Ibn Khaldun

  • Uploaded by: Firda
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ibn Khaldun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,313
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TOKOH FALSAFAH ISLAM

NAMA : SURIATI BINTI IBRAHIM NO.MATRIK : JEA 080144 NAMA PENSYARAH : PROF.DR AMRAN BIN MUHAMAD SEMESTER : 1 SESI : 2008/2009 FAKULTI : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA UNIVERSITI : UNIVERSITI MALAYA

TOKOH FALSAFAH ISLAM PENGENALAN KEPADA FALSAFAH Perkataan falsafah berasal daripada bahasa Yunani atau Greek purba.Dari sudut etimologi atau asal usul perkataan ini berasal daripada bahasa Yunani iaitu ‘Philos’ yang bererti ‘Cinta’ dan ‘Sophia’ yang bermaksud ‘Kebijaksanaan’.Gabungan kata kedua-dua falsafah ini dalam bahasa beerti ‘Cinta akan kebijaksanaan’ atau ‘Cinta akan hikmah atau falasifah’.Namun,takrif ilmu falsafah seharusnya lebih mendalam serta terperinci daripada pengertian yang begitu luas dan longgar ini.Secara umum falsafah boleh di takrifkan sebagai mendalami sesuatu perkara sehingga ke akar umbi dengan melihat sudut makna, hakikat di sebalik sesuatu yang dikaji dan bukan sekadar yang di luaran sesuatu semata-mata. Istilah ‘Philosophia’ digunakan pertama kali oleh Pythagoras dalam abad ke-7 S.M.Selain itu,Plato (428-347 S.M) juga seorang Yunani yang mula-mula memberikan takrif falsafah dengan lebih terkhusus.Plato menegaskan ‘falsafah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkara di sebalik luarannya’.Falsafah juga boleh di takrifkan sebagai suatu penyelidikan atau pengajiaan dan ilmu yang berasaskan renungan dan penta’akulan untuk merumuskan sifat,hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta yang dilihat secara keseluruhan sebagai kesatuan berdasarkan penelitian dan pengkajiaan terhadap data dan fakta yang di ambil daripada semua aspek alam semesta. (B.A.G FULLER A History of Philosophy 1995:1).Ilmu falsafah juga mengambil data dan bahan kajian daripada semua aspek alam semesta dalam pelbagai bidang ilmu sains. Manakala takrifan falsafah menurut Hasbullah Bakry (1964:5 6) menyatakan erti falsafah daripada tiga sudut pandangan, iaitu daripada sudut bahasa yang bererti mencari

kebenaran di sebalik sesuatu kejadian.Seterusnya daripada sudut pengertian praktis yang bererti satu ilmu atau penyelidikan kajian secara mendalam dan daripada sudut perbedaannya daripada ilmu-ilmu lain. Falsafah melihat semua ilmu termasuk ilmu bahasa, matematik, fizik, dan sebagainya adalah secara keseluruhannta syumul.Melihat hakikat kewujudan sesuatu ilmu atau hakikat ilmu itu untuk semua. Tokoh Ibnu khaldun juga turut membicarakan tentang falsafah.

IBN KHALDUN PENGENALAN / LATAR BELAKANG Ibn Khaldun atau nama sebenarnya Wali al-Din Abd al-Rahman bin Muhammad bin Abu Bakar Muhammad bin al-Hasan.Tokoh ini dilahirkan di Tunis pada tarikh 1 Ramadan pada tahun 732Hijrah. Keluarganya berasal daripada keturunan Arab Hadramaut yang pernah menetap di Serville, Italy, dan Sepanyol. Akhirnya beliau berpindah dan menetap di Afrika Utara semasa pemerintahan Hafs Abu Zakariyya, pemerintah Tunis pada waktu itu.Beliau mendapat pendidikan dalam pelbagai ilmu Islam seperti al-Quran, al'Hadith, perundangan Islam, kesusasteraan, falsafah, bahasa, dan mantik. Antara gurunya ialah Muhammad Ibrahim al-Abili, Abu Abd Allah al-Jayyani, Abd Allah Muhammad bin Abd al-Salam. SUMBANGAN Sumbangan beliau dalam bentuk pemikiran dalam hal-hal yang berkaitan dengan ilmu ekonomi banyak dimuatkan dalam hasil karya agungnya,iaitu karya alMuqaddimah. Antara teori ekonomi yang terdapat dalam karya beliau masih lagi relevan dengan masalah ekonomi semasa.

Sumbangan pemikiran beliau yang seterusnya adalah tentang keadilan.Bagi Ibn khaldun keadilan merupakan tulang belakang dan asas kekuatan sesebuah ekonomi. Apabila keadilan tidak dapat dilaksanakan, sesebuah negara akan hancur dan musnah. ketidakadilan tidak sahaja difahami sebagai merampas wang atau harta orang lain tanpa sebarang sebab yang diharuskan. Malah, mengambil harta orang lain atau menggunakan tenaganya secara paksa atau membuat dakwaan palsu terhadap orang lain juga merupakan ketidakadilan yang sangat serius sehingga dapat di samakan dengan meminta seseorang melakukan sesuatu yang berlawanan dengan Islam. Ketidakadilan hanya akan membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.Ibn khaldun mengkelaskan bahawa perampas harta orang lain yang secara tidak sah sehingga memberi kesan kepada kehidupan isteri atau suami dan keluarga adalah sebagai perbuatan yang paling tidak adil. Menurut Ibn khaldun lagi, seseorang yang membeli harta seseorang dengan harga yang paling murah pula adalah termasuk dalam kategori memiliki harta dengan cara yang tidak betul. Ketidakadilan seumpama di atas membawa kepada kejatuhan sesebuah negara dan keruntuhan sesebuah tamadun dengan segera. Menurut Ibn Khaldun, atas sebab sebab tersebutlah semua bentuk ketidakadilan dilarang oleh Islam.

FALSAFAH DAN TEORI Ibn khaldun adalah seorang tokoh

ilmuan yang terkenal serta terkemuka di

zamannya dan di seluruh dunia.Beliau mempunyai pandangan, pendapat, teori dan falsafah yang tersendiri dalam ekonomi islam.Beliau mengemukakan falsafah ekonomi islam yang mengandungi konsep antara manusia dan ekonomi. Berdasarkan analisis dan kajian yang mendalam falsafah Ibn Khaldun tentang teori ekonomi dan manusia adalah menjurus kepada prinsip-prinsip dan falsafah Islam. Ibn Khaldun tidak melihat fungsi utama manusia dalam aktiviti perekonomiannya seumpama haiwan ekonomi (economic animal). Sebaliknya beliau menganggap manusia itu sebagai manusia Islam (Islamic man/homo Islamicus) yang memerlukan pengetahuan ekonomi untuk memenuhi misinya di atas muka allah bumi ini. Dalam hal ini, Ibn Khaldun menekankan bahawa perlunya serta pentingnya manusia menjauhi perbuatan jahat. Sebaliknya manusia diwajibkan mengikuti ajaran Islam sebagai model untuk memperbaiki dirinya dan mesti memberikan keutamaan kepada kehidupan akhirat. Seterusnya Ibn khaldun mengemukakan falsafah mengenai teori pengeluaran. Falsafahnya beliau mengemukakan bahawa kehidupan perekonomian sentiasa menghala ke arah pelaksanaan keseimbangan antara penawaran dengan permintaan. Menurut ibn khaldun lagi pengeluaran adalah berasaskan kepada faktor buruh dan kerjasama antara masyarakat. Beliau turut menganggap buruh merupakan factor yang terpenting dalam proses pengeluaran walaupun faktor-faktor yang lain seperti tanah yang sedia ada, namun tenaga buruh adalah perlu untuk menghasilkan matlamat yang terakhir.

Selain itu, beliau berpendirian bahawa kenaikan yang tetap pada paras harga adalah amat perlu untuk mengekalkan tahap pengeluaran dan penghasilan sesuatu produktiviti. Dalam hal ini beliau menyarankan agar masyarakat melakukan perancangan yang teratur terlebih dahulu supaya setiap bidang pekerjaan yang dilakukan adalah oleh orang yang mahir dan cekap.

Walau bagaimanapun, pertumbuhan ekonomi (economic growth) dan pembahagian tenaga buruh saling bergantung dan berkait rapat dengan pasaran. Falsafah ini dapatlah dinyatakan bahawa teori pembahagian tenaga buruh, pengkhususan tenaga buruh, dan pertukaran yang dikemukakan oleh Ibn Khaldun 100 tahun lebih awal daripada Adam Smith yang juga mengemukakan teori yang sama. Falsafah Ibn khaldun yang seterusnya pula adalah tentang nilai, wang, dan harga. Ibn Khaldun telah mengelaskan dan membezakan antara teori nilai diguna (use value) dengan nilai pertukaran (exchange value). Tetapi beliau dengan tegas serta tetap berpendirian berhujah bahawa nilai sesuatu barangan bergantung kepada nilai buruh yang terlibat dalam proses pengeluaran. Ibn khaldun berpendapat bahawa, semua usaha manusia dan semua tenaga buruh perlu digunakan untuk mendapatkan modal dan keuntungan. Tidak ada jalan sebarang cara atau kaedah lain bagi manusia untuk mendapatkan keuntungan melainkan melalui penggunaan buruh. Antara falsafah Ibn khaldun yang seterusnya adalah mengenai teori pengagihan. Berdasarkan pandangan ibn khaldun, harga barangan terdiri daripada tiga elemen utama iaitu gaji atau upah, keuntungan. cukai. Ketiga-tiga perkara atau elemen ini merupakan

pulangan kepada masyarakat.Ibn khaldun turut membahagikan ekonomi kepada tiga sektor iaitu sektor pengeluaran, pertukaran, dan perkhidmatna awan. Ibn khaldun menegaskan bahawa nilai atau harga sesuatu barangan seharusnya sama dengan kuantiti buruh yang terlibat dalam pengeluaran sesuatu barangan berkenaan. Harga buruh merupakan asas kepada penentuan harga sesuatu barangan dan harga buruh itu sendiri ditentukan oleh mekanisme permintaan dan penawaran dalam pasaran. Manakala keuntungan pula terhasil daripada perbezaan yang diperoleh oleh peniaga antara harga jualan dengan harga belian. Namun begitu perbezaan antara kedua-dua harga itu haruslah stabil untuk mengelakkan keuntungan yang melampau serta berlipat ganda.Hal ini bagi mengelakkan penipuan dan ketidakjujuran dalam perniagaan. KESIMPULAN Ibn khaldun adalah seorang tokoh cendikiawan yang tidak asing lagi dalam kalangan orang-orang islam.Beliau juga telah banyak memberi sumbangan dari segi pemikiran.Beliau telah mengemukakan falsafah mengenai teori ekonomi islam. Ibnu khaldun begitu dipandang agung dan disanjung tinggi oleh barat kerana buah fikirannya yang mantap, berguna, serta berkesan.Secara holistiknya falsafah beliau terus digunakan dan dijadikan panduan dalam membina ekonomi yang stabil. Falsafah serta pemikiran Ibn khaldun menjurus kepada pembentukan aksiologi iaitu etika, disiplin, nilai-nilai murni seperti melarang aktiviti penipuan, ketidakjujuran para peniaga dalam mengaut keuntungan..Juga falsafah beliau turut menjaga kebajikan para pekerja atau buruh dan pengguns-pengguna.Falsafah beliau jelas menjurus kepada keislaman serta mencari keredhaan allah dalam melakukan sebarang aktiviviti dan pekerjaan di dunia.

SUMBER RUJUKAN/ BIBLIOGRAFI

Hashim Musa.2001. Falsafah, Logik, Teori,Nilai Dan Etika Melayu. Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu. Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Selangor: Synergate Sdn. Bhd. INTERNET

http://alhakelantan.tripod.com/tokoh/id2.html

Related Documents

Ibn Khaldun
October 2019 43
Ibn Khaldun
October 2019 40
Ibn Khaldun
October 2019 33
Ibnu Khaldun
October 2019 53

More Documents from "Nur Ain Mohd Amin"

Daftar Pustaka.docx
April 2020 31
Al-ghazali
October 2019 45
Plato
October 2019 71
Al-farabi
October 2019 46
Pantun
October 2019 40