GEOGRAFI FIZIKAL TAJUK: HAKISAN TANAH AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD FAIZAL BIN CHE NAT NURUL HAFIZAH BINTI KHMIS NADHIRAH AMANINA BINTI ABDUL KARIM SITI ASMIRA BINTI JUSOH
HAKISAN TANAH Maksud hakisan tanah Proses penghausan atau pengukiran permukaan bumi yang melibatkan pemindahan bahan oleh agen-agen hakisan seperti air hujan, air mengalir,angin, ombak, glsier tu dan lainlain lagi..
JENIS-JENIS HAKISAN HAKISAN PERCIKAN -Giat berlaku di permukaan cerun yang terdedah iaitu tiada litupan bumi.Proses hakisan lebih giat sekiranya lapisan tanihnya kering dan longgar. -Titik-titik hujan yang mula-mula jatuh berupaya mengorek lalu menerbangkan sebahagian daripada butiran tanah. -Hakisan jenis ini hanya giat pada awal fenomena hujan kerana hujan yang berterusan akan melembapkan partikel-partikel tanah. -Lapisan tanah yang lembap tidak boleh mengalami hakisan percikan.
HAKISAN RILL -Giat berlaku di permukaan cerun-cerun gunung dan bukit akibat aliran permukaan.Lama –kelamaan aliran air permukaan ini dapat mengguris lekukan yang halus di permukaan bumi. -Aliran pada rill hanya giat pada ketika hujan.Mengikut masa bentuk rill akan didalamkan oleh aliran air membentuk gulli.
CARA-CARA HAKISAN TINDAKAN HIDRAUL
Melibatkan penyerbuan dan hempasan yang mengalir ke dalam struktur batuan yang lemah seperti rekahan, retakan dan lubang ditebing dan dasar sungai.
Hakisan ini amat berkesan apabila halaju air adalah tinggi. Mencungkil keluar butiran batuan daripada struktur batuan yang lemah.
Aliran air yang deras akan menghasilkan kuasa yang kuat untuk melakukan hakisan ini.
Hakisan ini giat berlaku dikawasan hulu di bahagian air terjun,jeram, lubang periuk.
PROSES LELASAN/LILIRAN
Melibatkan kegiatan geselan antara muatan sungai dan air sungai terhadap tebing dan dasar sungai.
Proses lelasan dapat melicinkan permukaan batuan yang berbucu tajam kepada yang lebih bulat.
Bekalan muatan bergantung kepada keberkesanan proses-proses luluhawa dan pergerakan jisim disepanjang lurah sungai. Lelasan boleh mendalam dan melebarkan alur sungai.
PROSES LAGAAN
Merujuk kepada pergeselan antara batuan atau muatan sungai itu sendiri apabila berlaga sesama sendiri semasa pengalirannya.
Ketulan batuan besar boleh mengalami penghausan sehingga menjadi kumin- kumin batuan yang kecil apabila mengalami proses lagaan.
PROSES LARUTAN
Air sungai bertindak balas secara kimia terhadap batuan.
Amat bekesan di lurah sungai yang terdapat di kawasan batuan lemah seperti batu kapur, dolomit atau batuan mudah lerut seperti yang berunsur kalsium, natrium’sulfat atau klorida.
FAKTOR-FAKTOR HAKISAN TANAH IKLIM
Hujan yang lebat menyebabkan isipadu air meningkat dan menyebabkan kadar hakisan sungai meningkat dan menyebabkan air mengalir laju.
Kawasan iklim panas– isipadu dan halaju air dalam lembangan saliran akan berkurangan menyebabkan kadar hakisan berkurangan.
GEOLOGI BATUAN
Struktur batuan yang berbeza dari segi kekerasan, tekstur dan lain-lain.
Contoh, batu kapur atau batu yang lembut atau berstruktur lemah,hakisan mudah berlaku berbanding pada batuan yang berstruktur kuat atau keras.
Menyebabkan lembah sungai menjadi lebar dan luas.
PERINGKAT SUNGAI
Peringkat hulu- halaju air adalah deras. Ianya bergantung pada kecerunan dasar sungai. Giat berlaku di hulu sungai berbanding di kawasan hilir sungai.
LITUPAN BUMI
Tebing sungai yang dilitupi tumbuhan yang padat akan menghalang hakisan berlaku dengan giatnya. Akar pokok mencengkam tanah—berfunsi memegang struktur tanah supaya menjadi kemas. Dahan yang condong melambatkan pergerakan air .
AKTIVITI MANUSIA
Tindakan manusia boleh meningkatkan atau mengurangkan kadar hakisan.
Pembinaan petempatan,jalan raya,pelabuhan dan sebagainya.Pembinaan seperti ini akan melonggarkan struktur batuan atau tanih kepada proses.proses pergerakan jisim dan seterusnya oleh agen-agen laut seperti ombak dan air pasang surut.
LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN HAKISAN TANAH 1)Perhutanan semula -penanaman benih-benih pokok hutan yang cepat membesar . -perhutanan semula dapat mengurangkan hakisan permukaan dan hakisan percikan dari air larian permukaan dan titisan air hujan.
-litupan bumi juga bertindak sebagai span kerana akarakar pokok menyerap air hujan.Ini secara tidak langsung mengurangkan air larian permukaan.
2)Pembinaan teres di lereng bukit -cerun-cerun bukit atau gunung yang telah ditarah untuk tujuan pembinaan seperti jalan raya,lereng-lerengnya seharusnya diteres mengikut garis kontur cerun. -pada setiap teres, tumbuhan tutup bumi ditanam untuk mengurangkan kesan air larian.Sistem peneresan ini juga dapat nengawal proses hakisan berlaku secara berleluasa.
3)Pembinaan longkang dan parit -pembinaannya di cerun-cerun curam juga boleh mencegah kejadian hakisan permukaan. -Air larian permukaan yang berlebihan ini sekiranya dapat mengalir dalam sistem parit dan longkang maka kadar resapan air dalam tanah dapat dikurangkan. -ini mengelakkan lapisan tanah dari menjadi berat lalu terhakis oleh aliran air permukaan.
4)Penyimenan permukaan cerun atau permukaan bukit. -Ini dapat mengatasi proses hakisan oleh air larian permukaan. -Faedahnya ,kaedah ini seringkali digunakan di lerenglereng bukit di sepanjang Lebuhraya Utara Selatan. 5)Pembinaan benteng konkrit -Di tebing-tebing sungai pula hakisan tebing boleh diatasi dengan membina benteng konkrit. -Benteng dapat mengawal cara-cara hakisan terutama hidro dan hakisan jenis melebar.
KESAN-KESAN HAKISAN TANAH KESAN FIZIKAL 1)Tanah runtuh 2)Populasi haiwan dan tumbuhan dalam hutan terancam 3)Sungai menjadi cetek 4)Populasi hidupan akuatik musnah
KESAN KE ATAS MANUSIA 1)Penempatan terganggu 2)Berlaku krisis bekalan air 3)Kegiatan pertanian tidak dapat dijalankan 4)Aktiviti pelancongan dan rekreasi terjejas
SEKIAN, TERIMA KASIH