Hamzah Fansuri

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hamzah Fansuri as PDF for free.

More details

  • Words: 919
  • Pages: 6
UNIVERSITI MALAYA

JXEA1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU

TOKOH FALSAFAH: HAMZAH FANSURI

NAMA NO MATRIK FAKULTI

: NORDAYANA BINTI HAMZAH : JEA080088 : AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

PENGENALAN

Tokoh yang saya pilih untuk tugasan krusus JXEA1104 Falsafah dan Logika Melayu ialah seorang sufi dan ulama terkenal iaitu Hamzah Fansuri. Nama sebenar Hamzah Fansuri ialah Syeikh Hamzah Fansuri. Beliau berasal daripada perkampungan yang terletak diantara Kota Singkel dengan Gosong Telaga (Acheh Selatan). Hamzah Fansuri lahir pada tahun 1550 dan meninggal dunia pada1600M. Beliau banyak mengunjungi negeri-negeri asing untuk belajar dan menuntut ilmu seperti ke Siam, Banten, Mekah, India, Parsi dan Arab. Hamzah Fansuri dikatakan sangat mahir dalam ilmu fikh, tasawuf, falsafah, mantik, ilmu kalam, sejarah, sastera dan lain-lain serta fasih berbahasa Urdu, Parsi, Melayu dan Jawa. Beliau juga memegang aliran “wahdatul wujud” iaitu suatu aliran yang berfahaman “wujudnya Allah serta segala kejadian yang wujud itu sebenarya Tanazulat Zat serta sifat-sifat Allah”. Hamzah Fansuri juga berperanan besar dalam kesusasteraan Melayu terutamanya kesusasteraanIslam.

Beliau juga merupakan pelopor sastera melayu moden kerana

penggunaan bahasa yang sistemis dan rasional dalam penulisannya. Antara karya-karya terkenal Hamzah Fansuri ialah Syarbul ‘Asyikin atau Zinatul Muwahhidin, Ruba’I Hamzah Fansuri, Kitab Fi Bayani Ma’rifah, Syair Si Burung Pugguk, Syair Perahu dan Syair Dagang.

Daripada pengenalan latar belakang Hamzah Fansuri ini, bakal

dilanjutkan pula tentang kupasan falsafah yang dipegang oleh Hamzah Fansuri.

Falsafah Hamzah Fansuri Falsafah yang dilontarkan oleh Hamzah Fansuri ialah falsafah ketuhanan.

Falsafah

ketuhanan dapat dilihat melalui karya-karya penulisan beliau. Melalui suatu aliran dalam tasawuf iaitu aliran wahdatul wujud dapat dilihat pemahaman tentang ontologi wujudiah, iaitu mengenai kewujudan Tuhan. Hamzah Fansuri banyak menerangkan tentang metafizik ketuhanan, iaitu hakikat ketuhanan. Hamzah Fansuri dalam risalah tasawufnya iaitu, Syarab al-Asyikin menerangkan tentang zat Tuhan, Hamzah menyebut Zat Tuhan sebagai La ta ’ayyun kerana akal fikiran, perkataan, pengetahuan dan makrifat manusia tidak akan sampai kepada-Nya. Kenyataan Hamzah Fansuri ini bertepatan dengan hadis Nabi, (“fikirkan apa sahaja yang diciptakan Tuhan, tapi jangan fikirkan Zatnya”). Selama mana kita menggunakan akal fikiran maka terhentilah akal pada Zat wajibul wujud. Sesungguhnya falsafah ialah pengetahuan kepada sekadar yang termampu oleh insan.

Kupasan Dalam islam kita wajib percaya Allah itu wujud. Wujud hakiki hanya dikenakan kepada Allah, sedangkan wujud yang dimiliki makhluk bukan wujud hakiki. Adanya Allah itu bukanlah ia dijadikan ataupun ia menjadikan diri-Nya sendiri dari tiada kepada ada, akan tetapi adanya Allah itu tidak bermula dengan tiada dan tidak berakhir dengan tiada. Dalam Islam adalah wajib mentauhidkan Allah atau mengesakan Allah iaitu, percaya Allah itu satu

kerana ilmu ini dapat menghindarkan diri daripada syirik.

Sempurnanya islam kerana Tuhan Islam itu sifatnya esa.

Sifat tersebut sekaligus

mengangkat Allah sebagai Tuhan semesta alam. Hakikat ini sering diperingatkan dalam

kehidupan seharian iaitu apabila kita lafazkan dalam sembahyang iaitu, saat membaca surah Al-fatihah ayat satu, “segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam”. Agama Islam meletakkan akal manusia begitu tinggi iaitu, Sebagai asas aqidah dan pertanggugjawapan manusia. Pengunaan akal merupakan asas berfalsafah, oleh itu Islam mewajibkan penggunaan akal dalam segala hal bersangkutan dengan aqidah dan syariah Rasulullah s.a.w. Sebagai sumber epistimologi Al- Quran menyeru manusia menyelidik sekalianyang yang ada dilangit dan bumi serta yang ada pada diri manusia sendiri untuk mengetahui metafizik segala kejadian. Doktrin falsafah dalam al-Quran ada mengariskan aspek-aspek yang berkaitan hakikat muktamat (Allah dan sifat-sifat Nya), Tuhan dan alam, hubungan manusia dan Tuhan. Jelas bahawa cakupan falsafah islam tidak terkeluar daripada perkara-perkara dasar yang berkaitan dengan aqidah. perkara asas dalam akidah adalah seperti yang terkandung dalam rukun iman dan rukun islam. Teori tentang teologi dan metafizik hakikat kewujudan Tuhan, hakikat kewujudan makrokosmos dan mikrokosmos dan hubungannya dapat dilihat dalam risalah tasawuf Asrar al-Arifin (Rahsia Ahli makrifat) syair lima belas. Berdasarkan syair ke lima belas, kewujudan Tuhan yang tidak terhingga itu diibaratkan sebagai lautan dalam(al-bahr), ianya juga mengandungi

kejadian atau

penciptaan alam semesta sebagai panggung manifestasi Tuhan dan kemahakuasaan-Nya. Kata Laut dan ombaknya yang digunakan untuk menjelaskan tentang dekatnya manusia dengan Tuhan, kerana ia lebih dekat kepada manusia berbanding urat leher manusia sendiri. Allah itu maha “esa” yang bermaksud keterpautan atau ketidakpisahan alam secara hakiki dengan Tuhan atau boleh dikatakan sebagai teologi iaitu berkeyakinan bahawa sesuatu kejadian lain, bukan oleh hukum sebab akibat, melainkan semata mata oleh tujuan yang sama.

Apabila Allah berkehendak kepada sesuatu maka dia pun berkata ‘jadilah kau’. Maka segala itu pun tercipta. Allah itu mampu

mewujudkan seluruh alam dan dia

sentiasa mencipta (tiada kesudahan). Dengan sifat Qudrat (kuasa) Allah Ta’alla memberi bekas bagi menjadikan sesuatu di alam ini. Hubungan alam tabii memperlihatkan suatu susunan yang rasional yang dapat dijelaskan alam secara menghubungkannya dengan operasi akal yang disebut logos. Logos ini dikenal juga sebagai Tuhan. Akal atau fikiran manusia adalah pancaran bahagian Tuhan yang menguasai dan mengatur alam semesta. Falsafah dapat mengkaji hakikat manusia dan hakikat alam kerana ada hubungan logos dan kosmos. Kesimpulannya, Hamzah Fansuri merupakan seorang tokoh yang banyak menyumbang kepada perkembangan sastera islam, terutamanya dalam penulisan risalah tasawuf. Falsafah ketuhanan yang dipaparkan dalam karya-karya Hamzah Fansuri dapat memantapkan, mengukuhkan, dan menjelaskan hal-hal agama islam dan dapat mendalami Yang Maha Esa, ini bertepatan dengan kata philosophia iaitu cinta akan hikmah.

Sesungguhnya Hamzah

berusaha menguraikan ontologi segala kewujudan

sekadar yang termampu oleh insan.

BIBLIOGRAFI Abdul Hadi W.M. 2001. Tasawuf Yang Tertindas Kajian Hermeuitik terhadap Karya-karya Hamzah Fansuri. Jakarta ; Paramadina.

Awang Sariyan. 2007. Falsafah Dan Logika Melayu. Selangor ; Synergymate Sdn .Bhd. HashimMusa. 2001. Falsafah ,Logik, Teori, Nilai Dan Etika Melayu Suatu Pengenalan. Akademi Pengajian Melayu ;Universiti Malaya. Jihad. 2005. Tauhid Dalam Tasauf. Kuala Lumpur ; Edaran Proaktif Sdn Bhd. Wan Mohd Shaghir Abdullah. 1996. Tafsir Puisi Hamzah Fansuri Dan Kaya-karya Shufi. Kuala Lumpur ; Khazanah Fathaniyah.

Related Documents

Hamzah Fansuri
May 2020 25
Hamzah Fansuri
October 2019 25
Hamzah Fansuri
October 2019 37
Hamzah Fansuri
October 2019 33
Hamzah
April 2020 20
Saidina Hamzah
April 2020 18

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48