Kepentingn Guru Belajar Psikologi

  • Uploaded by: KaromiRahman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Kepentingn Guru Belajar Psikologi as PDF for free.

More details

  • Words: 2,132
  • Pages: 20
Soalan 1 ( Ilmu Pendidikan : Psikologi Pendidikan )

PENDAHULUAN Pernahkah anda terfikir bagaimana kita menerima ilmu yang kita pelajari selama ini? Sebagai orang dewasa, adakah kita lebih susah untuk belajar berbanding zaman persekolahan dulu? Mengapa kita mudah untuk belajar sesuatu subjek tetapi susah pula untuk subjek lain?

Bidang psikologi ialah suatu bidang yang mengkaji manusia dan tingkahlakunya untuk menjawab pelbagai soalan seperti ini.

Golongan guru merupakan anggota sekolah yang

terlibat secara langsung dalam pelaksanaan kurikulum dan program pendidikan di sekolah. Peranan yang dimainkan oleh seseorang guru dalam sesebuah sekolah amat penting, terutama dari segi pencapaian aspirasi dan matlamat sekolah.

Oleh kerana guru mendidik generasi baru, guru mestilah juga menguasai aspek psikologi terutamanya yang berkaitan dengan perkembangan manusia. Dengan pengetahuan ini, guru dapat merancang, menyampai dan menilai pengajarannya dengan lebih berkesan lagi. Di samping itu juga guru dapat menjalankan tugasnya sebagai pengganti ibu-bapa iaitu boleh memberi pandangan, nasihat dan tunjuk ajar dalam aspek tingkah laku dan hal-hal peribadi.

DEFINISI PSIKOLOGI

Psikologi

adalah perkataan yang berasal dari tamadun Greek purba iaitu dari

perkataan ‘psyche’ dan ‘logos’.

Psyche bermaksud ‘jiwa’ dan logos bermaksud ‘kajian

mengenai sesuatu’. Oleh itu dapat dirumuskan sebagai satu kajian mengenai sesuatu yang memberi kesan kepada jiwa seseorang.

Merujuk Kamus Dewan, psikologi didefinisikan

sebagai: “kajian tentang proses mental dan pemikiran, terutamanya berhubung dengan pemikiran manusia dan haiwan;pola pemikiran dan perlakuan seseorang atau sesuatu kumpulan tertentu; dan kebijaksanaan memahami sifat manusai”

Terdapat beberapa definisi psikologi yang lain, yang menyokong pengertian psikologi ini. Antaranya ialah: Kalat (1999) mengatakan bahawa psikologi ialah kajian sistematik tentan tingkah laku manusia dan pengalaman. William (1960) pula telah mendefinisikan psikologi sebagai satu cabang peniasatan saintifik untuk tingkah laku dan aktiviti.

Maka, psikologi secara ringkasnya boleh diberi definisi sebagai satu cabang penyiasatan saintifik ke atas mental dan tingkah laku manusia dan haiwan.

KONSEP-KONSEP PSIKOLOGI

Konsep-konsep psikologi yang dibincangkan di sini ialah naluri, desakan, keperluan dan motivasi.

NALURI Naluri adalah tenaga psiko-dalaman yang merupakan sumber penggerak yang diwarisi (Freud, 1946). Rumusannya Naluri merupakan tenaga dan dorongan dalaman atau semula jadi yang menggerakkan seseorang individu untuk membentuk tingkah laku.

JENIS-JENIS NALURI Mengikut William Mc Dougall, terdapat 9 jenis naluri:

a)

Naluri melarikan diri daripada bahaya

Wujud apabila seseorang individu menghadapi situasi yang berbahaya. Perasaan takut dan bimbang mendorong seseorang untuk berlari dan melepaskan diri daripada bahaya.

b)

Naluri berkumpul

Manusia mempunyai keinginan untuk hidup berkelompok kerana perlukan kawan.

c)

Naluri ingin tahu

i)

Keinginan manusia untuk mencari ilmu pengetahuan,menyiasat dan meneroka pengetahuan dalam situasi-situasi baru.

ii)

Naluri ini amat ketara di kalangan kanak-kanak kerana ingin mencari, mencuba dan meneroka bahan-bahan dalam apa jua situasi.

d)

Naluri Bermain

Setiap kanak-kanak dan orang dewasa suka bermain kerana ia menyeronokkan dan mengembangkan pemikiran, jasmani dan rohani dengan sihat.

e)

Naluri ingin meniru

Peniruan akan memberi pengalaman kepada mereka yang meniru perlakuan itu. Contohnya, kanak-kanak suka main masak-masak dan tingkah laku ini ditiru daripada ibunya yang memasak di dapur.

f)

Naluri keibubapaan

Naluri ini mendorong manusia dan haiwan untuk mengorbankan diri demi keselamatan anakanak mereka.

g) Manusia

Naluri ingin melawan yang dihalang daripada mencapai sesuatu kehendak akan bertindak terhadap

penghalangnya.

h)

Naluri Kejantinaan

Wujud pada peringkat remaja apabila manusia mencapai kematangan. manusia untuk melahirkan anak.

Ini mendorong

i)

Naluri ingin meruntuh dan membina

Naluri dapat dilihat di kalangan kanak-kanak menconteng rumah, mengoyak buku, memasang bahagian-bahagian basikal dan kereta mainan.

CIRI-CIRI NALURI 1.

Diwarisi dan tidak diperoleh melalui latihan.

2.

Tidak perlu dipelajari kerana wujud secara semula jadi.

3.

Ia agak kekal.

4.

Bentuk tingkah laku adalah sama bagi semua ahli dalam sesuatu sepsis.

5.

Ia wujud bukan disebabkan oleh sebarang rangsangan.

2. DESAKAN Mengikut Farrant (1971), desakan timbul hasil daripada keperluan manusia untuk memelihara dan meneruskan kehidupan. Perubahan tingkah laku berlaku akibat desakan.

JENIS-JENIS DESAKAN 1. Desakan kelaparan -

Desakan kelaparan dipengaruhi oleh mekanisme dalaman yang menentukan jumlah dan jenis makanan yang diperlukan. Bahagian struktur otak, iaitu hipotalamus, memainkan peranan penting dalam menentukan pemakanan.

2. Desakan kehausan -

Minum merupakan satu desakan motivasi yang penting. memotivasi kita untuk minum adalah dalaman.

Stimulasi yang

Mulut yang kering diikuti

dengan keadaan haus adalah petanda keperluan air.

3. Desakan Seks -

Ia disebabkan oleh keperluan kejantinaan yang dicetuskan oleh rangsangan luaran dan pembelajaran.

CIRI-CIRI DESAKAN 1.

Wujud akibat kekurangan keperluan asas atau fisiologi (makanan, minuman dan oksigen)

2.

Kadar desakan meningkat jika keperluan asas tidak dipenuhi. Ia akan terhapus atau hilang sebaik sahaja keperluan dipenuhi.

3.

Ia merangsang seseorang untuk bertindak.

3. KEPERLUAN Elemen-elemen yang diperlukan untuk memenuhi kekurangan dari segi jasmani, rohani dan social.

JENIS-JENIS KEPERLUAN Terdapat 2 jenis keperluan iaitu Keperluan Asas dan Keperluan Sekunder/Psikologi.

1. Keperluan asas/fisiologi paling penting untuk organisme hidup iaitu makanan, udara, minuman, rehat, pembuangan kekotoran dan seks. 2.

Keperluan Sekunder/Psikologi adalah peringkat lebih tinggi iaitu keselamatan, kasih-sayang, penghargaan dan penyempurnaan kendiri.

4. MOTIVASI Mengikut Crow dan Crow (1981). Motivasi merujuk kepada sesuatu desakan yang menyebabkan manusia mengubah sikap, minat atau kegiatan.

JENIS-JENIS MOTIVASI 1. Motivasi intrinsic a. Motivasai dalaman. Keinginan diri individu untuk memenuhi keperluan untuk belajar serta mencapai kepuasan. Contohnya:

Mencipta sajak

untuk keseronokan. 2. Motivasi ekstrinsik b. untuk bertindak. Ia dibangkitkan oleh gred, ganjaran, hadiah, pujian, sijil penghargaan dan sebagainya. kerana melaksanakan tugas institute.

Contohnya: Sijil penghargaan

CIRI-CIRI MOTIVASI 1. Tidak diwarisi wujud akibat keperluan asas atau sekunder. 2. Merupakan insentif untuk pencapaian gol atau matlamat. 3. Aras motivasi setimpal dengan peringkat keinginan. Semakin kuat keinginan, semakin tinggi motivasinya.

KEPENTINGAN PSIKOLOGI KEPADA GURU

Terdapat beberapa sebab mengapa guru-guru perlu memahami dan mempraktikkan psikologi pendidikan, iaitu:

1.

Membolehkan guru memahami mengapa pelajar bertingkah laku begini atau begitu, membantu pelajar lebih memahami diri mereka sendiri, membantu guru merangcang objektif dan matlamat pembelajaran yang sesuai dengan pelajarnya dan merumuskan langkah-langkah

supaya

pelajarnya

dapat

mencapai

matlamat

dan

objektif

pembelajaran yang ditetapkan.

2.

Guru juga dapat meramalkan tingkah laku pelajar, apa yang digemari pelajar dan apa yang tidak disenanginya pada peringkat umur tertentu. Oleh itu, pengetahuan ini dapat membantu guru merancang peneguran yang sesuai untuk pelajarnya dalam

usaha mengawal tingkah laku pelajar dan dalam memotivasi pelajar supaya rajin belajar. 3.

Melalui kajian tentang pertumbuhan dan perkembangan manusia, guru dapat mengetahui tahap perkembangan pelajar-pelajar dari segi fizikal, kognitif, sosial dan emosi. Oleh itu, guru dapat merancang pengajaran dan pembelajaran sesuai dengan tahap perkembangan pelajar-pelajarnya.

4.

Guru juga dapat mereka cipta alat ujian yang mudah dalam mengenal pasti tahap perkembangan pelajar-pelajarnya terutama pelajar yang bermasalah. Setelah guru mengetahui aras perkembangan pelajar, dapatlah dia menyediakan program atau aktiviti

yang

sesuai

untuk

pelajar

tersebut

dalam

meningkatkan

prestasi

pembelajarannya.

5.

Guru dapat menjalankan penyelidikan berkaitan isu-isu dalam bidang pendidikan seperti masalah disiplin bilik darjah, masalah ponteng sekolah, masalah merokok dan sebagainya.

Data dan maklumat yang diperoleh akan dapat membantu guru

membantu pelajar menyelesaikan masalah dan meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran.

6.

Psikologi pendidikan akan dapat membantu guru memahami personaliti dan konsep kendiri pelajar. Dengan ini, guru akan dapat membantu pelajar ke arah pembentukan konsep kendiri yang positif.

Oleh itu, subjek psikologi pendidikan ini perlu dibekalkan kepada guru sebab tugasnya bukan sahaja menyampaikan ilmu, tetapi juga adalah untuk melahirkan seorang manusia yang kamil dan baik budi pekertinya serta bertanggungjawab kepada keluarga, bangsa dan agama. PENUTUP

Kertas kerja ini telah saya membincangkan bidang psikologi dan memberi definisi psikologi. Sejarah perkembangan bidang ini turut dibincangkan dari zaman Greek Purba sehingga kini. Beberapa konsep asas dalam psikologi seterusnya diperkenalkan. Akhir sekali, kepentingan bidang psikologi kepada guru/pendidik turut dibincangkan.

Memahami dan mengkaji teori-teori pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian-kajian ahli psikologi adalah penting bagi kaum guru yang ditugaskan untuk mendidik murid-murid melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.

RUJUKAN

Blair,G.M. , Jones, R.S. & Simpson, R.H. (1975) Educational Psychology, 4th Edition. Mac Millan Inc.

Kalat, J.W. (1999) Introduction To Psychology, 5th Edition, New Jersey : Prentice Hall Inc.

__________________, Istilah Psikologi Pengajian Tinggi (1985) Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Boon Pong Ying & Ragbir Kaur (1998) Psikologi 1 (Semester 1), Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Mahmood Nazar Mohamed (1990) Pengantar Psikologi Satu Pengenalan Asas Kepada Jiwa dan Tingkah Laku Manusia, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa & Pustaka.

BERDASARAN PENGALAMAN ANDA SEBAGAI SEORANG GURU, TERANGKAN MENGAPA PENTINGNYA SESEORANG GURU MEMPELAJARI PSIKOLOGI.

ANIDAYATI BINTI ABDUL RAHIM KURSUS LPBS (KPLI-SR) 5 JULAI 2004 770513 – 06 – 5610

SOALAN TUTORIAL 1 UNIT 1

JABATAN PENDIDIKAN MAKTAB PERGURUAN SULTAN MIZAN BESUT TERENGGANU

PENDAHULUAN

Ketika anda

berada di sekolah, anda tentu tertarik kepada pengajaran setengah-

setengah guru. Biasanya guru itu dapat menyampaikan pengajarannya dengan baik serta menunjukkan minat terhadap pelajar-pelajarnya.

Dia memuji pelajar yang menghasilkan

sesuatu yang baik. Kadang-kadang dia bergurau senda ketika timbulnya rasa bosan di dalam bilik darjah.

Dia berusaha membimbing pelajar-pelajar yang lemah.

Guru seperti ini

merupakan seorang guru yang berkesan kerana dia banyak menggunakan prinsip-prinsip psikologi pendidikan.

Setiap pendekatan psikologi mempunyai kelebihan dan kelemahan.

Namun, setiap

pendekatan ini memberi sumbangan kepada banyak cabang penyelidikan seperti kajian ke atas penyalahgunaan dadah, interaksi komputer dan manusia, kanak-kanak cerdik dan bermasalah dan banyak lagi. Salah satu cabang yang penting ialah psikologi pendidikan.

DEFINISI PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Menurut Banks dan Thompson (1995), psikologi ialah ilmu yang mengkaji tingkah laku manusia. Pendidikan pula adalah profesion yang mengkaji dan membina metodologi atau pendekatan pengajaran pembelajaran untuk digunakan di sekolah.

Psikologi pendidikan ialah kajian tentang perlakuan atau tingkah laku manusia Dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kajian psikologi pendidikan ini termasuklah kajian mngenai perkembangan manusia, pembelajaran, ingatan, motivasi, pengurusan bilik darjah dan pengujian serta penilaian pembelajaran. Menurut Borich dan Tombari (1997) mengatakan psikologi pendidikan ialah satu disiplin yang memfokuskan kajiannya kepada pengetahuan teoretikal dan pengetahuan emprikal mengenai pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah.

Kesimpulannya, psikologi pendidikan ini amat berguna bagi guru-guru untuk tujuan memahami

tingkah laku pelajar-pelajar dan memudahkan proses pengajaran dan

pembelajaran.

IMPLIKASI PSIKOLOGI DALAM BILIK DARJAH DAN CONTOH

1. Membantu guru memahami ciri-ciri pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak serta menghubungkaitkan dengan proses pengajaran pembelajaran dalam bilik darjah. Guru dapat merancang strategi pengajaran-pembelajaran yang sesuai dan berkesan untuk

kumpulan kanak-kanak yang berlainan.

Guru boleh menggunakan teknik–

teknik pengajaran dan pembelajaran yang sejajar dengan perkembangan kognitif kanak-kanak.

Contohnya :

Pembelajaran melalui permainan dirancang untuk kanak-

kanak

prasekolah.

2. Memotivasi murid-murid dalam proses pembelajaran. Ini akan menimbulkan perasaan seronok di kalangan pelajar untuk belajar sekaligus menjadikan suasana kelas ceria dan tidak membosankan.

Contohnya: Guru akan merangsang dengan memberi pujian dan ganjaran kepada murid yang dapat menjawab soalan dengan betul atau hasil kerja y;ang baik dalam pembelajaran

. 3. Menyelesaikan masalah murid yang menunjukkan tingkah laku yang bermasalah dalam bilik darjah.

Dengan pengetahuan teori dan prinsip-prinsip

psikologi pendidikan, guru dapat mencari sebab-sebab gangguan tingkah laku dan cuba mengatasi masalah.

Contohnya: Apabila murid bosan dengan cara pengajaran guru, murid akan bising dan tidak memberi tumpuan. Oleh itu, guru harus mewujudkan suasana sosioemosi bilik darjah yang baik seperti menyelitkan unsur ‘humor ‘ , suara jelas dan melibatkan penyertaan murid semasa mengajar.

4. Memahami perbezaan individu murid dari segi kognitif, bakat, minat dan keperluan.

Guru dapat merancang dan mengubah suai teknik

pengajaran untuk

kumpulan murid yang berlainan. Guru juga akan lebih peka terhadap masalah murid dan memberi layanan yang sewajarnya.

Contohnya: kumpulan murid lemah guru memberikan soalan pemulihan, teknik pengajaran yang lambat dan menggunakan kadar ABM yang banyak.

Manakala

kumpulan murid yang pandai guru memberikan soalan pengayaan, teknik pengajaran yang biasa dan menggunakan kadar ABM yang biasa.

5. Menyedari seseorang pelajar bukan sahaja memerlukan kesihatan fizikal malahan memerlukan kesihatan mental dan sosial bagi menjamin pelajar-pelajar dapat memberi penumpuan terhadap pengajaran dan aktiviti pembelajaran di dalam bilik darjah.

Contohnya: guru mestilah melibatkan semua pelajar secara sama-rata dalam menjawab soalan kerana apabila seseorang murid tidak pernah dipanggil oleh gurunya untuk menjawab satu-satu soalan, dia mungkin berfikir yang dia tidak digemari oleh guru atau berasa dialah murid yang paling bodoh di dalam kelas itu.

6. Menjalankan kajian penyelidikan mengenai isu-isu pendidikan dalam suasana bilik darjah seperti kemahiran teknik pengajaran dan pembelajaran serta masalah kawalan kelas, dan sebagainya. Ini membantu guru meningkatkan kualiti proses pengajaran dan pembelajaran.

Contohnya:

Guru

menyedari

pentingnya

penggunaan

set

induksi

untuk

memberangsangkan murid sebelum pengajarannya, meyusun pelajaran mengikut tahap

kesediaan

murid

dan

menggunakan

pengajarannya.

PENUTUP

pujian

dan

peneguhan

dalam

Daripada definisi dan implikasi psikologi pendidikan di dalam bilik darjah yang dibincangkan jelas bahawa pengetahuan tentang bidang ini akan meningkatkan keberkesanan pengajaran guru. Guru perlu memahami pelajar-pelajarnya di dalam bilik darjah, kebolehan mereka, peringkat-peringkat perkembangan yang mereka lalui dan cara-cara alam sekitar membentuk sahsiah serta memupuk minat mereka .

Guru yang berkesan juga memahami proses-proses yang digunakan ole pelajarpelajarnya dalam pemikiran serta penyelesaian masalah. Guru hendaklah memahami bagaimana pelajar-pelajar belajar dan cara membantu mereka memperoleh pembelajaran yang maksimum.

RUJUKAN

Abruscato, J. , (1985) Introduction to Teaching and the Study of Education, New Jersey : Prentice – Hall, Englewood Cliffs.

Arends, R. I., (1989) Learning to Teach, New York : McGraw-Hill Book Co.

Ee Ah Meng. (1994) Psikologi Dalam Bilik Darjah, Kuala Lumpur : Penebit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Boon Pong Ying & Ragbir Kaur . (1998) Psikologi 1 (Semester 1), Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Bishop, G., (1989) Alternative Teaching Methods, London : Merill Publishing Co.

Related Documents

Paper Psikologi Belajar
November 2019 3
Psikologi
May 2020 39
Psikologi
April 2020 48

More Documents from ""