Tajuk Khusus: Falsafah Dan Logikal Melayu Kod Khusus: JXEA1104 Tokoh Falsafah: Ibnu Haitham Nama: Nurul Mardhiah Binti Ismail N.Matrik: JEA080107 Nama Pensyarah: Dr.Amran Mohd Semester:1 2008/2009 Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya
Ibnu Haitham atau nama sebenarnya Abu All Muhammad al-hassan ibnu haitham.Beliau dilahirkan di Basrah pada tahun 354H bersamaan dengan 965 Masihi .Beliau memulakan pendidikan awalnya di Basrah. Dalam kalangan cerdik pandai di Barat,beliau dikenali dengan nama Alhazen.Beliau pernah dilantik menjadi pegawai pemerintahan di Bandar kelahirannya.Setelah beberapa lama berhidmat dengan pihak pemerintah di sana beliau mengambil keputusan merantau ke Ahwaz dan Baghdad.Beliau telah melanjutkan pengajian dan menumpukan perhatian pada penulisan .
Kecintaannya pada telah membawanya berhijrah ke Mesir.Hasil daripada usaha itu,beliau telah
menjadi
seorang
yang
amat
mahir
dalam
bidang
sains,falak,matematik,geometri,perubatan dan falsafah.Tulisannya menyenai mata,telah menjadi salah satu rujukan yang penting dalam bidang pengajian sains di barat
Sumbangan Ibnu Haitham yang paling utama ialah tentang cahaya.Penyelidikannya mengenai cahaya telah memberikan ilham kepada ahli sains barat seperti Boger,Bacon,dn Kepler mencipta mikroskop dan teleskop.Beliau juga merupakan orang pertama yang menulis dan menemuai pelbagal data penting mengenai cahaya.Ibnu Haitham turut melakukan percubaan terhadap kaca yang dibakar dari situ terhasillah teori lense pembesaran.Teori ini telah digunakan oleh saintik itali untuk menghasikan kanta pembesar yang pertama di dunia.Beliau juga telah menemui kewujudan tarikan gravity dan prinsip isi padu udara.Antara buku karya Ibnu Haitham ialah kitab al-Tahlil wa al`Tarkib mengenai ilmu geometri , kitab Tahlil ai`masa^il al`Adadiyah tentang algebra.
Ibnu Haitham dikenali sebagai seorang yang miskin dari segi material tetapi kaya dengan ilmu pengetahuan terutama dalam bidang sains dan perubatan manakala dalam aspek penulisan falsafah Ibnu Haitham lebih banyak tertumpu kepada aspek kebenaran dalam masalah yang menjadi pertikaian.pada pandangan beliau,pertikaian dan pertelingkahan mengenai sesuatu perkara berpunca daripada pendekatan yang digunakan
dalam
mengenalinya.Ini bermaksud apabila kita hendak mengetahuai sesuatu perkara dengan lebih lanjut lagi maka kita perlu mempertikaikannya untuk menemuai kebenarannya .Secara tidak langsung pengetahuan kita terhadap sesuatu perkara juga akan bertambah.
Selain itu.Ibnu Haitham juga berpendapat bahawa kebenaran hanyalah satu.Oleh sebab itu semua dakwaan kebenaran wajar diragui dalam menilai semua pandangan yang sedia ada.Hal ini kerana pandangan mengenai falsafah amt menarik untuk dikaji.Kita seharusnya meneliti dan mengkaji secara mendalam tentang sesuatu perkara sebelum menentukan kebenaran dan kewujudan sesuatu perkara itu.Kebenaran ini biasanya akan dapat di perolehi melalui perbincangan dan perbahasan.Dengan cara ini sesuatu perkara itu dapat dikupas dengan lebih mendalam dan menarik lagi.
Menurut Ibnu Haitham lagi,falsafah tidak boleh dipisahkan daripada matematik ,sains dan ketuhanan.Ketiga-tiga bidang dan cabang ilmu ini harus dikuasai dan untuk meguasainya seseorang itu perlu menggunakan waktu mudanya dengan melakukan sesuatu perkara yang berfaedah dan bermanfaat.Ini kerana pada waktu atau usia muda lah kita dapat memenuhi segala kehendak dan keinginan seseorang.Ini kerana apabila usia sudah meningkat sudah tentu terdapat
banyak halangan yang perlu dilalui.Oleh itu
gunakan waktu muda sebaik mungkin.Ibnu Haitham membuktikan pandangannya apabila beliau begitu ghairah mencari dan mendalami ilmu pengetahuan paada usia mudanya sehingga beliau dapat menghasilkan banyak buku selain menguasai pelbagai bahasa dan ilmu lain.
Di samping itu,Ibnu Haitham
banyak membahaskan mengenai senja dan lingkaran
cahaya di sekitar bulan dan matahari serta bayang-bayang dan gerhana .Selain itu beliau juga berpendapat bahawa cahaya fajar bermula apabila matahari berada di garis 19 darjah di ufuk timur.Warna merah pada senja pula akan apabila berada di 19 darjah ufuk barat.Ini dapat dibuktikan kebenarannya apabila fenomena ini masih berlaku sehingga kini.Ibnu Haitham telah menjalankan kajian terhadap cahaya dan menghasikan kedudukan cahaya seperti bias cahaya dan pembalikan cahaya.
Selain itu,teori Ibnu Haitham mengenai jiwa manusia sebagai satu rentetan perasan yang bersambung –sambung secara teratur telah memberikan ilham kepada saintik untuk menghasilkan wayang gambar.Teori beliau telah membawa kepada penemuan filem yang kemudiannya disambung-sambung dan dimainkan kepada para penonton sebagaimana yang dapat kita tontoni pada masa kini.Ini bermakna segala pelakuan yang berlaku mempungai kaitan dengan perasan dan tindaak tanduk manusia yang kemudiannya dikaji secara mendalam untuk menghasilkan sesuatu yang lebih menarik selain dapat menpertingkatkan
kesedaran dalam diri supaya tidak terjadinya perbuatan yang
melampaui batas sebagai manusia.
Selain sains,Ibnu Haitham juga banyak menulis mengenai falsafah ,logik,metafizik ,dan persoalan yang berkaitan dengan keagamaan .Beliau turut menulis ulasan dan ringkasan terhadap karya-karya sarjana terdahulu. Metafizik ialah satu bidang yang mengkaji apaapa yang ada atau dipercayai ada disebalik sesuatu.Ini bermakna Ibnu Haitham telah menggunakan falsafah metafizik untuk menjelaskan falsafahnya.
Ibnu Haitham
mempunyai daya memikiran yang tinggi,kritis dan kreatif.Beliau juga menggunakan falsafah logikol untuk mengkaji alasan dan struktur hujah dan menjadi asas setiap menyelidikan
Secara kesimpulannya, sumbangan Ibnu Haitham kepada ilmu sains dan falsafah amat banyak .Ini dapat dibuktikan bahawa beberapa pandangan dan pendapatnya masih releven sehingga ke hari ini.Kajian Ibnu Haitham telah menyediakan landasan kepada perkembangan ilmu sains dan pada masa yang sama tulisannya mengenai falsafah telah terbukti keaslian pemikiran sarjana islam dalam bidang ilmu tersebut yang tidak lagi dibelenggu oleh pemikiran falsafah yunani.
BIBLIOGRAFI
1)Hashim Musa.1998.Falsafah Kuala Lumpur:Akademik Pengajian Melayu 2)Awang Sariyan.2008.Falsafah dan logikal melayu Selangor:Synergate Sdn Bhd 3)Internet;www.alhakelantan.tripod.com/tokoh.