Maz/mpsah/pendidikan/sem.5/2001
KECERDASAN PELBAGAI D. Gardner (1993) telah membahagikan tahap kecerdasan seseorang insan kepada tujuh kebolehan yang berbeza. 1.KECERDASAN LINGUISTIK Tahap kecerdasan yang berkaitan dengan kebolehan menggunakan bahasa, makna perkataan dan hubungan di antara perkataan. Penulis novel, pemberita akhbar, para peguam dan penulis puisi adalah antara mereka yang mempunyai tahap kecerdasan linguistik. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya suka membaca, menulis, berjenaka, bermain scrable dan mudah mengingati nama tarikh serta dapat mengeja dengan cepat. 2.KECERDASAN LOGIK-MATEMATIK Tahap kecerdasan ini dikaitkan dengan kebolehan menaakul, melihat pola-pola dan susunan dalam keadaan yang teratur. De Bono membuktikan setiap individu boleh berfikir secara kreatif dan kritis. Proses menyelesaikan masalah boleh meningkatkan tahap kecerdasan logikmatematik. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya boleh mengira dengan cepat, seronok jika dapat menggunakan komputer, suka menyoal, suka membuat eksperimen dan bermain catur.
Maz/mpsah/pendidikan/sem.5/2001
3.KECERDASAN SPATIAL Tahap kecerdasan ini dikaitkan dengan kebolehan melihat dan mencipta benda-benda baru termasuklah tanggapan kesenian atau kemahiran kejuruteraan dalam ingatan bayangan atau dalam bentuk yang nyata dan konkrit. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya gemar menonton video, foto atau slaid, suka berkhayal, melukis, dapat membentuk gambaran visual yang jelas bila memikirkan sesuatu, dapat membaca peta atau rajah dengan mudah.
4.KECERDASAN MUZIK/IRAMA Tahap kecerdasan yang berkaitan dengan muzik, irama dan ingatan auditori termasuk cekap mencipta atau mengubah lagu. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya gemar menyanyi, bermain alat muzik, mengumpul pita rakaman atau CD dan mudah mengingati rentak/muzik.
5.KECERDASAN KINESTETIK-JASMANI Tahap kecerdasan yang berkaitan dengan berbagai kemahiran diri termasuk koordinasi motor. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya menunjukkan kecemerlangan dalam sukan, sukar duduk diam, pandai meniru perlakuan orang lain.
Maz/mpsah/pendidikan/sem.5/2001
6.KECERDASAN INTRAPERSONAL Tahap kecerdasan untuk memahami emosi kendiri, dalam kata lain, pengetahuan persendirian untuk membolehkan seseorang memahami kemahuan matlamat dan perasaannya sendiri. Kecerdasan intrapersonal adalah kecerdasan pengurusan diri. Kecerdasan ini melibatkan perngetahuan bagaimana individu menguruskan dirinya pada setiap hari supaya menghasilkan kecemerlangan yang optimum. Mampu mengusahakan kerja yang berkesan dan mampu mengekalkan motivasi diri secara berkekalan. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya mempunyai keazaman diri yang kuat, berani menentang, berpusatkan diri sendiri, menyendiri, bermotivasi dan berkeyakinan.
7.KECERDASAN INTERPERSONAL Tahap kecerdasan berkomunikasi dan perhubungan antara manusia termasuklah kebolehan seseorang berinteraksi dan memahami kemahuan, motivasi, perasaan, fikiran dan perlakuan orang lain. Kanak-kanak yang mempunyai kecerdasan ini biasanya mempunyai ramai kawan, mahir bersosial, banyak terlibat dengan aktiviti ko-ko, suka aktiviti kumpulan dan mudah berempati dengan orang lain.
Maz/mpsah/pendidikan/sem.5/2001
8.KECERDASAN NATURALIST Kecerdasan ini melibatkan kebolehan menggunakan apa yang terdapat di persekitaran untuk menyelesaikan masalah. Petani, tukang masak, penjual dan penggubah bunga merupakan individu yang memiliki kecerdasan ini.
9.KECERDASAN EMOSI Kecerdasan ini merujuk kepada sifat-sifat emosi yang penting bagi menjamin kejayan. Ianya meliputi keupayaan mengawal perasaan marah, empati, berdikari, berupaya menyesuaikan diri, berdikari, digemari orang lain, menyelesaikan masalah antara individu, kegigihan, gemar berkawan, baik hati dan hormat menghormati.