Awang Lutung

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Awang Lutung as PDF for free.

More details

  • Words: 2,147
  • Pages: 12
JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU 2008/2009 KARYA KLASIK : AWANG LUTUNG

NAMA

: ASIF ASYRAF BIN NGADIRAN

NO MATRIK

: JEA080004

NAMA PENSYARAH

: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD

TUTOR

: SITI HADIJAH BINTI ABDUL RAHMAN

FAKULTI

: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

Hikayat merupakan salah satu bidang kesusteraan Melayu silam. Cerita-cerita hikayat biasanya berbentuk panjang dan menceritakan mengenai seseorang atau kejadian yang penting.

1

Biasanya cerita hikayat adalah warisan daripada penceritaan secara lisan, dengan itu ia mengekalkan format penceritaan lisan. Kebanyakan cerita hikayat ditulis dalam bentuk di mana, pembaca akan membacanya secara kuat dan lantang untuk didengari oleh pendengar yang ingin mengetahui kisah sesuatu cerita hikayat itu. Menurut kamus dewan hikayat bermaksud cerita ( khasnya cerita-cerita lama ) dan cerita-cerita ini adalah dalam bentuk prosa. Contohnya, Hikayat Raja-raja Pasai Riau, Hikayat Merong Mahawangsa, Hikayat Aceh dan lain-lain.

Cerita rakyat yang ingin saya kupaskan disini mempunyai pelbagai falsafah yang terkandung di dalamnya , sama ada yang tersurat mahupun yang tersirat . Tajuk cerita yang menjadi pilihan saya ialah Awang Lutung yang mengisahkan tentang seorang perempuan bernama Mak Da Miskin yang menghambakan dirinya kepada Tok Raja Besar. Mak Da Miskin telah dihalau oleh raja kerana telah “berbadan dua” akibat daripada meminum air

yang

bertakung dalam bekas tapak gajah. Mak Da dibiarkan keseorangan di hutan , tidak lama selepas itu sampailah masa Mak Da hendak bersalin. Mak Bidan Ketujuh yang turun membantu Mak Da terkejut melihat bayi yang dilahirkan merupakan seekor kera lutung, lalu terbanglah pulang Mak Bidan ke kayangan semula. Mak Da menerima nasib yang menimpa ke atas dirinya dan membela Awang Lutung hingga dewasa.

Awang Lutung menyuruh emaknya pergi meminta Tuan Puteri Sulung, Tuan Puteri Tengah secara berselang-selang pada hari pertama dan kedua tetapi tidak berhasil malahan emaknya dimaki serta dicederakan oleh kedua-dua Tuan Puteri itu. Walau 2

bagaimanapun, emaknya tetap pergi meminta Tuan Puteri Bongsu pada hari ketiga kerana sayang akan Awang Lutung dan akhirnya diterima oleh Tuan Puteri Bongsu tetapi mengikut syarat-syarat yang dikemukakan oleh Tok Raja Besar. Awang lutung menerima syarat tersebut dan pergilah dia berjumpa Nenek Kera Putih untuk mengasah giginya (ilmunya). Selepas itu, Awang Lutung mengunakan kesaktiannya untuk menakutkan Tok Raja Besar dan akhirnya berkahwinlah Awang dengan Puteri Bongsu. Sepanjang kehidupan mereka bersama pelbagai masalah dan rintangan yang mereka hadapi menyebabkan Awang Lutung dan Puteri Bongsu terpisah. Seterusnya, di pengakhiran cerita ini Awang Lutung dan Puteri Bongsu bertemu kembali dan kehidupan mereka kembali seperti sedia-kala.

Esoknya Awang Lutung suruh emaknya pergi minta Tuan Puteri Bongsu pula. Kata emaknya, “Aku tak ser pergi dah,aku tak tahan.” Jawab Awang Lutung, “Kalu emak tak ser pergi tak apalah, Mak duduklah di rumah, Biar hamba pergi sendiri.” Tetapi emak mana tidak sayang kepada anaknya. Jadi lama-lama Mak Da pun pergilah juga ke istana raja hendak minta Tuan Puteri Bongsu,

Berdasarkan cerita diatas dapat dilihat beberapa falsafah yang dapat diungkaikan dan dikupas maksud serta makna yang tersurat mahupun yang tersirat. Kupasan yang akan saya lakukan adalah berdasarkan potongan petikan yang saya lampirkan yang mempunyai falsafah

3

tersendiri bagi memahami perkara yang hendak ditonjolkan pengarang. Petikan tersebut mengisahkan tentang kesanggupan seorang ibu ( Mak Da Miskin ) dalam melayan kemahuan dan kerenah anaknya (Awang lutung ), walaupun permintaan anaknya itu ditentang serta tidak disenangi oleh ibunya. Hal ini kerana, perbezaan taraf dan darjat antara mereka sekeluarga dengan gadis ( Tuan Puteri ) pilihan anaknya untuk dijadikan pasangan hidup. Sungguh pun begitu, anaknya tetap berdegil mahu meneruskan hajat dihati dan sekiranya ibunya enggan pergi meminta Tuan Puteri maka dia sendiri akan pergi ke sana. Oleh itu, mahu tidak mahu ibunya pergi juga ke istana menghadap Tok Raja Besar meminta seorang demi seorang Tuan Puteri Sulung, Tuan Puteri Tengah dan Tuan Puteri Bongsu.

Sekiranya petikan ini hanya ditafsirkan mengikut pandangan mata kasar manusia sahaja maka individu tersebut akan hanya mampu memahami isi cerita ini secara tersurat sahaja. Individu yang ingin memahami isi yang tersirat disebalik petikan ini perlu melakukan penelitian dalam setiap perkara dan pelbagai aspek yang perlu difahami sendiri oleh individu itu. Takrifan falsafah bergantung kepada sudut pemikiran, pandangan, dan pegangan pentakrif itu sendiri. Oleh itu, setiap individu akan melahirkan falsafah yang berbeza-beza mengikut pandangan serta pemikiran kreatif dan kritis mereka. Ilmu falsafah ini merupakan suatu kajian atau penyelidikan yang berasakan renungan serta pentaakulan untuk merumukan sifat, hakikat dan kandungan yang di lihat secara keseluruhan terhadap data serta maklumat yang diambil daripada semua aspek.

Falsafah yang dapat diungkapkan mengenai petikan tersebut ialah falsafah mengenai “kasih sayang”. Konsep falsafah “kasih sayang” ini begitu luas maknanya, ianya tidak hanya

4

menjurus kepada manusia sahaja tetapi lebih daripada itu. Contohnya, terdapat kasih sayang antara haiwan dengan haiwan, manusia dengan haiwan, manusia dengan tumbuhan dan Tuhan dengan makhluk ciptaan-Nya. Haiwan merupakan salah satu makhluk ciptaan-Nya Kasih sayang dapat diertikan sebagai pelakuan dan perasaan yang tidak berbelah bahagi seseorang terhadap insan yang lain. Menurut takrifan Kamus Dewan Bahasa “kasih” bermaksud perasaan sayang terhadap seseorang atau sesuatu (cinta),manakala “sayang” bermaksud mengasihi atau mencintai. Selain itu, kasih sayang dapat digambarkan dengan kesanggupan dan kesabaran seseorang itu melayan dan berusaha menyempurnakan amanah dan tugasan yang dipikulnya. Contohnya, tugas seorang ibu dan bapa dalam menjaga serta mendidik anak-anak mereka agar menjadi insan yang berguna kepada keluarga, masyarakat, agama, bangsa, dan juga Negara.

Berdasarkan petikan dapat kita ketahui betapa kasihnya Mak Da Miskin terhadap Awang Lutung.

Kasih sayang yang dicurahkan Mak Da tidak pernah putus dan berbelah bahagi

terhadap Awang Lutung menunjukkan bertapa mulianya hati, perasaan serta kuatnya ikatan kasih sayang yang terjalin antara mereka walaupun anaknya merupakan seekor kera lutung. Selain itu, dapat dilihat dalam petikan ketabahan dan kesabaran Mak Da menghadapi makian, cacian dan penderaan Tuan Puteri Sulung, Tuan Puteri Tengah dalam menyempurnakan hajat Awang Lutung . falsafah “kasih sayang” ini juga dapat dilihat lahir dari diri Awang Lutung, apabila Awang Lutung menggunakan kemahiran dalam mengubati luka yang terdapat pada keseluruhan badan Mak Da akibat daripada perbuatan kejam Tuan Puteri Sulung dan Tuan Puteri Tengah. Keistimewaan yang terdapat pada Awang Lutung dengan pantasnya dapat menyembuhkan luka Mak Da seperti keadaan sediakala malahan lebih baik daripada keadaan sebelumnya. Hal ini, menunjukkan wujudnya kasih sayang antara Awang Lutung terhadap Mak Da.

5

Falsafah “kasih sayang” yang ada dalam Hikayat Awang Lutung ini bukanlah satu perkara yang tidak mempunyai hubung kait dengan hikayat tersebut. Agak sukar bagi seseorang individu untuk mengaitkan falsafah tersebut dengan hikayat yang dipilih ini jika seseorang individu itu tidak mendalami ilmu falsafah. Perkara ini terjadi kerana falsafah mengkaji perkara yang disebaliknya dengan cara yang mendalam. Apabila kita menyatukan semua petikan di atas, kita mampu menyimpulkan yang kasih sayang merupakan sesuatu yang penting dalam hidup seseorang.

Tanpa kasih sayang juga hidup manusia ini tidak akan lengkap kerana kasih

sayanglah yang menyemai dan menggambarkan diri kita serta menghubungkan diri kita dengan tuhan dan manusia yang lain.

Kesimpulannya, tanpa kasih sayang seseorang itu tidak akan sempurna kehidupannya. Perkara ini dapat membuktikan bahawa kasih sayang tidak akan pernah putus walau apa pun yang terjadi ke atas individu itu. Kasih sayang itu sendiri lahir secara semulajadi dalam diri manusia dan ia merupakan suatu anugerah dari Allah S.W.T yang begitu berharga serta bermakna kapada seluruh makhluk ciptaan-Nya. Sekiranya tiada kasih sayang dalam diri manusia maka kehidupan manusia akan hancur musnah hingga ke akhirnya.

Lampiran: AWANG LUTUNG Lalu Awang Lutung pun apabila mendengar pantun Tuan Puteri Bongsu itu maka dia pun baliklah ke rumahnya. 6

Tanya emaknya, “Mu pergi ke mana tadi Awang?” Jawab Awang lutung, “Hamba pergi duduk bermain dirumah Tok Raja Besar. Jadi hamba nak minta tolong mak pergilsh minta Tuan Puteri Sulong anak raja itu.” Emaknya terkejut sangatlah dan katanya, “Hai Awang! Aku tak werlah dengan anak raja-raja” Kata Awang Lutong, “Kalau mak tak ser pergi gak, biarlah hamba pergi sendiri.” Tetapi emaknya tidak sampai hati dengan anak, lalu dia pun pergilah ke balai raja, Langkah jarang-jarang, Lelah nyah, nyah! Pintas rantai mengambil tanjung. Lama-lama sampailah ke rumah raja, Kata raja, “Hei Mak Dah Miskin, mu mari ni kerja apa?” Jawab Mak Dah Miskin, “Hei tuanku, Minta ampun beribu ampun, Minta maaf beribu maaf, Tinggi gunung tinggi harap lagi, Lantai patah nk sulur, Atap tiris nak bubuh, Jadi Awang Lutong suruh mari minta Tuan Puteri Sulong.” Jawab Tok Raja Besar, “Perkara ni Mak Da pergi Tanya sendiri tuan punya hak sendirilah, Hamba tak dak apa-apa, hamba jong tanggung jadi wali saja.” Lalu Mak Da pun pergilah ke tempat Tuan Puteri Sulong duduk bertenun.

7

Tegur Tuan Puteri Sulong, “Hei Mak Da! Mak Da mari ni kerja apa?” “Hamba mari ni tuanku, Minta ampun beribu ampun, Minta maaf beribu maaf, Tinggi gunung tinggi harapan lagi, Lantai patah nak sulur, Atap tiris nak bubuh, Awing Lutong suruh mari minta Tuan Puteri Sulong.” Jawab Mak Da Miskin. Jawab kata Tuan Puteri Sulong, “Allah Mak Da, Siang sayur tak ukur dengan belanga, Potong baju tak ukur dengan badan.” Maka Tuan Puteri Sulong pun ambil hampas budu tohok ke atas kepala Mak Da. Lepas itu dia lepaskn pula anjing supaya hambat Mak Da hingga Mak Da kena kekah oleh anjing itu. Baliklah Mak Da sambil menangis teresak-esak kerana sakit sangat. Sanpai sahaja di rumah Awang Lutung pun tanya emaknya, “Bakpa yang mak teriak tu?” Jawab emaknya, tengoklah apa dah jadi pada rambut aku ni.” Kata Awang Lutung, “Mari sini mak, biar hamba tengok.” Maka Awang Lutung pun sapu buang hampas budu di kepala emaknya dan sekejap itu juga rambut emaknya yang beruban putih itu pun bertukar menjadi hitam berkilat. Kemudian dia sapu pula luka di kepala lutut bekas kena kekah oleh anjing gila tadi dan selepas itu luka itu pun sia lah; tidak ada apa-apa parut yang tinggal lagi. Esok pagi Awang Lutung suruh pula emaknya pergi minta Tuan Puteri Tengah pula Kata emaknya, “Hei Awang! Mak berasa malas pergilah.” Kata Awang lutung,

8

“Kalu mak tak ser pergi, biarlah hamba pergi.” Tetapi emaknya tidak sampai hati, lalu dia pun pergilah ke balai raja, Berjalan getek, Berlari getek, Pintas rantai, Pintas tanjung, Lama-lama sampailah ke balai raja, Kata Tok Raja Besar, “Mari kerja ap pulak Mak Da?” Jawab Mak Da, “Perkara ni tuanku, Harap ampun beribu ampun, Harap maaf beribu maaf, Tinggi gunung tinggi harap lagi, Lantai patah nak sulur, Atap tiris nak bubuh, Awang Lutung suruh mari minta Tuan Puteri Tengah.” Jawab raja, “Perkara ni Mak Da, Mak Da tak usahlah Tanya. Pergilah tanya Tuan Puteri Tengah sendiri, Hamba jong menanggung wali sahaja.” Maka pergilah Mak Da Miskin berjumpa dengan Tuan Puteri Tengah, tegur Tuan Puteri Tengah, “Mak Da mari ni apa pekerjaan?” Jawab Mak Da, “Perkara ni tuanku, Minta ampun beribu ampun, Minta maaf beribu maaf, Tinggi gunung tinggi harap lagi,

9

Lantai patah nak sulur, Atap tiris nak bubuh, Awang Lutung suruh hamba mari minta Tuan Puteri Tengah.” Jawab Tuan Puteri Tengah, “Allah Mak Da potong baju tak ukur dengan badan, Siang sayur tak ukur dengan belanga, nanti lah dulu Mak Da.” Maka Tuan Puteri Tengah pun ambil hati abu atas dapur hak yang panas-panas lagi dan dia tohok arang ke atas kepala Mak Da. Lalu Mak Da pun lari dan ketika itu juga anjing gila hari ini mengejar dia dari belakang. Hari ini pun Mak Da kena kekah oleh anjing gila serupa kelmarin juga. Sampai di rumah Awang Lutung pun tanya, “ Apa pasal ni mak?” Jawab emaknya, “Tengoklah apa telah jadi di atas diri aku ni, Habis dah kena abu panas atas dapur, Tuan Puteri Tengah tohok ke atas kepala aku.” Kata Awang Lutung, “mari sini mak, biar hamba tengok.” Mak Da pun pergilah dekat Awang Lutung. Lalu Awang Lutung pun sapu kepala emaknya ketika itu juga kelihatan rambut emaknya bekilat berseri-seri. Begitu juga dengan luka bekas kena kekah oleh anjing pun dia sapu juga. Luka itu pun sialah pulih serupa sedia kala, tidak jejas sedikit pun. Esoknya Awang Lutung suruh emaknya pergi minta Tuan Puteri Bongsu pula. Kata emaknya, “Aku tak ser pergi dah,aku tak tahan.” Jawab Awang Lutung, “Kalu emak tak ser pergi tak apalah, Mak duduklah di rumah, Biar hamba pergi sendiri.” Tetapi emak mana tidak sayang kepada anaknya. Jadi lama-lama Mak Da pun pergilah juga ke istana raja hendak minta Tuan Puteri Bongsu, Berjalan getek, Hongga getek, 10

Pintas tanjung mengambil lintang Maka sampailah ke balai raja. Tegur Tok Raja Besa, “Mak Da mari kali ni kerana apa pula?” Jawab Mak Da,

“Perkara ni tuanku, Minta ampun beribu ampun, Minta maaf beribu maaf, Tinggi gunung tinggi harap lagi, Lantai patah nak sulur, Atap tiris nak bubuh, Awang Lutung suruh hamba mari minta Tuan Puteri Bongsu.” Jawab Tok Raja Besar, “Perkara ni Mak Da, Mak Da Pergilah tanya Tuan Puteri sendiri, Tak boleh nak kata apa.” ……..Bersambung……

Sumber rujukan

Awang sariyan. 2008. Falsafah dan logika melayu. Selangor : Synergate Sdn. Bhd Dr. Liaw Yock Fang. Sejarah Melayu Klasik. Pustaka Nasional : Pte Ltd Singapura. 11

Hashim Haji Musa. 2001. Falsafah, logik, teori nilai, dan etika Melayu. Selangor : Akademi Pengajian Melayu. Ismail Hamid. 1982. Asas kesusateraan Islam. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Al-Ghazali. 1996. A studyIslamic Epistemology. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. http://ms.wikipedia.org/wiki/Hikayat

12

Related Documents

Awang Lutung
October 2019 46
Cerita Awang Lutung
October 2019 45
Usman Awang
April 2020 27
Panglima Awang
November 2019 20
Hashim Awang
October 2019 52

More Documents from "Muh. Iman Mustafa"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48