PENDAHULUAN Pada masa kini globalisasi amat penting untuk pembangunan negara sama ada pembangunan dari segi ekonomi, politik, teknologi, ketenteraan dan sebagainya. Tetapi yang paling penting globalisasi menyebabkan wujudnya dilemma keselamatan. Setiap negara bimbang mengenai isu keselamatan dan keamanan negaranya. Setiap negara tidak menginginkan peperangan. Namun begitu dalam situasi dunia pada masa kini setiap negara perlu bersedia mempertahankan negaranya. Mengikut pandangan realis, dunia berada dalam keadaan anarki dan setiap negara harus mempunyai kuasa yang kuat untuk meneruskan survival masing-masing. Dan menurut salah seorang tokoh realis is menyatakan bahawa “matlamat menghalakan cara”. Oleh sebab itu dalam dunia yang global ini, negara yang mengamalkan fahaman ini seperti Amerika Syarikat bebas melakukan apa sahaja untuk melindungi negaranya seperti pencerobohan terhadap Iraq, Pakistan dan negara lain. GLOBALISASI Apa itu globalisasi? Globalisasi juga disebut sebagai ‘Global Age’. Perkataan globalisasi digunakan oleh ahli ekonomi pada 1980an. Walaubagaimanapun, ia telah digunakan oleh ahli sains sosial seawall 1960an lagi. Namun begitu ia menjadi popular pada 1980an hingga1990an. Istilah globalisasi terawal digunakan diwujudkan pada 1897 oleh Charles Taze Russell iaitu ‘corparate-giant’. Globalisasi merupakan satu proses untuk meletakkan dunia di bawah satu unit yang sama tanpa dibatasi oleh sempadan dan kedudukan geografi sesebuah negara. Globalisasi dan pembangunan adalah istilah yang bergerak seiringan. Hal ini kerana globalisasi adalah salah satu elemen yang menggalakkan pembangunan dari semua segi sama ada ekonomi, ketenteraan pendidikan dan sebagainya. Pembangunan berlaku disebabkan oleh globalisasi dimana berlaku proses transformasi maklumat yang membolehkan pembangunan kepada sesuatu maklumat berlaku tanpa had dan sempadan Walaubagaimanapun semua maklumat yang diperolehi daripada proses globalisasi boleh mendatangkan kesan positif atau negatife. Ia bergantung kepada sesebuah Negara itu untuk menerima dan mengasimilasikannya kedalam negara masing-masing. REALISME Dalam sistem globalisasi, realis lebih mementingkan kuasa, mereka melihat kuasa sebagai motivasi utama dalam semua kehidupan politik bagi meneruskan kesinambungan manusia di peringkat antarabangsa. Bagi kautilya kuasa bermakna kekuatan iaitu ilmu, tentera serta keupayaan untuk melaksana. Tokoh H. Morgenthau melihat kuasa sebagai satu bentuk untuk menguasai, mengawal dan mempengaruhi sesuatu tindakan. Matlamat akhir bagi realis ialah kesemua negara adalah kesejahteraan dalam persekitaran anarki. Realis pada masa yang sama mengakui kewujudan organisasi antarabangsa, tetapi tidak memainkan peranan utama sebagaimana kuasa sesebuah negara. Justeru, kuasa adalah konsep utama golongan realis. Walaubagaimanapun, realis bukanlah penghasut perang, tetapi mereka mengandaikan keamanan boleh dicapai melalui kuasa. Dalam memperkatakan mengenai globalisasi juga tidak dapat dinafikan wujudnya kebimbangan negara terhadap kesan-kesan negatifnya terutama dari segi keselamtan negara. Hal ini kerana, setiap negara dan individu dengan mudah boleh mendapatkan maklumat mengenai sesebuah negara itu. Penciptaan teknologi ketenteraan yang canggih seperti nuklear menyebabkan wujudnya dilemma keselamatan terutama negara yang sedang membangun. Oleh sebab itu negara seperti Amerika Syarikat amat mementing kuasa dan kemajuan teknologi ketenteraan mereka. Walaupun amerika
mempunyai senjata nuklear namun dalam dunia yang globalisasi ini, mereka tetap berasa bimbang. Tambahan pula dengan kemajuan sistem teknologi ketenteraan hingga dikatakan telah muncul senjata baru seperti WMD (worlds mass destruction). Oleh sebab itu Amerika telah bertindak terlebih dahulu untuk menjamin keselematan dan keamanan negaranya. Selain daripada itu aktiviti terorisme juga menyebabkan setiap negara mengambil sikap berhati-hati dan sentiasa mendahulukan kepentingan negara sendiri.ia sangat berbahaya terorisme merupakan satu kumpulan pengganas yang boleh berada dimana-mana sahaja kerana ia tidak bertempat di sesuatu kawasan atau negara sahaja. Pada masa kini ancaman terorisme merupakan satu ancaman paling bahaya. Negara-negara maju terutama Amerika Syarikat amat menentang kegiatan terorisme. KAJIAN KES Dalam menghuraikan dasar luar Amerika Syarikat selepas peristiwa 11 September 2001 khususnya mengikut pandangan realiseme, dua kajian kes akan menyoroti pemikiran ini iaitu pencerobohan terhadap Afghanistan dan Iraq. Selepas peristiwa tersebut dasar luar Amerika lebih jelas terhadap sebarang bentuk ancaman yang dirasakan mampu menggugat keselamatan negaranya. Antara konsep realisme yang memberi fokus kepada huraian ini ialah yang melibatkan konsep kuasa, negara, kelangsungan hidup(survival), kendiri (self- help), kedaulatan, hegemoni dan kepentingan negara(national interest). Seperti yang telah dihuraikan konsep ini akan mendominasi dasar luar yang diambil oleh Amerika Syarikat. Justeru dalam kajian kes ini kedua-dua keadaan akan dilihat secara relevan melalui kaca mata realisme. Pembaca akan dapat melihat bagaimana pemikiran realisme mentafsir perkara-perkara yang berlaku mengikut pendekatan dan teori mereka. PENCEROBOHAN DI AFGHANISTAN Dasar luar Amerika Syarikat selepas peristiwa 11 September 2001 antaranya ialah memerangi teorisme(pengganas). Selepas peristiwa tersebut, Amerika Syarikat telah meletakkan kumpulan terroris sebagai pelaku ke atas runtuhnya bangunan World Trade Centre (WTC) dan serangan keatas Pentagon. Kumpulan terroris yang dikatakan terlibat ialah Al-Qaeda di bawah pimpinan Osama bin Laden daripada keluarga usahawan terkenal dari Arab Saudi telah berpindah ke Afghanistan di atas jemputan pemimpin Pakatan Utara (Northern Alliance) Abdur Rabb ur Rasool Sayyaf. Perpindahan Osama bin Laden ke Afghanistan telah menguatkan kekuasaan Taliban yang membuat pakatan dengan rangkaian Al-Qaedanya. Taliban sebelum itu merupakan kumpulan pemimpin yang dominan di nagara tersebut. Pemerintahan Taliban di Afghanistan merupakan pergerakan Islam yang memerintah sebahagian besar tiga negara (Amiriah Arab Bersatu, Pakistan, Arab Saudi). Ahli-ahli paling berpengarauh termasuklah Mullah Mohammed Omar, pemimpin pergerakan tersebut tersebut merupakan ulama madrasah kampong biasa. Taliban bererti “pelajar agama” dalam bahasa Pashto. Kumpulan Taliban mendapat sokongan meluas daripada puak Pashtun Afghanistan dan dari beberapa negara jiran semasa perkembangan awalnya. Sungguhpun Taliban yang semakin radikal akan menjauhi kebanyakan mereka kemudiannya, masyarakat antarabangsa termasuk Amerika Syarikat, turut menganggap kemunculan Taliban sebagai perkembangan positif semasa awal kemunculannya. Runtuhnya WTC dan Pentagon pada 11 September 2001 menyebabkan Central Intelligence Agency (CIA) menuduh kumpulan Al-Qaeda sebagai pertubuhan yang meletupkan kedua-dua bangunan itu. Ini mendorong kepada khabar angin dalam Media Barat bahawa Osama mempunyai pengaruh kuat dikalangan pemimpin Taliban. Oleh yang demikian, pada 22 September 2001, atas desakan antarabangsa selepas
serangan 11 September, Amiriah Arab Bersatu dan diikuti Arab Saudi telah menarik balik pengiktirafan Taliban sebagai kerajaan Afghanistan yang sah, apabila Amerka Syarikat menuduh Taliban untuk serangan tersebut. Amerika Syarikat dengan United Kingdom dan didorong oleh kerajaan pro Amerika yang lain, memulakan tindakan ketenteraan terhadap pihak Taliban pada Oktober 2001. Konsep kuasa dapat dirasakan kepada Amerika Syarikat yang secara terbuka mengistiharkan perang terhadap Taliban dan Al-Qaeda. Kuasa yang jelas dapat dilihat disini ialah kuasa ketenteraan dan kuasa membuat keputusan, iaitu ini dilihat dari aspek ketenteraan, politik dan ekonomi sesebuah negara itu. Dalam suasana hubungan antarabangsa, golongan realis lebih mementingkan kuasa. Golongan ini melihat kuasa sebagai titik motivasi utama di dalam semua kehidupan dalam politik dunia bagi meneruskan kehidupan dan mengekalkan kedaulatannya. Mengambil konsep ini Amerika, merasakan mereka harus dan bertanggungjawab menghapuskan kumpulan pengganas ini khususnya yang mengancam keselamatan negara mereka dan dunia. Selain itu realis melihat dalam suasana hubungan antarabangsa pergelutan kuasa ialah satu kemestian diantara negara bangsa. Malah disini negara merupakan aktor yang membuat keputusan. Tindakan ketenteraan ini sebenarnya telah membawa kepada pencerobohan ke atas negara Afghanistan. Matlamat yang di nyatakan adalah untuk menjatuhkan kumpulan Taliban daripada berkuasa kerana keenggana Taliban untuk menyerahkan Osama bin Laden di atas pembabitannya ke atas serangan 11 September 2001, dan sebagai tindak balas ke atas bantuan Taliban kepadanya. Namun sebenarnya apa yang berlaku adalah pihak Taliban sebenarnya telah menuntut pihak Amerika agar menyerahkan bukti sebelum mereka menyerahkan Osama bin Laden, tetapi tidak diendahkan olh Amerika Syarikat. Amerika Syarikat juga memegang pemikiran bahawa keutamaan pemimpin-pemimpin memastikan kelangsungan hidup ( survival). Oleh yang demikian tindakan untuk menyerang Afghanistan adalah perlu. Serangan itu juga sebahagian besarnya adlah serangan darat yang melibatkan penglibatan Perikatan Utara, iaitu baki unsur dari pasukan anti Taliban yang telah ditumpaskan oleh Taliban beberapa tahun sebelumnya. Hari demi hari kawasan utama Taliban seperti Mazar-i-Sharif jatuh ke tangan pasukan AS-Pakatan Utara pada 9 November, mendorong kepada wilayah-wilayah lain ditawan dengan tentangan minima, dan banyak pasukan tempatan bertukar pihak daripada Taliban kepada Perikatan Utara. Pada malam 12 November, pihak Taliban berundur ke Taliban dengan cara teratur dari Kabul. Lebih daripada itu PBB pula menjalankan tugasannya walaupun pada awalnya tugas mereka telah gagal. Melalui Majlis Keselamatan Pertubuhan PBB, pada 16 Januari 2002, telah bersetuju sebulat suara mengadakan sekatan senjata dan pembekuan harta-harta yang dikenalpasti sebagai harta kepunyaan Osama bin Laden, Al-Qaeda dan saki baki Taliban. Pihak Taliban kemudiannya berundur dari Kandahar, dan berkumpul semula di sempadan wilayah antara Afghanistan dan Pakistan. Pencerohan terhadap Afghanistan iaitu memerangi Taliban yang disebabkan gerakan Al-Qaeda yang dipercayai oleh Amerika Syarikat sebagai terrorisme (pengganas). Tindakan oleh Amerika Syarikat yang membelakangi Majlis Keselamatan PBB dilihat sebagai satu tindakan mencabul undang-undang keselamatan sesebuah negara dan antarabangsa. Ketakutan Amarika sebenarnya adalah disebabkan pengaruh Al-Qaeda yang dilihat mampu menjejaskan kedaulatan negaranya. Sebagai sebuah negara yang berkuasa hegemon, Amerika semakin kukuh di Timur Tengah selepas berakhirnya ancaman komunis Soviet, kemenangan pakatan bersekutu dalam Perang Teluk (1991) dan negara-negara industri seperti Jerman, Rusia, Jepun, Eropah dan ASIA semakin lemah dan menghadapi masalah ekonomi. Persaingan-persaingan (untuk menjadi hegemoni di rantau) ini walaupun membazir dari segi kewangan dan berbahaya dari segi ketenteraan tetapi penting untuk memastikan cita-cita Amerika untuk menjadi kuasa dominan mutlak di rantau itu tercapai (Pemikir Okt.-Dis. 2006:72). Dalam masa yang sama Amerika cuba mengekang perkembangan pengaruh Rusia yang mempunyai kepentingan strategik di Timur Tengah kerana Timur Tengah pernah menyaksikan perkembangan
perluasan pengaruh komunis dalam era 1940-1950-an. Amerika yang mengamalkan pemikiran realisme di bawah pimpinan George W. Bush telah mengambil tindakan tersebut bagi memastikan kepentingan negaranya tidak tergugat. Hakikatnya pencerobohan ke atas Afghanistan bukanlah permusuhan ke atas Al-Qaeda dan Taliban sepenuhnya ataupun kejayaan menangkap Osama bin Laden, tetapi pencerobohan ke atas Afghanistan mempunyai tujuan yang lain. Perlu diingat bahawa sebagai sebuah negara yang berpegang teguh terhadap pemikiran realisme, Amerika sebenarnya terlalu takut terhadap ancaman dari terrorisme. Pada tahun 2003 Jabatan Negara Amerika Syarikat telah menyenaraikan nama kumpulan terrorisme. Berdasarkan senarai tersebut hampir 37 kumpulan terrorisme dikenal pasti (http://www.state.gov/s/ct/rls/pgtrpt/2003/31711.htm). Pandangan realisme juga menolak moral dan nilai-nilai murni dalan sistem antarabangsa. Bagi realis perkara tersebut merupakan terlalu sentimental dan tidak sesuai dalam menentukan hala tuju sesebuah negara. Oleh itu pencerobohan ke atas Afghanistan menurut pandangan Amerika ia hanyalah bertujuan mempertahankankan kepentingan negara (national interest). Tindakan Amerika ini selari dengan andaian realis bahawa negara adalah aktor yang rasional. Walaupun dunia melihat tindakan Amerika sebagai tidak bermoral dan melanggar hak-hak kemanusiaaan, tetapi pada kerajaan Amerika adalah sebaliknya. Secara teorinya Amerika melihat suasana yang wujud di Afghanistan khususnya di Timur Tengah adalah sebagaimana realitinya iaitu dunia dalam anarki ( Joshua S. Goldstein 2004:72). Malah idea “matlamat menghalalkan cara” dari tokoh realisme yang terkenal Nicollo Machiavelli turut menjadi asas dalam tindakan Amerika (Theodore A. Collombis dan James H. Wolfe 1990:7 )
PENCEROBOHAN DI IRAQ Kempen peperangan yang ditaja oleh Amerika Syarikat di bawah Presiden George W. Bush dan Britain di bawah Tony Blair terhadap Iraq merupakan bentuk peperangan moden yang berlaku pada hari ini. Pencerobohan ke atas Iraq adalah disebabkan dakwaan oleh Amerika yang menyatakan bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah besarbesaran WMD (weapon of mass destructions) yang boleh mengugat keselamatan dunia. Kecenderungan dakwaan ini disebabkan negara Iraq pernah terlibat dalam beberapa peperangan di Timur Tengah, antaranya Perang Iran-Iraq (1980-1988) dan Perang Teluk (1990-1991) diantara Iraq dan Kuwait, dan dalam peperangan Teluk dikatakan terdapat penggunaan senjata kimia terlarang termasuk pendedahan kepada uranium dan kecenderungan vaksin antraks. Senjata-senjata ini, telah dipertikaikan dan ia merupakan satu ancaman ke atas Amerika Syarikat, sekutu-sekutunya dan kepentingankepentingannya. Dalam satu ucapan George W. Bush yang bertajuk 2003 State of the Union Address pada 29 Januari 2003. Ia merangka undang-undang untuk pencerobohan ke atas Iraq. Bush mendakwa bahawa Amerika Syarikat tidak boleh menunggu sehingga ancaman itu muncul daripada pemimpin Iraq, Saddam Hussein. Nicholas J. Spykman turut bersetuju bahawa konflik dan bukannya kerjasama lebih sering berlaku dalam sistem antarabangsa. Untuk memastikan survival negara itu harus menjadikan pemeliharaan kedudukan kuasa mereka sebagai matlamat prinsip dasar luar mereka (Ghazali Mayudin 1999: 116). Oleh sebab kuasa adalah kemampuan muktamad untuk melaksanakan perang, maka negara kerap kali memberi penekanan kepada pembinaan ketenteraan. Amerika melihat pemilikan Iraq terhadap senjata pemusnah boleh membawa kepada konflik, oleh itu pemilikan senjata oleh Iraq perlu diambil serius. Ditambah dengan personality Saddam Hussein yang bersifat autokratik kemungkinan untuk berlakunya serangan dari Iraq terhadap kerajaan
Amerika dan dunia adalah tinggi. Selain itu pemerintahan Saddam juga dikatakan zalim dan bersifat kuku besi. Rakyat Iraq juga dilaporkan menderita dan ramai juga yang ditindas. Thomas Hobbes yang merupakan ahli politik inggeris pula menjelaskan bahawa keadaan semulajadi negara kini adalah satu keadaan dimana ancaman peperangan kepada semua sentiasa wujud, dimana tiadanya moraliti dan semua tinggal dalam ketakutan, inilah ‘keadaan semulajadi’. Undang-undang pertama Hobbes menyatakan bahawa ‘semua negara seharusnya mengharapkan keamanan dimana mereka mempunyai harapan mendapatnya dan apabila mereka tidak mencapainya, mereka akan menggunakan kesemua pertolongan dan kelebihan peperangan’. Hobbes menerangkan subteks proses politik, “secara bersama kami semua melucutkan beberapa hak sendiri kita, seperti hak mematikan nyawa negara lain, untuk mencapai keamanan. Bahawasanya satu negara sanggup, dimana mereka yang lainnya juga, sepanjang mana keamanan dan pertahanan negaranya menghendaki, memberikan hak yang sama kepada lainnya dan berpuas hati dengan kebebasan yang diperoleh olehnya berlawanan dengan negara lain, dengan member kebenaran negara lain berlaku terhadap negaranya sendiri”. Pemindahan mutual hak-hak antara negara-negara ini adalah satu kontrak dan adalah asas kepada anggapan kewajipan moral, tugas dan kerajaan. Oleh sebab pentingkan diri sahajalah kita bersama dengan orang lain untuk secara bersamanya memindahkan hak-hak ini dan hak-hak kewajipan lain kerana hanya ini akan mewujudkan keadaan perang sesama negara (http://ms.wikipedia.org/wiki/Kerajaan_dunia). Menurut laporan-laporan dari agensi pemeriksaan PBB, United Nation Special Commission (UNSCOM), Iraq menghasilkan 600 tan matrik agen-agen kimia, termasuk gas mustard, VX dan sarin, dan hamper 25000 buah roket dan 15,000 buah meriam dengan agen-agen kimia, yang masih tidak dapat dikesan. Sebenarnya, pada 1995, Iraq memberitahu Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang ia telah menghasilkan sekurang-kurangnya 30,000 liter agen-agen biologi, termasuk antraks dan toksintoksin lain ia boleh dipakai pada peluru berpandu. Dalam bulan Januari 2003, pemeriksa senjata PBB melaporkan bahawa mereka tidak menemui tanda senjata nuklear yang begitu ketara dan aktif di Iraq. Beberapa UNSCOM dan bekas pemeriksapemeriksa tidak bersetuju tentang samada Amerika Syarikat boleh mengetahui dengan pasti atau mempunyai bukti yang Iraq bukan pengeluar senjata pemusnah besarbesaran yang baru. Jika Iraq mempunyai uranium atau plutonium, satu penilaian yang adil akan dilakukan dan Iraq berkeupayaan menghasilkan satu senjata nuklear. Bagaimanapun Hans Blix berkata pada lewat Januari 2003, Iraq mempunyai itu “bukan benar-benar diterima resolusi-resolusi PBB dan mendesak yang ia meletakkan senjata dakwaannya terdapat beberapa bahan yang tidak ada penjelasan. Dalam laporan sukuan lain, selepas perang jumlah keseluruhan barang-barang dirosakkan oleh United Nations Monitoring, Verification and Inspection Commission (UNMOVIC) di Iraq dapat dikumpulkan. Yang ternasuk 50 kedudukannya AL Samoud 2 butir peluru, pelbagai peralatan, termasuk kenderaan-kenderaan, enjin-enjin dan torpedo beberapa 122 mm torpedo kimia. Pada 7 Mac 2003, laporan terakhir Hans Blix untuk keselamatan PBB Council sebelum serangan ke atas Iraq yang diketuai oleh Amerika Syarikat, digambarkan Iraq sebagai cergas dan proaktif bekerjasama dengan UNMOVIC, walaupun tidak semestinya dalam semua bidang berkaitan dan pernah menjadi sering tidak bekerjasama pada masa lalu, kecuali ia adalah dalam lingkungan bulan resolusi utama tugas-tugas perlucutan senjata baki. Pada 17 Mac 2007, Peter Goldsmith, peguam negara UK, meluluskan undang-undang kerajaan yang sah untuk penceroohan Iraq. Dia berkata bahawa, resolusi majlis keselamatan diberi kuasa memaksa menentang Iraq, yang telah digantung kecuali tidak ditamatkan dan yang dikenakan kewajipan-kewajipan berterusan keatas Iraq untuk menghapuskan senjata pemusnah secara keseluruhan. Satu perjanjian yang dimaterai resolusi PBB akan membangkitkan semula kuasa untuk menggunakan kekerasan bawah resolusi yang sedia ada. Walaupun resolusi majlis keselamatan PBB telah memberi Iraq satu peluang terakhir untuk mematuhi “ia adalah sederhana yang Iraq telah gagal untuk mematuhinya”. Anggota kerajaan kebanyakan majlis keselamatan PBB membuat resolusi yang jelas
tetapi masih ada kebenaran untuk paksaan. Iraq, walaupun ditemui tiada senjata, tetapi mempunyai kebolehan dalam bidang ini. Amerika Syarikat menyatakan bahawa Saddam Hussein mempunyai 48 jam untuk meletakkan jawatan dan meninggalkan Iraq sebelum serangan dilancarkan. Sebagai tarikh akhir didekati, Amerika mengumumkan bahawa pegawai-pegawainya akan dihantar untuk mengesahkan perlucutan senjata dan satu peralihan untuk sebuah kerajaan baru di Iraq selepas serangan tersebut. Setelah berpuas hati bahawa rancangannya untuk mewujudkan peperangan berjalan lancar maka perang bermula pada 20 Mac 2003, apabila satu pasukan yang sebahagian besar orang Amerika dan orang British disokong pasukan yang kecil daripada Australia, Denmark dan Poland menyerang Iraq. Pencerobohan Amerika dan sekutunya telah membawa kepada kekalahan dan kemusnahan kepada kerajaan Saddam Hussein. Amerika yang menetuai gabungan untuk menduduki Iraq dan cuba untuk menubuhkan sebuak kerajaan demokratik yang baru, bagaimanapun ia gagal memulihkan setelah memasuki Iraq. Kegelisahan menyebabkan wujud sentimen membenci Amerika dan berlaku peperangan kecil dengan pemberontakkan orang Iraq, perang Saudara antara Sunni yang banyak dan rakyat Iraqshia dan operasi-operasi Al-Qaeda di Iraq. Hasilnya telah membawa kepada kegagalan untuk memulihkan pemerintahan Iraq, satu jumlah yang semakin besar negara-negara gabungan telah menarik balik askar-askar dari Iraq. Selepas penceobohan, bagaimanapun tiada bukti telah dijumpai senjata seumpama nuclear. Jelasnya disini Amerika telah menggunakan pengaruhnya kepada majlis keselamatan PBB untuk meluluskan pencerobohan terhadap Iraq. Pencerobohan terhadap Iraq bukanlah atas tujuan menghapuskan senjata pemusnah yang dimiliki Iraq dan menjatuhkan rejim Saddam Hussein tetapi untuk membolehkan Amerika bertapak di Timur Tengah. Kejatuhan Saddam Hussein bermakna kuasa Amerika di Timur tengah bertambah. Negara seperti Arab Saudi, Sudan da Syria telah pun pro kepada Amerika. Ketiadaan penentang di Timur Tengah seperti Iraq menyebabkan penguasaan ekonomi khususnya petroleum dapat di kuasai oleh Amerika walaupun tidak secara keseluruhan. Tetapi ia sudah cukup bagi Amerika untuk menjaga kepentingan negaranya. (Sity Daud dan Zarina Othman 2005:188)
KESIMPULAN Berdasarkan pencerobohan Amerika Syarikat ke atas kedua-dua negara tersebut, elemen seperti kuasa cukup penting kepada sesebuah negara. Memastikan bahawa kuasa itu berterusan dan bertambah, pelbagai cara perlu dilakukan. Pengekalan kuasa itu
juga akan mempengaruhi kepentingan negara, kedaulatan, survival negara, dan keselamatan negara. Kesemua perkara inilah yang menentukan dasar luar Amerika khususnya selepas peristiwa 11 September 2001. melihatkan pemikiran Realism baik secara teori mahupun praktikalnya, jelas menunjukkan dalam kedua-dua kes tersebut pemikiran ini begitu mendominasi cara tindakan Amerika Syarikat terhadap dasar luarnya. Walaupun begitu Iraq ketika berperang dengan Kuwait turut menggunakan pendekatan realisme. Jelaslah disini sesebuah negara itu mencorakkan dasar luarnya adalah melalui pemimpin yang mewakili negaranya dan bentuk ideologi yang menjadi pegangannya Oleh sebab itu globalisasi memainkan peranan yang penting pada masa kini. Setiap negara mempunyai peranan yang besar terutama dalam isu keselamatan dan keamanan negara. Setiap negara juga mengeluarkan belanjawan atau peruntukan yang besar dalam bidang ketenteraan dan sentiasa meningkatkan teknologi ketenteraan melalui penyeledikan dan pembangunan.
RUJUKAN Coulombis, T.A & Wolfe, J.H 1990. Introduction to International Relations: Power and . Justice. ( Fourh Edition). New Jersey: Prentice- Hall Inc Ghazali Mayudin ( pnyt.) 1999. Teori sains politik pilihan: Aplikasinya dalam konteks Malaysia. Bangi: jabatan Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia Goldstein, J.S 2004. International Relations. (Fifth Edition). Washington D.C: American University Pemikir: Dunia dalam anarki. 2006. (bil. 46). Bangi: Utusan Printcorp Sdn. Bhd. Sity Daud dan Zarina Othman (pnyt.). 2005. Politik dan Keselamatan. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.