PEMARKAHAN 1.
TUGASAN 1
JUMLAH
RIS KOD & NAMA KURSUS
KRM3053- PENGAJARAN MATEMATIK SEKOLAH RENDAH TAJUK
TUGASAN 1
KUMPULAN: Group UPSI04 (A112PJJ)
DISEDIAKAN OLEH NAMA
NO. ID
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN
D20102046027
NAMA PENSYARAH E-LEARNING: DR. MOHD UZI BIN DOLLAH TARIKH SERAH:31/03/2013
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)
SENARAI KANDUNGAN
Pengenalan Kepada Teori Kecerdasan Pelbagai
1
Bagaimana Meningkatkan Kualiti Pembelajaran Matematik Di
4
Kalangan
Pelajar
Melalui
Pengajaran
Berasaskan
Teori
Kecerdasan Pelbagai
Rumusan
9
Bibliografi
`10
Lampiran Lampiran A
12
Lampiran B
13
Lampiran C
14
ii
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) PENGENALAN KEPADA TEORI KECERDASAN PELBAGAI Teori Kecerdasan Pelbagai telah diperkenalkan pada tahun 1983 oleh Dr. Howard Gardner, seorang professor bidang pendidikan di Universiti Harvard. Defini asas teori Kecerdasan Pelbagai yang diberikan oleh Howard Gardner ialah ““ An intelligence is the ability to create products that are valued within one or more cultural settings.” (Gardner, 1983 ).
Dr. Howard Gardner1
Kecerdasan Pelbagai merangkumi lapan jenis iaitu Verbal-Linguistik, Logik-Matematik, Visual-Ruang, Kinestetik, Muzik, Interpersonal, Intrapersonal dan Naturalis. Verbal-Linguistik adalah kebolehan menggunakan kata-kata secara berkesan dalam lisan dan penulisan. Seseorang dengan kecerdasan ini sensitif kepada makna perkataan dan mahir memanipulasinya. Mereka juga boleh berkomunikasi secara berkesan melalui aktiviti mendengar, bertutur, membaca, menulis dan menghubungkait. Mereka juga peka terhadap pelbagai fungsi bahasa terutama dari segi kebolehannya untuk merangsang emosi. Cara belajar yang paling berkesan bagi kumpulan ini adalah dengan menggunakan stesen pembelajaran dan melalui pengajaran serta penerangan lisan. Logik-Matematik adalah kebolehan menaakul, menyelesaikan masalah kompleks, membuat perkaitan seperti suka menyoal, kritis, cekap membuat pengiraan, boleh membuat perbandingan, cekap menyelesaikan masalah berkaitan nombor dan menggunakan komputer. Kecerdasan ini menggabungkan kedua-dua kebolehan matematik dan saintifik. 1
http://greeneyezwinkin2.wordpress.com/2012/01/22/dr-howard-gardner-on-multiple-intelligences/
1
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) Ahli matematik, contohnya gemar menyelesaikan masalah yang abstrak dan banyak menggunakan penaakulan. Ahli sains, walau bagaimanapun, didorong dengan keinginan menerangkan alam fizikal yang nyata. Kumpulan ini belajar dengan lebih berkesan melalui kaedah penyelesaian masalah, inkuiri penemuan dan pembelajaran koperatif. Visual-Ruang pula merupakan kebolehan mengesan dan menggambarkan bentuk, ruang, warna dan garisan, termasuklah kebolehan mempersembahkan idea visual dan ruang secara grafik. Seorang yang mempuyai kecerdasan ini boleh membentuk gambaran dalam minda mereka dan melukisnya. Mereka juga berkebolehan dalam bidang seni dan kreatif menggunakan warna, membaca peta dan mempunyai daya imaginasi yang kuat. Mereka belajar dengan berkesan melalui tunjuk cara, video dan gambar rajah serta boleh memberi sumbangan kepada projek kumpulan melalui carta dan gambarajah. Kecerdasan Kinestetik adalah kebolehan individu menggunakan badan untuk menyatakan idea, perasaan dan untuk menyelesaikan masalah termasuklah kemahiran fizikal seperti koordinasi, fleksibiliti, kepantasan dan keseimbangan. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini mahir dalam memanupulasi objek dan aktiviti yang melibatkan kemahiran motor halus dan kasar. Mereka gemar aktiviti fizikal seperti menari, bermain dan bersukan serta cekap dalam aktiviti menggunakan kemahiran motor. Mereka berkebolehan untuk belajar melalui perbuatan seperti simulasi, permainan, main peranan dan membina model. Kecerdasan Muzik pula adalah kebolehan mengesan ritma, nada dan melodi, termasuklah kemahiran mengenal lagu dan mengubah tempo dan irama dalam melodi yang mudah. Seseorang yang mempunyai kecerdasan ini juga sensitif kepada bunyi seperti suara manusia dan alat muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan muzik tetapi pada darjah yang berbeza. Ada yang lebih berkemahiran daripada yang lain. Walau apa pun tahap bakat, kita semua mempunyai kecerdasan untuk menikmati dan menghayati pengalaman muzik. Pelajar yang mempunyai kecerdasan muzik yang tinggi lebih gemar belajar melalui pengajaran lisan dan suka melakukan aktiviti jenis tarian, gimnastik serta berlatarkan muzik. Kecerdasan Interpersonal adalah kebolehan memahami perasaan, motivasi, tabiat serta hasrat orang lain. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal boleh bekerjasama dalam kumpulan serta berkomunikasi secara lisan atau tanpa lisan dengan orang lain. Pada tahap yang mudah kecerdasan ini termasuklah kebolehan seorang kanak-kanak mengenal dan sensitif kepada 'mood' orang dewasa sekelilingnya. Kemahiran interpersonal yang lebih kompleks adalah kebolehan orang dewasa membaca hasrat orang lain walaupun secara tersirat. Pelajar yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan lebih berkesan melalui pembelajaran
kooperatif
dan
pengajaran
rakan
sebaya
serta
penglibatan
perbincangan kelas.
2
dalam
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) Kecerdasan Intrapersonal pula merupakan kebolehan memahami diri sendiri dari segi kekuatan, kelemahan, hasrat dan keinginan termasuklah kemahiran membandingkan diri sendiri dengan orang lain dan mengetahui bagaimana mengawal perasaan. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini mempunyai keyakinan diri yang tinggi terhadap kebolehan diri sendiri, mempunyai pegangan dan prinsip serta azam yang kuat dan boleh berdikari. Mereka juga boleh memahami perasaan orang lain dan mempunyai daya tumpuan dan refleksi yang tinggi. Mereka lebih suka belajar bersendirian di perpustakaan atau di stesenstesen pembelajaran dan berkebolehan membuat laporan jurnal yang baik. Kecerdasan Naturalis adalah kebolehan mengenal, mengklasifikasi dan menghargai tumbuh-tumbuhan, bahan galian dan haiwan termasuk batu-batan dan rumput rampai serta semua jenis flora dan fauna. Mereka yang mempunyai kecerdasan ini juga berkebolehan melihat perhubungan dan polar yang rapat antara alam tumbuhan dan antara kehidupan haiwan. Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalis belajar dengan lebih berkesan melalui aktiviti luar kelas. Teori Kecerdasan Pelbagai ini perlu diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana ia menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan keperluan pelajar. Di samping itu, pendekatan ini dilihat dapat menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap pelajar adalah unik dengan cara pembelajaran yang berlainan. Ia juga diyakini dapat meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan. Selain itu, pendekatan ini dapat mewujudkan suasana pembelajaran secara kolaboratif di sekolah dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan baru dalam pengajaran.
3
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)
Bahan grafik menunjukkan lapan kecerdasan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai2 BAGAIMANA
MENINGKATKAN
KALANGAN
PELAJAR
KUALITI
MELALUI
PEMBELAJARAN
PENGAJARAN
MATEMATIK
BERASASKAN
DI
TEORI
KEPELBAGAIAN KECERDASAN Teori Kecerdasan Pelbagai dilihat berupaya meningkatkan kualiti pembelajaran matematik pelajar melalui beberapa kelebihan yang terdapat pada teori ini iaitu 1. Teori Kecerdasan Pelbagai dapat menyokong pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan Falsafah pendidikan kebangsaan dan keperluan murid. 3 Ini adalah kerana ia merangkumi lapan kecerdasan berbeza yang ada pada setiap murid. Pada waktu pengajaran dan pembelajaran (PdP) matematik, tumpuan tudak seharusnya diberikan kepada kecerdasan logik matematik sahaja, malah guru juga boleh mengintegrasikan pendekatan dan teknik PdPnya dengan kecerdasan lain melalui kepelbagaian aktiviti yang sesuai. Ini bermaksud, selain daripada menekankan kepada kecerdasan logik-matematik yang melibatkan nombor, pengiraan, pengelasan dan pemikiran kritis, murid juga akan diterapkan dengan aktiviti berteraskan kecerdasan yang lain seperti penggunaan bahasa secara lisan, bacaan atau penulisan (verbal-linguistik), manipulasi bahan visual atau grafik, warna, seni, metafora dan penyusun grafik (visual-ruang), penerapan unsur muzik, bunyibunyian, ritma dan melodi (muzik), melibatkan pengalaman pergerakan seluruh 2
http://movimentosporting1906.blogspot.com/2011/08/howard-gardner-multiple-intelligences_29.html Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. 3
4
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) badan atau aktiviti ‘hands-on’ (kinestetik), menggalakan perkongsian bersama rakan sebaya,
pembelajaran
kerjasama
dan
simulasi
kumpulan
(interpersonal),
menyediakan peluang untuk murid merangsang perasaan kendiri (intrapersonal) serta membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa murid keluar kea lam semula jadi (naturalis). Ini akan memberikan peluang kepada murid yang cenderung kepada kecerdasan lain untuk melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran matematik dengan adanya aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan minat dan kebolehahan mereka. Misalnya, ada aktiviti nyanyian dalam pembelajaran tajuk nombor, permainan ‘saidina’ dalam pembelajaran tajuk wang dan permainan ‘kotak beracun’ yang sesuai untuk kebanyakan tajuk dalam kurikulum matematik sekolah rendah. Adakalanya, jika guru bijak memilih aktiviti yang sesuai untuk diaplikasikan semasa pengajaran dan pembelajaran matematik, guru berupaya mengaktifkan beberapa kecerdasan daripada Kecerdasan Pelbagai murid secara serentak dalam satu aktivti. (Rujuk Lampiran A, Lampiran B dan Lampiran C untuk perincian lanjut aktiviti tersebut). 2. Teori Kecerdasan Pelbagai menerima persamaan dan perbezaan antara individu dengan mengakui bahawa setiap murid adalah unik dan belajar dengan cara yang berlainan4. Murid-murid dapat mengikuti aktiviti pembelajaran matematik yang sesuai dengan kecenderungan minat mereka. Melalui aktiviti yang sesuai, menarik dan berkesan, setiap murid dapat belajar secara optimum. Pelbagai teknik dan kaedah yang diintegrasikan dalam sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran akan memberikan peluang untuk murid belajar secara aktif dan menyeronokkan. Misalnya, dalam satu sesi pengajaran tajuk nombor bulat bagi murid tahun 1, aktiviti-aktiviti yang boleh diintegrasi adalah seperti nyanyian lagu “Sepuluh Budak Hitam” (kecerdasan muzikal), membentuk nombor menggunakan tanah liat (kecerdasan visual-ruang), menulis nombor pada pasir (kecerdasan naturalis dan membuat gerakan mengikut arahan, misalnya tepuk tangan untuk nombor 1, hentak kaki untuk nombor 2, tepuk paha untuk nombor 3 dan lompat bintang untuk nombor 4. Apabila guru menyebut 3...1...2 dan 4, murid akan melakukan gerakan yang sepadan dengan arahan tersebut. Aktiviti ini sesuai untuk murid yang cenderung kepada kecerdasan kinestetik. 3. Meningkatkan kecerdasan pelbagai seseorang dan menyedari bahawa potensinya tidak terbatas5. Berdasarkan kepada kesedaran terhadap kepelbagaian kecerdasan
4
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. 5 Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
5
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) seseorang, guru akan menyediakan pelbagai aktiviti yang diyakini mampu meningkatkan potensi seseorang murid dalam menguasai sesuatu pembelajaran. Dengan peluang yang disediakan, murid akan dipupuk dengan kecerdasan pelbagai yang bukan sahaja dominan bagi mereka malah kecerdasan lain juga. Contohnya, sebelum ini mungkin seseorang murid yang berkelakuan aktif itu cenderung kepada kecerdasan kinestetik sahaja, namun, setelah melakukan pelbagai aktiviti yang melibatkan bukan sahaja kecerdasan kinestetik semata-mata, bahkan melibatkan kecerdasan pelbagai yang lain juga, murid tersebut dapat memupuk kecerdasan pelbagai yang lain itu dalam diri mereka malah pada masa yang sama dapat meningkatkan lagi kecerdasan kinestetik dalam diri mereka. Ini menunjukkan bahawa aplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran matematik akan membantu murid mengoptimumkan potensi pada diri mereka dalam segala aspek kecerdasan. 4. Meningkatkan harga diri, kreativiti dan motivasi melalui aktiviti pengajaran dan pembelajaran
yang
menyeronokkan.6
Melalui
kepelbagaian
dalam
aktiviti
pembelajaran yang dijalankan dan mampu memenuhi keperluan semua murid yang mempunyai minat dan kebolehan yang berbeza, murid berpeluang untuk belajar pada tahap yang optimum. Kejayaan murid dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan berdasarkan kecerdasan, kecenderungan dan minat mereka akan memberikan impak positif yang tidak ternilai dalam diri murid. Ini ditambah pula dengan perlaksaan pelbagai aktiviti yang mampu meningkatkan kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal murid semasa pembelajaran matematik. Misalnya, murid-murid dilibatkan dalam aktiviti berkumpulan semasa mempelajari topik penyelesaian masalah bagi operasi tambah, berkongsi idea dan membuat simulasi kumpulan semasa mempelajari kemahiran membina cerita berdasarkan ayat matematik penolakan yang diberikan untuk meningkatkan kecerdasan interpersonal di kalangan mereka. Kecerdasan intrapersonal pula boleh dipupuk melalui aktiviti membuat refleksi seperti melahirkan perasaan selepas sesuatu aktiviti pembelajaran selesai dijalankan. Pendekatan sebegini dapat membina keyakinan diri yang tinggi dalam diri murid dan ini akan menjadi satu motivasi kendiri dalam diri murid untuk terus melibatkan diri secara aktif dalam setiap aktiviti pembalajaran yang dijalankan. Murid lebih bersifat terbuka untuk menerima idea rakan serta mampu melontarkan buah fikiran sendiri dengan yakin. Murid juga akan lebih berkeupayaan untuk berfikir secara kreatif dan mampu menaakul bagi menyelesaikan sesuatu
6
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
6
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) soalan yang mencabar dalam pembelajaran matematik mereka dengan keyakinan diri dan motivasi yang tinggi. 5. Meningkatkan profesionalisme guru dan menggalakkan inovasi dan penyelidikan dan pengajaran dan pembelajaran.7 Atas kesedaran terhadap kepelbagai kecerdasan yang dimiliki oleh murid-murid yang berbeza, guru akan mengambil pelbagai inisiatif yang dilihat perlu bagi memenuhi keperluan pembelajaran murid-muridnya. Dari itu, guru akan memikirkan pelbagai aktiviti yang menarik dan sesuai dengan pembelajaran matematik murid-muridnya. Guru akan mereka bentuk dan merancang aktiviti pembelajaran yang menarik seperti berbentuk muzik dan nyanyian, melibatkan pergerakan fizikal dan aktiviti luar bilik darjah, menggunakan objek-objek alam di sekitar sekolah yang boleh dikaitkan dengan mana-mana topik dalam matematik terutamanya topik geometri,menggalakkan komunikasi antara murid dalam aktiviti sumbangsaran, perbincangan berkumpulan, simulasi kumpulan dan pembelajaran koperatif serta meningkatkan kecerdasan logik matematik melalui penggunakan simbol-simbol dan istilah-istilah matematik di mana ini merupakan yang paling utama dalam pembelajaran matematik. Pelbagai alat atau bahan bantu akan digunakan oleh guru dalam melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Bahan bantu tersebut tidak semestinya disediakan sendiri oleh guru malah boleh juga didapati secara atas talian. Misalnya, banyak video-video dan bahan-bahan pembelajaran atas talian yang sesuai untuk pembelajaran matematik murid-murid. Guru juga akan membuat refleksi selepas selesainya setiap sesi pengajaran dan pembelajaran melakukan kajian dengan lebih kerap untuk meningkatkan keberkesanan pengajarannya dan pemebelajaran murid supaya tindakan penambahbaikkan yang sesuai dapat diambil dengan segera. Secara tidak langsung, ia memberikan kesan yang amat positif pada prestasi pembelajaran matematik murid-murid. 6. Mempelbagaikan cara penilaian.8 Teori Kecerdasan Pelbagai meletakkan asas agar penilaian yang dijalankan berpadanan dengan kecerdasan murid di mana murid diberikan masa yang mencukupi untuk menghayati proses penghasilan sesuatu projek atau penilaian. Guru akan memberikan peluang kepada murid untuk memainkan peranan dalam proses penilaian sama ada dari segi penggubalan penilaian kendiri mahupun rakan sebaya. Penilaian berteraskan Kecerdasan Pelbagai dalam pembelajaran matematik juga mempunyai banyak kesan positif di
7
Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur. 8 Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum. Kuala Lumpur.
7
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) mana penilaian sebegini membenarkan perkembangan kesemua lapan kecerdasan pada diri setiap murid. Ini adalah kerana penilaian berpaksikan Kecerdasan Pelbagai melibatkan kreativiti, perbincangan, penyelesaian masalah, demonstrasi, refleksi dan penyampaian. Penilaian sebegini juga dijalankan secara gabungjalin dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Murid akan belajar kerana perasaan ingin tahu dan pembelajaran secara kerjasama dalam kumpulan merupakan suatu aktiviti yang digalakkan. Penilaian berdasarkan Kecerdasan Pelbagai mampu memberikan gambaran tentang kecenderungan atau kepakaran murid dalam sesuatu kemahiran. Gambaran ini akan diperolehi apabila guru membuat perbandingan antara hasil kerja murid terdahulu dengan yang ada sekarang. Terdapat banyak jenis penilaian yang boleh dilakukan dalam menilai pencapaian pembelajaran murid berteraskan Kecerdasan Pelbagai iaitu
Projek dan produk. Contohnya, murid menghasilkan model tiga dimensi untuk tajuk Bentuk dan Ruang atau membuat slaid persembahan powerpoint menunjukkan perbelanjaan wang saku mereka bagi tajuk Wang.
Persembahan, penyampaian dan demonstrasi. Contohnya, murid membuat simulasi kumpulan di hadapan kelas bagi pembelajaran membina cerita berdasarkan ayat matematik operasi tambah, tolak, darab atau bahagi.
Rakaman video, kaset dan penggambaran. Contohnya, murid membuat rakaman video tentang bentuk-bentuk geometri sama ada dua dimensi atau tiga dimensi yang ditemui di sekitar kawasan sekolah. Ini adalah penilaian untuk tajuk Bentuk dan Ruang.
Penyelesaian masalah dan eksperimen. Contohnya, meyelesaikan soalansoalan penyelesaian masalah melibatkan operasi tambah, tolak, darab dan bahagi dengan menunjukkan jalan kerja dan prosedur pengiraan yang tepat.
Laporan, folio, portfolio dan pameran. Contohnya, Murid membuat folio tentang peristiwa-peristiwa penting di Malaysia berserta tarikhya untuk pembelajaran tajuk Masa atau membuat pameran secara berkumpulan pelbagai jenis gambar mata wang dalam dan luar negara untuk tajuk Wang.
Pemerhatian
di
stesen-stesen
kecerdasan.
Contohnya,
bagi menilai
pembelajaran murid dalam Tajuk Nombor bulat, murid boleh dinilai mengikut stesen di mana setiap stesen menyediakan aktiviti penilaian mengikut kecerdasan yang berbeza. Di stesen 1, murid menonton video lagu nombor dan murid menyebut serta menulis nombor berdasarkan video tersebut. Di stesen 2 pula, murid membuat bentuk nombor menggunakan badan berdasarkan bimbingan yang diberikan terlebih dahulu. Di stesen 3 pula,
8
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) murid menyurih angka yang disebut oleh seorang murid lain pada pasir yang disediakan.
RUMUSAN Pengajaran matematik yang mengaplikasikan aktiviti-aktiviti berteraskan kecerdasan pelbagai dapat meningkatkan kualiti pembelajaran matematik di kalangan pelajar. Kecerdasan pelbagai dapat memenuhi keperluan, minat dan kecenderungan yang berbeza di kalangan murid-murid. Setiap individu murid berpeluang untuk mengikuti dan menjalankan aktiviti pembelajaran matematik yang menarik bagi mereka serta dapat merangsang mereka belajar secara aktif dan menguasai isi pelajaran matematik secara optimum. Dengan aktiviti pelbagai kecerdasan yang sesuai dengan mereka, murid akan mendapati pembelajaran matematik sebagai satu pembelajaran yang menyeronokkan. Mereka memiliki lebih keyakinan dan motivasi kendiri untuk belajar matematik lebih berkesan. Pengajaran matematik menggunakan pendekatan kecerdasan pelbagai juga tidak menghadkan kaedah penilaian terhadap pencapaian hasil pembelajaran murid pada satu cara sahaja. Malah, murid juga diuji dengan menggunakan pelbagai kaedah penilaian yang pastinya dapat memenuhi keperluan semua murid. Murid akan lebih mudah mencapai hasil pembelajaran mengikut kriteria yang ditetapkan oleh guru melalui instrument penilaian yang sesuai dengan mereka. Pengajaran matematik berorientasikan kecerdasan pelbagai perlu dijasikan oleh guru-guru memandangkan ia mampu memberikan impak yang besar terhadap peningkatan penguasaan pembelajaran matematik murid.
9
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)
BIBLIOGRAFI 1. Ali Ab. Ghani, Kong Meow San, Tohid Abdul Karim, Hamizah Hamzah, Sarina Salim, Zamrus Abd. Rahman & Rosli Suleiman, Modul Pedagogi: Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kuala Lumpur. 2. Gardner, H. (1985). Frames of Mind : The Theory of Multiple Intelligences. New York: Basic Books 3. Giam Kah How (1999). Gaya pembelajaran dan penggunaan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Jurnal Pendidikan Tigaenf Jabatan Sains dan Matematik Maktab Perguruan Seri Kota, Jilid 2. Retrieved from apps.emoe.gov.my Bil 3. 57 – 63. 4. Rizal Ariffin, Hairul Nizam Ismail (2007). Konsep Keadilan dalam Teori Kecerdasan Pelbagai Menurut Perspektif Islam. Jurnal Pendidikan Psikologi. Retrieved from www.usm.my 5. http://greeneyezwinkin2.wordpress.com/2012/01/22/dr-howard-gardner-on-multipleintelligences/ 6. http://movimentosporting1906.blogspot.com/2011/08/howard-gardner-multipleintelligences_29.html
10
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027)
11
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) LAMPIRAN A Contoh satu aktiviti dalam pengajaran dan pembelajaran matematik
yang boleh
mengaktifkan beberapa kecerdasan daripada Kecerdasan Pelbagai secara serentak ialah aktiviti tayangan video Rumah Nombor yang boleh didapati di youtube semasa pengajaran tajuk ‘Nilai Tempat’. Aktiviti ini dapat merangsang kecerdasan visual-ruang melalui tontonan video, verballingustik melalui bacaan dan sebutan seni kata lagu, kecerdasan muzik melalui nyanyian lagu mengikut melodi dan irama serta diiringi muzik latar, kecerdasan kinestetik melalui perlakuan aksi yang sesuai dengan lagu seperti bertepuk tangan, kecerdasan interpersonal melalui nyanyian secara kelas dengan suara yang harmonis dan serentak, kecerdasan interpersonal melalui epkpresi perasaan selepas melakukan aktiviti ini dan kecerdasan logikmatematik melalui pembelajaran konsep nilai tempat yang ada dalam lagu.
12
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) LAMPIRAN B Beberapa video lain yang disedut dari youtube yang sesuai digunakan sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran matematik serta memenuhi keperluan Kecerdasan Pelbagai murid.
13
NORAZLIN BINTI MOHD RUSDIN (D20102046027) LAMPIRAN C Bahan-bahan pembelajaran matematik interaktif lain yang didapati secara atas talian yang menarik, sesuai dan mampu merangsang Kecerdasan Pelbagai murid.
14