Hamzah Fansuri

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Hamzah Fansuri as PDF for free.

More details

  • Words: 1,001
  • Pages: 7
KERJA KURSUS FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH : HAMZAH FANSURI

NAMA: FARSIHAH BINTI HANIKAL NO. PENDAFTARAN: JEA080018 NO.I/C: 880518-52-5783 NAMA PENSYARAH: DR. AMRAN BIN MUHAMMAD NAMA TUTOR: CIK SITI HADIJAH BINTI ABD RAHMAN

AKADEMI PENGAJIAN MELAYU

TOKOH FALSAFAH DAN FALSAFAHNYA PENGENALAN Perkataan falsafah mengandungimengandungi gabungan dua perkataan iaitu “philo” bermaksud “cinta” dan “sophia” bermaksud “kebijaksanaan”. Oleh yang demikian falsafah boleh ditakrifkan sebagai “cinta akan kebijaksanaan”. Namun menurut seorang lagi tokoh falsafah Yunani, beliau telah memperincikan maksud falsafah dengan menegaskan falsafah ialah meneliti hakikat yang mendasari sesuatu benda atau perkaradi sebalik sifat luarannya dengan erti kata lain apa sebenarnya menjadi asas dan inti pati pembentukan sesuatu benda atau perkara. Namun begitu, satu takrif kerja boleh dibuat tentang falsafah adalah satu penyelidikan atau pengajian ilmu yang berasaskan renungan dan pentaakulan untuk merumuskan sifat, hakikat dan kandungan alam wujud atau alam semesta dilihat secara keseluruhan sebagai satu kesatuan berdasarkan penilitian dan pengkajianterhadap data dan fakta yang diambil daripada semua aspek alam wujud ataupun alam semesta. Salah seorang ahli falsafah yang terkenal dengan pemikiran dan penilitian yang berasaskan keagamaan dan ketuhanan juda seorang pelopor tasawwuf falsafah nusantara yang terkenal iaitu Hamzah Fansuri, beliau dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor di Sumatera Utara. Bagi menambahkan ilmu yang sedia ada Hamzah Fansuri telah mengembara ke Mekah, Madinah, Baghdad dan Pahang. Selain itu, beliau juga menguasai bahasa Arab, Parsi dan bahasa Melayu yang menjadi bahasa ibundanya. Bahasa Melayu yang digunakan memperlihatkan bentuk seperti bahasa Melayu yang digunakan pada masa kini.

HAMZAH FANSURI DAN BIDANG FALSAFAHNYA Pada hayatnya, Hamzah Fansuri merupakan pengembang tereket wujudiyah. Beliau juga beranggapan segala makhluk itu pada asasnya esa kerana wujud daripada daripada zat Allah S.W.T. Namun Hamzah Fansuri terpengaruh dengan Ibn Arabi ahli tasawwuf yang mashyur pada abad ke-12 dan ke-13. Hamzah Fansuri melalui pemikirannya tasawwufnya juga mengatakan hanya satu sahaja yang wujud sebenarnya. Dialah hakikat atau asal segala yang maujud (yang wujud) dari bukti-bukti yang lain. Hakikat atau wujud ini boleh dianggap sebagai Allah (zat ketuhanan) atau fenomena (alam) dengan zat ghaib itu dizahirkan. Namun, Hamzah Fansuri juga dalam kupasan ilmu tasawwufnya mengatakan tiada penciptaan dalam masa atau waktu. Penzahiran atau menifestasi diri ketuhanan itu ialah proses yang berterusan tanpa hentinya. Meskipun bentuk ala mini bertukar dan berlaku serta sentiasa diperbaharui namun pada zat atau hakikatnya alam itu adalah bersama dan kekal dengan Allah. Tiada masa atau waktu apabila ala mini tidak wujud secara keseluruhannya dalam ilmu Allah. Alam ini ada kekal dengan Allah dalam ilmunya. Allah itu tasybih perserupaan melalui pengertian bahawa ia zahir dalam wajah yang terhad dalam bentuk fenomen atau alam maya ini. Di samping itu ia juga tanzih penyucian dengan pengertian Dialah zat mutlak melampaui segala penzahiran, ibadat bagi Yang Maha tinggi dari segala menifestasinya.

Zat semata ( kunhi zat ) itu tidak dapat diketahui. Allah saja yang tahu. Allah memperkenalkan diri-NYA kepada kita melalui nama sifat-NYA seperti yang tersebut dalam Al-Quran. Sifat-sifatnya Allah itu bertentangan antara satu sama lain. Perbezaan inilah yang merupakan alam maya ini, tanpa perbezaan dan pertentangan itu tidak dapatlah kita membezakan buruk dengan baiknya dan tidak dapatlah kita mengetahui baik mutlak. Dalam bidang hakikat, tiada apa yang dikatakan buruk. Melalui satu hadis yang diperkatakan oleh Hamzah Fansuri iaitu, ‘Aku jadikan makhluk supaya Aku dapat dikenal’ Apa yang terkandung dalam ilmu Allah itu dizahirkan dalam alam semesta raya ini dan dalam diri manusia. Akal ketuhanan yang mengatur dan menggerakkan alam semesta raya ini iaitu sebagai ‘logo’ atau zat hidup yang ada dalam alam menzahirkan diri-NYA sepenuhnya dalam ‘insan kamil’ (manusia yang sempurna). Insan kamil yang sebenarnya ialah hakikat atau ‘Nurul Muhammadi’. Cahaya-NYA bersinar pada diri anbiya dari Adam hingga Muhammad S.A.W dan juga para auliya’ sebagai warisan Nabi Muhammad S.A.W. Anbiya dan auliya’ adalah para insan kamil. Mereka ini menyedari keesaan mereka dengan tuhan. Insan kamil itu adalah bayangan atau penzahiran Allah. Hamzah Fansuri sememangnya tinggi dengan falsafah ketuhanannya melalui ilmu tasawwuf yang dipeloporinya. Beliau amat mendalami ilmu ketuhanan melalui akal dan kalbu yang berpandangan luas dan jauh.

Hamzah Fansuri menegaskan bahawa wujud Allah dan wujud alam adalah esa. Namun wujudnya alam bagi Hamzah Fansuri hanyalah seperti baying-bayang yang ada pada cermin ataupun dikenali sebagai wujud wahmi. Wujud wahmi ini bermaksud wujud tetapi pada hakikatnya tiada. Menurut beliau wujudnya ala mini kerana Allah dan zatNya. Melalui simbol baying-bayang pada cermin itu, Hamzah Fansuri menjelaskan Hubungan timbal balik antara Allah dan alam seperti dalm ajaran penciptaannya. Alam yang dimaksudkan adalah meliputi manusia, haiwan, tumbuhan dan segala makhluk yang dicipta oleh-Nya di muka bumi ini. Menurut beliau lagi, sega;la makhluk pada asas esanya, wujud daripada zat Allah. Selain itu, beliau juga menyebut tentang buruknya perbuatan maksiat, serta adanya hisab yang akan dilakukan pada setiap perbuatan yang dilakukan oleh setiap insan pada hayatnya di dunia ini. Dalam puisi Hamzah Fansuri memisalkan para makhluk sebagai ombak dan tuhan sebagai air falsafah yang tersirat di sebalik puisi yang dihasilkan adalah ombak asalnya daripada air, kekal dengan air dan akan kembali kepada air. Ia menerangkan bagaimana hubungan antara para makhluk dan kewujudan dari zat tuhan tidak dapat dipisahkan daripada penciptanya.

KESIMPULAN Kesimpulan daripada tokoh falsafah Hamzah Fansuri adalah bagaimana aliran pemikiran tasawwuf wujudiyah yang dipelopori beliau mengangkat beliau menjadi para pemikir yang disegani. Namun, sehingga kini puisi-puisi yang dihasilakan sukar untuk diketahui makna yang tersirat di sebaliknya kerana Hamzah Fansuri mempunyai tahap pemikiran yang hebat. Beliau menggunakan hubungan alam dengan manusia,alam dengan tuhan serta menusia dengan tuhan didalam setiap hasil karyanya. Contohnya syair Perahu, Rubayat dan sebagainya. Apa yang diketengahkan dalam puisi beliau adalah sangat kompleks dan sukar untuk diterjemahkan dengan kata-kata. Namun aliran pemikirannya sangat mantap dan masih lagi dikaji hingga hari ini oleh para sarjana dan mereka yang ingin mengetahui rahsia Hamzah Fansuri yang mengangkat martabat islam di Asia pada tahap yang lebih tinggi setanding dengan bijak pandai dan ahli falsafah barat.

RUJUKAN 1. http://www.google.com.my 2. http://www.yahoo.com.my 3. Falsafah dan logika melayu (Prof. Dr. Awg. Sariyan-Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya) 4. Falsafah dan logika melayu (Hashim bin Haji Musa-Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya) 5. Sejarah Kesusasteraan Melayu (Prof. Madya Dr. Zahir Ahmad-Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya)

Related Documents

Hamzah Fansuri
May 2020 25
Hamzah Fansuri
October 2019 25
Hamzah Fansuri
October 2019 37
Hamzah Fansuri
October 2019 33
Hamzah
April 2020 20
Saidina Hamzah
April 2020 18

More Documents from ""

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48