AKADEMI PENGAJIAN MELAYU JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU KERJA KURSUS: ARTIFAK MELAYU SONGKET MELAYU Nama Ahli Kumpulan: Boon Jia Yun ( JEA080009) Bong Suz Kien (JEA080008) Stacey Inda Anak Layang(JEA080143) Joyner Anak Sedin(JEA080028) Jessica Anak Minggu(JEA080027) Nama Pensyarah: Prof Dr. Amran Muhammad
PENGENALAN SONGKET
Sejenis kain yang biasanya ditenun dengan tangan, dan mempunyai corak rumit benang emas dan perak. Songket juga dierti sehelai kain yang telah siap ditenun melalui 1 siri proses yang teratur. Kain tenunan tradisional Melayu yang unik dan kaya dengan nilai keindahan atau estetika. Gabungan dalam unsur-unsur budaya kebendaan. Melambangkan corak, pandangan, pemikiran dalam masyarakat. Memaparkan perhubungan ahli-ahli masyarakat dengan alam sekitar, cara hidup, pemandangan, tumbuhan dan sebagainya.
ASAL-USUL SONGKET Berasal
dari perdagangan zaman dahulu di antara Tiongkok dan India. Orang Tiongha menyediakan sutera sedangkan orang India menyumbangkan benang emas dan perak. Berasal daripada perkataan “sungkit”. Pada zaman dahulu, merupakan lambang kemegahan, kemewahan dan ketertinggian terutamanya golongan raja atau pembesar. Kini, songket menjadi satu pakaian biasa dipakai oleh masyarakat tidak mengira pangkat atau keturunan.
Motif-Motif songket
Penyusunan motif- terbahagi (susunsn bunga penuh/bunga tabur) Motif kain songket - dua unsur penting iaitu unsur alam dan tumbuhan. sering digunakan meliputi bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian tampuk buah-buahan. kesemua bentuk motif terhasil dalam corak geometrik- Motif pada kain songket disusun dengan susunan bunga penuh, bunga bertabur atau susunan bercorak. Motif pucuk rebung dan lawi ayam sering ditempatkan dikepala kain. Manakala motif 'awan larat' pula dijadikan sebagai kaki kain (border design).
contoh motif songket
PROSES TENUNAN SONGKET 1. MENCELUP ~ Benang tersebut dimasukkan ke dalam kawah berisi air mendidih, kemudian dibilas dengan air lalu dijemur sehingga kering. 2. MENERAI ~ Benang diceraikan daripada tungkalan besar dengan menggunakan alat rahat dan guwing. 3. MENGANING ~ Benang yang telah dileraikan atau dipintalkan disusunkan ke atas anian.
4. MENGGULUNG ~ Benang dianian digulung mengikut lebar gigi jentera dan panjang loseng. 5. MENYAPUK ~ Benang yang digulungkan dimasukkan menerusi gigi jentera sebelum dilekatkan ke pesak yang terletak di bahagian depan tempat duduk penenun.
6. MENGGARAK ~ Proses ini dilakukan dengan loseng turun naik. Caranya dimulakan dengan menggerakkan loseng silih berganti apabila jijak karat ditekankan. 7. MENYOLEK BUNGA ~ Dilakukan dengan menyusun lidi atau bilah ribung melalui celah-celah benang loseng.
8. MENENUN ~ Proses terakhir adalah dengan memangkah benang loseng dengan benang pakan untuk dijadikan kain. ~ Untuk kain songket bercorak penuh, benang emas dilancarkan melalui torek benang emas di antara dua lapisan. Benang loseng dan jentera ditarik ke arah penenun untuk merapatkan benang. ~ Tenunan dilakukan dengan menggunakan alat yang dipanggil kek atau “kei” dalam dialek Kelantan.
FUNGSI SONGKET 1.Songket -fungsi besar dalam masyarakat melayu - menjelaskan identiti dan nilai sesuatu masyarakat yang berkelasberdarjat. 2.Songket- dipakai oleh golongan raja dan bangsawan –menaikkan status. 3.Songket – lambang kehormatan dalam masyarakat melayu.- merupakan pakaian khas untuk upacara menghadap raja.
4. Songket -dipakaikan di majlis-majlis keramaian rasmi. Contohnya,songket dipakai oleh pengantin semasa majlis perkahwinan. 5. Songket –dipakai oleh golongan lelaki apabila bersembahyang jumaat/sembahyang hari raya. 6. Songket-dijadikan barang hiasan seperti hiasan dinding, beg tangan dan sebagainya. 7.Songket – menjadi fesyen-fesyen pakaian lelaki dan perempuan.Contohnya, kot pramugara MAS.
8.Sebagai
barang hantaran belanja untuk pengantin perempuan sebagai hadiah perkahwinan.
CONTOH-CONTOH SONGKET Contoh
songket yang menjadi beg tangan
contoh songket yang menjadi alat hiasan
Contoh songket corak berdiri
KESIMPULAN Seni
tenunan songket merupakan sesuatu yang mempunyai keistimewaan.Ciri-ciri masyarakat melayu terpancar melalui ini. Songket menyakinkan kita bahawa Masyarakat melayu amat peka dan kreatif dalam mengolah apa sahaja disekelilingnya. Songket –satu unsur kebanggaan bagi masyarakat melayu.