Ibnu Sina

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibnu Sina as PDF for free.

More details

  • Words: 1,195
  • Pages: 8
ZAWANAH BINTI A. HALIM JEA 080161 TOKOH FALSAFAH

Ibnu Sina atau namasebenarnya Abu Ali Al- Hussain Ibn Abdullah Ibn Sina merupakan seorang tokoh falsafah perubatan Islam.

Beliau dilahirkan di desa Afshanah, Kota

Kharmaitan, Propinzi Bukhara, Afghanistan pada tahun 375 hijrah. Ibnu Sina lebih dikenali Avicenna oleh masyarakat barat. Beliau mempelajari ilmu perubatan Islam ketika berumur 16 tahun dengan Al - Naili, Al- Misi bin Yahya ,Abi Sahl Al- Masihi dan Abu

Mansur Al-Qamari,

tetapi

beliau

telah

meninggalkan

semua

itu

dan

memperuntukkan waktunya dengan menatap buku – buku mendalami pembacaan dan menghasilkn kajian.

Ketika itu beliau telah mencapai taraf kedoktoran yang tinggi

menyebabkan beliau telah dipanggil untuk merawat penyakit gabenor Bukhara, Mansor bin Noh setelah doktor-doktor lain tidak dapat menyembuhkannya. Hal ini merupakan titik tolak bermulanya hubungan Ibnu Sina dengan pihak istana. Oleh sebab itu, beliau telah dilantik untuk menjadi doktor istana. Pelantikan tersebut merupakan suatu peluang keemasan kepada beliau kerana beliau telah diberikan kebebasan untuk menggunakan perpustakaan istana yang mengandungi pelbagai jenis bahan bacaan.

Hal ini telah

memberikan kemudahan kepada Ibnu Sina untuk menjalankan kajian- kajian tentang ilmu perubatan dan sebagainya.

Semenjak kecil lagi beliau terkenal dengan kepintaran

akalnya, kuat ingatan, berkebolehan melakukan analisa dan berkemampuan untuk membuat kerja dan kajian. Beliau akanberusaha sehingga ke akar umbi permasalahan dan sanggup berjaga sepanjang malam.

Beliau terkenal dengan sifat tahan uji dan

sanggup berhadapan dengan apajuga kesulitan dan kesusahan.

Perkataan falsafah berasal daripada perkataan Yunani atau Greek yang mengandungi dua perkataan iaitu Philo bermaksud cinta dan Sophia bermaksudkebijaksnaan. Oleh itu Philosophia bermakna cinta akankebijaksanaan.

Menurut Plato falsafah boleh

ditakrifkan sebagai meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik sifat luarannya. Hasbullah Bakry menghuraikan falsafah daripada tiga sudut. Sudut pertama, sudut bahasa iaitu cinta akan hikmah, sudut praktis ialah alam berfikir atau fikiran secara mendalam tentang hakikat sesuatu dan sudut ketiga ialah sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain ditandai oleh dua cara iaitu falsafah memandang alam sebagai satu kesatuan yang boleh dipecah-pecahkn ,manakala ilmu lain pula membahas sebab akibat tentang sesuatu falsafah, menyelidik hakikatnya sekali iaitu apa, dari mana dan ke mana. Ibnu Sina merupakan tokoh falsafah perubatan. Beliau telah merumuskan pendapat mengatakan perubatan ialah suatu cabang ilmu tentang kesihatan dan penyakit pada tubuh manusia.

Ibnu Sina mentakrifkan ilmu perubatan sebagai suatu bidang yang

memperkatakan tentang keadaan sakit dalam tubuh manusia, bermatlamat menggunakan cara-cara yang sesuai untuk mempertahan serta memulihkan kesihatan.

Beliau

mencatatkan bahawa punca penyakit berdasarkan umur, jantina, pekerjaan, tempat kediaman, cuaca dan musim, adat dan kebiasaan, rehat dan pergerakan, makanan dan minuman, udara dan air, aktiviti fizikal dan mental.

Cara perubatan Ibnu Sina

merangkumi bahan makanan, udara, aktiviti fizikal serta mental.

Ibnu Sina banyak menghasilkan karya perubatan dalam bahasa Arab dan beberapa buah dalam bahasa Farsi. Kini karya beliau telah dijadikan bahan rujukan oleh pelajar- pelajar jurusan prubatan di seluruh dunia. Ibnu Sina terkenal dengan asas –asas falsafah ilmu perubatan serta kecenderungannya dalam menguasai cara perubatan yang menggunakan unsur- unsur psikologibagi merawat pesakit- pasakit.

Ibnu Sina juga menggunakan

kaedah perubatan psikosomatik untuk merawat penyakit jasmani. Kejayaan Ibnu Sina ini adalah hasil usaha kerja keras beliau dalam menjalankan kajian- kajian tentang perubatan dan penyakit. Beliau tidak pernah putus asa jika mengalami kegagalan malahan beliau akanterus berusaha untuk mencari jawapan sehingga ke akar umbi permasalahan dan sanggup berjaga sepanjang malam. Beliau terkenal dengan sifat tahan uji dan sanggup berdepan dengan apa juga kesulitan atau kesusahan. Ibnu Sina pernah diberi gelaran sebagai Medicorum Prinsipal atau Raja Diraja Doktor oleh kaum Latin Skolastik. Antara gelaran lainyang pernah diberikan kepadanya ialah Raja Ubat. Malahan dalam dunia Islam, bliau dinggap sebagai Zenith iaitu puncak tertinggi dalam ilmu kedoktoran. Ibnu Sina telah menghasilkan pelbagai jenis buku yang salah satunya berkaitan dengan ilmu perubatan . dalambukunya itu, beliau menerangkan tentang gejala- gejala penyakit seperti Diabetis, Tetanus, perubahan sistem badan, Fisiologi tidur, pengaruh iklim terhadap kesihatan dan penyakit.

Ibnu Sina juga

mengatakan bahawa penyakit tibi boleh berjangkit melalui bawaan udara. Ibnu Sina juga telah membincangkan tentang proses penyediaan ubat yang dilengkapi dngan nama sebatian, penggunaan, cara penyediaan dan penyimpanan.

Selain itu Ibnu Sina juga mengatakan bahawa ubat membantu pesakit, badan itu sendiri yang melakukan prosese kearah kesihatan, tabii yang memulihkannya. Ibnu Sina juga percaya bahawa setiap tubuh manusia terdiri daripada empat unsur iaitu air, apidan angin. Keempat-empat unsur ini mmberikan sifat lembap, sejuk, panas dan kering serta bergantung kepada unsur lain yang terdapat dalam alam sekitar ini. Ibnu Sina juga percaya bahawa wujud ketahanan semula jadi dalam tubuh manusia untuk melawan penyakit . Oleh itu, selain keseimbangan unsur – unsur yang dinyatakan itu ,manusia juga memerlukan ketahanan yang kuat dalam tubuh bagi mengekalkan kesihatan dan proses penyembuhan. Ibnu Sina juga telah menghasilkn karya yang bertajuk Remedies for The Heart yang mengandungi sajak – sajak perubatan. Dalam buku itu beliau telah menceritakan tentang 760 jenis penyakit dan cara mengubatinya. Selain daripada ilmu perubatan, Ibnu Sina juga arif dalam bidang ilmu agama Islam. Sejak kecil beliau telah menunjukkan kehandalan dalam menghafaz Al – Quran. Beliau telah mempelajari Al-Quran sejak kecil dan berjaya menghafaz serta menguasai ilmu agama Islam ketikaberumur 10 tahun. Beliau juga arif dalam bidang kesusasteraan, politik, Astronomi dan lain – lain lagi. Beliau merupakan seorang yang rajin menulis dan mampu menulis 50 halaman sehari dan menyusun tidak kurang daripada 238 buku dan risalah. Contohnya kitab As-Siasah. Di dalam kitab tersebut beliau menjelaskan tiga unsur penting dalam kehidupan.

Pertama, pendidikan sebagai landasan utama bagi

pembentukan peribadi masing – masing untuk menjadi warganegara. Kedua, rumah tangga sebagai ikatan hidup yang pertama dikukuhkan oleh manusia yang terdiri daripada suami, isteri dan anak – anak. Ketiga, politik negara, yang menjadi warganegara harus menjunjung hukum yang satu dan pemerintah yang satu.

Kehebatan Ibnu Sina dalam bidang perubatan sangat dikagumi oleh masyarakat Islam dan bukan Islam seluruh dunia. Kepintaran yang ditunjukkan oleh beliau daripada kecil telah menjadikan beliau seorang tokoh perubatan Islam. Sumbangannya yang terlalu besar dalam bidang perubatan telah membuka mata masyarakat dunia bahawa orang Islam mampu bersaing dengan orang bukan Islam malahan lebih maju dan pintar daripada mereka. Hal ini dapat dibuktikan apabila buku - buku beliau telah dijadikan rujukan oleh doktor dan pelajar jurusan perubatan di barat. Hal ini dapat dijelaskan bahawa asas ilmu perubatan moden sekarang berasal daripada konsep – konsep yang ditimbulkan oleh pakar – pakar perubatan Islam. Walau apapun pandangan, namun sumbangan Ibnu Sina dalam bidang perubatan tidak dapat dinafikan lagi. Kepintaran beliau dalam dalam ilmu perubatan mengatasi gurunya sendiri iaitu Al-Farabi. Setiap apayang dihasilkan oleh beliau menjadi panduan kepada masyarakat seluruh dunia. Kehebatan dan kepintaran beliau menjadikan umat Islam menyanjung tinggi beliau. Ibnu Sina meninggal dunia pada 1036 masihi, pada usia58 tahun dan dimakamkan di Hamedan. Jasa beliau terlalu besar kepada masyarakat dunia terutama masyarakat Islam. Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI.

Awang Sariyan. 2008. Falsafah dan Logika Melayu. Kuala Lumpur:Synergate. Sdn. Bhd.

Hashim bin Musa. 1999. Falsafah dan Logika Melayu Suatu Pengenalan. Kuala Lumpur:Akademi Pengajian Melayu.

Samsu Adabi Mamat dan Wan Ramli Wan Muhammad. 2002. Cendekiawan Islam Perintis Peradaban Manusia. Kuala Lumpur:Utusan Publications.

Syed Mahadzir Syed Ibrahim. Selangor:Pekan Ilmu Publications.

http://pkukmweb. ukm. My.

1961.

163 Tokoh Terkenal Islam.

Ampang,

FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH

NAMA

: ZAWANAH BINTI A. HALIM

NO. MATRIK : JEA080161 NAMA PROF : PROF. DR. AMRAN MUHAMMAD SEM

:SATU

SESI

: 2008/2009

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA.

Related Documents

Ibnu Sina
October 2019 48
Ibnu Sina
October 2019 53
Ibnu Sina
October 2019 58
Ibnu Sina
October 2019 50
Ibnu Sina
October 2019 47
Ibnu Sina
October 2019 46

More Documents from "Firda"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40