SARJANA MUDA PENGAJIAN MELAYU AKADEMI PENGAJIAN MELAYU UNIVERSITI MALAYA KUALA LUMPUR
JXEA 1104 FALSAFAH DAN LOGIKA MELAYU TOKOH FALSAFAH:
EPISTEMOLOGI IBNU TUFAIL FAKULTI: AKADEMI PENGAJIAN MELAYU NAMA: FAIZATUL SYAHEERA ABDUL AZIZ NO MATRIK: JEA 080180 NAMA PENSYARAH: DR AMRAN MUHAMMAD SEMESTER: SATU SESI 08/09
PENDAHULUAN Kursus falsafah dan logika bertujuan melahirkan insan yang berilmu pengetahuan falsafah, berilmu dan mempunyai ciri-ciri insan kamil disekelilingnya. Bidang falsafah adalah satu bidang melatih manusia untuk berkeupayaan menganalisis dan menghayati paradigma disebalik strategi penyelidikan falsafah dan logika serta meguasai idea-idea dan falsafah dan logika.
Kajian ini adalah mengenai tokoh falsafah Islam terkemuka, Ibnu Tufail dari segi epistemologi dalam bidang penulisan. Epistemologi bermaksud bidang yang mengkaji tentang ilmu pengetahuan. Epistemologi membahas pelbagai hal tentang pengetahuan seperti batas, sumber serta kebenaran suatu pengetahuan. Kajian terhadap tokoh falsafah Islam ini adalah sangat penting kerana ahli falsafah terkemuka telah dianggap sebagai kelompok yang semakin hilang dari pemikiran manusia.
Kajian Epistemologi Ibn Tufail ini menggunakan kaedah rujukan,perpustakaan dan internet.
2
PENGENALAN IBN TUFAIL Ibnu Tufail dilahirkan pada 1106 masihi di Asya,Grada. Gelaran beliau berasal dari nama keluarganya iaitu Tufail.
Nama sebenar Ibnu Tufail ialah Abu Bakr
Muhammad ibn Abdul Malik ibn Muhammad ibn Muhammad ibn Tufail al-Qisi. Semasa hayatnya, beliau telah menyumbangkan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang selari dengan peranan beliau sebagai pemikir yang banyak menghasilkan karya dalam bidang falsafah, sastera, ilmu matematik, astronomi dan ilmu perubatan. Segala sumbangan beliau amat bernilai dan dihargai sehingga kini walaupun beliau telah meninggal dunia pada 1185 Masihi.
EPISTEMOLOGI IBNU TUFAIL Ibnu Tufail dikenali sebagai ahli hukum, perubatan, dan ahli politik yang handal dan ketika pemerintahan Al-Mu'min ibn Ali, beliau dilantik sebagai pembantu Gabenor Wilayah Sabtah dan Tonjah di Maghribi selain pernah dilantik sebagai menteri dan ahli politik yang dihormati oleh pihak pemerintah.
Selain itu, ketinggian ilmu telah
membawa beliau membabitkan diri dalam bidang pendidikan,pengadilan dan penulisan.Hasil tulisan beliau adalah bukti yang paling jelas untuk menerangkan tentang falsafah beliau mengenai ilmu.
Walaupun Ibnu Tufail dikatakan telah menulis banyak buku tetapi hanya sebuah sahaja kitab yang diwariskan kepada generasi umat Islam hari ini iaitu ’Hay Ibn Yaqzan’ yang memuatkan pandangannya secara umum, dengan gaya bahasa yang menarik dan imaginasi yang indah. Buku ini dianggap warisan yang paling unik ditinggalkan oleh
3
seorang ahli falsafah kerana kandungannya yang menyentuh mengenai potensi manusia untuk megenali Allah dengan menggunakan ketinggian ilmu. Ilmu yang dimaksudkan adalah dengan keupayaan manusia membuat penelitian terhadap alam sekitar dan sekelilingnya Judul karya ini memang sama dengan dengan karya yang telah
dibuat
sebelumnya
oleh
Ibnu
Sina
tetapi
falsafah
yang
ditekankan oleh Ibnu Tufail amat berbeza. Dalam buku ini, Ibnu Tufail menekankan kebijaksanaan timur yang dapat diidentifikasikan sebagai tasawuf yang saat itu banyak ditolak oleh banyak ahli falsafah, termasuk Ibnu Bajjah.Menerusi buku itu,beliau cuba merangka satu sistem falsafah berdasarkan perkembangan pemikiran manusia yang dapat mengungkapkan persoalan serta hubungan antara manusia,akal dan Tuhan. Untuk itu,beliau telah menggunakan watak Hay Ibn Yaqzan yang hidup disebuah Pulau Khatulistiwa.
Ketinggian ilmu Ibnu Tufail dapat dilihat apabila beliau menggunakan Pulau Khatulistiwa sebagai gambaran percampuran empat unsur penting dalam kehidupan iaitu panas, sejuk, kering dan basah dengan tanah. Watak itu hidup terpencil dan dapat mempertahankan hidupnya dengan kepimpinan akal dan bantuan pancaindera.Contoh ini amat tepat dengan ciri-ciri falsafah yang dipelajari kini iaitu falsafah dapat diterima atau dicari menggunakan akal,hati dan deria atau pancaindera. Maka, langkah Ibnu Tufail menggunakan analogi watak tersebut dalam penulisannya bukanlah sesuatu yang luar biasa dalam penulisan berbentuk falsafah.
4
Watak Hay Ibn Yaqzan ini juga tidak pernah mengenali kedua-dua ibu bapanya.Tetapi alam telah memberinya seekor kijang yang menyusu dan memberinya makan. Setelah dewasa, dia mula mengarahkan pandangannya terhadap perkara yang berlaku disekelilingnya dan mula membahaskan tentang kejadian dan rahsia perubahan yang berlaku.
Pada anggapannya,di sebalik alamnya, terdapat sebab-sebab yang
tersembunyi yang mentadbir dan membentuknya. Dia selalu mentafsir dan meganalisis sehingga dia mampu mengetahui bahawa kebahagiaan dan kesengsaraan manusia itu bergantung pada hubungannya dengan Allah.
Watak Hay Ibnu Yaqzan oleh Ibnu Tufail itu berjaya membuat huraian yang menarik dan membantu pembaca lebih memahami pemikiran falsafahnya.
Selain
ketinggian falsafahnya, buku tersebut juga mengandungi pengamatan Ibnu Tufail mengenai ilmu metafizik, matematik, fizik dan sebagainya. Ibnu Tufail melihat alam ini sebagai baru dan ditadbir oleh Alllah yang satu dan berkuasa sepenuhnya tanya pertolongan pihak atau kuasa lain. Beliau menekankan bahawa dalam diri manusia terdapatnya roh yang menjadi sumber dan asas kehidupan mereka di muka bumi.
Melalui karyanya ini, Ibnu Tufail mengaku dapat memecahkan pertentangan yang timbul antara falsafah dan agama atau akal dan iman. Dua hal yang bertentangan ini dapat diumpamakan sebagai kebenaran internal dan kebenaran eksternal yang pada prinsipnya sama-sama mempunyai kebenaran. Namun dua kebenaran ini tidak dapat dianalisis oleh siapa saja tanpa melihat kecerdasan yang dimiliki oleh orang yang berkenaan. Kerana kebenaran falsafah hanya dapat dicapai oleh orang yang memiliki
5
kecerdasan yang tinggi. Sementara kebenaran agama yang melalui kitab suci Al-Quran yang menggunakan bahasa inderawi dan makna-makna harfiah akan dapat dengan mudah difahami oleh umum.
Falsafah beliau bukan sahaja menyentuh perkara yang berkaitan dengan metafizik tetapi juga sains tabii seperti fizik tetapi masih mengekalkan falsafah mengenai ilmu dan akal. Sebagai contoh,beliau mendapati bahawa lapisan udara yang tinggi lebih sejuk dan nipis berbanding lapisan yang rendah. Hal ini disebabkan kepanasan yang berlaku di permukaan bukannya di ruang dan lapisan udara.
Beliau juga mendapati bahawa kepanasan boleh dihasilkan melalui geseran, gerakan cahaya sama ada dari api atau matahari. Meskipun pandangan itu dianggap sebagai satu perkara yang biasa pada hari ini, tetapi pandangan ini sebenarnya telah menyediakan landasan kepada ahli sains untuk melakukan kajian terhadap kepanasan dan segala fenomena yang berkaitan dengannya. Selain itu, falsafah dan contoh-contoh yang telah diberikan oleh beliau membuktikan bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah bergantung kepada pemikiran yang kreatif dan berusaha untuk mencari penyelesaian sesuatu masalah menggunakan akal.
Ibnu Tufail hidup hampir sezaman dengan Ibnu Bajjah. Maka, sebab itu beliau mudah menerima pandangan falsafah Ibnu Bajjah, Al-Farabi, dan beberapa ahli falsafah Islam yang lain dengan baik.
Menurut pengkaji dan pemikir, Ibnu Tufail banyak
dipengaruhi oleh falsafah Ibnu Bajjah sebagaimana yang dapat diperhatikan pada
6
pertengahan buku Hay Ibn Yaqzan yang banyak membawa saranan yang terdapat dalam kitab ’Al-Mutawwadid’. Dalam buku tersebut, Ibnu Bajjah telah melakukan pembelaan terhadap tulisan-tulisan Al-Farabi dan Ibnu Sina.
Namun begitu, Ibnu Tufail tidak menerima saranan itu bulat-bulat melainkan selepas dibahaskan secara kritis. Selain itu, beliau seorang yang berpegang kepada logik dalam mengungkap realiti alam dan kehidupan manusia.
Sesuai dengan kehendak
falsafah itu sendiri selepas dilakukan penyelidikan, terbukti bahawa interaksi antara manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai kerohanian ke atas alam dan pengalaman kepada diri sendiri dimana tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.
Justeru interaksi dengan alam akhirnya akan membawa manusia kepada peningkatan hidup dan membuatkan akal fikiran serta pemikiran yang maju. Ibnu Tufail juga seorang ahli falsafah yang realistik kerana sikapnya yang tidak menyepi diri seperti segelintir ahli falsafah lain. Sebaliknya, beliau bergiat dalam hal-hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan dan urusan pemerintahan sehingga beliau menghembus nafas yang terakhir pada 1185Masihi. Pemikiran, falsafah dan ketinggian ilmu yang dimiliki Ibnu Tufail yang dikaitkan dengan alam dan kekuasaan pencipta-Nya sejajar dengan sabda Rasulullah SAW,”Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekali-kali kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang kepada kedua-duanya iaitu Kitab Allah dan sunah nabi-Nya”-Riwayat Malik.
7
PENUTUP Secara kesimpulannya, falsafah adalah satu bidang mengenai penyelidikan dan mencari jawapan yang benar secara menyeluruh yang sangat berhubungkait dengan cara seseorang individu membina pengetahuan. Berdasarkan perbincangan di atas, jelas terbukti dan menunjukkan bahawa Ibnu Tufail yang telah dikaji dan dibincangkan di sini adalah satu contoh terbaik untuk menjelaskan kepada pembaca mengenai kehebatan falsafah, kepentingan penyelidikan dan ketinggian pemikiran Ibnu Tufail dalam bidang epistemologi atau bidang ilmu.
Kesahihan epistemologi Ibnu Tufail adalah terbukti
berdasarkan beberapa kriteria dan contoh-contoh yang telah diberi untuk menyokong isiisi yang telah dihuraikan. Tulisan Ibnu Tufail ini perlu dipanjangkan kepada generasi akan datang kerana penulisan beliau adalah khazanah terbaik yang diwarisi daripada ahliahli falsafah terkemuka dunia dan tidak ternilai harganya
8
RUJUKAN Mohd. Shafei Abu Bakar. 1987. Metodologi Penyelidikan dan Bidang Berkaitan. Bangi: Penerbit UKM. Hasliza Hassan.2006.Ibnu Tufail:Pakar Ilmu hokum.Masa Enterprise. Oliver Leamen, 2002.Pengantar Filsafat Islam: Sebuah Pendekatan Tematis, Mizan, Bandung. Farrukh, `Umar, 1959 Ibn Tufail (Abubacer) and his philosophical romance Hayy ibn Yaqzan. Bayrut. www.blogfalsafah.com.my www.yahoo.com www.google.com
9
10