Pertanian-mata Tunas

  • Uploaded by: yuzamri
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Pertanian-mata Tunas as PDF for free.

More details

  • Words: 951
  • Pages: 12
KAEDAH PEMBIAKAN POKOK

KAEDAH PEMBIAKAN

ASEKS

SEKS

Keratan batang

Keratan daun

tut

Keratan akar

Pembahagian rumpun

cantuman

PENGENALAN Tanaman hiasan ditanam dengan tujuan untuk mencantikkan atau mengindahkan sesuatu kawasan , oleh itu pelbagai cara atau kaedah yang dikaji untuk menghasilkan tumbuhan hiasan yang cantik. Salah satu kaedah untuk menghasilkan tumbuhan hiasan yang cantik ialah melalui pembiakan pokok. Terdapat dua cara pembiakan pokok iaitu seks dan asek. Biasanya untuk menghasilkan pokok yang bermutu kaedah asek digunakan. Di dalam laporan ini saya m,enggunakan kaedah asek iaitu cantuman atau dinamakan pertunasan. Pembiakan secara cantuman adalah kaedah membiakkan tumbuhan secara asek yang mudah. OBJEKTIF PEMBIAKAN CANTUMAN a) Mendapat klon-klon baru yang lebih baik. b) Menghasilkan klon-klon baru yang lebih baik dari segi ketahanan penyakit , tahan terendam air dan sebagainya. c) Memperbaiki sistem dahan pokok yang lemah d) Membaik pulih dahan-dahan yang tercedera atau cacat. e) Dapat membikkan tumbuhan yang susah dibiakkan dengan kaedah lain.

PROSES PEMBIAKAN CANTUMAN (PERTUNASAN) Di dalam proses pembiakan secara cantuman memerlukan dua komponen penting iaitu pokok penanti dan sion. Pokok Penanti Pokok penanti ialah pokok yang sistem akarnya akan digunakan di dalam cantuman ini. Sion Sion pula ialah bahagian pokok seperti mata tunas atau ranting yang dicantumkan dengan pokok penanti. Pembiakan secara cantuman biasanya hanya dilakukan pada tumbuh-tumbuhan dalam klon yang sama ataupun tumbuh-tumbuhan di dalam satu spesies yang sama. Terdapat empat kaedah pembiakan secara cantuman iaitu :1) Cantuman mata tunas 2) Cantuman baji 3) Cantuman lidah

4) Sandingan

Cantuman mata tunas Cantuman mata tunas ialah mencantumkan mata tunas pokok yang dikehendaki pada batang pokok penanti.

Cantuman mata tunas

Mata tunas T

Mata tunas T terbalik

Cara cantuman mata tunas T

Mata tunas tampal

1) Satu kelaran berbentuk huruf T dibuat pada batang pokok penanti. 2) Kulit batang di tempat kelaran itu kemudiannya direngangkan sedikit daripada kayu. 3) Kemudian hiris sedikit bahagian batang pokok sion yang mingandungi satu mata tunas. 4) Kulit batang bersama-sama dengan mata tunas dicungkil keluar. 5) Mata tunas yang melekat pada kayu , mata tunas yang lain pula dicungkil. 6) Mata tunas bersama-sama ku;lit batang tadi diselitkan dicelah kelaran kulit batang pokok penanti yang berbentuk T itu. 7) Bekas cantuman dibalut dengan mengunakan pita khas yang dibuat daripada plastic atau getah.

Cantuman mata tunas T

Cantuman mata tunas T terbalik. Cara Kaedah sama dengan kaedah cantuman mata tunas T tetapi terdapat pengubahsuaian pada kelaran T di buat terbalik bertujuan untuk mengurangkan air masuk ke dalam tempat cantuman.

1) Satu kelaran berbentuk huruf T terbalik dibuat pada batang pokok penanti. 2) Kulit batang di tempat kelaran itu kemudiannya direngangkan sedikit daripada kayu. 3) Kemudian hiris sedikit bahagian batang pokok sion yang mingandungi satu mata tunas. 4) Kulit batang bersama-sama dengan mata tunas dicungkil keluar. 5) Mata tunas yang melekat pada kayu , mata tunas yang lain pula dicungkil. 6) Mata tunas bersama-sama ku;lit batang tadi diselitkan dicelah kelaran kulit batang pokok penanti yang berbentuk T terbalik itu. 7) Bekas cantuman dibalut dengan mengunakan pita khas yang dibuat daripada plastic atau getah.

Cantuman Mata Tunas T terbalik Cantuman mata tunas tampalan Cara ini dilakukan dengan mengambil mata tunas sion dan ditampal pada pokok penanti. Cantuman mata tunas tampalan sesuai pada pokok yang berkulit tebal.

1) Sedikit kulit pokok penanti dikelar dan dikeluarkan. 2) Kulit pokok sion yang mengandungi satu mata tunas di tampalkan pada kulit pokok penanti yang telah dikeluarkan itu. 3) Bahagian yang dicantumkan kemudiannya dibalut dengan menggunakan pita cantuman.

Cantuman Mata Tunas Tampal

Cantuman baji Cantuman baji dilakukan untuk menukarkan kultivar pokok-pokok besar.Cantuman jenis ini dilakukan pada dahan kecil yang bergaris pusat 2 – 5 cm. 1) Dahan-dahan yang akan dicantumkan dipotong sekurang-kurangnya 30 cm daripada pangkal batang atau pun dahan-dahan lain. 2) Dahan tersebut dibelah sedikit. 3) Sekeping baji digunakan untuk menahan belahan daripada tertutup semula.

4) Sion dibuat dengan mengambil ranting-ranting pokok yang akan di cantumkan . Bahagian bawah sion dipotong runcing .

5)5)Sion –sion ini diselitkan disebelah tepi belahan. 6) Setelah diselit, baji kecil tadi dikeluarkan dan dahan diikat kemas. 7) Sedikit lilin disapu disekeliling tempat cantuman tadi supaya air tidak dapat masuk ke cantuman tersebut.

Cantuman Baji

Cantuman lidah Cantuman lidah dilakukan untuk mencantumkan sion dari pokok yang saiznya hampir sama dengan saiz pokok penanti. 1) Batang pokok penanti dipotong serong sepanjang 2-5 cm. 2) Satu potongan lagi sepanjang 1-2 cm dibuat menghala ke bawah di tengah-tengah potongan serong tadi. 3) Bahagian bawah sion juga dipotong seperti batang pokok penanti. 4) Apabila kedua-dua sion dan pokok penanti telah disediakan, sion diselitkan pada pokok penanti dan cantuman tadi diikat dengan pita cantuman.

Cara cantuman sandingan Sandingan banyak dilakukan dalam tumbuhan hortikultur hiasan dan landskap untuk mencantum beberapa jebis kultivar menjadi satu pokok. Cantuman jenis ini juga perlu dilakukan diantara dua batang pokok yang bersaiz hampir sama. 1) Batang pokok penanti dihiris sepanjang 2-3 cm 2) Potongan atau keratan ini di buat sehingga sampai ke bahagian kayu. 3) Satu keratan yang sama juga dilakukan pada sion. 4) Kemudian kedua-dua sion dan pokok penanti dicantumkan pada tempat yang dipotong tadi. 5) Cantuman tadi diikat dengan menggunakan pita cantuman.

Peringkat-peringkat cantuman sandingan

Kaedah cantuman sandingan

KESIMPULAN Pembiakan asek melalui cantuman atau petunasan mempunyai banyak kebaikan untuk menbiak klon-klon baru yang lebih baik.Dalam pembiakan cantuman ini dapat membaiki sistem dahan pokok yang lemah,pokok yangb di klon tahan rendaman air serta penyakit.Dalam pembiakan cantuman ini memerlukan ilmu pengetahuan tentang mata tunas.Pembiakan ini boleh dilakukan pelbagai jenis cantuman seperti mata tunas T,mata tunas T terbalik,mata tunas tampal,baji,cantuman lidah dan sandingan.Pembiakan cantuman hanya boleh dilakukan keatas klon yang sama dan sepsis yang sama sahaja.Pembiakan ini hanya melibatkan mata tunas dengan batang pokok untuk menghasilkan klonklon yang baru.Cantuman boleh dilakukan pada hortikultur hiasan dan landskap.Kejayaan pembiakan cantuman bergantung pada sama ada sel-sel cambium pokok penanti dan sion boleh bercantum atau tidak.

Related Documents

Lingkungan Tunas
May 2020 20
Tunas Jaya Pratama
December 2019 21
Pertanian-mata Tunas
October 2019 21
Urustadbir Tunas Ppda
November 2019 27

More Documents from "Philip Pasmanick"

Pembiakan Biji Getah
October 2019 43
Tanaman Tomato
October 2019 64
Pertanian-mata Tunas
October 2019 21
Jagung Manis
October 2019 41