Hashim Awang

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hashim Awang as PDF for free.

More details

  • Words: 1,164
  • Pages: 8
FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU JXEA 1104 TAJUK : TOKOH ( HASHIM AWANG ) NAMA : MOHD HAFIS BIN ARIFFIN NO. MATRIK : JEA 080167 SEMESTER : SATU NAMA PENSYARAH : DR. AMRAN MUHAMMAD NAMA TUTOR : CIK SITI HADIJAH

TOKOH : HASHIM AWANG Tokoh yang saya tampilkan ialah tokoh yang digelar kritikawan unggul .Beliau ialah Hashim Awang adalah sebuah nama yang besar dalam kritikan sastera Melayu moden.Namanya dikaitkan dengan penulisan kritikan sastera akademik.Dan kemudiannya menjadi ikutan ramai pelajar sastera di institut pengajian tinggi dalam jurusan kesusasteraan untuk membuat kajian kerjakerja penulisan akademik mereka,seperti menulis latihan ilmiah ,tesis sarjana dan kedoktoran. Beliau adalah anak teregganu yang dilahirkan pada tahun 1942 melanjutkan pelajaran ke Maktab Perguruan Bahasa ,Kuala Lumpur . Setelah menjadi guru , beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya pada

tahun

1967

dan

mendapat

sarjana

muda

sastera

.Terus

mempertingkatkan pencapaian hingga ke peringkat sarjana dan doktor falsafah . Latar sastera 1970-an ,tercetus peristiwa 13 mei 1969 ,menandakan ketidakseimbangan ekonomi dan perbezaan social .Berlaku perubahan politik dan dasar ,disediakan rukun negara ,dasar ekonomi baru untuk menyusun semula sistem masyarakat. Berlaku perubahan dalam penulisan daripada aliran .Mula juga lahir karya bersifat intelektual. Meninggalkan ekspresioistik dan protes sosial . Sumbangan Hashim Awang tidak serancak Yahaya Ismail yang menulis saban minggu di dada akhbar.Beliau hanya menulis sekali sekala sahaja dan menerbitkan di mjalah atau berbentuk buku. Sumbangan beliau yang pertama ialah memperkukuhkan kedudukan pendekatan formalistik ,yang

selama

ini

digunakan

cukup

meluas

dalam

kritikan

praktis

tanah

air.Pendekatan itu dijadikan landasan dan tesis sarjana dan kedoktoran .Beliau sendiri adalah mempelopori mengkaji cerpen dengan tajuk Cerpen – cerpen Melayu sebelum perang Dunia kedua(1975).Beliau juga, telah memperkenalkan pendekatan baru dalam kritikan sastera ,iaitu pendekatan psikologi pada tahun 1980 –an Sebelum ini unsur-unsur psikologi sudah sedia ada dalam kritikan , Yahaya Ismail pernah menggunakannya , tetapi tidak menyeluruh dan kental. Hashim Awang telah meneliti dan menkaji pemikiran dan toeri Sigmund Frued , terutama aspek mimpi dan pengkaryaan , lalu di turunkan ke dalam sastera melayu untuk dijadikan landasan kritikan . Selain itu , beliau juga turut memperkenalkan teori sturukturalisme yang diasaskan oleh Ferdinand de Saussure yang dimantapkan kemudiannya oleh Roland Barthes. Teori ini dalam mendekati teks-teks sastera , ditandai oleh analisis menyeluruh yang ekolmenggunakan segala aspek dan unsur yang membina karya sastera dengan melihat secara keseluruhannya . Maksudnya

bahawa

analisis

struktural

menekankan

hubungan

dan

keterjalinan semua unsur di dalam sesebuah karya. Tujuannya adalah untuk memperolehi objektiviti , koherensi , dan kebenaran dengan meletakan kecermatan dan ketelitian . Seterusnya , hasil daripada pemantapan pendekatan formalistikdan teori struturaalisme yang dibawa oleh Hashim Awang itu, beberapa kaedah pengajaran sastera di sekolah menengah telah dicipta . Kaedah –kaedah itu digunakan dalam usaha untuk menyemarakkan pengajaran sastera di sekolah. Kaedah ini menjadi satu kaedah mengalami dan menghayati dan

fokus yang telah digunakan oleh guru yang mengajar sastera di semua sekolah. Sumbangan yang lain juga , ialah beliau sendiri berjaya mencipta teori sastera yang diberi nama Pengkaedahan Melayu.Teori ini dibina berdasarkan sepenuhnya kepada budaya , cara , dan sikap hidup , pandangan dunia , perspektif alam semesta dan agama islam orang-orang Melayu yang memiliki ciptaan-ciptaan karya sastera mereka yang tinggi lagi unik. Pengkaedahan dengan sendirinya membawa makna cara , maka maksudnya di sini ialah cara kita menilai dan memberi makna , lalu teori ini berbicara secara langsung cara yang harus digunakan untuk membaca sesebuah teks sastera.Orang melayu sudah lama pandai membaca teks, kerana di tangan mereka sudah ada Tajul Muluk yang memandaikan mereka memahami diri dan erti hidup ini sendiri. Teori sastera pernah diturunkan daripada idealisme ajaran Islam itu sendiri , namun ia tetap melekat pada teks –teks kreatif sebagai sandaran.

Cakupan perkaedahan Melayu itu begitu luas sekali .

Berpecah kepada dua bahagian yang penting iatu Pengkaedah Alamiah dan Pengkaedah

Agama

,

yang

pertama

memecah

kepada

pendekatan

gunaan,pendekatan moral dan pendekatan firasat. Kedua ialah pendekatan dakwah ,pendekatan kemasyarakatan dan pendekatan seni. Keluasan teori ini , ia bersifat elektif dan juga intertekstual. Hashim Awang beranggapan bahawasastera menyerupai suatu mimpi , untuk sampai kepada makna ia mengalami proses pemakanan , dan makna itu ada tersurat dan tersirat. istimewa dalam sejarahnya.

Ilmu firasat mempunyai kedudukanyang Ilmu firasat sebenarnya adalah sebahagian

daripada mistik dan merupakan simbol kekuatan kejiwaandan mental sesuatu

bangsa itu.

Firasat Hashim Awang seperti yang dinyatakan ada hubungan

secara langsung dengan sistemtanda dan lambang . Kedua-duanya seperti yang sedia kita ketahui adalah sebahagiandaripada ciri sastera. Karya-karya penting , berikut diturunkan beberapa buah karya Hashim Awang yang dapat mewakili kerja kritikannya iaitu Hashim Awang ,1974,” Meninjau keadaan kritik sastera di Malaysia sekarang” dalam Kritik sastera di Malaysia,Kuala Lumpur: Penerbitan Kebudayaan Belia dan Sukan.Cerpencerpen Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua,1975, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Strukturalisme dalam Ilmu Sastera dan Aplikasinya,1985, Kuala Lumpur: penerbit Universiti Malaya. Kritikan Kesusasteraan: Teori dan Penulisan,1988,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Penciptaan dan Kemanusiaan dalam Cerpen dan Novel,1998,Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti.Teori Pengkaedahan melayu, kertaskerja

Seminar

Antara

Bangsa

Kesusasteraan

Melayu,

Universiti

kebanggsaan Malaysia.Novel Hikayat :Satu Penelitian Struktur Penceritaan Melayu,1986.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Kepentingan kritikan Hashim Awang ialah beliau telah melakukan penyelidikan menyusuri sejarah kritikan sastera melayu moden di peringkat awal, iaitu di tahun 1930-an untuk menentukan corak dan bentuk kritikan dewasa itu. Hasil penyelidikan yang telah menyampaikan kita pertumbuhan kritikan sastera , corak dan pengasasnya. Kepentingan dapaatan daripada penyeludikan ini sampai sekarang masih di pakai di pusat pengajian tinggi. Selain itu , beliau juga orang yang telah bertanggungjawab dalam memberi definisi kritikan sastera melayu yang berteras kepada sejarah dan

tradisi sastera melayu.

Definisi beliau ialah bahawa kritikan dalam satera

melayu di peringkat awal itu , iaitu1930-40-an adalah longgar dan umumnya belum mencapai peringkat kritikan yang saintifik seperti dalam tradisi barat. Seterusnya , beliau yang menegaskan bahawa dalam sesebuah kritikan praktis , haruslah menggunakan mana-mana teori sastera . Kritikan praktis yang tidak menggunkan teori sebenarnya bukannya kritikan , sebaliknya ia hanyalah sebuah apresiasi sahaja.

Dengan penegasan ini ,

menunjukkan kepentingan teori dalam kerja kritikan dan seseorang yang ingin menjadi pengkritikwajiblah menguasai pelbagai teori sastera. Kepentingan yang lain juga ,Hashim Awang dapat kita katakan sebagai pemikir dan penguasan bidang kritikan . Pandangannya selalu bernas dan tajam yang mempunyai wawasan yang jelas untuk kita mempratikkannyan dalam kehidupan . Seperti diketahui , beliau memperkenalkan beberapa teori Barat ke negara

kita

seperti

pendekatan psikoanalisis,

arketaip dan

strukturalisme.sehingga berjaya mencipta Pengkaedahan Melayu. Secara keseluruhan , Hashim Awang seorang pengkritik tanah air , yang lahir sebagai pengkritik disaat-saat sastera Melayu moden sangat memerlukannya.

Pendekatan formalistik menjadi satu bahan yang penting

kepada Hashim Awang , kerana beliau sesuai dengan zaman sastera Melayu mula menjejaki intelektualisme , kritikan sastera di akademiknya , bukan sahaja mengembangkan sastera kreatif Melayu tetapi juga pengajian Melayu. Apabila dunia sastera tumbuh seperti cendawan selepas hujan ,banyak teks anti- realisme dan mengarah kepada kejiwaan , beliau membawa masuk teori

psikoanalisis. Hashim Awang terus menghasilkan kritikan dan kajian . Teori Pengkaedahan Melayulah yang menjadi kejayaan yang besar buatnya.

BIBLIOGRAFI

Hashim Awang, 1997. Biodata Dato’ Dr. Hashim Awang. Universiti Malaya. Hashim Awang ,1988. Kritikan Kesussasteraan Teori dan Penulisan. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka. Mana Sikana,2007. Tokoh- tokoh Unggul dalam Sastera Melayu. Kuala Lumpur. Pustaka Karya.

Related Documents

Hashim Awang
October 2019 52
Usman Awang
April 2020 27
Panglima Awang
November 2019 20
Awang Lutung
October 2019 46
Azrin Awang Ali
July 2020 11
Usman Awang In Singapore
November 2019 35

More Documents from "Jacob George"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48