Falsafah Disebalik Keris Melayu

  • Uploaded by: Nur Ain Mohd Amin
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Falsafah Disebalik Keris Melayu as PDF for free.

More details

  • Words: 1,608
  • Pages: 9
Falsafah disebalik Keris Melayu

Tugasan : JXEX 1104 Nama ahli kumpulan: 1. Haizurah Binte Kadir Mydin

JEA080704

2. Nadiah Binte Abdul Karim

JEA080709

3. Nur Iffah Binte Zaidi

JEA080703

4. Rafiqah Binte Sani

JEA080714

5. Siti Salmeah Binte Amer

JEA080717

Pengenalan Keris adalah salah satu artifak simbol dan identiti keagungan bangsa Melayu yang mempunyai peranan dan fungsi yang istimewa dan unik dan tidak mudah pupus sejak ia mula dicipta sehingga kini. Menurut seorang pengkaji barat, Edward Frey, keris merupakan lambang budaya yang terpenting bagi masyarakat Melayu. (Berita Harian, 4 Mei 1988). Secara umum, keris adalah sejenis senjata tajam yang digunakan sebagai alat mempertahankan diri terutama dalam masyarakat Melayu pada zaman dahulu (Shahrum Yub, 1966). Menurut defini Kamus Dewan (1996) pula, keris ialah sejenis senjata bermata dua yang tajam.

Bahagian-bahagian Keris Melayu Dalam budaya perkerisan ada sejumlah istilah yang terdengar asing bagi orang awam. Pemahaman akan istilah-istilah ini sangat berguna dalam proses mendalami pengetahuan mengenai keris. Istilah dalam dunia keris, khususnya di Pulau Jawa, yang sering dipakai: angsar, dapur, pamor, perabot, tangguh, tanjeg, dan sebagainya. Istilah ini lazim digunakan di Pulau Jawa dan Madura, juga digunakan di daerah lainnya, seperti Sulawesi, Sumatra, dan bahkan di Malaysia, Singapura, dan Brunei Darussalam. Bahagian-bahagian keris yang biasa diketahui oleh masyarakat adalah: hulu keris, mata keris, pamor, luk, dan warangka atau sarung keris.

2

Hulu keris atau pemegang keris, seringkali dilihat mempunyai ukiran padanya. Difahamkan bahawasanya sebelum kedatangan Islam di nusantara melayu, banyak seni ukir yang terdapat pada hulu keris berunsurkan gambar binatang seperti itik, burung; dan juga berunsurkan dewadewa yang dipercayai banyak mempengaruhi akal pemikiran orang orang dahulu. Namun setelah kedatangan Islam, banyak ukiran telah ditukar ganti dengan ukiran bentuk pada kayu tanpa menonjolkan sebarang bentuk berupakan binatang atau dewadewa.

Warangka keris: Dikenali juga sebagai sarung keris. Sarung keris adalah tempat menyimpan keris supaya mata keris terselamat daripada sebarang kerosakan. Oleh itu ia boleh disifatkat sbg keselamatan bagi mata keris ketika ia tidak digunakan dalam menentang musuh. Hampir sepanjang masa, keris berada di dalam sarung keris Kebanyakannya dibuat dari kayu yang berserat dan bertekstur indah. Namun di beberapa daerah ada juga warangka keris yang dibuat dari gading atau tanduk kerbau. Warangka keris selalu dibuat indah dan sering kali juga mewah. Ianya digunakan untuk memperlihatkan status sosial serta ekonomi pemiliknya.

Pamor Pamor dalam dunia perkerisan memiliki 3 (tiga)macam pengertian.Yang pertama menyangkut bahan pembuatannya; misalnya: pamor meteorit, pamor Luwu, pamor nikel, dan pamor sanak. Pengertian yang kedua menyangkut soal bentuk gambaran atau pola bentuknya. Misalnya: pamor Ngulit Semangka, Beras Wutah, Ri Wader, Adeg, dan sebagainya. Ketiga, menyangkut soal teknik pembuatannya, misalnya: pamor mlumah, pamor miring, dan pamor puntiran.

Luk Istilah ini digunakan untuk bilah keris yang tidak lurus, tetapi berkelok atau berlekuk. Luk pada keris selalu gasal, tidak pernah genap. Hitungannya mulai dari luk tiga, sampai luk tigabelas. Itu keris yang normal. Jika luknya lebih dari 13, dianggap sebagai keris yang tidak normal, dan disebut keris kalawijan atau palawijan. Jumlah luk pada keris selalu gasal atau erti lainnya yang bermaksud ganjil, tidak pernah genap. Selain itu, irama luk keris dibagi menjadi tiga golongan. Pertama, luk yang kemba atau samar. Kedua, luk yang sedeng atau sedang. Dan ketiga, luk yang rengkol -- yakni yang irama luknya tegas.

3

Falsafah disebalik Keris Melayu Falsafah disebalik fungsi dan peranan keris Fungsi keris di Alam Melayu bukan sekadar alat mempertahankan diri atau digunakan dalam pertarungan. Keris adalah sebahagian daripada pemakaian penting seorang sultan atau raja Melayu sebagai lambang legitimasi kerajaan dan kedaulatan baginda (Utusan Malaysia, 7 November 1985). Ia juga digunakan sebagai pelengkap pakaian lelaki, azimat, pelindung diri dan rumah tangga, untuk memperoleh kekayaan, menundukkan manusia, jin dan haiwan, menolak bala, pelaris dagangan (Utusan Malaysia, 2 Mac 1996). Keistimewaan keris dari segi fungsi dan peranannya boleh dibahagikan kepada dua, iatu fungsi pada bentuk fizikal objek keris itu sendiri, dan fungsi penggunaannya. Menurut teori functionalism, penghasilan sesuatu budaya benda (termasuk keris) adalah berasaskan kepada keperluan fungsi sesuatu budaya benda berkenaan. Pada dasarnya, bentuk sesuatu budaya benda itu adalah juga dicipta berasaskan keperluan fungsinya (Norazit Selat, 1989). Teori determinism pula mengatakan, setiap kewujudan atau penciptaan adalah kerana sesuatu tujuan, sebab, atau hikmah tertentu (Nes Smith, 1995). Kedua- dua teori ini saling berintegrasi dan berkoordinasi serta sangat relavan untuk dijadikan asas untuk membincangkan fungsi keris, sama ada dari segi bentuknya atau penggunaannya. (Haji Hashim, 2004). Berdasarkan kepada kedua teori ini, keris bukan sahaja dilihat dari aspek pertahanan tradisi, juga mengcakupi aspek politik, sosiobudaya dan ekonomi.

4

Falsafah disebalik bentuk asal keris Empirisisme berpendapat bahawa ilmu pengetahuan itu diasaskan atau diperoleh melalui pengalaman, iaitu dikaitkan dengan perkara-perkara yang boleh diinderai dan dialami. Teori ini didukung oleh Aristotle yang mengungkap ”Tidak ada yang dapat difahami kalau tidak terlebih dahulu kita tangkap dengan pancaindera” (Scruton,1989:18). A.H Hill dan G.B Gardner dalam buku The Keris and other Malay Weapon (1973) percaya bahawa keris mula dicipta di Semanjung Tanah Melayu. Menurut beliau, bentuk keris asal adalah ditiru daripada bentuk ’iting’ atau sengat ikan pari. ’Iting’ ikan pari pernah digunakan sebagai senjata oleh nelayan-nelayan Melayu yang arif tentang keistimewaan sengat ikan pari yang berbisa itu. Encik Kamarul Baharin A. Kassim dalam kertas kerjanya Reformasi Keris 1 juga menyatakan bahawa ada juga teori yang berpendapat bentuk asal keris berasal dari tanduk kambing. Asalnya kedua-dua bentuk keris ini adalah berdasarkan pemerhatian masyarakat pada waktu itu terhadap kehidupan alam yang diinovasikan berdasarkan kepada keperluan masyarakat tersebut pada masa itu. Beberapa sarjana percaya bahawa bentuk keris berlok adalah menunjukkan naga atau ular yang sedang bergerak yang disebut ’sarpa lumaku’, sementara keris lurus adalah diinspirasikan daripada keadaan ular atau naga yang sedang tidur atau bertafakur yang disebut ’sarpa tapa’(The Star, 4 September 1995).

5

Falsafah disebalik semangat keris Menurut Ahmad Sunawari Long di dalam buku Sejarah Falsafah, falsafah Timur lebih bersifat kesusasteraan, intuitif, mistik, impian dan berkaitan dengan pancaindera. (2006:21). Edward Frey seorang pengkaji Keris dalam buku The Kris: Mystic Weapon of the Malay World (1988) membincangkan mengenai kuasa dan keajaiban keris berdasarkan sejarahnya di Indonesia dan Malaysia. Masyarakat Melayu amat menebal dengan berbagai kepercayaan yang diwarisinya turun temurun. Salah satu kepercayaan yang masih menjadi pegangan ialah keris mempunyai kuasa yang luar biasa. Kuasa dan keajaiban keris dipercayai berpunca daripada jenis besi yang digunakan dan pembuat keris itu sendiri. Contohnya keris Mataram (tahun 1600) dipercayai diperbuat menggunakan sembilan jenis besi yang didapati daripada sembilan tempat yang berlainan. Pembuatannya memakan masa sehingga 17 tahun kerana hanya sekali pukulan pada setiap Jumaat kerja penempaanya dijalankan. Setelah siap, keris berkenaan dikatakan memiliki kesaktian yang luar biasa. Begitu juga dengan keris Taming Sari yang diperbuat daripada 20 jenis besi. Pada zaman dahulu, pembuatan keris dianggap suatu pekerjaan yang suci. Pembuat keris terdiri daripada orang yang terpilih di kalangan masyarakat atau ditentukan khususnya raja (Berita Minggu, 1 Mac 1998). Sebelum proses membuat keris, pembuat keris akan memperlengkapkan diri seperti berpuasa atau bertafakul (Berita Harian, 1 April 1995). Sebagai alat yang dianggap suci, keris juga akan dipelihara dengan baik dan disimpan di tempat khas. Selalunya keris akan dibungkus dengan kain kuning atau putih dan disimpan ditempat tinggi supaya tidak dilangkahi atau dipermainkan begitu

6

sahaja. Untuk menyuci keris pula, selalunya dilakukan setahun sekali pada bulan Muharam.

Falsafah Islam disebalik keris Menurut Prof. M. Saeed Sheikh, falsafah Islam mesti ditakrif sebagai upaya menterjemahkan dan membina semula pelbagai wawasan metafizika yang terdapat dalam Al-Quran dengan menggunakan bahasa dan gaya falsafah yang tidak terdapat di dalamnya sebarang unsur muhibah terhadap sesuatu yang tidak Islam. (Zakaria Stapa dalam Ibrahim Abu Bakar, 1994:7-8). Penyerapan falsafah Islam boleh dilihat dari bentuk fizikal keris itu sendiri. Contohnya bilangan lok yang terdapat pada keris selalunya ganjil. Ini dipadankan dengan ciri-ciri keislaman, seperti jumlah rukun Islam(5), bilangan keliling dalam tawaf (7), rukun sembahyang (13) dan jumlah sembahyang lima waktu (17). Selain dari itu, terdapat juga keris-keris yang mengandungi kalimahkalimah agama pada pangkal tulang atau hulu keris. Ayat-ayat Al-Quran atau kalimahkalimah yang menunjukkan nilai-nilai Islam pada sebilah keris juga sering dilihat pada bahagian sarung keris itu.

Falsafah-falsafah lain disebalik keris Di samping merupakan refleksi kebudayaan, keris juga dipilih sebagai identiti masyarakat Melayu di Asia Tenggara yang memberi erti dan maksud aspek falsafah keagamaan dan persejarahan (Utusan Malaysia, 2 Mac 1996). Keris sangat penting kerana ia dapat membezakan antara orang Melayu dengan dengan bukan Melayu, sama ada dalam lingkungan geopolitik yang sama atau serantau. Justeru,

7

keris terus menjadi identiti bangsa Melayu sehingga kini (Berita Harian, 16 Februari 1998).

Kesimpulan Keris adalah salah satu artifak Melayu yang penuh dengan keindahan kesenian masyarakat Melayu. Melalui keris dapat dilihat falsafah, pemikiran dan cara kehidupan masyarakat pada waktu keris itu dihasilkan. Fungsi keris itu, baik dari segi fizikal mahupun kepercayaan telah melalui banyak perubahan akibat peredaran zaman. Perubahan yang terjadi boleh bersikap positif dan negatif. Perubahan yang bersifat positif perlu digalakkan dan disokong kerana ia menjulang citra dan jatidiri keris. Bagi yang negatif pula perubahan mungkin terjadi akibat kurangnya kefahaman dan ilmu tentang keris itu sendiri. Kesedaran tentang pentingnya keris harus dilakukan untuk tidak mencacatkan dan merendahkan maruah ciptaan nenek moyang kita dan meletakkan keris di tempat yang sepatutnya.

Bibliografi 1. Haji Hashim Haji Md Noor, Keris: Peranannya dalam Masyarakat Melayu Brunei, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2004.

2. Hajah Saddiah Ramli, Glosari Keris, Brunei: Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei, 2007.

3. Frey, Edward, The Kris Mystic Weapon of the Malay World, Singapore Oxford University Press, 1988.

8

4. Gardner, G.B, Keris and Other Malay Weapons, East Ardsley, Wakefield: EP Publishing Limited, 1973.

5. Norazit Selat, Dr., Konsep Asas Antropologi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989. 6. Kamarul Baharin & Mohd Yusof Abdullah.(1999).Reformasi Keris.Keris Darjat & Kudrat,45-66.Selangor:Percetakan Asni Sdn Bhd. 7. Zaabar Yusof.(1999).Keris Dalam Perspektif Islam.Keris Darjat & Kudrat,3744.Selangor:Percetakan Asni Sdn Bhd. 8. Mohd Noor Mohd Amin, Manan Embong & Zaabar Yusof.Fenomena Keris.Keris Darjat & Kudrat,67-100.Selangor:Percetakan Asni Sdn Bhd.

9

Related Documents


More Documents from "Firda"

Pantun Budi
October 2019 46
Al-ghazali
October 2019 46
Nazam Ajal
October 2019 53
Al-kindi
October 2019 40
Tajus Salatin
October 2019 36
St-01-01
October 2019 48