Tematik Bersepadu

  • Uploaded by: KaromiRahman
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tematik Bersepadu as PDF for free.

More details

  • Words: 492
  • Pages: 6
3.0 KAEDAH DAN TEKNIK PENGAJARAN TEMATIK Tema boleh diertikan sebagai pokok pembicaraan atau topik utama yang dijadikan sesuatu pembicaraan atau kajian. Misalnya melukis poster bertema alam semula jadi, menulis sebuah karangan bertema perpaduan berbilang kaum, dan sebagainya. Di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, pendekatan tematik sering digunakan daklam pelajaran Bahasa, Pendidikan Seni, Sejarah dan Pendidikan Moral. Strategi pengajaran tematik adalah berkait rapat dengan aktiviti pengajaran secara kumpulan, misalnya tema Pemeliharaan Alam Sekitar, akan menjadi pusat idea sebagai titik permulaan pembelajaran dan ia boleh dilaksanakan dengan tiga cara seperti berikut: Cara 1: Tema dipecahkan kepada beberapa sub topic dan dibincangkan oleh murid-murid dalam kumpulan cerdas, sederhana dan lambat masing-masing.

Kumpula n cerdas

Kumpulan sederhana Sub topi

Sub topi TEMA

Sub topi Kumpulan lambat

Cara 2: Tema yang sama diberikan dan dibincangkan oeh murid-murid dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

Kumpula n 1

Kumpulan 2

Topi k

Topi k TEMA

Topi k Kumpula n

Cara 3: Tema yang berbeza tetapi saling lengkap-melengkapi diberikan dan dibincangkan dalam kumpulan pelbagai kebolehan.

Kumpula n 1

Kumpulan 2 Topi k

Topi k TEMA

Topik Y1 Kumpula n

Walau apa pun cara yang digunakan, selepas perbincangan, dapatan-dapatan hendaklah dibentangkan oleh wakil kumpulan masing-masing dalam kelas, supaya semua murid dapat menghayati hasil perbincangan di antara kumpulan serta membuat rumusan dengan tepat. 4.0 KAEDAH DAN TEKNIK MENGAJAR BERSEPADU Kaedah ini terdiri daripada dua bahagian iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Penggabungjalinan ialah proses mengintegrasikan beberapa kemahiran di dalam sesuatu pelajaran, manakala penyerapan pula ialah proses mengintegrasikan unsure-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran. Kedua-dua strategi ini biasanya diuruskan secara serentak dan bersepadu dalam sesuatu pelajaran yang sama. a) Strategi Pelaksanaan Kaedah dan Teknik Penggabungjalinan

i) Penggabungan kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran., misalnya pelajaran bahasa seperti:

mendengar

Bertutur(lisan )

membaca

menulis

ii) Penggabungjalinan kemahiran-kemahiran di antara dua mata pelajaran, misalnya matematik dan bahasa melayu.

Membaca Soalan bermasalah

Kemahiran bahasa

Menulis Fakta penting

mengira

Memberi jawapan Secara lisan

matematik

b) Kaedah dan Teknik Mengajar Bersepadu: Penyerapan Penyerapan merupakan proses mengintegrasikan unsure-unsur isi kandungan daripada dua atau lebih mata pelajaran dalam sesuatu pelajaran. Di bawah program KBSR tahap 1, unsure-unsur isi kandunagn mata pelajaran sains dan kajian tempatan diserap menjadi isi mata pelajaran bahasa. Sebahagian unsure mata pelajaran yang lain seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani dan Muzi juga diserap dalam program bahasa sebagai aktiviti sokongan.

lisan

mendengar

Unsur-unsur isi kandungan sains dan kajian tempatan

menulis

membaca

Rajah 2: Penyerapan unsure-unsur sains dan Kajian Tempatan dalam Bahasa Melayu KBSR tahap 1. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan merupakan strategi yang penting serta digunakan secara meluas dalam program KBSR dan KBSM. Melalui penggunaan keduadua strateg ini, murid-murid bukan sahaja dapat menguasai kemahiran-kemahiran yang digabungjalin tetapi juga dapat memperolehi ilmu pengetahuan serta nilai-nilai murni yang diserap di dalamnya. Dengan cara yang demikian, potensi murid dapat dikembangkan secara menyeluruh dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Melalui penggabungan kedua-dua strategi ini juga, matlamat pendidikan Negara berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara dapat dicapai dengan jayanya.

Related Documents

Tematik Bersepadu
April 2020 19
Pendidikan Bersepadu
May 2020 12
Rpp Tematik
December 2019 37
Tematik 2a
June 2020 9
Silabus Tematik
December 2019 32

More Documents from "haris sunardi"