Fitrah Manusia Dan Teori Kecerdasan Pelbagai

  • Uploaded by: KaromiRahman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Fitrah Manusia Dan Teori Kecerdasan Pelbagai as PDF for free.

More details

  • Words: 3,520
  • Pages: 24
2 .FITRAH MANUSIA. Pada pendapat anda, bagaimana anda dapat membantu murid anda mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum? Asaskan perbincangan anda pada tajuktajuk berikut: i)

Teori –teori perkembangan manusia. Pertumbuhan ialah perubahan yang bersifat kuantitatif. Ia merangkumi perubahan

dari segi saiz,tinggi dan berat badan. Perubahan-perubahan tersebut mudah dilihat serta diukur sementara perkembangan bermaksud perubahan yang bersifat kualitatif yang mana perubahan ini sukar diukur tetapi dapat dilihat. Berdasarkan teori-teori perkembangan manusia,

pelbagai

pendapat

telah

dikemukakan

oleh

ahli-ahli

psikologi

tentang

perkembangan dan pertumbuhan. Sebagai seorang guru, saya dapat membantu muridmurid mencapai pertumbuhan dan perkembangan yang optimum dengan memahami konsep pertumbuhan atau perkembangan bahawa setiap individu itu adalah unik dan keunikannya seharusnya dihormati. Dengan itu kanak-kanak hendaklah dibenarkan berkembang mengikut perkembangannya sendiri. Dalam pembelajaran, murid-murid harus diterap dengan nilai-nilai kepercayaan pada diri sendiri yang mana akan memudahkan seseorang individu itu menghadapi dan mengatasi masalah dalam kehidupan sehariannya. Murid-murid perlu diasuh agar tidak wujud perasaan malu dalam diri mereka melalui galakan untuk meneroka dan mencuba sesuatu yang baru terutamanya dalam proses pembelajaran di dalam kelas agar mereka menyedari keupayaan serta potensi diri mereka. Murid-murid juga perlu diberi tugasan tidak kira dalam bentuk penyelesaian, produk, kemahiran atau kefahaman untuk memupuk ketekunan murid yang akan meningkatkan lagi ketrampilan iaitu, keupayaan untuk melakukan sesuatu. Ini akan melahirkan perkembangan sikap yang rajin di kalangan murid iaitu satu keinginan untuk menjalankan aktiviti yang berfaedah. Keinginan untuk menjalankan sesuatu

aktiviti hendaklah sentiasa digalakkan. Sekiranya keinginan itu dihalang, maka

perasaan rendah diri dan kurang yakin akan wujud dalam diri mereka. Oleh itu aktiviti

1

berfaedah yang dilakukan oleh murid-murid hendaklah dipuji dan digalakkan agar sikap ketekunan dapat dipupuk. Dalam bidang sukan, murid-murid hendaklah diberi peluang untuk bermain dan bersukan. Ini kerana aktiviti bermain itu akan dapat menguatkan otot-otot dalam tubuh badan, menambahkan kecerdasan, menghilangkan kemalasan dan kelesuan badan, mendatangkan kegembiraan dan keseronokan. Murid-murid hendaklah dibiasakan dengan budi pekerti yang mulia dan tabiat yang baik. Murid-murid juga harus dinasihati dan diberi bimbingan sekiranya melakukan kesilapan, bukan dengan merotan atau memukul. Dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak amat mudah dipengaruhi keadaan sekeliling. Oleh itu seorang guru hendaklah menunjukkan kasih sayang terhadap murid-murid dengan menganggap mereka sebagai anak sendiri serta membaiki akhlak murid secara lembut, maka kanak-kanak akan membesar menjadi individu yang bersopan-santun serta tinggi moralnya.

ii)

Potensi Manusia Satu kriteria untuk mengukur potensi kanak-kanak adalah melalui kecerdasan. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran guru boleh mengaplikasikan pelbagai kecerdasan kepada murid-murid terutamanya dalam bilik darjah. Setiap kanak-kanak ada potensi untuk berjaya dalam hidup.Guru boleh mempelbagaikan aktiviti pembelajaran dalam pemguasaan bahasa dengan membaca,membincang serta membuatkan kanak-kanak merumus dan bercerita semula yang telah dibaca .Guru juga boleh bermain dengan murid-murid permainan logik terutamanya matematik seperti kuiz pengiraan, teka-teki, teka silang kata dan sebagainya untuk menguji minda mereka. Selain itu, guru perlu merancang dan mempelbagaikan bahan kreatif dan murid akan menghasilkan idea kreatif mereka. Setiap aktiviti yang dianjurkan guru perlu memberi galakkan dan peluang untuk mereka menyertainya. Murid yang berpotensi akan berusaha untuk melakukan yang terbaik dalam

2

diri mereka manakala murid yang kurang berpotensi perlu di beri perhatian dan bimbingan yang sewajarnya agar mereka tidak merasakan kekurangan yang wujud dalam diri mereka. Oleh itu guru perlu mengambil berat dengan mendengar perasaan mereka dan memberi maklum balas yang bersensetif. Murid-murid digalakkan menggunakan imaginasi dan pengalaman yang ada untuk mempersembahkan hasil kerja seperti menghasilkan jurnal, buku skrap, karya seni dan sebagainya. Guru juga memainkan peranan penting di luar bilik darjah untuk meningkatkan potensi murid. Contohnya membawa mereka melawat ke tempattempat yang berfaedah seperti muzium sains, muzium seni, makmal computer, tempattempat bersejarah dan sebagainya.Murid-murid juga perlu diberi pendedahan dalam bidang sukan untuk meningkatkan stamina dan daya tahan mereka. Penglibatan murid dalam kurikulum dan kokurikulum mestilah seimbang untuk mencapai pertumbuhan dan perkembangan individu yang baik.

iii)

Motivasi Istilah motivasi adalah berasal daripada perkataan Latin movere yang bermakna

menggerakkan. Motivasi bemaksud sesuatu usaha yang menggerakkan seseorang individu untuk melakukan sesuatu. Motivasi boleh mendorong individu untuk bertindak agar sesuatu matlamat boleh dicapai. Guru memainkan peranan penting untuk memotivasikan muridmurid untuk membentuk pertumbuhan dan perkembangan yang optimum terutamanya dalam proses pembelajaran. Guru dapat membantu murid-murid memahami objektif suatu pelajaran dengan memberi galakan perkembangan motif yang positif. Setiap penglibatan murid-murid dalam pengajaran dan pembelajaran harus dibimbing agar murid-murid terus menjadi aktif dan bermatlamat tinggi untuk mencapai kemajuan diri mereka. Tunjukkan kepada murid-murid bahawa pencapaian matlamat dapat meningkatkan harga diri serta penghormatan diri. Bagi murid-murid yang lemah, harus dimulakan dengan matlamat yang senang dicapai. Ini memberi kesempatan bagi mereka untuk menikmati perasaan kejayaan.

3

Guru berperanan penting untuk meningkatkan motivasi murid terutamanya dalam bilik darjah, antaranya; i)

Suasana pengajaran dan pembelajaran

ii)

Pembelajaran koperatif dan kolaboratif

iii)

Pengukuhan semula

Diluar bilik darjah pula, guru perlu mengadakan kursus atau kem motivasi bagi murid-murid yang rendah aras motivasinya. Adakan ceramah, pergaulan, dan interaksi dengan muridmurid berpencapaian tinggi. Sesi kaunseling juga boleh dikelolakan bagi tujuan tersebut. Apa sahaja aktiviti yang dilakukan tekankan kepada keperluan, minat serta perasaan ingin tahu murid-murid melalui tugasan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti, bahan, matlamat, persaingan sihat,dan contoh-contoh untuk diteladani yang akan membenarkan setiap murid-murid menikmati keseronokan, kepuasan, mendapat perhatian, penerimaan, pujian, keistimewaan dan ganjaran.

iv)

Perbezaan Individu Murid-murid mengalami perbezaan di antara satu sama lain dalam pertumbuhan dan

perkembangan diri merekadisebabkan oleh factor-faktor kebakaan dan factor-faktor persekitaran. Perbezaan individu ini telah memberi kesan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran. Oleh

itu,

sebagai

seorang

guru,

haruslah

mengetahui

setiap

perbezaan

individukerana pengetahuan ini akan membantu seseorang guru itu merancang atau melaksanakan pengajaran dan pembelajaran berkesan di dalam bilik darjah untuk mengurangkan tahap perbezaan murid-murid yang cerdas dan kurang cerdas. Beberapa pendekatan harus diambil antaranya seperti menyediakan kumpulan sama ada antara kelas atau dalam lingkungan kelas sendiri supaya dapat mengurangkan variabiliti berhubung dengan latar belakang, pencapaian, kebolehan, atau beberapa ciri yang lain. Ini akan

4

mengurangkan jurang perbezaan antara murid dan perasaan rendah diri, di samping memberi penekanan dan bimbingan yang lebih kepada mereka yang kurang berkeupayaan dalam pelajaran.

Latihan 1 Gunakan peta minda untuk menyenaraikan prinsip perkembangan

5

PRINSIP PERTUMBUHAN DAN PERKEMBANGAN

Mengikut arah tertentu

Ia berlaku dari keadaan menyeluruh kepada keadaan yang tertentu

Susunan perkembangan adalah serupa bagi semua lelaki

Ia berlaku secara peringkat demi peringkat

Ia berlaku secara berterusan

Corak perkembangan berbeza mengikut individu

Perkembangan bahagiabahagian anggota adalah saling berkaitan

Ia berlaku mengikut kadar yang berbeza

Latihan 2 Pada pendapat anda , antara faktor baka dan persekitaran yang manakah penyumbang yang utama dalam pertumbuhan dan perkembangan diri anda?

6

Dalam pertumbuhan dan perkembangan manusia, faktor baka dan persekitaran memainkan peranan penting dalam perkembangan personaliti individu. Berikut merupakan perbandingan antara baka dan persekitaran .

Faktor Baka

Fartor Persekitaran

Pengertian

Pengertian

Menurut Norman L. Munn,

Menurut Norman L.Munn

Baka merupakan cirri-ciri yang diturunkan Persekitaran sebagai segala benda yang melalui ibu bapa kepada anak-anaknya terdapat di sekeliling unit-unit kebakaan. melalui gen

Amrom Schienfeld

Ernest R.Hilgard

Persekitaran

merujuk

kepada

luaran

Baka ialah cirri-ciri biologi yang diturunkan seseorang individu dan factor bakanya melalui ibu bapa kepada anak-anaknya yang

bermula

dengan

peringkat

melalui gen

persenyawaan

W.Edger Vinacke

W.Edger Vinacke

Baka sebagai penentu struktur organ,arah

Persekitaran ialah kuasa ekstrinsik rumit

perkembangan sistem biologi serta potensi yang boleh mempengaruhi tingkah laku seseorang individu.

seseorang individu.

Amrom Schienfeid Baka menentukan persamaan antara ibu bapa dengan anak-anaknya di kalangan ahli dalam satu kumpulan keluarga dari segi sifat seperti kebolehan, minat dan kawalan emosi.

7

JA Thomson Baka

merujuk

kepada

perhubungan

genetic antara generasi manusia. Pengertian ini jelas menunjukkan baka Pengertian jelas menunjukkan persekitaran diturunkan melalui gen ibu bapa kepada merujuk kepada alam sekitar seseorang anak-anaknya.

individu sama ada pada peringkat pralahir atau selepas lahir.

Faktor-faktor kebakaan

Faktor-faktor persekitaran

1. Kromosom dan gen

1. Faktor Pralahir

Unit-unit baka yang diwarisi daripada Faktor

pralahir

bergantung

kepada

ibubapa diturunkan kepada anak-anak pemakanan, kesihatan ibu, amalan ibu terkandung dalam kromosom iaitu butir seperti penyalahgunaan dadah, faktor Rh, halus yang terdapat dalam nukleus setiap kesan x-ray, emosi ibu serta umur ibu. sel badan manusia. Setiap kromosom 2. Faktor selepas lahir mempunyai

kumin-kumin

kecil

yang a)

Pemakanan-makanan

seorang

bayi

disebut gen. Gen yang akan menentukan perlu dijaga sejak peringkat awal bagi ciri-ciri anak oleh ibubapa.

menjamin

2. Penentu Jantina.

mental yang sihat.

Penentu

jantina

berdasarkan

perkembangan

jasmani

dan

jenis b) Keluarga-mempunyai hubungan rapat

kromosom yang dipunyai oleh lelaki dan dengan seseorang individu. Ibubapa bukan perempuan.

sahaja terikat oleh pertalian darah dengan

3. Kelenjar dan hormon.

seseorang individu tetapi juga mempunyai

Kelenjar

mencirikan

peranan

penting pertalian sosial dan emosi.

dalam badan kita untuk membolehkan ia -

Saiz

keluarga

akan

mempengaruhi

berfungsi dengan baik. Kelenjar akan pembentukan sahsiah seseorang kanak-

8

menentukan

seseorang

itu

berbadan kanak.

besar, aktif, lesu, menyebabkan sesuatu - Sifat kepimpinan yang ditonjolkan oleh penyakit, tekanan darah, hilang akal, kedua-dua ibubapa akan mempengaruhi normal, dan menentukan sifat kelakian dan sikap kanak-kanak mereka. keperempuanan.

3. Rakan Sebaya Pengaruh rakan sebaya dari pelbagai aspek iaitu afektif, sosial, kognitif dan psikomotor. - kanak-kanak akan mempengaruhi sikap rakan sebaya melalui pergaulan seharian seperti

sikap

sopan-santun,

positif minat,

dalam

pelajaran,

bahasa

atau

sebaliknya. -

rakan

sebaya

membantu

individu

meningkatkan kemahiran interaksi dan komunikasi antara individu juga berfungsi sebagai kumpulan kawalan. 4. Sekolah - Kedudukan sekolah sama ada di luar bandar

atau

mempengaruhi

di

bandar

boleh

perkembangan

mental,

sosial dan jasmani seseorang. - Kelulusan guru disesebuah sekolah juga boleh

mempengaruhi

perkembangan

pelajar dari pelbagai segi terutamanya keupayaan akademik.

9

5. Tempat Tinggal. Keadaan tempat tinggal menentukan nilainilai seperti tolong-menolong, bertimbang rasa,

kemesraan

dan

sebagainya.

Biasanya wujud dikalangan masyarakat luar bandar manakala kawasan bandar penduduknya lebih bersifat materialistik. 6. Sebaran Am Pengaruh kanak-kanak terhadap radio, televisyen, akhbar, majalah, buku, wayang gambar

dan

mempengaruhi

sebagainya

akan

perkembanagn

mental,

pandangan, dan sikap seseorang terhadap isu-isu ekonomi, sosial, dan politik. 7. Persekitaran Dunia Ahli-ahli politik dan pemimpin ekonomi, sosial dan bidang-bidang diseluruh dunia boleh mempengaruhi penduduk di satusatu

tempat

dari

segi

idea, budaya,

ekonomi, politik dan ideology. Kesan

Kesan

1. Ciri-ciri fizikal

Kesan persekitaran bergantung kepada

warna kulit, mata, rambut, jenis darah, saiz situasi tubuh

badan,

akan

diwarisi

seseorang

daripada berdasarkan

ibubapa atau datuk nenek yang telah yang lain. ditentukan daropada gen ibubapa.

10

individu

faktor-faktor

yang

persetikaran

2. Ciri Fisiologi Kanak-kanak daripada ibu yang sihat merupakan individu yang sihat. Ini kerana penyakit seperti diabetis, hemofelia(darah tidak boleh beku), dan kekedilan akan disebabkan pengaruh baka. 3. Kecacatan mental Rencatan mental yang disebabkan oleh pewaris gen yang resesif daripada keduadua

ibubapa

yang

mempunyai

tali

persaudaraan yang rapat. 4. sahsiah Perangai dan sifat introvert dan ekstovert dipengaruhi faktor baka. 5. kecerdasan Ketika lahir, seseorang mewarisi bentuk fizikal bersama dengan kelenjar deria, otak,

dan

penting

struktur-struktur untuk

lain

kecerdasan.

yang Walau

bagaimanapun, baka yang baik tidak menjamin aras kecerdasan yang tinggi kerana

ia

juga

bergantung

pelbagai

rangsangan alam sekitar.

11

Setelah membuat perbandingan dan perbincangan antara factor baka dan persekitaran,ke atas perkembangan individu, kedua dua factor ini memainkan peranan yang penting. Sukar untuk menentukan mana yang lebih penting: Ahli Sosiologi sentiasa menegaskan bahawa persekitaran adalah penting.Menurut mereka,kecerdasan seseorang bukanlah diwarisi tetapi dikembangkan oleh faktor -faktor persekitaran seperti guru yang berkesan,asuhan ibu bapa yang sempurna,makanan yang seimbang dan seterusnya sebaliknya ahli-ahli psikologi menentang pendapat tersebut .Menurut mereka, kecerdasan diwarisi melalui faktor baka. Contohnya kecerdasan boleh ditingkatkan

dengan

memperkaya

persekitarannya

tetapi

aras

peningkatan

itu

terhad.Sekiranya individu itu lemah dari segi mental jadi bahan ,tenaga dan masa yang digunakan untuk melatih individu itu hanya akan mencapai kejayaan yang terhad.Ini disebabkan keupayaan mentalnya dihad oleh mutu gen yang diwarisi. Kontroversi inilah yang terus dibahaskan iaitu mana yang lebih penting : baka atau persekitaran ? Yang lebih jelas kepada kita ialah pencapaian seseorang individu sama ada pencapaian dalan bidang akademik atau aktiviti kokurikulum adalah hasil interaksi faktor baka dan persekitaran. Contohnya jika seseorang individu yang mempunyai kecerdasan yang tinggi tidak diberi asuhan bimbingan , rangsangan dan pengajaran, mungkinkah dia mengalami perkembangan mental yang maksimum tentu sekali tidak. Ini menunjukkan pengaruh persekitaran adalah penting sebaliknya kita tentu pernah melihat kanak-kanak yang lemah diberi pemulihan dan bimbingan oleh guru-guru hampir setiap hari malah berbulan-bulan tetapi pencapaian individu masih lemah berbanding murid yang lain. Situasi ini menunjukkan pentingnya pengaruh baka ke atas seseorang individu. Pada pendapat saya, baka menentukan had perkembangan manakala persekitaran akan menolong perkembangan mencapai tahap yang maksimum.

12

Latihan 3 Pilih dan bulatkan jawapan yang paling tepat

Di antara yang berikut yang manakah strategi yang sesuai untuk membina sikap ketekunan?

A

Kekalkan bilik darjah dalam keadaan satu dimensi

B

Labelkan keputusan ujian dengan baik , buruk atau atas sederhana bawah sederhana supaya murid lebih peka dengan tahap pencapaian mereka.

C

Puji kelebihan lebih dari usaha

13

D

Menegaskan idea bahawa setiap murid mempunyai kemampuan dan kelemahan yang berbeza.

Latihan 4 Apakah perbezaan antara Pelbagai Kecerdasan oleh Gardener dan Kecerdasan Emosi oleh Goleman.

Pelbagai Kecerdasan – Gardener Gardener

percaya

terdapat

8

Teori Kecerdasan Emosi – Goleman jenis Danial

Golenan

memberikan

senarai

kecerdasan kanak-kanak.

kemahiran emosi yang baik boleh diajar

1. verbal/ linguistik

kepada kanak-kanak di sekolah.

- kebolehan pengusaan, pembentukan, 1. Kesedaran diri dan memproses bahasa.

- Kebolehan untuk mengenal perasaan dan

- Kebolehan untuk menghasilkan corak memberikan nama kepadanya. Ini penting verbal konsepsi. Membaca, menulis dan untuk

menyedari

hubungan

antara

perkembangan penulisan simbolik dan pemikiran, perasaan dan tindakan. bahasa.

2. Menguruskan emosi

2. Logikal/matematikal

- kebolehan untuk menyalurkan emosi ke

- kebolehan berfikir secara logical, induktif arah positif yang mana ianya penting untuk dan

ke

satu

tahap

deduktif,

mutlak, menyedari

hal

disebalik

perasaan.

mengenali corak geometri dan numberikal.

Kepercayaan ada kesan asa ke atas

- boleh mengamati konsep abstrak.

kebolehan untuk ber6tindak.

3. Spatial

3. Empati

- kebolehan mengesan imej. Kanak-kanak - Berkebolehan untuk bertindak sesuai

14

yang mempunyai kecerdasan ini berfikir memerlukan pemahaman perasaan orang menggunakan imej dan selalunya mereka lain yang terlibat. dapat menjumpai objek yang hilang kerana - berkebolehan untuk mengambil kira mereka mempunyai ingatan visual yang perspektif mereka. kuat.

- berkebolehan untuk mendengar tanpa

4. Muzikal

dipengaruhi emosi peribadi.

- kebolehan menghasilkan dan menghayati - terdapat keperluan untuk berkebolehan muzik.

Kanak-kanak

selalu

menyanyi, untuk membezakan antara hal orang lain

menghasilkan bunyi mengikut irama dan yang melakukannya atau berkata serta bersiul. Mereka mempunyai pendengaran reaksi dan pengedilan peribadi. yang

tajam,

dapat

membezakan

dan 4. Bekerjasama

mengenalpasti bunyi-bunyi yang ada di - mengenal nilai sumbangan orang lain dan persekitaran.

menggalakkan

5. Kinestatik

Mengetahui

-

kebolehan

kanak-kanak

penyertaan cara

dan

bila

bersama. hendak

dalam memimpin dan bila hendak menurut yang

menggerakkan badan. Kanak-kanak ini penting untuk bekerjasama. Kepimpinan suka

bergerak,

menggeliat,

dan berkesan bukan dibina pada dominasi

menghayun.

tetapi dalam seni membentuk oleh orang

6. Interpersonal

lain bekerjasama berdasarkan sesuatu

-

kebolehan

untuk

memahami

dan matlamat.

berkomunikasi dengan orang lain serta 5. Penyelesaian konflik untuk memudahkan hubungan dan proses - Dalam hal menyelesaikan konflik terdapat kumpulan.

keperluan untuk memahami mekanisma

7. Intrapersonal.

yang

-

Berkaitan

melindungi

dengan daripada

kebolehan rakan

wujud

itu.

Kebanyakan

resolusi

untuk konflik menuntut penggunaan emosi yang

sebaya. lain.

15

Mempunyai kebolehan

rasa

kendiri

memimpin

yang

yang

kuat,

merujuk

kepada hal membuat keputusan yang barangkali tidak digemari oleh orang lain. 8. Naturalis - Kebolehan untuk memerhati corak dalam alam semulajadi dan memahami alam semulajadi dan sistem buatan manusia. Ia termasuk kebolehan seperti mengenal dan menjeniskan pelbagai flora dan fauna serta pengetahuan dan komunikasi kita dalam alam semulajadi.

Latihan 5 Teori Pelbagai Kecerdasan ( Howard Gardner ) Setiap orang dikurniakan potensi yang berbeza dalam fitrahnya. Potensi yang dirujuk boleh diukur dengan darjah kecerdasan. Menurut Gardner (1991), potensi manusi mempunyai tujuh kecerdasan dalam dirinya iaitu:

1. Kecerdasan

linguistic

merangkumi

kecerdasan

membaca,

menggunakan

perbendaharaan kata, tulisan kreatif, puisi, perbahasan, berjenaka dan bercerita. Guru boleh : •

Bacakan kepada murid dan sebaliknya



Berbincang tentang penulis buku



Melawat bersama murid ke perpusatakaan atau kedai buku

16



Menyuruh kana-kanak meyimpan jurnal tentang peristiwa-peristiwa signifikan



Suruh murid membuat ringkasan dan bercerita semula kandungan buku yang diajar.

2. Kecerdasan logical-matematikal merangkumi kecerdasan mengira dengan nombor serta menyelesaikan masalah matematik mudah dan kompleks, menaakul dan memikir secara kritis untuk membuat keputusan serta menyelesaikan masalah. Guru boleh : •

Bermain permainan logic dengan murid



Mencari situasi yang boleh menggalakkan murid berfikir dan membina kefahaman tentang nombor



Membawa murid melawat makmal computer, muzium sains, dan pameran elektronik.



Membuat aktiviti matematik bersama murid, seperti mengira objek dan membuat ekperimen dengan nombor.

3. Kecerdasan visual-spatial merujuk kepda kecerdasan menepati ruang melukis, membentuk corak, mewarna, mencipta dan membina gambaran mental serta mengamati dunia visual. Guru boleh : •

Menyediakan pelbagai bahan kreatif yang boleh digunakan oleh murid



Memberi peluang kepada murid meneroka ‘maze’ dan membentuk carta



Membawa murid ke muzium seni



Membawa murid bersiar-siar , kemudian minta mereka imbas kembali apa yang dilihat dan realisasikan di atas kertas

17

4. Kecerdasan muzik merangkumi kecerdasan menganalpasti bunyi vocal, bunyian alam sekitar dan menyanyi serta mencipta lagu, kepekaan terhadap ritma dan melodi muzik. Guru boleh : •

Menyediakan pita rakaman yang boleh digunakan oleh murid



Beri murid peluang bermain alat muzik



Bawa murid ke konsert



Menggalakkan murid mencipta lagu sendiri

5. Kecerdasan tubuh kinestetik ialah kecergasan gerak badan, gimnastik, kawalan fizikal tubuh badan, kawalan anggota, sukan, permainan dan mereka cipta gaya menari. Guru boleh : •

Menyediakan peluang-peluang aktiviti untuk murid dan menggalakkan mereka melibatkan diri



Menyediakan kawasan untuk murid bermain di dalam dan di luar kelas



Membawa murid ke tempat-tempat sukan dan tarian



Menggalakkan murid melibatkan diri dalam aktiviti tarian

6. Kecerdasan interpersonal merupakan kecerdasan interaksi social termasuk semangat bekerjasama, kepandaian memimpin serta komunikasi dengan berkesan. Guru boleh : •

Menggalakkan murid bekerja dalam kumpulan

18



Membantu murid membina kemahiran berkomunikasi



Menyediakan permainan berkumpulan untuk murid



Menggalakkan murid menjadi ahli kumpulan

7. Kecerdasan intrapersonal ialah ilmu pengatahuan dan kefahaman seseorang terhadap agama, refleksi pemikiran kendiri, dan mendisiplinkan diri serta kesedaran terhadap perasaan diri. Guru boleh : •

Menggalakkan murid mempunyai hobi dan minat



Mendengar perasaan murid dan memberi maklum balas sensitive



Menggalakkan murid menggunakan imaginasi mereka



Meminta murid menyimpan jurnal atau buku skrap mengenai pendapat dan pengalaman masing-masing

Latihan 6

Hukum-Hukum Thorndike (1911) -

berjaya membentuk 3 hukum iaitu hokum kesediaan, hokum latihan dan hokum kesan.

-

Merumuskan bahawa ganjaran menggalakkan manusia melakukan sesuatu gerak balas, manakala denda akan menghalang manusia daripada melakukannya.

19

Teori Pelaziman Operan Skinner (1953) -

hasil kajian Skinner ke atas tikus, burung merpati dan manusia

-

merumuskan bahawa pembelajaran manusia merangkumi: i.

pembelajaran berlaku melalui pelaziman

ii.

peneguhan

positif

ialah

ransangan

penting

untuk

menambahkan

kebarangkalian gerak balas pelajar iii.

peneguhan negative diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan akan mengulangi tingkahlaku operan

iv.

dalam proses pembelajaran, konsep diskriminasi adalah penting untuk mencapai kejayaan.

Teori Keperluan Maslow -

tiga konsep asas iaitu : i.

Motivasi Intrisik – kuasa dalaman yang berada dalam perkembangan fisiologikal dan psikologikal manusia. Maslow berpendapat kuasa dalaman ini mendorong manusia berusaha mengejar pencapaian cemerlang yang biasanya berlaku secara spontan tanpa kawalan atau ransangaan luar.

ii.

Teori Keperluan – menghuraikan perkaitan motivasi di antara hierarki keperluan. Apabila individu mencapai kepuasan pada sesuatu hierarki, keperluan hierarki yang lebih tinggi akan berlaku secara semulajadi. Sekiranya hierarki yang lebih rendah belum mendapat kepuasan, keperluan dalam hierarki yang lebih tinggi tidak dapat dikembangkan secara wajar.

iii.

Keperluan manusia dalam hierarki yang semakin rendah, cirri persamaannya semakin besar, fleksibilitinya semakin kecil, dan perbezaan di antara individual pula semakin kecil.

20

Latihan 7

Motivasi Intrisik adalah diwujudkan semulajadi daripada rangsangan dalaman. Ia terdiri daripada dorongan dan minat seseorang individu untuk melakukan sesuatu aktiviti tanpa mengharap atau meminta sebarang ganjaran. Manakala Motivasi Ekstrinsik adalah diwujudkan daripada ransangan luaran dengan tujuan meggerakkan orang untuk melakukan sesuatu aktiviti yang akan membawa faedah kepadanya. Ia boleh diransangkan dalam bentuk-bentuk seperti pujian, insentif, hadiah, gred dan membentuk iklim persekitaran yang kondusif untuk mendorong murid belajar.

Latihan 8

Strategi pengajaran-pembelajaran untuk mewujudkan motivasi - Menggunakan set induksi yang menarik. - Menggunakan pengalaman murid untuk mengaitkannya dengan pelajaran baru

21

- membangkitkan naluri ingin tahu murid dengan soalan mencabar - Mewujudkan semangat bersaing dalam aktiviti permainan dan aktiviti pertandingan - Gunakan teknik peneguhan untuk memupuk dan mengekalkan motivasi murid dalam pembelajaran selanjutnya.

Latihan 9

Perbezaan Individu adalah diertikan sebagai ketaksamaan dalam aspek perkembangan secara fizikal, mental, emosi dan social di kalangan individu. Perbezaan individu boleh dihayati daripada huraian beberapa aspek perbezaannya seperti berikut :

i.

Aspek Fizikal : Setiap individu berbeza dari segi jantina, rupa dan saiz badan serta kemahiran jasmaninya.

ii.

Aspek Kognitif : Setiap individu berbeza dari segi keupayaan berfikir, belajar, mengingat, menaakul, menganalisis serta bakatnya.

iii.

Aspek Emosi : Setiap individu menunjukkan emosi yang berbeza dalam situasi yang sama.

iv.

Aspek Tingkah Laku : Perbezaan tingkah laku individu dapat dihayati dari segi pergaulan, interaksi dan aktiviti social.

v.

Aspek Sosial : Setiap individu mempunyai cara kehidupan yang tersendiri dan berbeza di antara satu sama lain, termasuk individu-individu dalam sekeluarga.

22

vi.

Aspek rohani : Setiap individu mempunyai falsafah hidup dan keagamaan yang berbeza dengan individu yang lain.

Setiap murid dalam kelas adalah berbeza dari segi fizikal, kognitif, social, emosi dan rohani. Sehubungan dengan itu, sesebuah kelas biasanya terdiri daripada pelbagai golongan individu yang berbeza seperti berikut : •

Murid-murid berisiko atau bermasalah dari aspek intelek atau emosi dan social.



Murid-murid pelbagai kebolehan khasnya darjah kecerdasan (IQ) ataupun potensi yang berbeza.



Murid-murid pelbagai berdaya dari pelbagai kaum dan agama.



Murid-murid pelbagai kelas social – kelas social atas, tengah dan bawah.



Murid-murid yang mengalami proses sosialisasi yang berbeza, khasnya di rumah dan interaksi dengan rakan sebaya.



Murid-murid yang berbeza dari lokasi Bandar dan luar Bandar.

23

24

Related Documents


More Documents from ""