Mastery Learning

  • Uploaded by: KaromiRahman
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Mastery Learning as PDF for free.

More details

  • Words: 1,357
  • Pages: 4
PEMBELAJARAN PENGUASAAN (MASTERY LEARNING) Pembelajaran masteri adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran alternatif yang mendorongkan pelajar sampai kepada satu tahap penguasaan unit-unit pengajaran tertentu sebelum mereka dibenarkan maju atau meneruskan pembelajaran ke unit yang seterusnya. Pembelajaran masteri bukan satu konsep yang baru dan ia telah diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Amerika melebihi 70 tahun yang lalu. Ia adalah satu proses di mana pelajar mencapai aras yang sama terhadap kandungan masteri tetapi pada tahap2 jarak jangka masa `interval` yang berlainan. Sistem sekolah yang melaksanakan pembelajaran masteri mendapati ia sangat berkesan sebagai kaedah pengajaran dan pembelajaran. Satu perubahan asas dalam pemikiran tentang sifat semula jadi pengajaran telah bermula pada tahun 1963 apabila John B. Carol berhujah tentang satu idea mengenai pembelajaran penguasaan. Pembelajaran penguasaan mendakwa bahawa focus pengajaran adalah masa yang diperlukan untuk pelajar-pelajar yang berbeza mempelajari bahan-bahan yang sama. Ini berbeza dengan model-model klasik yang diasaskan kepada teori-teori inteligensia. Di manasemua pelajar diberi peruntukan masa yang sama untuk belajar dan berfokus kepada keupayaan yang berbeza-beza. Caroll berhujah bahawa kecekapan adalah satu ukuran masa yang diperlukan untuk belajar. Idea untuk pembejaran masteri bergerak kepada satu anjakan di tanggungjawab pembelajaran adalah bergantung sepenuhnya kepada guru. Kegagalan dalam pembelajaran terletak kepada pengajaran guru dan bukan kepada kurangnya keupayaan kepada pihak pelajar. Dalam persekitaran pembelajaran masteri, cabaran adalah memberi cukup masa dan menggunakan strategi-strategi pengajaran supaya semua pelajar boleh mencapai satu aras pembelajaran yang sama(Levine. 1985, Bloom 1981). Elemen penting bagi pembelajaran masteri adalah menentukan dengan jelas apa yang akan dipelajari dan bagaimana ia akan dinilai, membenarkan pelajar belajar mengikut keupayaan mereka, menilai kemajuan pelajar dan menyediakan pemulihan atau tindak balas yang sesuai, dan menguji untuk melihat sama ada criteria pembelajaran telah dapat dicapai atau tidak.

Strategi Pembelajaran Masteri Berdasarkan penyelidikan terhadap pembelajaran, tidak ada strategi yang boleh menghasilkan satu penemuan yang baik selain pembelajaran masteri. Dalam pembelajaran ini, pelajar diperlukan untuk menguasai bahan-bahan sehingga ke satu tahap yang khusus sebelum mereka boleh meneruskan pembelajaran yang baru. Beberapa sistem sekolah telah cuba melaksanakan pembelajaran masteri. Terdapat persetujuan yang `substantial` tentang kejayaan pembelajaran masteri, terutamanya dalam reka bentuk pengajaran di maktab-maktab. Banyak program pembelajaran yang terancang dan moden termasuk komponen-komponen pembelajaran masteri mendapat perhatian.

Pembelajaran masteri melibatkan pelajar menunjukkan penguasaan bahan-bahan pada peringkat tertinggi, sebelum mereka meneruskan dengan bahan-bahan yang baru. Dua elemen penting yang melibatkan strategi pengajaran ialah konsep boleh dibetulkan (corrective) dan tindak balas pengayaan (enriching), dan kesepaduan komponenkomponen pengajaran. Konsep pembelajaran masteri telah disemak dalam iplementing mastery learning (Guskey,1996). Bloom (1984) menyarankan supaya diadakan tutorial secara bersemuka kerana ini didapati sangat berkesan. Beliau seterusnya mencadangkan supaya pendekatan pembelajaran masteri secara bersemuka ini digunakan sebagai satu cara mengukur keupayaan pelajar. Apabila menggunakan self-regulatory didapati hasilnya adalah positif dan ini telah mendorong kepada satu dapatan pembelajaran yang cemerlang. Apabila penilaian objektif digunakan, pengetahuan terdahulu adalah peramal yang baik bagi pembelajaran. John B. Caroll menamakan pembelajaran mengikut masa sebagai kadar pembelajaran LR yang memakai formula seperti berikut: LR= f (time spent learning/time needed to learn) Ia menerangkan bahawa kadar pembelajaran adalah satu fungsi masa yang dimiliki oleh pelajar untuk belajar yang dapat memenuhi masa sebenar yang diperlukan bagi satu-satu situasi atau pengajaran yang diberi. Teori baru Carroll telah diasaskan kepada idea bahawa semua pelajar harus mempunyai potensi untuk belajar semua jenis pengajaran yang telah diberi, dengan syarat mereka diberi masa yang masa yang berbezabeza untuk melaksanakannya. Tidak terdapat pelajar yang dianggap baik atau lemah atau sebagai pelajar yang pantas atau perlahan. Carroll mengenal pasti dua faktor yang memberi kesan kepada kadar pembelajaran pelajar, iaitu kesanggupan menunggu pelajar dan peluang untuk belajar. Perkara pertama dikawal oleh pelajar, iaitu sebanyak mana masa mereka gunakan untuk pembelajaran, dan kedua ialah masa diperuntukkan untuk belajar dan menilai bahan-bahan di bilik darjah. Berikut ialah beberapa perkara penting yang melibatkan bagaimana pelajaran masteri dapat dilakukan: a) nyatakan dengan jelas objektif yang mewakili tujuan-tujuan mengajar b) kurikulum atau pengajaran dibahagikan kepada unit-unit pembelajaran yang kecil yang setiap satunya memiliki objektif dan penilaian tersendiri. c) Bahan-bahan pembelajaran dan strategi pembelajarn dikenal pasti.pengajaran,membuat model, menjalani latihan, penilaian formatif, mengajar semula,pengukuhan dan penilaian sumatif adalah dilibatkan sama. d) Setiap unit didahukui dengan satu ujian diagnostik yang ringkas atau penilain fomatif. e) Keputusan ujian fomatif digunakan untuk menyediakan pengajaran tambahan atau pembetulan untuk membantu pelejar mengatasi masalah mereka. f) Masa untuk belajar mesti boleh diubah suai untuk dipadankan dengan kecekapan. Tidak ada pelajar yang harus meneruskan pembelajaran bahan-

bahan baru sehingga bahan-bahan asas sebelumnya telah dapat dikuasai sepenuhnya. Pembelajaran masteri tidak berfokus pada kandungan, tetapi tertumpu kepada proses menguasainya. Bahan-bahan kurikulum atau pengajaran boleh direka bentuk oleh perancang pengajaran dalaman atau melalui pelbagai pasukan professional seperti sekolah, industri, atau militari. Atau bahan-bahan pengajaran boleh didapati melalui bahan-bahan yang telah disediakan oleh sumber komersil luar. Bagaimanapun, bahanbahan pengajaran yang dibangunkan sendiri atau didapati daripada sumber-sumberr lain hendaklah terlebih dahulu dinilai oleh guru untuk memastikan ia benar-benar sesuai dengan objektif pengajaran bagi sesuatu pengajaran yang diberi. Pembelajaran masteri adalah satu strategi pengajaran yang berasaskan prinsip yang menekankan bahawa semua pelajar boleh belajar satu set objektif yang munasabah dengan pengajaran yang sesuai dan mempunyai masa yang cukup untuk belajar. Pembelajaran masteri mengutamakan teknik-teknik tutorial dan pengajaran individu dalam situasi pembelajaran berkumpulan dan mengetengahkan teori-teori pembelajaran bagi pelajar yang berjaya bagi semua pelajar dalam kumpulan itu. Falsafah pembelajaran masteri adalah penekanan kepada kurukulum yang terancang, model2 pengajaran yang berpotensi, pensetaraan penilaian pelajar, dan pendekatan mengajar. Pembelajaran masteri mempunyai beberapa kekuatan seperti yang berikut: a) b) c)

pelajar mempunyai kemahiran2 asas untuk meneruskan pembelajaran kepada unit-unit seterusnya. Ia memerlukan guru melaksanakan tugas-tugas menganalisis dan dengan itu ia menjadi lebih baik bagi guru-guru untuk mengajarkan unit-unit pembelajaran. Memerlukan guru menyatakan objektif sebelum mereka bentuk aktiviti. Boleh memecahkan pusingan kegagalan (penting teerutamanya bagi kumpulan minority pelajar yang tidak bernasib baik)

Selain kekuatannya yang tersendiri, pembelajaran masteri juga mempunya kelemahannya iaitu: a) bukan semua pelajar akan maju pada keupayaan dan tahap yang sama. Ia memerlukan pelajar yang telah menunjukkan penguasaan menunggu mereka yamg tidak berkeupayaan atau memerlukan pemhajaran individu. b) Pengajaran memerlukan kepelbagaian bahan untuk pemulihan c) Pembelajaran harus mempunyai beberapa ujian atau penilaian bagi setiap unit. d) Sekiranya hanya ujian objektif yang digunakan, maka ini akan mendorongkan kepada aktiviti menghafaz dan pembelajaran spesifik dan bukan mempelajari rasaras yang lebih tinggi. Kaedah Pembelajaran Masteri Kedah pembelajaran masteri membahagikan subjek kepada unit-unit yang mempunyai objektif yang tersendiri. Pelajar secara bersendiri atau berkumpulan

bekerja melalui setiap unit dengan satu cara yang terancang. Pelajar mesti menunjukkan penguasaan yang secara tipikalnya 80% sebelum bergerak kepada unit yang seterusnya. Pelajar yang tidak dapat mencapai penguasaan menerima pemulihan melalui tutorial, pengendalian rakan sebaya, perbincangan kumpulan kecil atau kerjakerja rumah sebagai tambahan. Masa tambahan utk pembelajaran diberi kepada mereka untuk menguasai pemulihan. Pelajar menyambung pusingan pembelajaran dan ujian sehinga penguasaan berlaku. Block (1971) menyatakan bahawa pelajar dengan pengalaman-pengalaman terdahulu yang sedikit mempunyai pencapaian yang lebih tingi melalui pembelajaran masteri daripada pengajaran yang mengunakan kaedah-kaedah tradisional. Pengembang2 pembelajaran masteri menegakkan bahawa kemahiran asas adalah sangat berguna. Pengajaran bekumpulan selalunya diberi kepada kelas sepenuhnya oleh pengajar dengan masa secara individu untuk pembelajaran dengan syarat penguasaan berlaku. Matlamat pembelajaran masteri adalah kejayaan bagi pelajar2 itu. Ia mwenegaskan bahawa kejayaan dalam pencapaian, sikap, dan motivasi dalam persekitaran pengajaran dan pembelajaran menjadikan pembelajaran lebih efektif. Secara kseluruhannya, pembelajaran masteri seperti yang dinyatakan sebelum ini bukanlah satu kaedah pengajaran yang baru. Ia diasaskan kepada satu konsep yng menyebut pelajar boleh belajar apabila disediakan dengan suasana yang sesuai dengan situasi. Pelajar mesti mencapai satu tahap penguasaan berdasarkan sesuatu unit sebelum mereka dibenarkan maju ke unit yang lain. Dalam suasana pembelajaran masteri, pelajar diberi maklum balas khusus tentang kemajuan pembelajaran mereka pada setiap interval di sepanjang jangka masa pengajaran. Maklum balas ini membantu pelajar mengenal apa yang telah mereka pelajari dengan baik dan apa yang mereka tidak dapat pelajari dengan baik. Kawasan pemmbelajaran yang tidak dipelajari dengan baik akan diberi banyak masa untuk mencapai penguasaanya. Biasanya, hanya gred “A” dan “B” sahaja yang dibenarkan kerana ini adalah peringkat pembelajaran masteri yang standard yang diterima. Pengajaran secara tradisional menitikberatkan masa pembelajaran dan membenarkan penguasaan berbeza-beza. Dalam pembelajaran masteri, atau kadangkala disebut juga sebagai pengajaran sistematik, ia menitikberatkan penguasaan dan membenarkan masa yang berbezabeza.

Kamarudin Hj. Husin, Siti Hajar Hj. Aabdul Aziz (2004), PEDAGOGI: Asas Pendidikan, Selangor: Kayazano Enterprise

Related Documents

Mastery Learning
May 2020 22
Mastery Learning
June 2020 28
Css Mastery
December 2019 30
Mastery Club
April 2020 17
Mastery Club
May 2020 16

More Documents from ""