UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM, PERAK DARUL RIDZUAN
KRB 2023 KAEDAH BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH TUGASAN INTERPRESTASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH
Disediakan oleh : BIL 1. 2. 3. 4.
NAMA Muhamad Rafizi Bin Hambali Izharnizam Bin Ibrahim Rimas Bin Aslih Mohd Yusof Bin Abdul Karim Program: AT34 – PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH Kumpulan Kuliah : A ( Isnin ; 2.00-4.00 pm)
Pensyarah : Encik Omar Hisham Bin Mohd Baharin
NO MATRIK D20061027249 D20061027250 D20061027262 D20061027282
ISI KANDUNGAN PERKARA
MUKA SURAT
1.0
Pengenalan : Intrepretasi Sukatan Pelajaran
1
2.0
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
2
2.1
Organisasi Kandungan
3
2.2
Objektif KBSR
3
Konsep Kecerdasan Pelbagai
4
3.1
Jenis-jenis Kecerdasan Pelbagai
6
3.1.1
Kecerdasan Verbal-Linguistik
6
3.1.2
Kecerdasan Logik-Matematik
7
3.1.3
Kecerdasan Ruang-Visual
7
3.1.4
Kecerdasan Kinestetik
7
3.1.5
Kecerdasan Muzik
8
3.1.6
Kecerdasan Interpersonal
8
3.1.7
Kecerdasan Intrapersonal
8
3.1.8
Kecerdasan Naturalis
9
3.1.9
Kecerdasan Existential
9
3.0
4.0
Aplikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Bilik Darjah 4.1
10
Implikasi Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran
11
5.0
Cadangan Dan Pendapat
13
6.0
Kesimpulan
14
Bibliografi
15
Rancangan Pengajaran Harian Bahasa Melayu
17
1.0
PENGENALAN : INTERPRETASI SUKATAN PELAJARAN.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, dan merupakan mata pelajaran teras yang wajib dipelajari di peringkat sekolah rendah. Berdasarkan tujuan mata pelajaran ini dimasukkan dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) itu sendiri pun telah melengkapi sebahagian kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik. Iaitu melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR merangkumi penggunaan bahasa yang menekankan kemahiran bahasa berteraskan bahasa Melayu baku. Ia meliputi kemahiran mendengar, kemahiran bertutur, kemahiran membaca dan kemahiran menulis. Penulis dan rakan-rakan akan mengupas dengan lebih lanjut mengenai apakah yang dimaksudkan dengan konsep kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik dalam tajuk yang berikutnya. Jika dilihat daripada segi organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSR, terdapat beberapa komponen yang terlibat, iaitu kemahiran berbahasa, hasil pembelajaran, sistem bahasa dan pengisian kurikulum. Kecerdasan pelbagai ini adalah terletak di bawah komponen pengisian kurikulum di bawah tajuk kemahiran bernilai tambah. Jelaslah di sini menunjukkan bahawa kecerdasan verbal – linguistik tidak diajar secara terus atau langsung kepada murid oleh guru di dalam bilik darjah. Ia dilakukan secara tersirat, tersembunyi ataupun secara penyerapan dan asahan. Sesuai dengan sifatnya yang boleh dipupuk secara semula jadi dan latihan. Melalui analisis terhadap Sukatan dan Huraian Pelajaran Bahasa Melayu KBSR (SHPBMSR), jelas menunjukkan bahawa kecerdasan pelbagai ini diterapkan di kesemua tahun di sekolah rendah, iaitu sejak tahun 1 sehingga tahun 6. Di dalam SHPBMSR menyatakan, kecerdasan pelbagai merangkumi verbal-linguistik, logik-matematik, muzik, kinestetik, visualruang, interpersonal, intrapersonal, dan naturalis. Oleh itu, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Jelas juga di sini beberapa perkara yang perlu diutamakan oleh seseorang guru untuk menerapkan kecerdasan pelbagai ini iaitu cara pengajaran dan perbezaan individu.
Begitu juga halnya dengan SHPBMSR untuk sekolah jenis kebangsaan. Setiap tahunnya juga dinyatakan mengenai kecerdasan pelbagai melalui kemahiran bernilai tambah. Penekanan tidak semestinya diberikan oleh seseorang guru untuk mengajar kecerdasan verbal – linguistik ini. Hal ini di dalam SHPBMSR menekankan setiap elemen dan komponennya perlulah disampaikan secara sama rata. Walaubagaimana pun seperti mana yang kita sedia maklum, pengisian kurikulum ini boleh dilakukan secara bersama dengan pengajian bahasa. Melihat kepada Falasafah Pendidikan Kebangsaan, kecerdasan verbal – linguistik ini lebih menyumbang kepada pembentukan keterampilan dan sahsiah murid. Menurut Thomas dan John (2005), kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu untuk berkomunikasi dan menjadi peka deria kepada dunia melalui bahasa. Oleh itu, guru perlu mendidik murid untuk menggunakan bahasa yang betul semasa berkomunikasi sekali gus membentuk sahsiah diri murid yang baik dan berbudi melalui pengajaran bahasa.
2.0
HURAIAN SUKATAN PELAJARAN BAHASA MELAYU
Pengajaran mata pelajaran Bahasa Melayu yang diajar di sekolah adalah berdasarkan kepada Sukatan dan Huraian Sukatan Pelajaran yang disediakan setiap tahun oleh kementerian bagi membantu guru melaksanakan pembelajaran secara berkesan. Objektif khusus yang terkandung di dalam Huraian Sukatan Pelajaran dijadikan sebagai rujukan guru untuk menentukan tahap penguasaan dan pencapaian murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu juga, Huraian Sukatan Pelajaran ini juga mengandungi Organisasi Kandungan yang terdiri daripada kemahiran bahasa merangkumi Kemahiran Mendengar, Kemahiran Bertutur, Kemahiran Membaca dan Kemahiran Menulis; Hasil Pembelajaran, Sistem Bahasa dan Pengisian Kurikulum.
2.1
Organisasi Kandungan
Organisasi Kandungan dalam sukatan pelajaran Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) merangkumi pelbagai kemahiran. Secara khususnya, kami akan memfokuskan Organisasi Kandungan kepada Kecerdasan Pelbagai iaitu salah satu
kemahiran yang
terkandung dalam Kemahiran Bernilai Tambah. Kemahiran Bernilai Tambah ialah kemahiran yang mengutamakan pengalaman di bilik darjah sesuai dengan situasi kehidupan dunia sebenar murid serta senario dunia yang global. Selain daripada Kecerdasan Pelbagai, Kajian Masa Depan, Kemahiran Belajar Cara Belajar, Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Kemahiran Berfikir dan Pembelajaran Konstruktivisme juga tergolong dalam Kemahiran Bernilai Tambah. Kecerdasan Pelbagai merangkumi Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Muzik, Kinestetik, Visual-Ruang, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Oleh yang demikian, guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. 2.2
Objektif KBSR
Kecerdasan Pelbagai yang digariskan dalam objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah (KBSR) jika dilihat merangkumi beberapa objektif yang digariskan. Antara Kecerdasan Pelbagai yang merangkumi objektif-objektif tersebut ialah Kemahiran Verbal-Linguistik. Ia dapat dilihat pada objektif ( ii ) iaitu bertutur petah menggunakan sebutan dan intonasi yang betul dalam pelbagai situasi, Kemahiran Interpersonal pada objektif yang ke ( iii ) iaitu berbincang dan berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan tentang sesuatu perkara dan Kemahiran Intrapersonal yang dapat dilihat pada objektif yang ke ( ix) dan ( x ) iaitu menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur ilmu dan menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme , dan perasaan cinta akan negara. Objektif dalam Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menyarankan supaya Kecerdasan Pelbagai perlu dikembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Bagi objektif pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu tahun satu adalah diharapkan murid-murid dapat diperkembang Kecerdasan Pelbagai setiap murid. Manakala Objektif Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu dari tahun dua hingga tahun enam adalah sama iaitu dengan merujuk kepada objektif
( ii ), ( iii ), ( ix ) dan ( x ). Hal ini menunjukkan kemahiran membaca sangat penting kepada murid dan mereka perlu menguasai kemahiran ini sejak dari tahun satu. 3.0
KONSEP KECERDASAN PELBAGAI
Ramai para sarjana telah menakrifkan istilah kecerdasan. Menurut Ramlah dan Mahani (2004), Piaget berpendapat bahawa kecerdasan adalah kebolehan individu berfikir atau menaakul dalam usahanya menyesuaikan diri dengan persekitaran. Melalui BrainyQuote.com pula, kecerdasan dinyatakan sebagai perbuatan atau keadaan pintar dan latihan kepada pemahaman. Melalui Thomas dan John (2005), Gardner menyatakan bahawa kecerdasan adalah sebagai potensi biopsikologi untuk memproses maklumat yang boleh digunakan di dalam set budaya untuk menyelesaikan masalah ataupun mereka produk yang bernilai dalam lingkungan budaya tersebut. Kemudian Gardner telah mengemukakan Teori Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983. Menurut Syukri (2007), jenis kecerdasan yang ada di dalam teori ini adalah seperti; verballinguistik, logik-matematik, visual-ruang, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan naturalis. Setiap satu kecerdasan ini mempunyai kelebihan dan keistimewaannya. Fokus kami adalah kepada kecerdasan verbal-linguistik kerana ia dilihat lebih sesuai untuk diterapkan melalui pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Menurut Syukri (2007), kecerdasan verbal-linguistik ialah kebolehan berfikir dengan perkataan, menggunakan bahasa untuk menyatakan atau memahami maksud yang kompleks merangkumi pembacaan, penulisan dan perbualan dalam bahasa sendiri atau asing. Turut ditambah oleh Thomas dan John (2005), kecerdasan verbal-linguistik membolehkan individu untuk berkomunikasi dan menjadi peka deria kepada dunia melalui bahasa. Terdapat beberapa salah tanggapan mengenai teori ini. Antara lain di dalam laman web http://myschoolnet.ppk.kpm.my menyatakan, kecerdasan adalah tetap dan setiap individu mempunyai hanya satu jenis kecerdasan sahaja. Penyataan ini adalah tidak benar. Menurut Sharna Olfman (2006), kebanyakan para saintis bersetuju bahawa setiap aspek kelakuan manusia adalah hasil daripada pergaulan dan dipengaruhi oleh persekitaran. Oleh itu adalah
tidak mustahil jika kecerdasan juga turut dipengaruhi oleh persekitaran dan pergaulan individu tersebut. Lebih-lebih lagi merujuk kepada Kamarudin dan Siti (2004), kecerdasan boleh diperbaiki dengan berkesan melalui pendidikan dan latihan. Jelas di sini kecerdasan boleh dipelajari dan sentiasa berubah sepanjang hayat. Berbalik kepada konteks pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), guru perlu mengembangkan potensi kecerdasan murid dengan menyediakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kecenderungan mereka kerana setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan yang berbeza. Memandangkan Kecerdasan Pelbagai adalah terletak di bawah Kemahiran Bernilai Tambah, sudah pastinya ia tidak diajar secara terus di dalam bilik darjah. Guru seharusnya bijak memilih kaedah pengajaran dan juga bahan yang bersesuaian, agar Kecerdasan Pelbagai dapat diperbaiki melalui pendidikan serta latihan. Apabila kita membicarakan mengenai matapelajaran Bahasa Melayu, sudah tentunya kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik adalah yang paling tepat untuk digunakan di dalam pengajaran dan pembelajaran (P&P). Terdapat pelbagai cara dan kaedah yang boleh digunakan oleh guru untuk menerapkan kecerdasan ini. Tajuk seterusnya akan membicarakan lebih mengenai cara mengaplikasikan kecerdasan pelbagai – verbal-linguistik ini di dalam P&P. Kecerdasan pelbagai merupakan salah satu kemahiran yang penting terdapat dalam kemahiran bernilai tambah bagi memenuhi pengisian kurikulum dalam Sukatan Pelajaran Malaysia. Kemahiran ini telah dimasukan di dalam kemahiran bernilai tambah supaya ianya dapat diajar di dalam bilik darjah serta dapat diaplikasikan dalam dunia sebenar murid dan dalam senario dunia yang global ( Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah, Tahun Enam ). Howard gardner merupakan pelopor pertama yang telah menyatakan teori kecerdasan pelbagai ini. Menurut Gardner,
kecerdasan ialah kebolehan atau keupayaan untuk
menyelesaikan masalah, mencari atau membentuk masalah yang baru dan jika bersesuain, menghasilkan produk-produk yang bernilai dalam lingkungan konteks bidangnya (Nor Shah Saad, 2005). Kecerdasan ini tidak berkaiatan dengan deria dan juga ianya bukan secara semulajadi atau dipupuk. Kecerdasan ini ialah tarikan kepada dan kemahiran dengan rangsangan tertentu. Jika seseorang itu tertarik dan mahir dengan nombor-nombor serta
hubungan-hubungan logikal antara objek,
maka dikatakan orang tersebut mempunyai
kecerdasan logik-Matematik. Kecerdasan pelbagai ini sebenarnya terbahagi kepada sembilan elemen kecerdasan iaitu
verbal-linguistik,
logik-Matematik,
ruang-visual,
kinestetik,
muzik,
interpersonal,
intrapersonal, naturalis dan existential ( Khuan Wai Bing Dan Omar Abdull Kareem, 2005). Hal ini kerana kecerdasan ini bukan berbentuk tunggal, bukan tetap dan tidak boleh diukur sepenuhnya melalui ujian-ujian IQ.
3.1
JENIS-JENIS KECERDASAN PELBAGAI
3.1.1
Kecerdasan Verbal-Linguistik
Kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan. Penyair, penulis, pemberita, penceramah, peguam, pengacara dan ahli politik mempunyai kecerdasan verbal-linguistik 3.1.2
Kecerdasan Logik-Matematik
Kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal,
kritis,
cekap
membuat
pengiraan,
boleh
membuat
perbandingan,
cekap
menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan Matematik dan saintifik. Ahli Matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli Sains, walaupun didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata, kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Ahli Matematik, jurutera, ahli fizik, penyelidik dan pengaturcara komputer menunjukkan darjah kecerdasan logikal-Matematik yang tinggi
3.1.3
Kecerdasan Ruang-Visual
Kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seseorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Pelukis, pelayar, jurutera, pakar bedah, arkitek, pengukir dan pereka grafik mempunyai kecerdasan visual-ruang yang tinggi. 3.1.4
Kecerdasan Kinestetik
Kebolehan menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Pelakon, pereka/pencipta, penari, mekanik, atlit dan pelumba kereta mempunyai kecerdasan kinestetik. 3.1.5
Kecerdasan Muzik
Kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Murid yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik.Penyanyi, penggubah lagu, pemain alat muzik, konduktor muzik dan komposer lagu mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi
3.1.6
Kecerdasan Interpersonal
Kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran kooperatif dan pengajaran rakan sebaya serta penglibatan dalam perbincangan kelas. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal yang tinggi termasuklah pemimpin agama dan politik, guru, pensyarah, jurujual, kaunselor, doktor, jururawat dan pekerja sosial. 3.1.7
Kecerdasan Intrapersonal
Kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat, dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain serta mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesen-stesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Contoh-contoh kecerdasan intrapersonal yang tinggi termasuklah penulis novel, ahli psikologi, tok guru dan ahli falsafah. 3.1.8
Kecerdasan Naturalis
Kebolehan mengenal ,mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan.. Murid yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani,doktor haiwan, nelayan, pengkaji bintang, pendaki gunung, ahli ekologi dan aktivis persekitaran mempunyai kecerdasan naturalis yang tinggi.
3.1.9
Kecerdasan Existential
Kecerdasan ini lazimnya dimiliki oleh mereka yang mempunyai kepekaan dan keupayaan untuk menjawap persoalan yang berkaitan dengan kewujudan manusia dan kematian. Golongan ini juga dikatakan memiliki sensitiviti yang kuat terhadap permasaalahan manusia di sekelilingnya. Lazimnya individu yang memiliki kecerdasan ini adalah mereka yang taat kepada ajaran agama masing-masing. Tokoh-tokoh yang memiliki kecerdasan ini termasuklah guru-guru agama islam, iman, bilal, bomoh tradisional, sami-sami budha dan hindhu, paderi dan saintis.
4.0
APLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM BILIK DARJAH.
Kecerdasan pelbagai ini sebenarnya boleh kita lihat dikalangan murid-murid yang mempunyai pelbagai minat dan kecenderungan serta kebolehan yang berbeza. Sekiranya seseorang murid itu dilihat tidak berjaya dalam bidang akademik dan cenderung ke arah lain seperti sukan dan sebagainya, murid itu tidak boleh dianggap sebagai murid yang lemah. Hal ini kerana, kecenderungan murid tersebut
mungkin ke arah sukan ataupun bidang lain seperti muzik.
Begitu juga dengan kemajuan murid dalam sesuatu mata pelajaran, sesetengah murid mempunyai pencapaian yang cemerlang dalam mata pelajaran Matematik atau Sains tetapi lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan perkara ini sememangnya berkaitan dengan kecerdasan yang dikemukakan oleh Howard Gardner . Menurut teori kecerdasan pelbagai ini, murid tersebut mempunyai kecerdasan logik-Matematik tetapi lemah dalam kecerdasan verballinguistik. Oleh sebab itu, seseorang pelajar itu tidak boleh dianggap gagal atau lemah sekiranya mereka tidak cemerlang dalam satu-satu mata pelajaran. Semasa di dalam bilik darjah, guru harus menyedari akan kebolehan dan kecenderungan setiap pelajar mereka agar dapat membuat persediaan pengajaran yang lebih berkesan terhadap pelajar tersebut. Melalui teori kecerdasan pelbagai ini, pelbagai cara boleh dilakukan oleh guru untuk mengajar sekiranya mereka tahu akan kecenderungan pelajar mereka. Bagi kanak-kanak khususnya, mereka biasanya lebih cenderung untuk belajar secara aktif seperti bermain dan tingkahlaku mereka ini tidak boleh disekat kerana bagi kanak-kanak, proses pembelajaran adalah bermain (Mary Mayesky, 2002). Bagi guru sekolah rendah, mereka seharusnya memahami akan perilaku kanak-kanak pada setiap peringkat umur yang mempunyai karenah
yang berbeza. Hal ini bukan sahaja berlaku di sekolah rendah, malah sekolah menengah juga turut menghadapi situasi seperti ini iaitu pelajar bersikap pasif dan tidak berminat dengan proses pembelajaran terutamanya pelajar yang berada di kelas yang tercorot. Oleh itu guru harus megambil kira keseluruhan kecerdasan tersebut dalam meyediakan bahan pengajaran bagi mengelakan murid daripada merasa bosan dan memudahkan mereka untuk memahami sesuatu topik yang diajar (Campbell & Dickson. ,1996). Misalnya pelajar tersebut boleh dibawa ke padang untuk belajar mata pelajaran Matematik iaitu dengan menyuruh pelajar mengadakan aktiviti lompat jauh dan seterusnya menyuruh mereka mengukur jarak lompatan mereka. Melalui aktiviti ini, pelajar akan diajar tentang konsep jarak dan ukuran dalam Matematik. Hal ini secara tidak langsung akan memudahkan kefahaman dan memberikan keseronokan kepada pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestatik tetapi lemah dalam kecerdasan logik-Matematik. Selain daripada contoh ini, banyak lagi kaedah yang boleh dijalankan oleh guru dalam bilik darjah untuk memudahkan proses pengajaran mereka dan menjadikan ianya lebih bermakna dan berkesan. 4.1
IMPLIKASI KECERDASAN PELBAGAI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Terdapat pelbagai implikasi daripada aplikasi kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, antaranya ialah kesan terhadap pelajar itu sendiri dan juga guru. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa apabila kecerdasan pelbagai cuba diterapkan ataupun diaplikasikan oleh guru-guru di dalam bilik darjah dapat memberikan kesan yang baik kepada proses pengajaran dan mereka kepada pelajarnya. Dengan kata lain, proses pengajaran dan pembelajaran akan lebih bermakna, berkesan dan menarik atau menyeronok akan terhasil di dalam bilik darjah apabila guru mengaplikasikan kecerdasan pelbagai. Implikasi pertama ialah kesan terhadap pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, kesan yang wujud ekoran daripada penerapan ataupun apabila mengaplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalah dapat membantu pelajar untuk memperoleh apa yang perlu untuk kehidupan di abad yang akan datang. Dalam hal ini, pelajar-pelajar diberi pendedahan tentang kesemua kecerdasan pelbagai yang terdapat serta pelajar-pelajar cuba aplikasikan dengan menggunakan kemahiran berfikir untuk berfikir untuk kehidupan harian mereka dan untuk hari yang akan mendatang. Justeru, pelajar dapat menjalani kehidupan harian mereka dengan lebih bermakna.
Selain itu, kesan terhadap diri pelajar yang seterusnya ialah dapat membentuk pemahaman tentang motivasi pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, apabila aplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsung dengan baik maka, ini akan dapat memberi sedikit sebanyak motivasi kepada pelajar untuk terus belajar. Hal ini dapat dijelaskan lagi apabila semasa proses pengajaran dan pembelajaran oleh guru, guru hendaklah mempunyai gaya pembelajaran yang sesuai untuk diajar kepada pelajar serta memilih cara yang paling berkesan. Dengan kata lain, guru perlu mempelbagai strategi serta memilih strategi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas agar lebih ramai pelajar akan dapat menerima apa yang hendak disampaikan oleh guru. Ekoran daripada itu juga, harga diri dan kreativiti pelajar dapat ditingkatkan serta masalah disiplin juga akan dapat dikurangkan. Implikasi seterusnya terhadap pelajar itu sendiri ialah pelajar akan merasa lebih seronok untuk belajar serta dapat menarik minat pelajar untuk belajar di sekolah. Dalam konteks ini, aplikasi kecerdasan pelbagai di dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Sedia kita maklum bahawa, tahap kecerdasan antara pelajar-pelajar adalah dengan berbeza, apabila guru dapat mengaplikasikan pengajaran dengan pelbagai tahap kecerdasan maka tidak berlaku pengasing semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Secara tidak langsung pelajar akan berasa seronok belajar dan dapat menarik minat pelajar untuk belajar serta pelajar akan berasa diri mereka dihargai apabila tidak berkaku pengasingan ataupun perbezaaan kecerdasan. Justeru masalah ponteng daripada kelas mungkin tidak berlaku apabila pelajar berasa seronok untuk belajar. Kesan terhadap guru apabila kecerdasan pelbagai diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran ialah guru mengetahui pengaruh terhadap kecerdasan pelajar-pelajar serta dapat menerima variasi kecerdasan daripada pelajar-pelajar. Dalam konteks ini, kecerdasan boleh dipupuk dan boleh dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan faktor motivasi. Justeru, guru dapat
mengenalpastikan
kecerdasan
pelajar
mengikut
tahap
masing-masing
dengan
pengetahuan sedia ada guru yang mengetahui kecerdasan pelajar dipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan juga faktor motivasi. Jadi, ini akan memudahkan para guru untuk menilai
pelajarnya
yang
mempunyai
kecerdasan
yang
berbeza
serta
guru
dapat
menggembangkan bakat sedia ada pelajar semasa mengaplikasikan pengajaran dan pembelajarannya di dalam bilik darjah.
5.0
CADANGAN DAN PENDAPAT. Pembangunan dan persaingan dalam bidang pendidikan pada masa sekarang adalah
sangat pesat terutamanya dalam dunia yang tanpa sempadan ini ataupun dikenali sebagai era globalisasi. Bidang pendidikan juga turut berubah termasuklah komponen-komponennya iaitu kaedah dan strategi pengajaran dan pembelajaran. Pembelajaran secara konvensional tidak lagi rasional untuk dijalankan dan perubahan cara pembelajaran ini adalah amat wajar selaras dengan pemikiran pelajar ataupun generasi pada masa sekarang. Merujuk kepada teori kecerdasan pelbagai ataupun multiple inteligent ini, pelajar dilihat akan lebih berdikari dan aktif dalam pembelajaran. Hal ini kerana dalam teori kecerdasan pelbagai ini, guru akan menggunakan bahan atau aktiviti pengajaran berdasarkan kecenderungan pelajar mereka dan ianya secara tidak langsung akan menjadikan pembelajaran itu menyeronokan dan bermakna kepada pelajar tersebut. Hal ini sesuai dengan strategi pengajaran yang disarankan oleh KBSM iaitu pengajaran yang berpusatkan pelajar. Walau bagaimanapun guru sememangnya memainkan peranan penting untuk membantu pelajar mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran ( Kamarudin Hj. Husin, 1998). Interaksi yang berkesan antara guru dan pelajar sememangnya diperlukan supaya kedua-dua pihak dapat saling memahami antara satu sama lain bagi memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Guru perlu memahami pelajar untuk mengetahui minat, kecenderungan, dan kebolehan pelajar mereka manakala pelajar pula perlu memberi kerjasama terhadap guru mereka bagi melancarkan proses pembelajaran ini. Teori kecerdasan pelbagai ini sesuai dijalankan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ianya akan memudahkan guru untuk membina dan merancang bahan pengajaran.
6.0
KESIMPULAN.
Sebenarnya banyak lagi teori dan strategi pembelajaran yang telah dikemukakan untuk meningkatkan lagi mutu pendidikan serta memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Antara strategi pembelajaran yang menarik dan dilihat berkesan ialah strategi pembelajaran koperatif yang turut menekankan kepada penglibatan pelajar yang aktif dalam proses pembelajaran. Selain itu juga, guru harus memastikan tidak ada pelajar yang tercicir semasa proses pembelajaran berlangsung supaya tidak ada murid yang ketinggalan dalam memahami sesuatu topik yang diajar. Penglibatkan murid yang aktif dalam pembelajaran ini sememangnya amat digalakkan dalam sesutu proses pembelajaran kerana melalui penglibatan murid ini, mereka akan dapat belajar sesuatu perkara berdasarkan pengalaman yang pernah mereka lalui sepanjang proses pembelajaran tersebut. Selain dari strategi pembelajaran koperatif, banyak lagi strategi-strategi pembelajaran lain yang dapat membantu pelajar untuk belajar dan guru untuk mengajar seperti strategi pembelajaran kontekstual, pembelajaran masteri dan lain-lain. Walaupun begitu, teori kecerdasan pelbagai ini sememangnya tidak boleh diabaikan oleh guru kerana ia mempunyai banyak kelebihan dan manfaatnya terutamanya semasa guru hendak berhadapan dengan pelajar pada masa sekarang yang mempunyai pengetahuan yang diluar jangkaan guru dan sememangnya memiliki kecenderungan yang berbeza antara satu sama lain.
Bibliografi Anne Guignon (2008), Multiple Intelligences: A Theory for Everyone [Online]. Diperoleh Februari 10, 2008 dari World Wide Web: http://www.education-world.com/a_curr/curr054.shtml Brainyquote.com (2008) [Online]. Diperoleh Februari 5, 2008 dari World Wide Web: http://www.brainyquote.com/words/in/intelligence179466.html Campbell, Campbell & Dickison (1996) Teaching And Learning Through Multiple Intelligences. Massachusetts, USA: Allyn & Bacon. John W.Santrock (2007), Education Psychology. Edisi Ketiga. University of Texas: Mc Graw Hill Higher Education. Huraian Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah, Bahasa Melayu tahun 5. Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Kamarudin Husin (1998), Pedagogi Bahasa: Perkaedahan. Serdang: Kumpulan Budiman. Kamarudin Husin dan Siti Hajar Abdul Aziz (2004), Pedagogi Asas Pendidikan. Kuala Lumpur: Kayazano Enterprise. Kasmini Kassim (1992), Memahami Jiwa Kanak-Kanak. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed. Kecerdasan Pelbagai (2008) [Online]. Diperoleh Februari 5, 2008 dari World Wide Web: http://myschoolnet.ppk.kpm.my/pNp/multiple/definisi.htm Khuan Wai Bing Dan Omar Abdull Kareem (2005) Pemikiran Dan Kreativiti :Aplikasi Dalam Latihan Dan Pembangunan. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd Mary Ann Christison (1998), Applying Multiple Intelligences Theory In Preservice and Inservice TEFL Education Programs (Vol 36 No 2, April - June 1998) [Online]. Diperoleh Februari 10, 2008 dari World Wide Web: http://exchanges.state.gov/forum/vols/vol36/no2/p2.htm
Noor Shah Saad (2005) Pengajaran Matematik Sekolah Menengah & Sekolah Rendah: Teori Dan Pengkaedahan. Petaling Jaya: Harmoni Publication & Distributors Sdn.Bhd. Pusat Perkembangan Kurikulum (2003), Sukatan Matapelajaran Kurikulum Sekolah Rendah – Bahasa
Melayu
[Online].
Diperoleh
Ogos
30,
2007
dari
World
Wide
Web:
http://myschoolnet.ppk.kpm.my/sp_hsp/bm/kbsr/sp_bm_kbsr.pdf Ramlah Jantan Dan Mahani Razali (2004), Psikologi Pendidikan – Pendekatan Kontemporari. Edisi Revisi. Tanjong Malim: Mc Graw Hill Education. Sharna Olfman (2006), No Chilid Left Different. London: Praeger. Syukri Zain (2007), Pengantar Pemikiran. Tanjong Malim: Quatum Books. Thomas Armstrong (2008), Multiple Intellingence [Online]. Diperoleh Februari 10, 2008 dari World Wide Web: http://www.thomasarmstrong.com/ multiple_intelligences.htm Thomas Fetsco dan John McClure (2005), Education Psychology An Intergrated Approach To Classroom Decisions. Northen Arizona Universiti: Pearson, Allyn & Bacon
.
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN BAHASA MELAYU Mata pelajaran
: Bahasa Melayu
Darjah
: 2 Tekun
Bilangan murid
:
Tarikh
: 8 April 2009
Hari
: Rabu
Masa
: 10.35 pagi-11.35 pagi (1 jam)
Tema
: Destinasi Perlancongan
Tajuk
: Taman Rama-rama. (Cerita “Terbang Si- Rama-rama”)
Objektif
: Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
/26 orang
1. Murid dapat bercerita dengan sebutan dan intonasi yang betul. 2. Mencantum 5 keratan perkataan dan membina 5 ayat tunggal daripada perkataan tersebut 3. Membina sekurang-kurangnya 5 ayat majmuk dengan kata hubung yang betul. Fokus Utama/ Hasil Pembelajaran
Huraian Hasil Pembelajaran
5. 2 Aras 2 Membaca kuat teks atau prosa dengan (i) Membaca teks bahan sastera dan bukan sebutan dan intonasi yang betul. sastera dengan sebutan dan gaya intonasi Fokus Sampingan 8.1 Membina
yang betul. Huraian Hasil Pembelajaran Aras 2
dan
menulis
tunggal dan ayat majmuk.
perkataan,
ayat (i) Melengkapkan ayat majmuk dengan kata hubung yang sesuai
Pengetahuan sedia ada
: Berdasarkan pengajaran yang lepas, dan pembacaan.
Kemahiran bahasa :
1. Membaca dan memahami 2. Menulis
Sistem Bahasa:
1.Tatabahasa •
Kata nama khas
•
Kata nama am
•
Kata hubung
•
Ayat tunggal
•
Ayat majmuk
2.Sebutan dan intonasi •
Ayat biasa
3. Kosa kata
Pengisian Kurikulum
•
Berlari-lari
•
Menangkap
•
Bertanding
•
Dibina
: 1. Ilmu •
Pendidikan Moral
2. Nilai Murni •
Menyayangi alam sekitar
3. Kewarganegaraan •
Berusaha dan Produktif
4. Kemahiran Benilai Tambah •
Kemahiran Berfikir
•
Menganalisis maklumat
Kemahiran Bernilai Tambah : 1. Kemahiran Berfikir •
mengenalpasti idea utama dan idea sokongan
2. Kecerdasan Pelbagai •
Verbal lingustik
•
Kecerdasan muzik
Bahan Bantu Mengajar
: Buku Teks, paparan slide, lembaran kerja, keratan cantuman perkataan.
Langkah/ Masa Set induksi (5 minit)
Langkah1 (10 minit)
Isi pelajaran Paparan slide/ videoTaman Ramarama. Tajuk Pelajaran: Guru memperkenalkan tajuk pelajaran pada hari ini “Terbang Si Ramarama”.
Bercerita tentang sebuah cerita yang bertajuk “ Terbang Si Rama-rama” dengan sebutan intonasi dan gaya sebutan yang betul. • Guru mengedarkan lembaran cerita kepada setiap murid. • Guru menerangkan cara-cara bercerita dengan intonasi yang betul. • Guru bersoal jawab dengan murid.
Aktiviti Guru
Aktiviti Murid
1. Guru memaparkan slide/ video “Taman Rama-Rama”
1. Murid melihat paparan slide/video.
2. Guru memperkenalkan tajuk pelajaran hari ini ialah sebuah cerita bertajuk “Terbang Si Ramarama.
2. Murid mendengar tajuk pelajaran yang berkaitan iaitu “ Terbang Si Ramarama”.
1.
2.
Murid menerima lembaran cerita yang diedarkan oleh guru. Murid diminta membaca sekali imbas cerita yang terdapat dalam lembaran.
Catatan BBM:
Paparan
Slide/
video
“Taman Rama-
1. Murid bersoal jawab tentang sajak. 2. Murid mendengar penerangan daripada guru tentang cara-cara bercerita dengan betul.
rama”
BBM: Lembaran Cerita: “Terbang
Si
Rama-rama”
Nilai: 3. Murid bercerita secara kelas, kumpulan, dan individu.
keterampilan, keyakinan diri.
Langkah 2 ( 10 minit)
Membina ayat 1. Murid tunggal daripada dibahagikan kepada perkataan yang 6 kumpulan. dihitamkan 2. Murid diminta menyebut perkataan yang dihitamkan secara kelas, Contoh perkataan: kumpulan dan individu. - berlari-lari - menangkap 3. Guru - bertanding menerangkan - dibina penerangan ayat tunggal. • 4. Murid diminta membina ayat tunggal daripada perkataan yang dihitamkan.
1. Murid berada dalam 6 kumpulan. 2. Murid menyebut perkataan yang dihitamkan secara kelas, kumpulan dan individu. 3. Murid mendengar penerangan guru tentang ayat tunggal. 4. Murid diminta membina ayat tunggal daripada perkataan yang dihitamkan.
ABM
:
Kad
imbasan perkataan Berfikir : Menjana
idea
dan perkembangan idea. Kecerdasan pelbagai
:
interpersonal
Contoh ayat tunggal : -Murid berlari-lari di padang Langkah 3 (15 minit)
Membina ayat 1. Setiap kumpulan majmuk daripada dikehendaki kata hubung yang membina empat diberikan ayat majmuk berdasarkan Contoh: perkataan yang digariskan dalam 1. dan cerita dengan 2. tetapi menggunakan kata 3. kerana hubung yang diberi. 4. supaya 5. sambil 2.Murid mendengar penerangan guru tentang kata Perkataan bergaris: hubung. -hinggap -terbang 3. Murid diminta
1.Wakil murid BBM : Kad menampal dan membentangkan imbasan, kad ayat majmuk yang perkataan ayat telah siap dibina 2.Murid menyebut Kemahiran kata hubung yang ditunjukkan oleh berfikir guru. menjana idea
:
-gembira -cantik
Langkah 4 (15 minit)
Latihan Pengukuhan Dalam lembaran kerja.
membina ayat majmuk daripada kata hubung yang telah dipelajari dengan bimbingan guru.
1. Guru mengedarkan lembaran kerja sebagai pengukuhan tentang pembelajaran hari ini. 2. Murid diminta membuat 10 soalan berdasarkan pengajaran hari ini.
Penutup ( 5 minit)
Bersoal jawab Nyanyian lagu “Rama-Rama” Seni Kata
1. Bersoal jawab tentang isi pelajaran pada hari ini
Dari ulat jadi kepompong, Hidup tidur dalam kepompong. Sampai masa kepompong pecah ‘pop” Jadi rama-rama yang indah.
Contoh soalan a. Apakah kata hubung yang telah kita pelajari hari ini? b. Nyatakan contoh ayat majmuk yang dipelajari hari ini. 2. Guru membuat rumusan tentang isi pelajaran yang telah dipelajari.
Rama-rama terbang melata,Sungguh cantik aneka warna,Hisap madu di pohon bunga, Tapi sayang hidup tak lama.
3. Murid membaca ayat majmuk yang dibina secara kelas, kumpulan dan individu
1. Murid menerima lembaran kerja untuk latihan individu sebagai menguji kefahaman tentang pembelajaran. 2. Muird membuat latihan dalam lembaran kerja yang disediakan. 1. Murid memyanyikan lagu “Rama-rama” bersama-sama guru sambil membuat pergerakan. .
BBM
:
Lembaran Kerja
BBM: - Senikata lagu ”Lagu Ramarama”. Slaid lagu ”Rama-rama
Refleksi : __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________ __________________________________________________________________________________