FALSAFAH PPIM
Pergerakan Puteri Islam Malaysia adalah sebuah pergerakan berpakaian seragam yang bergerak pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah di universiti-universiti, maktab-maktab perguruan dan sekolah-sekolah menengah dan rendah. Aktiviti yang dijalankan sebagai Ko-kurikulum secara formal dan tidak formal adalah bertujuan membimbing puteri-puteri ke arah penyuburan dan pengembangan potensi-potensi diri secara menyeluruh dan bersepadu demi mewujudkan insan PUTERI yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Allah S.W.T. Usaha ini adalah bertujuan menterjemahkan ke dalam diri PUTERI ciri-ciri rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berupaya mencapai kesejahteraan diri serta mampu dan bersedia memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran bangsa, masyarakat dan negara selaras dengan ajaran Islam.