah panduan tempoh mengutip hasil. Panduan tempoh dilarang mengutip hasil (TDMH) racun perosak yang disyorkan bagi tomato Racun Perosak acephate benomyl Bacillus Thuringiensis captafol carbendazim cuprous oxide chlorothalonil dicofol malathion

TDMH ( Bil. Hari ) 21 3 Tiada 14 3 Tiada 7 7 3

mancozeb maneb permethrin propagite

14 14 5 7

Panduan pengiraan racun perosak tanaman adalah bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna supaya racun yang digunakan pada kadar yang disyorkan tanpa pembaziran dan ia juga dapat mengelakkan dari pencemaran udara. Syor berdasarkan % bahan aktif Formula : V1 x C1 = V2 x C2 V1 = V2 x C2 C1 Di mana : V1

=

Isipadu ( volume ) racun perosak kormesil

C1

=

Kepekatan bahan aktif racun perosak kormesil

V2

=

Jumlah isipadu semburan ( spray volume ) racun perosak dan air

C2

=

Kepekatan bahan aktif racun perosak yang disyorkan

Contoh Pengiraan 450 liter isipadu semburan racun malathion ( kandungan bahan aktif 52% ) disyorkan untuk mengawal kepinding dengan kadar 0.1% bahan aktif. Berapa banyakkah (liter) racun malathion diperlukan? Menggunakan formula di atas :

V1

V2

=

450 liter

C1

=

52%

C2

=

0.1%

=

450 liter X 0.1 % 52 %

=

0.86 liter ( 860 ml )

Jawapan : Gunakan 0.86 liter ( 860 ml ) racun malathion dengan isupadu senburan 450 liter Kawalan Rumpai Rumpai bersaing untuk mendapatkan zat makanan, air dan cahaya. Rumpai yang tumbuh di atas batas perlu di cabut dengan menggunakan tangan, cangkul atau dikawal menggunakan sungkupan. Sungkupan dengan menggunakan plastik silver shine adalah teknik sungkupan yang paling berkesan. Bagi rumpai yang tumbuh di antara batas boleh dikawal dengan menggunakan racun rumpai seperti glufosinate-ammonium (0.5 kg/ha) atau glyphosate (0.6 kg/ha) sebelum peringkat berbuah. Ketika menyembur, gunakan penyembur bertudung bagi mengelakkan tempias semburan dari terkena tanaman.

Kematangan dan Pengutipan Hasil Hasil boleh dipungut lebih kurang 8-9 minggu selepas mengubah. Buah akan masak 30 selepas berbunga dan tempoh mengeluarkan hasil adalah 30 – 45 hari selepas kutipan pertama. Buah boleh dipungut bila masih berwarna hijau tetapi cukup matang. Pungutan buah yang masih hijau atau hijau kekuningan dibuat untuk mengelakkan buah dari pecah. Buah-buah dipetik dengan menggunakan tangan sebiji demi sebiji dengan memastikan kulit buah tidak tercedera. Buah yang telah dipetik dimasukkan ke dalam bakul yang beralas kertas dengan muatan tidak melebihi 30kg. Dalam keadaan ambien, buah tomato masak boleh disimpan selama 2 hari. Jangka masa penyimpanan boleh ditingkatkan ke 12 minggu jika disimpan di bilik sejuk pada sushu 5-100c dengan kelembapan di antara 9095%. Kualiti buah yang dikehendaki di pasaran adalah seperti berikut:Ukuran – Saiz Besar

Garis Pusat (cm) -

Sederhana Kecil Bentuk

>6 cm -

-

5-6 cm

<5 cm

- bulat dan tidak cacat

Warna - 90% warna hijau dan 10% kuning Tekstur- lembut, bila dibelah terdapat rongga udara

Keadaan

- Bebas dari serangan penyakit, kerosakan dan kekotoran

Ekonomi Pengeluaran Kos Perbelanjaan Pada umumnya anggaran kos perbelanjaan tanaman tomato boleh dibahagikan kepada kos tetap, kos bahan dan kos tenaga kerja. Kos tetap Kos tetap merangkumi perbelanjaan bagi cukai dan alat-alat pengairan. Anggaran kos tetap bagi sehektar tanaman tomato ialah sebanyak RM756.25. Kos Bahan Jumlah kos bahan untuk pengeluaran sehektar tanaman tomato ialah sebanykan RM6529.30. perbelanjaan ini adalah diperlukan untuk bahan seperti benih, baja, racun dan alat-alat ladang. Kos Tenaga Kos tanaga kerja untuk mengusahakan sehektar tanaman tomato ialah sebanyak RM1910.00 semusim. Perbelanjaan yang paling tinggi adalah kos tenaga kerja untuk memungut hasil iaitu RM450.00.

Anggaran Kos Pengeluaran Tomato Seluas Sehektar Butir - butir Kos Bahan Input i.

Benih

ii.

Baja

Kuantiti

Kos ( RM )

0.3 kg @ RM250

75.00

-

Tahi ayam

5 tan @ RM120

600.00

-

Kapur

2.5 tan @ RM100

250.00

-

NPK 12:12:17:2

30 bag @ RM43

1290.00

iii.

Racun Kimia

8% dari jmlah kos bahan

439.00

iv.

Plastik silver shine

40 gulung @ RM70

2800.00

v.

Kayu penyokong

16000 batang @ RM0.40

320.00*

vi.

Dawai

15 gulung @ RM43

134.00**

vii.

Tali rafia

6 gulung @ RM4.50

27.00

10% dari jumlah kos bahan

593.00 6529.30

viii. Kontigensi Jumlah kecil I Kos Input Tenaga hari (t.h)@ RM15.00 i.

Penyediaan tanah

Kontrak

230.00

ii.

Membuat batas

12 tenaga hari

180.00

iii.

Menanam

8 tenaga hari

120.00

iv.

Memasang penyokong dan dawai

20 tenaga hari

300.00

v.

Menyiram

16 tenaga hari

240.00

vi.

Mengawal rumpai

8 tenaga hari

120.00

vii.

Membaja

8 tenaga hari

120.00

viii.

Menjalarkan pokok

6 tenaga hari

90.00

ix.

Mengawal serangga/penyakit

x. Memungut hasil Jumlah kecil II Kos Tetap i.

Cukai tanah

ii. Alat-alat pengairan Jumlah kecil III Jumlah Kos Pengeluaran ( I+II+III )

4 tenaga hari

60.00

30 tenaga hari

450.00 1910.00

5 bulan @ RM 15/tahun

6.25

5 bulan @ RM 1800/tahun

750.00 756.00 9195.55



kayu penyokong boleh digunakan selama 2 musim. Kos semusim : RM 640/2 = RM 320



Dawai boleh digunakan selama 2 tahun. Kos semusim : RM 645/24 X 5 = RM 134.30

Anggaran pendapatan petani dan harga pulangan modal ( Andaian : Hasil 16000kg/ha dan harga pada RM0.80/kg ) Perkara

Menggunakan tenaga

Menggunakan tenaga

a. Pendapatan kasar

keluarga (RM) 12800.00

upah (RM) 12800.00

b. Kos Pengeluaran

7515.85*

9195.00

c. Pendapatan bersih

5284.15

3604.15

d. Pulangan bagi setiap RM pelaburan

1.70

1.39

e. Harga pulangan modal

0.47

0.57

( kos pengeluaran/kg) * Tidak termasuk kos input tenaga hari yang terlibat dalam aktiviti II b hingga II j tetapi termasuk kos penyediaan tanah secara kontrak ( aktiviti II a )

Pendapatan bersih mengikut perubahan hasil dan tenaga Jenis tenaga

Harga / kg ( RM )

8000

Hasil 16000

25000

Tenaga

0.60

2715.85

2084.15

7484.15

Keluarga

0.80

1115.85

5284.15

12484.15

1.00

484.15

8481.15

17484.15

0.60

4395.85

404.15

5804.15

Tenaga Upah

0.80

2795.85

3604.15

10804.15

1.00

1195.85

6804.15

15804.15

Rujukan 1. FAMA, (1990). Pengendalian Lepas Tuai Sayur- Sayuran. Nota Kursus No.7. Kuala Lumpur : FAMA. 2. Jabatan Pertanian, (1985). Tomato Tanah Pamah. Risalah Pertanian Bil. 6. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

3. MARDI, (1990). Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran. Kuala Lumpur : MARDI 4. Vimala P. Dan S.K. Chan, (1990) Tanah dan Pembajaan. Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran, Kuala Lumpur : MARDI.

5. Jabatan Pertanian, (1995). Perangkaan Keluasan Tanaman Semenanjung Malaysia 1994. Kuala Lumpur : Jabatan Pertanian Semenanjung Malaysia.

LAMPIRAN Penyakit yang biasa menyerang tomato

Lalat buah

Serangan pada bunga

Serangan daun

ketidakseragaman saiz

Serangan pada daun

Serangan daun

LAMPIRAN Penanaman Tomato

LAMPIRAN Hasil dan pemprosesan tomato sebelum dipasarkan

LAMPIRAN Kerja Pembungkusan tomato

Related Documents

Tanaman Tomato
October 2019 64
Tomato Idiyappam
July 2020 17
Tomato Ketchup
May 2020 21
Nasi Tomato
October 2019 35
Laughing Tomato
November 2019 30
Tomato Kulambu
July 2020 13

More Documents from ""

Pembiakan Biji Getah
October 2019 43
Tanaman Tomato
October 2019 64
Pertanian-mata Tunas
October 2019 21
Jagung Manis
October 2019 41