Tanah Wetland)

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tanah Wetland) as PDF for free.

More details

  • Words: 1,857
  • Pages: 13
Keunikan Tanah Bencah Sabtu, 2009 Mac 28

Tasik Bera,merupakan tanah bencah semulajadi yang mempunyai pelbagai flora dan faunanya. Sumber Malaysia site

Tanah Bencah....merupakan soalan yang ditanya pada bahagian B,iaitu soalan esei laras sains Pengajian Am Kertas 2 tahun 2008.Pada saya soalan ini nampak seperti mudah tetapi memerlukan pembacaan serta pemahaman yang meluas tentang tanah bencah. Tanah bencah merupakan kawasan daratan dan kawasan berair yang bertemu.Kawasan tanah bencah sentiasa bertakung airnya sepanjang tahun.Mengikut Persidangan Ramsar(Sambutan Hari Tanah Lembap Sedunia),tanah bencah merupakan kawasan seperti paya ,paya gambut,kawasan berair sama ada buatan manusia atau semulajadi,bersifat kekal atau sementara dengan air mengalir atau bertakung,air payau atau air masin termasuklah air yang kedalamannya tidak melebihi 6 meter semasa air surut.( Definisi Persidangan Ramsar di Iran tahun 1971,Malaysia bermula pada tahun 1995 dengan Tasik Bera Pahang merupakan lokasi pertama pertama diisytiharkan sebagai kawasan Ramsar atau bencah pertama negara.)

Kawasan sawah padi merupakan kawasan yang kaya dengan tanih aluvium,tanih paling berkualiti dan sesuai untuk tanaman padi sawah. Sumber dbins.fotopages.com

Tanah bencah terdiri dari tanah bencah semulajadi serta tanah bencah buatan manusia.Antara tanah bencah semulajadi di Malaysia melibatkan Tasik (seperti Tasik Bera dan Tasik Cini ),Sungai,Kuala (contohnya Kuala Gula di Perak ), paya gambut( contoh popular seperti Paya Indah Wetlands di Selangor) serta delta( seperti Delta Rajang di Sarawak,iaitu sungai Rajang). Manakala tanah bencah buatan yang popular ialah seperti empangan seperti empangan Kenyir,kawasan sawah padi seperti di Kedah,Perak dan Selangor.

Tasik Kenyir merupakan tanah bencah buatan popular di negara kita.

Paya gambut,Paya Wetlands Selangor merupakan tanah bencah yang menarik di Selangor.Sumber Worldisround.com

Tanah bencah mempunyai sifat ekologi yang sangat dinamik,malahan kepelbagaian biodiversiti juga terdapat di sini.Peranan tanah bencah sangat rapat dengan ketamadunan manusia iaitu melibatkan sumber air dan makanan.Malahan membuktikan kewujudan negara atau kerajaan purba seperti di Mesir,China ,India malahan Malaysia sendiri di dirikan serta maju di kawasan muara sungai( kawasan tanah bencah la tu ..) Antara fungsi atau kepentingan tanah bencah ialah •

Sumber Air

Tanah bencah sebenarnya merupakan sumber air kepada hidupan secara langsung atau tidak langsung.Tanah bencah menyediakan air yang boleh terus diambil,malahan kawasan tanah bencah juga berkait rapat dengan sumber air seperti air perigi.Tanah bencah menyediakan sumber air utama pada air bawah tanah atau akuifer.Tasik juga membekalkan air kepada penduduk sekitarnya seperti di Pahang. •

Kawalan Banjir

Tanah bencah sebenarnya mampu memerangkap air sewaktu banjir dan membantu melindungi kawasan rendah daripada di landa banjir.Oleh kerana tanah bencah merupakan kawasan yang rendah maka tahap takungan airnya tinggi.Walaupun sudah berair...banyak tempat tanah bencah sekadar mempunyai air yang minimum sahaja dan mampu menampung air pada waktu hujan lebat. •

Memerangkap sedimen

Tanah bencah berfungsi seolah-olah sebagai filter yang boleh memerangkap sedimen seperti kelodak yang melaluinya sebelum menuju ke laut.Malahan fungsinya yang unik ini bagi paya bakau merupakan penambak laut semulajadi.Sedimen serta kelodak yang terperangkap bertahun-tahun lamanya membolehkannya tanah daratan bertambah luas. •

Kawalan nutrien dan kawalan bahan pencemaran

Ekosistem tanah bencah yang unik berupaya memerangkap nutrien dan mengawal kandungan nutrien di dalam air.Kewujudan tanah aluvium,sebagai tanah terbaik untuk penanaman padi sawah seperti di Delta Kedah dan Delta Kemubu Kelantan merupakan kawasan bencah yang terkenal sebagai kawasan penanaman padi di Malaysia yang mempunyai tanih aluvium yang sangat subur untuk padi sawah..Sesetengah tumbuhan di kawasan tanah bencah mampu menyerap serta menapis bahan pencemar yang melaluinya. •

Pelindungan Pinggir Pantai

Tanah bencah melindungi pinggir pantai daripada mengalami proses hakisan yang serius.Malahan tanah bencah juga merupakan penebat tenaga angin untuk menyerap tenaga angin ketika berlakunya ribut di pinggir pantai.Malahan dikatakan jika sepanjang pantai di Banda Acheh tanah bencahnya tidak diganggu untuk membangunan,tanah bencah yang dipenuhi dengan pokok bakau mampu menyerap hentaman tsunami sebanyak 30%.

Pokok Bakau di Trong Perak.



Habitat kehidupan atau flora dan fauna.

Tanah bencah juga merupakan habitat bagi kehidupan seperti ikan burung serta manusia.Kepelbagaian kehidupan ini serta tumbuhannya menjadi daya tarikan untuk haiwan mendiami kawasan tanah bencah.

Burung,antara hidupan unik di tanah bencah.Sumber Cuti Malaysia



Biodiversiti

Tanah bencah merupakan kawasan pertemuan antara ekosistem daratan dengan ekosistem akuatik yang mempunyai kepelbagaian hidupan berinteraksi antara satu sama lain. Tanah bencah merupakan khazanah daipada tuhan yang sangat bernilai kepada kita semua.Banyak tanah bencah telah diubah suai atau ditebus guna untuk kegiatan ekonomi terutamanya.Kawasan tanah bencah yang diwartakan sebagai tanah bencah simpan perlu supaya generasi akan datang dapat mengenali tanah bencah serta fungsinya di masa akan dating

Pokok Bakau Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar

Pokok Bakau

Pengelasan saintifik Alam: Tumbuhan Spesies: R. stylosa

Hutan paya bakau - akar bakau

Hutan paya bakau - akar-akar cerancang

Hutan paya bakau - batu karst

Hutan paya bakau - biawak air

Hutan paya bakau - ditebang

Hutan paya bakau - habitat helang merah

Hutan paya bakau - hutan simpan Kisap Langkawi

Hutan paya bakau - lang langkawi

Hutan paya bakau - pokok bakau

Hutan paya bakau - pokok mati

Isi kandungan [sorok]

• •

1 Lokasi 2 Keluasan 3 Hutan Bakau Simpan Matang 4 Nilai ekologi 5 Masalah hutan bakau 6 Kepelbagaian biologi o 6.1 Habitat bakau o 6.2 Hidupan hutan bakau o 6.3 Burung 7 Kegunaan Hutan Bakau 8 Lihat juga



9 Pautan luar

• • • • • •

[sunting] Lokasi Hutan bakau di Malaysia hidup subur di muara dan delta yang terlindung.

[sunting] Keluasan Terdapat 586,036 hektar hutan bakau di Malaysia; • • •

57 % di Sabah 26 % di Sarawak 17% di Semenanjung Malaysia.

Pulau-pulau berhampiran pantai yang paling banyak ditumbuhi bakau ialah 6 buah pulau yang merangkumi gugusan Pulau Klang dan Pulau Kukup di Johor. Sabah mempunyai kawasan bakau terbesar berbanding dengan negeri-negeri lain di Malaysia. Hutan Bakau Simpan yang telah digazetkan diuruskan oleh Jabatan Perhutanan untuk pengeluaran kayu secara mapan. Pada masa ini Malaysia mengamalkan sistem penebangan secara clear-felling mengikut giliran iaitu dalam jangka masa 20 hingga 30 tahun.

[sunting] Hutan Bakau Simpan Matang Hutan Bakau Simpan Matang di Perak (40,151 ha) merupakan salah sebuah kawasan bakau yang mempunyai sistem pengurusan yang terbaik di dunia dan membekalkan sumber-sumber seperti arang, kayu api dan bahan binaan bangunan seperti tiang.

[sunting] Nilai ekologi Hutan bakau penting untuk perlindungan kawasan pantai : • • •

• •

Ia melindungi pesisir daripada kuasa fizikal seperti ombak yang menghakis pinggir pantaidan angin pantai yang kencang. Hutan bakau menstabilkan kawasan pantai dan bertindak sebagai penampan semula jadi terhadap ribut taufan. Bakau menjadi tempat perlindungan beberapa spesies flora dan fauna yangmempunyai penyesuaian yang unik. Banyak spesies udang marin dan ikan mencari makanan, bertelur dan membesar di sini. Kawasan bakau dan dataran lumpur yang berkaitan dengannya adalah tapak penting bagi burung-burung residen dan hijrah mencari makan dan bersarang . Hutan bakau mampu mengurangkan kesan ombak tsunami di sepanjang pinggir pantai di utara Kedah, Perlis dan Perak

[sunting] Masalah hutan bakau

Hutan bakau tidak tahan dengan tahap gangguan yang tinggi dan amat sensitif terhadap : • • • •

penukaran tanah penebangan hutan penebusgunaan pencemaran.

Banyak kawasan bakau ditebang untuk memberi laluan kepada kegiatan : • • • • • • • •

akuakultur ternakan ikan dalam sangkar kolam ternakan udang dan ikan air masin Zon perindustrian yang berdekatan dengan pelabuhan Pembinaan kawasan pangkalan nelayan Pelabuhan dan tapak gudang kontena-kontena Perbandaran dan perkampungan nelayan poinggir pantai. Tempat pembuagan sisa cecair ole kapal dagangan dan bot nelayan.

Ekosistem yang mudah terjejas (sensitif) ini perlu dipulihara sebagai simpanan alam semula jadi atau taman alam. Banyak usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan kesedaran awam dan menanamkan rasa tanggungjawab dalam diri kita untuk memulihara warisan bakau semula jadi yang menyimpan sebahagian daripada flora dan fauna dunia yang terancam. Pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan wujud di dalam dan di sekitar hutan bakau. Namun begitu ia juga merupakan ekosistem tanah bencah yang paling produktif. Tahap kemasinan yang tinggi, kandungan oksigen yang rendah di dalam air dan tanah, keadaan tanah yang tidak stabil dan tidak berupaya menyokong pokok-pokok besar adalah di antara beberapa aspek persekitaran ini. Walau bagaimanapun, tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang mendiami kawasan bakau telah menyesuaikan diri dengan persekitaran sebegini dengan membentuk beberapa ciri penyesuaian yang istimewa. Tumbuh-tumbuhan bakau mengatasi kandungan oksigen yang rendah dengan akar udara khas yang dikenali sebagai ‘pneumatofor’ iaitu akar yang tumbuh secara menegak daripada permukaan tanah untuk mendapatkan oksigen. Kawasan bakau mempunyai tanah lembut yang seakan-akan tanah liat dan tumbuhtumbuhan bakau dapat tumbuh dengan tegap dengan menggunakan akar banir dan akar sokong. Tanah yang berkelodak dan perubahan pasang surut (air pasang surut) tidak sesuai bagi perkembangan anak pokok bakau. Untuk mengatasi masalah ini, tumbuh-tumbuhan bakau mempunyai kaedah percambahan biji benih yang unik yangdikenali sebagai ‘vivipariti’.Tumbuh-tumbuhan vivi parus mempunyai biji benih yang boleh membesar

dan mengeluarkan akar dan pucuk muda semasa ia masih lagi berada bersama pokok induk. Anak benih ini kemudiannya akan jatuh daripada induknya dan tertanam di dalam tanah. Ia akan terus membesar atau kekal dorman sehinggalah dihanyutkan arus ke tempat yang lebih sesuai untuk membesar.

[sunting] Kepelbagaian biologi Hutan bakau merupakan tempat tinggal bagi lebih daripada 60 spesies tumbuh-tumbuhan. Empat jenis utama yang mempunyai penyesuaian paling ketara ialah : • • • •

Avicennia (Api-api) Rhizophora (Bakau) Sonneratia(Perepat) Bruguiera (Berus/Tumu)

[sunting] Habitat bakau Habitat bakau menampung jumlah haiwan yang besar, daripada yang paling halus (zooplankton) sehinggalah kepada reptilia yang besar : • • • • • • • • • •

Buaya Muara. Ketam Rebab Ketam Lumpur Ikan Belacak Udang Kara Ular Bakau Lotong Kelabu Memerang Licin Berok Kelawar.

[sunting] Hidupan hutan bakau Banyak spesies ikan , krustasia dan udang menakluki kawasan bakau semasa air pasang untuk mencari makan. Haiwan ini merupakan hidupan yang bergerak perlahan atau tidak bergerak langsung yang dijumpai di akar dan pokok bakau. Contohnya ; • • •

Siput Tiram Teritip

[sunting] Burung Haiwan yang paling menarik di kawasan bakau dan dataran lumpur berhampirannya ialah spesies burung air dan burung pantai. Burung-burung ini memakan pelbagai jenis

makanan, termasuklah plankton , tumbuh- tumbuhan air, cacing, krustasia, moluska dan ikan. Burung-burung ini mempunyai ciri-ciri penyesuaian khas yang merangkumi saiz dan bentuk paruh, leher, kaki dan kibaran sayap yang disesuaikan dengan tabiat pemakanan yang tertentu. Antara burung yang berterbangan di hutan bakau ialah : • • • • • • • • •

Burung Bangau (Burung Bangau Kecil dan Burung Bangau Putih Besar) Burung Pucung (Burung Pucung Keladi dan Burung Pucung Seriap) Burung Botak Upeh Burung Helang Merah Burung Helang Siput Burung Pacat Bakau Burung Murai Bakau Burung Sambar Biru Bakau Burung Pekaka Sungai

Kesemua burung ini lazim dijumpai di kawasan hutan bakau

[sunting] Kegunaan Hutan Bakau •

• • • • • • • • •

Banyak spesies ikan, udang dan ketam yang bernilai komersial hidup di kawasan bakau dan persekitarannya. Keuntungan daripada kegiatan perikanan di kawasan bakau mencecah berjuta-juta ringgit setahun. Penduduk setempat dan lain-lain kawasan turut menggunakan pokok bakau sebagai sumber kayu balak. Penduduk di kawasan pantai pula menggunakan kayu bakau untuk membina rumah dan bot (sebagai rasuk, alang, pelancar dan tiang) .Kayu bakau juga digunakan untuk membuat perangkap ikan Arang dan kayu api selain daripada menjadi sumber bahan api Kraftangan dan barangan rumah (pemegang alatan dan perabot). Tanin yang diperolehi daripada kulit pokok bakau digunakan untuk mewarnakan jaring ,kain layar dan pelekat plastik. Banyak bahagian tumbuh-tumbuhan bakau boleh dimakan dan sememangnya dijadikan makanan oleh penduduk setempat Ubat-ubatan (contohnya dedaun , tunas , buah-buahan dan bijibenihnya). Daun-daun Nipah yang bersaiz besar digunakan dalampembuatan atap dan rokok daun serta penganyaman bakul dan tikar.

Related Documents

Tanah Wetland)
May 2020 17
Wetland Manual
May 2020 5
Keep Wetland Healthy
November 2019 17
Yea Wetland Vc
October 2019 4