Ibn Khaldun

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 871
  • Pages: 7
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104

TOKOH FALSAFAH : IBN KHALDUN

Nama : SURYANA BINTI CHE HASSAN No. Matrik ; JEA 080146 Nama Pensyarah : DR. AMRAN MUHAMMAD

SEMESTA 1 SESI 2008 / 2009 AKEDEMI PENGAJIAN MELAYU, UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN Ibnu Khaldun merupakan salah seorang tokoh Islam dan tokoh falsafah yang terkenal di seluruh negara. Nama sebenar beliau ialah Abdul Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin Al-Hasan. Beliau dilahirkan di Tunisia pada 1 Ramadan 732 Hijrah bersamaan 27 Mei 1332 Masihi. Keluarganya berketurunan Arab Hadramaut dari keluarga kelas bangsawan yang pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Beliau meninggal dunia di Kairo Mesir pada saat suci bulan Ramadan pada 25 Ramadan 808 Hijrah dan terus dikebumikan di sana.Dalam hayatnya, Ibn Khaldun telah menghasilkan kitab Muqaddimah yang merupakan satu pendekatan unik dan hasil karya yang terbaik dalam bidang kesusasteraan.

Beliau juga dikenali sebagai pengasas ilmu sosiologi. Selain itu beliau juga meninggalkan beberapa buah kitab karangan yang terkemuka iaitu kitab Al- Ibar Wa Diwan Al-Mubtada Wal Khabar Fi Ayyam Al-Arab Wal Ajam Wal Barbar.

Beliau

merupakan pengasas sebenar ilmu kemasyarakatan, ilmu seni bina bangunan dan juga pengasas ilmu sejarah.Ketokohan Ibn Khaldun telah diakui oleh ilmuan masa kini. Antaranya, Ustaz Uthman El Muhammady yang mendedahkan pelaksanaan dan perancangan Bandar masa kini berdasarkan kitab Muqaddimah. Selain itu, Prof. Dr. Khaled Ramdhane yang mengupas lanjut kehidupan Ibnu Khaldun ketika menuntut ilmu.

Ibnu Khaldun telah membincangkan beberapa prinsip dan falsafah ekonomi seperti keadilan (al adl), hardworking, kerjasama (cooperation), kesederhanaan (moderation), fairness. Ibnu Khaldun telah menekankan bahawa keadilan merupakan tulang belakang dalam asas kekuatan sesebuah ekonomi. Sesebuah negara akan hancur dan musnah apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan. Menurut beliau, ketidakadilan bukan sahaja difahami sebagai perampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaga secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain. Begitu juga jika meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan ajaran Islam.

Beliau mengkategorikan perampas orang lain secara tidak sah hingga memberi kesan kepada kehidupan isteri dan keluarga sebagai paling tidak adil. Menurut beliau lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang murah termasuk dalam kategori memiliki harta cara yang tidak betul. Keadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibnu Khaldun, atas sebab-sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam. Keadilan adalah sesuatu perkara yang boleh membela seseorang mendapat pengadilan yang adil dan saksama.

Keadilan penting bagi golongan bawahan kerana melalui keadilan mereka akan dapat mencapai keselesaan dan keharmonian hidup. Ibnu Khaldun menegaskan bahawa keadilan, kekecewaan rakyat dan tirani adalah langkah awal kehancuran negara. Dalam karya Hashim bin Haji Musa, istilah adil boleh disesuaikan dengan meletakkan sesuatu di dalam keadaan yang saksama, seimbang dan harmonis di dalam alam persekitaran alam semestanya sama ada yang dekat (immediate), yang jauh (global) dan yang luas (kosmos) dan di dalam seluruh kewujudan termasuklah dalam diri manusia sendiri iaitu antara diri akali dan diri haiwan dengan Yang Maha Wujud.

Dalam karya-karya beliau, Ibnu Khaldun membicarakan tentang gejala-gejala yang boleh membezakan antara masyarakat primitif dengan masyarakat moden dan bagaimana sistem pemerintahan dan urusan politik dalam sesebuah masyarakat. Setiap gejala dan perlakuan masyarakat akan menentukan antara sesebuah masyarakat dengan masyarakat lain.

Nilai-nilai spiritual penting untuk menentukan kestabilan negara.

Apabila lemahnya nilai-nilai spiritual maka, negara, masyarakat atau pun individu pastinya mengalami kehancuran. Sistem sosial masyarakat sebenarnya boleh berubah mengikut pengaruh persekitaran, kemampuan berfikir, pengaruh emosi, iklim, makanan, dan juga jiwa individu.

Beliau juga berpendapat, institusi masyarakat berkembang mengikut tahapnya dengan tertib bermula dengan tahap primitif, pemilikan, tahap peradapan dan kemakmuran sebelum tahap kemunduran. Ibnu Khaldun banyak menggunakan teori ekonomi dan ideanya untuk menghuraikan tentang manusia mengikut prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di muka bumi ini.

Manusia yang

mengikuti ajaran Islam pasti akan cuba untuk memperbaiki dirinya bagi mendapat kebahagiaan di dunia dan mengutamakan kehidupan di akhirat.

Sekiranya manusia memegang pegangan tersebut, iman seseorang itu akan terpesong dari segi akidahnya. Pegangan Ibnu Khaldun seperti mana prinsip-prinsip dan ideanya akan membawa manusia ke jalan yang benar berdasarkan ajaran Islam. Manusia akan menerima pembalasan di akhirat dan menentukan manusia sama ada berada di syurga atau neraka mengikut amalan-amalan manusia di dunia.

Ibnu Khaldun

menjunjung tinggi akan kehebatan Al Quran sehingga beliau mengatakan, “Ketahuilah bahawa pendidikan Al Quran adalah syiar agama yang diterima oleh umat Islam di seluruh dunia Islam. Oleh kerana itu, pendidikan Al Quran dapat meresap ke dalam hati dan memperkuatkan iman dan pengajaran Al Quran pun dapat diutamakan sebelum menyumbangkan ilmu-ilmu yang lain”.

PENUTUP

Falsafah-falsafah dan teori Ibnu Khaldun sehingga kini masih lagi dikaji oleh para-para ilmuan sehingga nama beliau disebut-sebut di mana-mana sahaja di dunia ini. Kebanyakan masyarakat di dunia ini pasti tahu atau sering membaca nama Ibn Khaldun sehingga nama beliau dijadikan nama sekolah, nama darjah atau nama Institusi Perguruan. Keadaan ini jelas menunjukan Ibnu Khaldun bukan sembarangan orang. Sekiranya beliau masih hidup, beliau pasti terharu dengan penghormatan yang diberikan terhadapnya. Semoga namanya terus diingati dan menjadikan Ibnu Khaldun sebagai tokoh yang di segani dan diingati sampai bila-bila.

BIBLIOGRAFI Awang Sariyan. 2007. Falsafah dan Logika Melayu. Selangor : Synergymate Sdn. Bhd. Hashim Musa. 2001. Falsafah, Logik, Teori Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian Melayu. http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id.html http://www.mail-archieve.com/[email protected]/msg0305.html

Related Documents

Ibn Khaldun
October 2019 43
Ibn Khaldun
October 2019 40
Ibn Khaldun
October 2019 33
Ibnu Khaldun
October 2019 53

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40