Ibn Khaldun

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 2,589
  • Pages: 13
Falsafah dan logika melayu jxea 1104 Tajuk : pemikiran ekonomi ibn khaldun. PENSYARAH : DR. AMRAN BIN MUHAMMAD. TUTOR : SITI HADIJAH ABDOL RAHMAN.

NAMA : MUHAMMAD BIN HASHIM. NO.MATRIK : JEA 080168.

SEMESTER 1, SESI 2008/2009 AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA, KUALA LUMPUR.

Abdul Al-Rahman Ibn Muhammad Ibn Khaldun PENGENALAN Nama penuhnya adalah Abd al-Rahman ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Abi Bakr Muhammad ibn al-Hasan Ibn Khaldun lahir pada 27 Mei 1332 di Tunisia dan meninggal 17 Mac 1406 di Kaherah, Mesir. Keluarga Ibn Khaldun merupakan orang berada yang memberikan pendidikan terbaik kepadanya. Ibn Khaldun merupakan salah seorang pakar sejarah Arab teragung, juga dikenali sebagai bapa kepada sejarah kebudayaan dan sains sosial moden. Ibn Khaldun turut mengembangkan falsafah tidak berasaskan keagamaan paling awal, terkandung dalam karyanya Muqaddimah (“Pengenalan”). Ibn Khaldun juga menulis sejarah Muslim di Afrika Utara yang terulung. Ibn Khaldun menjawat beberapa jawatan di bawah pemerintah Tinisia dan Morocco dan pada tahun 1363 bertindak sebagai duta raja Moor di Granada, kepada Pedro Kejam Castile "the Cruel of Castile. Ibn Khaldun belayar ke Alexandria pada Oktober 1382, dimana beliau menghabiskan riwayatnya sebagai guru dan pensyarah di Al-Azhar dan universiti lain. Ibn Khaldun juga pernah dilantik sebagai Hakim Diraja oleh Sultan Abul Abbas, Cairo dan mengerjakan haji pada 1387. Ibn Khaldun menyertai orang-orang Mesir dalam kempen mereka memerangi Tamerlane, pemerintah Mongol, dan bertanggung jawab mengatur penyerahan diri bandar Damsyik semasa ketiadaan Sultan Faraj. Karya teragungnya bermula sebagai penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan Barber, tetapi mengandungi pendekatan saintifik mengenai pemahaman sejarah, politik, dan

ekonomi. Ibn Khaldun juga mempercayai bahawa perkara yang di kurniakan Allah boleh dibuktikan secara empirikal. Ibn Khaldun juga memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ibn Khaldun membangunkan idea bahawa tugas kerajaan hanya terhad kepada mempertahankan rakyatnya dari keganasan, melindungi harta persendirian, menghalang penipuan dalam perdagangan, mencetak dan menguruskan penghasilan wang, dan melaksanakan kepimpinan politik bijaksana dengan perpaduan sosial dan kuasa tanpa paksaan. Dalam segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubungkaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan keatas harga dan keuntungan, menolak cukai yang tinggi, menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Tambahan lagi, Ibn Khaldun terkenal kerana hasil kerjanya dalam sosiologi, astronomi, numerologi, kimia, dan sejarah. Secara berseorangan, Ibn Khaldun telah meletakkan titik mula bagi tradisi intelelek pemikiran bebas Islam dan Arab, kerajaan bertanggung jawab, pasaran efficent, penyiasatan sains empirikal, pengkajian sosialogi, dan penyelidikan sejarah. PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN Manusia dan Ekonomi Berdasarkan analisis mendalam, didapati kesemua teori ekonomi dan idea Ibn Khaldun tentang manusia berdasarkan kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka bumi ini.

Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan perlunya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia wajib mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat.

Teori Pengeluaran Ibn Khaldun mengemukakan teori bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut beliau pengeluaran berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama masyarakat. Bahkan beliau menganggap buruh merupakan faktor terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktorfaktor lain seperti tanah tersedia, tenaga buruh perlu untuk menghasilkan matlamat akhir.

Selain itu beliau berpendapat bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga amat perlu untuk mengekalkan tahap produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan supaya setiap bidang pekerjaan dilakukan oleh orang yang mahir dan cekap.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh bergantung rapat dengan pasaran. Di sini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama.

Teori Nilai, Wang dan Harga

Ibn Khaldun tidak secara jelas membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran.

"Semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh, kata Ibn Khaldun.

Teori Pengagihan

Menurut Ibn Khaldun harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan, dan cukai. Ketiga-tiga elemen ini merupakan pulangan kepada masyarakat. Oleh sebab itu, beliau membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatan awam.

Menurut Ibn Khaldun, nilai atau harga sesuatu barangan sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran.

Manakala keuntungan terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu

KUPASAN FALSAFAH PEMIKIRAN EKONOMI IBN KHALDUN Dari penulisan-penulisan Ibn Khaldun saya mampu merumuskan bahawa beliau mengiktiraf peranan sektor awam dan sektor swasta dalam penyusunan kestabilan dan keharmonian ekonomi tercapai. Pencapaian matlamat tersebut merupakan prasyarat kepada kemampuan negara menjana pembangunan ekonomi. Contoh yang jelas tentang pendekatan tersebut dapat kita rujuk kepada ulasan beliau berkaitan dengan peranan kerajaan dalam menggubal dasar pencukaian negara. Pendekatan yang beliau kemukakan jelas memberi satu gambaran bahawa kedua-dua sektor awam dan swasta sangat penting berperanan dalam memajukan ekonomi negara. Yang lebih menarik beliau meletakkan peranan yang besar kepada sector swasta. Beliau dalam bukunya yang paling terkemuka, Mukadimah Ibn Khaldun ada menyarankan pandangan dan pendekatan beliau tentang dasar cukai dengan maksud seperti berikut: “Apabila taksiran cukai dan kewajipan membayar cukai ke atas rakyat adalah sedikit, mereka mempunyai kesungguhan dan semangat untuk mengusahakan sesuatu. Budaya mengusahakan menjadi berkembang dan meningkat, sebab pengenaan cukai yang rendah itu mendorong kepada suatu kepuasan hati. Apabila budaya mengusahakan itu meningkat, jumlah kewajipan terhadap orang perseorangan dantaksiran cukai akan berlipat ganda. Sebagai akibatnya, hasil pendapatan cukai yang merupakan jumlah keseluruhan daripada (taksiran terhadap orang perseorangan) akan meningkat.” Dalam buku tersebut beliau juga ada membuat penganalisaan berikut: “Setiap kewajipan terhadap individu dan taksiran ditingkatkan, demi mendapat kutipan hasil cukai (jibayah) yang lebih tinggi. Cukai kastam dikenakan terhadap barang-barang dagangan dan dikutip dipintu-pintu kota. Kemudian, jumlah taksiran cukai dipertingkatkan dikenakan lepas satu kepada satu yang lainnya, sejajar dengan peningkatan budaya hidup mewah dan keperluan negara yang banyak serta perbelanjaan yang diperlukan sehubungan dengannya. Akhirnya, cukai yang dikena akan membebani rakyat, dan terlalu

menyukarkan mereka. Pengenaan cukai yang tinggi menjadi suatu keharusan dan tradisi, sebab peningkatan jumlah itu dilakukan secara sedikit demi sedikit, dan tidak seorang pun secara khususnya tahu siapakah yang meningkatkan jumlah itu, atau siapa yang mengenakannya. Mereka mengenakan kepada hamba rakyat sebagai suatu tanggungjaab dan tradisinya. Taksiran itu meningkat melampau batas kewajarannya. Akibatnya ialah minat rakyat hendak melakukan budaya mengusahakan akan menjadi lenyap, kerana apabila mereka bandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan yang mereka membandingkan perbelanjaan dan cukai dengan pendapatan dan keuntungan dan mereka lihat keuntungan yang mereka perolehi adalah begitu kecil, mereka menjadi putus asa. Dengan demikian, ramai yang tidak terdorong untuk turut terlibat dengan budaya mengusahakan. Sebagai akibatnya ialah pendapatan cukai keseluruhan akan menurun, sepertimana menurunnya taksiran pendapatan orang perseorangan. Selalunya apabila pengurangan itu disedari, jumlah yang diwajibkan terhadap individu dipertingkatkan. Ini disifatkan sebagai membayar ganti rugi di atas pengurangan itu. Akhirnya, kewajipan terhadap individu dan taksiran mencapai kepada hadnya. Tidak ada faedahnya untuk meningkatkannya lagi. Kos untuk membiayai seluruh aktiviti keusahawanan sekarang ini sudah menjadi begitu tinggi, cukainya menjadi terlalu membebankan, dan keuntungan yang dijangkakan gagal dicapai. Akhirnya peradaban dihancurkan, kerana perangsang untuk melakukan aktiviti keusahawanan sudah tiada lagi. Negaralah yang menanggungi akibatnya, se bab manfaatnya banyak diperolehi daripada kegiatan keusahawanan.Sekiranya seseorang itu memahami hal ini, dia akan menyedari bahawa pendorong yang paling kuat untuk aktiviti keusahawanan ialah dengan mengurangkan sebanyak yang mungkin jumlah yang dikenakan ke atas orang perseorangan yang berupaya untuk melakukan usaha-usaha keusahawanan. Dalam hal begini, orang berkenaan secara psikologisnya akan terangsang untuk melibatkan diri untuk melakukannya kerana mereka berasa yakin akan mendapat keuntungan daripadanya. Dan Allah

s.w.t. penguasa segalanya, dan “yang di tangan-Nya kekuasaan atas segala sesuatu”. (Surah 36:83) Dari pendekatan yang dianjurkan oleh Ibn Khaldun berkaitan dengan dasar percukaian negara kita dapat memahami pandangan beliau berkaitan peranan kerajaan (sektor awam) dan kepentingan pengusaha (sektor swasta) dalam berperanan ke arah penyusunan sebuah ekonomi dan seterusnya menjana kepada pertumbuhan ekonomi. Pengajaran yang boleh kita pelajari adalah berikut: i. Dalam menggubal dasar cukai untuk negara, kadar cukai perlu rendah semoga semangat keusahawanan rakyat dapat terus dirangsangkan. ii. Jika jumlah cukai perlu ditingkat oleh sesebuah negara kadar cukai perlu berada pada paras yang rendah. iii. Pemerintah perlu sentiasa berwaspada semoga kemewahan yang mengakibat kepada perbelanjaan negara meningkat perlu sentiasa dikawal. Akibat dari gelagat pemerintah yang mewah, kemungkinan besar kadar cukai akan dinaikkan dan beban cukai terhadap rakyat akan meningkat. Natijahnya tamadun bangsa negara tersebut akan menghadapi arah kehancuran. Jelas dari pendekatan Ibn Khaldun terhadap dasar pencukaian negara, peranan sektor awam jika suasana mengizinkan perlu diminimakan semoga sektor swasta dapat berperanan dengan lebih bebas untuk membolehkannya memberi impak yang besar kepada kemajuan ekonomi negara. Keberkesanan dalam memajukan keusahawanan ahli masyarakat (sektor swasta) adalah teras utama kepada pembangunan ekonomi negara.

Perlu kita fahami bahawa apabila Ibn Khaldun menulis, khususnya dalam kitabnya Mukadimah Ibn Khaldun, kitab tersebut bukan buku ekonomi. Oleh itu sebagai pengkaji kepada pemikiran beliau berhubung dengan penyusunan masyarakat untuk menjana ekonomi, pemikiran

beliau tentang pendekatan yang perlu diambil oleh kerajaan (sektor awam) dalam menggubal dasar percukaian negara jelas member gambaran kepada kita bahawa, pertama beliau mengiktiraf kepentingan sektor awam dan pengusaha (sektor swasta) berperanan secara tepat dan harmoni. Kedua, pendekatan yang beliau anjurkan menepati teori penyusunan ekonomi masyarakat (negara) mengikut Islam, iaitu dalam keadaan ekonomi yang stabil peranan sector swasta perlu diberi ruang yang seluasnya jika ekonomi negara hendak mencapai kemajuan yang tinggi. Pendekatan yang di anjur oleh Ibn Khaldun yang selari dengan kehendak Islam, merupakan satu pendekatan yang menepati fitrah kemanusiaan bermasyarakat dan bernegara dalam rangka menyusun ekonomi ke arah penjanaan pertumbuhan secara berpanjangan. Ibnu Khaldun adalah raksasa intelektual paling terkemuka di dunia. Ia bukan saja Bapak sosiologi tetapi juga Bapak ilmu Ekonomi, karena banyak teori ekonominya yang jauh mendahului Adam Smith dan Ricardo. Artinya, ia lebih dari tiga abad mendahului para pemikir Barat modern tersebut. Muhammad Hilmi Murad telah menulis sebuah karya ilmiah berjudul Abul Iqtishad : Ibnu Khaldun. Artinya Bapak Ekonomi : Ibnu Khaldun. Dalam tulisan tersebut Ibnu Khaldun dibuktikannya secara ilmiah sebagai penggagas pertama ilmu ekonomi secara empiris. Tulisan ini menurut Zainab Al-Khudairi, disampaikannya pada Simposium tentang Ibnu Khaldun di Mesir 1978. Sebelum Ibnu Khaldun, kajian-kajian ekonomi di dunia Barat masih bersifat normatif, adakalanya dikaji dari perspektif hukum, moral dan adapula dari perspektif filsafat. Karya-karya tentang ekonomi oleh para imuwan Barat, seperti ilmuwan Yunani dan zaman Scholastic bercorak tidak ilmiah, karena pemikir zaman pertengahan tersebut memasukkan kajian ekonomi dalam kajian moral dan hukum.

Sedangkan Ibnu Khaldun

mengkaji problem ekonomi masyarakat dan negara secara empiris. Ia menjelaskan fenomena ekonomi secara aktual. Muhammad Nejatullah Ash-Shiddiqy, menuliskan poin-poin penting dari materi kajian Ibnu Khaldun tentang ekonomi. Ibnu Khaldun has a wide range of discussions on

economics including the subject value, division of labour, the price system, the law of supply and demand, consumption and production, money, capital formation, population growth, macroeconomics of taxation and public expenditure, trade cycles, agricultural, industry and trade, property and prosperity, etc. He discussses the various stages through which societies pass in economics progress. We also get the basic idea embodied in the backward-sloping supply curve of labour . (Ibn Khaldun membahas aneka ragam masalah ekonomi yang luas, termasuk ajaran tentang tata nilai, pembagian kerja, sistem harga, hukum penawaran dan permintaan, konsumsi dan produksi, uang, pembentukan modal, pertumbuhan penduduk, makro ekonomi dari pajak dan pengeluaran publik, daur perdagangan, pertanian, indusrtri dan perdagangan, hak milik dan kemakmuran, dan sebagainya. Ia juga membahas berbagai tahapan yang dilewati masyarakat dalam perkembangan ekonominya. Kita juga menemukan paham dasar yang menjelma dalam kurva penawaran tenaga kerja yang kemiringannya berjenjang mundur. Dari segi ekonomi, Ibn Khaldun memajukan teori nilai dan hubung kaitnya dengan tenaga buruh, memperkenalkan pembahagian tenaga kerja, menyokong pasaran terbuka, menyedari kesan dinamik permintaan dan bekalan ke atas harga dan keuntungan. Beliau turut menyokong perdagangan bebas dengan orang asing, dan percaya kepada kebebasan memilih bagi membenarkan rakyat bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Wacana atau pemikiran Ibnu Khaldun turut diterjemah ke dalam kehidupan masyarakat moden yang mahu mengimbangi pembangunan fizikal dan spiritual seperti Malaysia yang sedang menuju status negara maju. Secara teorinya, ilmu itu dikaitkan dengan soal manusia dalam masyarakat dan ahli sosiologi berharap ilmu berkenan dapat menjalinkan perpaduan serta membentuk penawar kepada krisis moral yang dihadapi masyarakat hari ini. KESIMPULAN

Beberapa ahli bahkan menyebut Ibn Khaldun sebagai „ Bapak Ekonomi (father of economics)“ yang sebenarnya atau dengan sebutan „Bapak Ilmu Sosial Modern (father of modern social science)“ serta mengklaim bahwa ide-ide yang digagas oleh Ibn Khaldun paling tidak mengilhami atau dicetuskan kembali, empat abad kemudian, oleh pemikir-pemikir seperti Adam Smith atau David Ricardo, dan kemudian oleh Karl Marx atau John Maynard Keynes. Terlepas dari berbagai perbandingan yang cukup membingungkan, kedalaman dan analisa yang kuat dari berbagai karya yang dihasilkannya sangat mengagumkan. Terutama pada karyanya „Muqaddimah“, yang berati sebuah pendahuluan atau pengantar dari berbagai karyanya yang kemudian mengenai sejarah. Dalam karyanya ini Ibn Khaldun membangun teori perburuhan, termasuk ide menarik mengenai teori tentang nilai, teori pembagian kerja, teori mengenai perpajakan dan berbagai kerangka teori yang menyangkut beberapa area lainnya dan dapat dikatakan sebagai area “modern” untuk ukuran saat itu. Dalam berbagai tulisan mengenai ekonomi Ibn Khaldun menyokong adanya pasar terbuka yang didasari oleh permintaan dan penawaran. Ia juga menolak diberlakukannya cukai atau bea/pajak yang terlalu tinggi, perdagangan dengan orang asing dan percaya kepada kebebasan memilih bagi rakyat serta membiarkan mekera bekerja keras untuk diri mereka sendiri. Karya-karya Ibn Khaldun bermula pada penulisan mengenai sejarah orang-orang Arab dan suku-suku nomaden yang masih ada di wilayah Arab pada saat itu, yang dianalisa melalui pendekatan sejarah, politik, dan ekonomi. Ibn Khaldun dalam berbagai karyanya mempercayai bahwa berbagai hal yang telah ditetapka Allah didalam Al Qur’an boleh dibuktikan secara empirik. Ibn Khaldun juga turut memajukan konsep ekonomi, perdagangan dan kebebasan. Ia membangunkan idea bahawa tugas pemerintah adalah memberikan perlindungan kepada rakyatnya dari berbagai ancaman, melindungi harta mereka, menghindari adanya penipuan dalam

perdagangan, mengurusi pencetakan uang, dan melaksanakan tata pemerintahan yang baik dengan memadukan persoalan sosial dengan kepentingan politik tanpa pemaksaan.

Rujukan

1. Rahimah Ibrahim. 2006. “Warga tua dan pembangunan : pembentukan jurang perbezaan

dari perspektif Ibn Khaldun”. SOURCE: Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Paper 4 (5p.).Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari 2. Mohd Fauzi Hamat. 2005. “Budaya berfikir kritis menurut Ibn Khaldun sebagai asas

pembinaan budaya berfikir Melayu masa kini. SOURCE: Seminar Antarabangsa Budaya dan Pemikiran Antara China dan Malaysia, sidang editor Wan Abd. Hamid Wan Teh Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 2005, 521-544. 3. Ibrahim Haji Daud. 1978. “Ibn Khaldun wa-falsafatuhu”.

Academic exercise (B.A.) – Kelantan : Kulliyah al-Shari`ah wa-al-Qanun bi-Markaz al-Dirasat al-Islamiyah `Aliyah.

4. Gill, Sarjit s. SOURCE. 2006. “Konsep Asabiyah Ibn Khaldun”. Inspirasi untuk memikir

semula perpaduan masyarakat Malaysia. Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun. Kuala Lumpur : Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari Paper 13(13.). 5. Mohd. Hazim Shah. 2006. “Pemikiran ekonomi oleh Ibn Khaldun”. Seminar Kebangsaan

Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun. Kuala Lumpur Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari

: Paper 11. Pemikiran Ibn

6. Jaffary Awang. 2006. “Pemikiran Ibn Khaldun dalam bidang ekonomi”. Satu

pemerhatian sosio-budaya. SOURCE: Seminar Kebangsaan Memperingati 600 Tahun Ibn Khaldun : Kuala Lumpur : Paper 10 (11p.). Pemikiran Ibn Khaldun & Relevansinya Dalam Tamadun Kontemporari.

Related Documents

Ibn Khaldun
October 2019 43
Ibn Khaldun
October 2019 40
Ibn Khaldun
October 2019 33
Ibnu Khaldun
October 2019 53

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40