Pertanian di Malaysia Malaysia sebuah negara yang sedang membangun masih banyak bergantung kepada ekonomi dari aktiviti-aktiviti pertanian. Kedudukannya di kawasan hutan hujan tropika menerima hujan tahunan di bawah 3000 mm setahun yang turun lebih kurang 200 hari dalam setahun dan cahaya matahari yang diterima di dalam lingkungan 2200 jam membolehkan banyak jenis dan varaiti tanaman tumbuh dan mengeluarkan hasil. Banyak kawasan yang belum dibangunkan dengan aktiviti pertanian, terutama di Sabah dan Sarawak. Statistik cuaca merupakan satu unsur penting apabila memilih jenis tanaman, perancangan melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan seperti menebang, membakar, dan menanam. Kefahaman jenis tanah, kecerunan dan penilaian kesesuaian tanah juga diperlukan. Di kawasan-kawasan yang bercerun tinggi seperti di Sabah dan Sarawak, pengairan adalah merupakan faktor yang perlu diambil kira berbanding dengan kawasan yang rata. Tanah-tanih yang berasid (pH4.0 hingga 4.5) dari jenis tanah laterait yang kandungan nutriennya adalah rendah, memerlukan pHnya ditingkatkan dengan penggunaan kapur dan tambahan baja yang tinggi bagi memastikan kadar pengeluaran hasil yang tinggi. Kebanyakan tanah-tanah jenis laterait (oxisol) dimiliki oleh pekebun-pekebun kecil. Kegagalan menghasilkan hasil yang produktif selalu dialami oleh pekebun-pekebun kecil. Terdapat 4 jenis tanaman yang kebiasaan sesuai di kawasan-kawasan yang kesuburan yang rendah iaitu getah, kelapa, kelapa sawit, dan koko. Tanaman -tanaman ini dijalankan dalam bentuk estet. Hargaharga komoditi pertanian ini bergantung kepada pengeluaran sedunia dan ianya berkait rapat dengan perubahan iklim.
Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi 1. Muka bumi - rupa bentuk mukabumi yang pelbagai seperti tanah pamah beralun, berbukit-bukau, tanah tinggi berlembangan. 2. Jenis Tanih - laterait, gambut, lanar sungai, dan mempunyai saliran yang baik. 3. Iklim - panas lembab (purata suhu tahunan 27 darjah Celcius, hujan tahunan 2,500 mm. 4. Kepentingan - beras sebagai makan ruji, tanaman getah, kelapa sawit, koko, dan kopi sebagai tanaman dagangan. 5. Sejarah - penjajah yang mula membawa masuk jenis tanaman tersebut.
6. Teknlogi - penghasilan tinggi berdasarkan kepada baka dan teknik pengeluaran. 7. Pasaran - bergantung kepada permintaan tempatan dan antarabangsa. 8. Keperluan - penyumbang ekonomi negara dari segi guna tenaga dan hasil eksport Sistem Pertanian Malaysia 1. Pertanian Pindah 2. Pertanian Saradiri 3. Pertanian Dagang:a. Kebun Kecil b. Perladangan (estet) Pertanian Pindah Sistem pertanian ini dikenali juga sebagai sistem Swiden. Diamalkan oleh penduduk primitif di kawasan-kawasan pendalaman di tanah bercerun dan berbukit bukau. Kaedah ini sesuai bagi kawasan yang lapisan tanah 'top soil' yang nipis dan biasanya tidak subur. Kebanyakannya diusahakan oleh kaum asli di pendalaman Semenanjung terutama di Pahang, Kelantan, dan Perak. Di Sarawak pada 1976 kira-kira 60,463 hektar kawasan pertanian pindah atau 0.5% dari keluasan Sarawak yang melibatkan kira-kira 70.6% kaum Iban. Ciri-ciri penanaman dalam sistem ini ialah penebangan kawasan hutan, membakar, membersih, dan menanam tanaman utama seperti padi disamping tanaman makan iaitu jagung ,ubi, dan pisang. Kawasan ini akan ditinggalkan setelah 3 atau 4 tahun penanaman setelah tanah tidak lagi subur. Kemudian membuka tanah baru yang lain. Satu keluarga petani memiliki kawasan tidak lebih 2.5 hektar. Hasil padi musim pertama 1,000 hingga 2,000 kg per hektar dan berikutnya 300 hingga 400 kg per hektar. Masalah pertanian pindah:1. Kawasan terdedah kepada hakisan, tanah akan kehilangan kesuburan, penimbunan aliran berlaku, dan banjir. 2. Pemusnahan sumber-sumber hutan dan kayu yang bernilai.
Aktiviti pertanian pindah di Semenanjung , Sabah dan Sarawak semakin berkurangan hasil dari perkembangan infrastuktur dan pembangunan ke atas orang Asli kepada jenis pertanian kekal. Pertanian Sara Diri Pertanian sara diri ialah petani sendiri atau bersama ahli keluarganya mengerjakan sebidang tanah yang kecil yang ditanam dengan tanaman untuk memenuhi keperluannya dan tidak berpindah-pindah kawasan. Petani-petani yang terlibat adalah terdiri daripada masyarakat luar bandar dan pendapatan bulanan biasanya rendah. Kaedah pertanian yang diamalkan adalah cara lama, pengeluaran hasil rendah, dan lebihan hasil disimpan untuk kegunaan masa hadapan. Taraf pertanian sara diri dikira lebih maju sedikit daripada pertanian pindah. Jenis tanaman yang dijalankan ialah padi huma, jagung, sayuran, dusun buah-buahan dan sedikit aktiviti penternakan seperti ayam itik, lembu, kambing dan babi. Pada hari ini agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, Pertubuhan Peladang, Agensi Pembangunan Wilayah, Pejabat Daerah turut campur tangan dalam membantu dan membangun taraf hidup petani dalam bentuk bantuan teknikal, benih, baja, racun serangga dan penyakit, serta khidmat nasihat dan pemasaran. Pertanian Dagangan Pertanian yang dijalankan semata-mata untuk jualan bagi pasaran dalam dan luar negeri. Pertanian ini telah mula diperkenalkan oleh Kerajaan British yang menjajah negara pada akhir abad yang ke 19. Jenis-jenis tanaman adalah bersifat sejenis untuk tujuan minuman seperti kopi, teh, dan tebu, manakala untuk bahan mentah seperti getah, kelapa sawit, kelapa, tembakau. Tanaman lain ialah nenas, sayuran dan bunga-bungaan. Tumpuan tanaman hanyalah di kawasankawasan tertentu dengan saiz tanah yang agak luas. Sistem ini memerlukan modal input yang tinggi. Terdapat 2 jenis pertanian dagangan iaitu:a. Pertanian Kebun Kecil b. Pertanian Perladangan Pertanian Kebun Kecil Jenis tanaman yang diusahakan oleh pekebun kecil adalah sama dengan sektor perladangan tetapi daya pengeluaran adalah rendah. Purata saiz kebun adalah diantara 0.4 hingga 4 hektar. Daya
pengeluaran rendah disebabkan saiz tanah yang diusahakan tidak ekonomik, penggunaan teknologi moden agak terhad, tanah mengalami kesan pemecahan hak milik dan sistem pengeluaran yang tidak teratur. Kesannya ialah mutu pengeluaran yang rendah, harga pun rendah, dan akhirnya pendapatan pekebun kecil juga rendah. >>>Data Luas Kawasan Pekebun Kecil (perlu rujuk menu - Data Pertanian) Pertanian Perladangan (estet) Pertanian perladangan atau secara estet ini dijalankan pada skala yang besar iaitu melebihi 100 ekar. Pengkhususan tanaman adalah kepada satu jenis sahaja. Kos menguruskan ladang adalah tinggi dan bersistematik iaitu secara syarikat yang mempunyai lembaga pengarah, pengurus, penyelia ladang, dan pekerja. Sebelum 1970 sebahagian besar ladang adalah milik pelabur asing. Kini pembukaan tanah baru diusahakan oleh FELDA, FELCRA, RISDA dan badan swasta tempatan. Sektor perladangan berkemampuan melabur modal yang tinggi dan menggunakan teknologi moden seperti jentera, benih yang terpilih, baja kimia, racun, teknik-teknik yang baru, dan tenaga pakar. Ladang-ladang berkeupayaan menghasilkan keluaran yang bermutu tinggi. Pada tahun 1970 kira-kira 70% daripada 2492 buah estet dimiliki oleh rakyat Malaysia. Tanaman ladang di Malaysia 1960. Jenis Getah Kelapa Sawit Kelapa Nenas
Luas (ekar) 1,942,00 135,000 86,000 15,000
Perkembangan Pertanian Dagangan Pekembangan pertanian dagangan adalah di atas kesedaran akan pentingnya pertanian dagang kepada negara terutamanya hasil getah bermula sejak perang dunia kedua. Tanaman getah ketika ini dianggap sebagai tulang belakang ekonomi negara. Pada tahun 1950 an usaha untuk meninggikan mutu dan nilai eksport dalam Rangka Rancangan
Pembangunan Malaya, maka industri getah diberi perhatian khusus. Pada 1954 getah asli telah menghadapi persaingan dengan getah tiruan, maka usaha untuk meluaskan kawasan tanaman, penggalakan hasil, dan kecekapan penggunaan dijalankan. Sebagai langkah menghadapi persaingan hebat, maka tertubuhlah Institut Piawaian Getah Malaysia (SMR) bagi menjamin mutu paras minimum, mengadakan kawalan kilang keluaran pekebun kecil (RISDA) samada dalam bentuk skrap, getah kering SMR, dan susu cair. Sejak akhir tahun 1950an perkembangan pesat pengeluaran minyak sawit berlaku melalui rancangan petempatan peneroka FELDA oleh pihak kerajaan. Tanaman getah dan tebu juga diberi tumpuan, tetapi kejayaannya adalah kecil berbanding dengan tanaman kelapa sawit. Usaha pengeluaran pesat minyak kelapa sawit ini adalah kesan daripada kepentingan pelbagaikan ekonomi negara dan kesan daripada kemerosotan keluaran minyak sawit dan minyak sayuran negara pengeluar lain. Pertambahan luas kawasan penanaman kelapa sawit. Senario Sistem Pertanian Malaysia Hari Ini - Bertambah maju dan sebahagian besar bebentuk komersial - Kaedah pertanian pindah dan pertanian sara diri semakin kurang kesan pembangunan infrastruktur dan pembangunan tanah oleh kerajaan dan swasta. - Sistem pekebun kecil dan petempatan tanah rancangan telah dimajukan melalui pembangunan pertanian bersepadu (IADP) - Sektor pertanian mengalami kemerosotan dari segi sumbangannya kepada eksport. Ini adalah kerana berkembangnya sektor industri dan perkhidmatan. Berikutan itu kira 4 kali dasar pertanian telah dilancarkan sejak tahun 1984. Antara objektif dasar ialah memaksimakan pendapatan eksport pertanian, memaksimakan kebajikan dan pendapatan para petani. (Pasti anda dapatkan tahun perlancaran dasar, dan objektif/tumpuan dalam setiap pelancaran dasar tersebut- pelajar HGM340 ) - Masalah pemecahan hak milik tanah dan pengurusan pekebunpekebun kecil yang tidak ekonomi dimajukan melalui pertanian kelompok (in-situ) dan penanaman semula oleh agensi kerajaan. - Pemulihan tanah terbiar. paya air masin, paya air tawar untuk padang ragut (pastura), akuakultur melalui Jabatan Pertanian dan Perikanan.
- Melalui IADP dan berbagai agensi membuka kawasan padang ragut dan kawasan berpotensi untuk ternak lembu daging, lembu susu, kambing dan biri-biri. Memajukan bidang ternakan secara komersial bagi menambahkan pendapatan petani serta sebagai langkah menambahkan bekalan protin negara. - Langkah menghakmilikkan ladang besar daripada pemodal asing untuk mengawal imbangan pembayaran dan melicinkan sistem perladangan dan langkah ke arah pensyarikatan. Rumusan -Sistem pertanian perdagangan mengalami pertambahan kawasan dan pengeluaran. - Sektor pertanian menghadapi masalah kemerosotan nilai eksport negara dengan peningkatan sektor industri dan perkhidmatan. Berlaku peningkatan kos buruh dan peratusan kemiskinan dikalangan petani masih tinggi. - Peruntukan yang besar diperlukan oleh sektor pertanian bagi menjamin kedudukannya dan sumbangannya terhadap ekonomi negara