Diari Seorang 'aku'

  • Uploaded by: firdfiy
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Diari Seorang 'aku' as PDF for free.

More details

  • Words: 1,813
  • Pages: 8
DIARI SEORANG LELAKI . . . Aku masuk kebilik bacaan ayah.Dah macam kedai buku.Macam-macam jenis buku ada.Buku tentang perkahwinan menurut prospektif Islam menarik minatku. Ku kundang buku tadi kekamar. Entah kenapa aku tersenyum bila mata memandang buku itu.Senyum kerana gelihati mendengar pertanyaan bonda padaku petang tadi. Haii..pelik tapi benar! Aku kenal benar bagaimana sifat bonda dan ayah. Tegas bila mendidik.Kami berempat beradik takut betul kalau ayah marah.Pasti ada yang tak lalu makan atau takut keluar bilik. Bonda seorang pendidik.Nyata sifat tegas tidak akan lari darinya.Bonda bila lihat anak muda yang couple2 ni sure dialah orang yang sangat menentang.Ayah pernah warning aku depan-depan kawan-kawan. Katanya : “kalau suatu hari ayah nampak kamu duduk berdua-duaan dan bercinta-cinta macam orang tu , ayah tak teragak-agak nak rotan kau depan orang ramai,” Pehh! Seram sejuk aku dengar amaran ayah.Kalaulah suatu hari aku ‘ter’ buat macam-mana?Takkan nak kena rotan depan orang ramai? Semalam aku dapat dua kad undangan.Satu ke majlis perkahwinan sahabatku akhir bukan ini dan satu lagi majlis berzanji sempena cukur jambul anaknya.Ah! Sebaya tapi jodoh mereka lebih cepat berbanding aku. Dan kerana kad itu tiba-tiba timbul soalan dari mulut bonda. Kata bonda: “Abang bila lagi?Ceritalah dengan bonda siapa pilihan abang.” Tersedak aku dengar soalan bonda. Aku ketawa. “Tak ada orang sudi bonda..” Bonda ketawa. “Sedihnya bunyi..kenapalah tak ada yang sudi?Nak kata tak handsome bolehlah tahan.Tapi, apa masalahnya?” “Abang malas nak fikir. Biarlah selesaikan satu-satu dulu bonda. Selesai ijazah lepastu barulah nak fikir pasal benda-benda ni,” Kata bonda : “Kenapa pula cakap macam tu?Tak salah berkawan. Lagipun kalau abang pandai bahagikan mana waktu belajar dengan waktu bercinta pasti tak ada masalah.”

“Abang muda sangatlah nak fikir pasal tu bonda,”jawabku. Kata ayah : “Abang, Rasulullahs.a.w dalam hadithnya menyarankan para belia kahwin awal.Jadi bagi ayah, muda tu bukan alasan tidak mahu berumahtangga.” “Kalau mampu boleh ayah tapi, abang belum bersedia nak ada komitmen.Perkahwinan ni bukan mudah.Mana nak belajar, nak jaga isteri,” “ Abang Fadil tu rileks aje.Dia pun pelajar juga tapi tak pernah kata susah pun sejak berumahtangga ni.Sejak ada baby lagilah bahagia nampaknya.Tengok ajelah badan dia sekarang,” “Fadil tu lain, abang ni lain.” “Apa yang lainnya?Abang pelajar dia pun pelajar.Sepatutnya abang kena tabik tau dengan abang Fadil. Sebab apa Fitrah cakap macam tu, sebabnya dia berani sahut amanah ALLAH.Tak macam abang,” Bonda dan ayah senyum.Aku menjeling Fitrah adikku. Nak kena cili ke mulut budak ni! Suka-suka hati dia aje cakap macam tu! “Cuba abang fikir siapa lagi pening kalau nak diikutkan.Abang Fadil yang dahada tanggungan dan masih ditahun akhir degree atau abang yang tengah buat degree kedua, dah ada kerja, dah ada pendapatan sendiri?” soalan macam peluru dari mulut Fitrah. “Kak Nur tu siapa dengan abang?”tiba-tiba Anis bertanya.Aku menoleh. Dah!Sorang lagi cari pasal! “Kawanlah!” “Elehh..yelah tu.”perli Anis. “Habis Anis ingat siapa pula?” “Manalah tahu kalau lebih dari kawan kan bonda?Lagipun bila Kak Nur ada bukan main lagi senyum abang.Meleret sampai ketelinga.Kalau Kak Nur tak ada,haii.. muka macam ikan buntal tertelan katak! ” seloroh Anis. Bonda,ayah dan Fitrah ketawa serentak. “Bonda doakan semoga abang dapat isteri solehah.Biarlah siapa pilihan abang bonda terima.Bonda harap biar jaga anak bonda ni macam-mana bonda besarkan dia.”bisik bonda.

Aku diam.Telan air liur.Tak tahu apa nak dikatakan lagi. Blur ada terharu pun ada. Kata nenek : “Jangan memilih sangat. Nanti jadi bujang tua,” Aku gelak.Jawapan sama aku berikan pada nenek.Belum bersedia. Aku nak selesaikan kuliah aku dahulu. Kata nenek: “Apa salahnya cari sekarang? Lagipun nanti-nanti nak cari juga.” Aku garu kepala sambil memandang datuk yang tersenyum-senyum memandangku. Ah! Lima pasang mata yang memandangku juga turut tersenyum-senyum.Macam wanted pula rasanya! ♥♥♥ Aku tersenyum kembali bila mengingatkan kes malam tadi.Perlahan – lahan buku yang di ambil tadi ku selak. Menurut Quran.. pernikahan itu adalah suatu "perjanjian yang kuat" (Surah an-Nisa 4:21) ini kerana institusi perkahwinan itu banyak mengajar kitatentang asas perasaan kasih sayang dan kebaikan hati. Firman Allah dalam Surah an-Nisa 4:19: "Hai orang-orang yang beriman … bergaullah kamu (para suami) dengan mereka (para isteri kamu) dengan cara yang baik". Dalam pernikahan, kita haruslah menjaga kesejahteraan rumahtangga. Ia boleh dipelihara dengan adanya sikap saling hormat-menghormati, berlaku adil, bertolak-ansur dan berbelas kasihan antara kedua-dua pasangan perkahwinan itu. Surah al-Baqarah 2:187, "mereka (isterimu) itu adalah sebagai pakaian bagi kamu dan kamu pula pakaian bagi mereka." Nyata sekali lelaki dan wanita saling memerlukan terutama sesiapa yang sudah memegang amanah ALLAH ini. Lihatlah dari surat al-Baqarah tadi. Jelas,terang lagi bersuluh. Rasulullah s.a.w. bersabda (riwayatkan Ibn Majah, Abu Daud dan Ahmad) "Takutlah kamu kepada Allah dalam menghadapi wanita, kerana kamu menerima isteri berdasarkan amanah Allah".

Pasangan yang berkahwin bukan sahaja pemegang amanah Allah malah turut memegang amanah keluarga yang telah merestui perkahwinan mereka serta amanah pasangannya yang telah memilihnya sebagai teman hidup. Firman Allah : “Dialah yang menciptakan kamu daripada diri yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isteri agar kamu merasa senang kepadanya.” Perkahwinan adalah syariat dan Sunnah RAsulullah SAW. Hadis yang At-Tabrani dan Al-Baihaqi, Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa yang mampu untuk berkahwin tetapi tidak berkahwin maka bukanlah dia dari golonganku”. Firman Allah dalam surah Ar-Rum:30 “Fitrah Tuhan yang telah diciptakan manusia ke atasnya, tiada pertukaran lagi bagi ciptaan tuhan itu. Itulah agama yang lurus, akan tetapi kebanyakan manusia tiada mengetahui.” Firman Allah SWT (surah An-Nisa ayat 34 ) bermaksud “Kaum lelaki adalah pemimpin kepada kaum wanita.” Aku menghela nafas... buku tadi ku letakkan diatas meja.Muka ku usap beberapakali.Beratnya tanggungjawabku nanti Ya ALLAH! Mampukan aku menanggungnya? Bagaimana kalau aku alpha? Ya Rabbi, sesungguhnya jauh disuatu sudut hati ini juga mengimpikan seseorang untuk kusunting menjadi permaisuri hati tapi Rabb aku belum yakin dengan kemampuan diri.Bagaimana harus ku kuatkan semangatku Ya Rabb? Mata memandang jam.Lewat 11.00 malam.Entah kenapa aku terasa letih.Mata sudah mengantuk benar rasanya.Usai Isyak aku membuka Kalamullah.

“Alif Laam Miim. Itulah al-Kitab (al-Quran), tiada keraguan di dalamnya, menjadi petunjuk bagi orang-orang yang bertaqwa” [AlBaqarah 2: 1-2] Aku terdiam sebentar sesudah surah tadi ku habisi. Perlahan-lahan ku tutup lalu diletakkan diatas rehal diatas meja. “Tak elok termenung lama-lama,”Aku menoleh. Datuk sudah duduk disisiku. “Apa yang kamu fikir bila bonda dan ayah kamu tanya pasal kahwin tadi?”tanya datuk. Aku diam.Tertunduk.Bila bonda dan ayah tanya pasal kahwin tadi ada seseorang yang melintasi fikiranku tanpa aku memikirkannya.Tapi… “Ishtiqarah… Mohonlah pada DIA Tuhan Sekalian Alam.Pintalah jawapan dari dia. Janji ALLAH itu pasti.Barangsiapa yang meminta padanya dengan hati yang ikhlas pasti DIA tidak akan menghampakan.” Aku terdiam.Mata menghantar datuk yang hilang dibalik pintu.Aku bangkit menanggalkan kopiah.Mata mengerling kearah jam.Sudah pukul 1.00 pagi. Aku mahu memperbaharui wuduk.Mahu Ishtiqarah.Sejak seminggu lalu aku sudah mula Ishtiqarah.Moga-moga sahaja malam ini ALLAH mengabulkan permintaanku. RABBI,RABBI,RABBI… Ya RAHMAN,Ya RAHIM, Ya RABBUL’IZZATI… Hanya pada Kau Tuhan yang satu untukku bermohon, Bersihkanlah hati dan jasad ini dari sebarang noda dan dosa. Jauhkanlah aku dari godaan syaitan yang menyesatkan dan juga jauhkanlah aku dari maksiat dan kecelakaan.

Ya ILLAHI…aku mohon.Berikanlah petunjuk bagiku untuk memilih teman sebagai pendamping hidupku.Bagaimanapun dia aku terima kalau itu jodohku.Amin! Ya Rabbal’alamin! ♥♥♥ “Subhanallah!”berkali-kali aku mengusap muka.Dadaku turun naik. Mimpi apakah tadi Ya ALLAH? Mata melirik kearah jam.10minit lagi jam 4.00pagi. Aku bangkit menuju ke bilik air membersihkan tubuh.Quran ku kucup sebelum ayatnya ku baca dengan penuh hati-hati. ♥♥♥ “Ada yang nak kamu tanya apa-apa pada Atok?”tanya datuk bila aku mengajaknya ke taman dilaman rumah. “Tok, dah dua malam ni abang mimpi benda yang sama.Apa maknanya?” “Mimpi apa?” “Abang mimpi ada dua benda dihadapan mata.Satu matahari dan satu lagi sekuntum bunga yang kembang dan wangi baunya.Cahaya matahari tu terang hingga menyilaukan mata dan bunga tapi sentiasa dalam tapak tangan abang.Apa maksudnya tok?” “Masyaallah! Doa kamu didengari ALLAH cu!”bahuku tepuk berkalikali. Keningku berkerut. Belum dapat menangkap apa maksud kata-kata datuk.Datuk tersenyum. “Matahari itu bercahaya.Cahaya dalam bahasa arab dipanggil Nur. Pernah kamu terfikir nama teman kakakmu Wardah kan? Bukankah maksud Wardah itu maksudnya bunga?” Aku terdiam.Tangan mengusap muka berkali-kali sambil mulut tidak henti dengan kalimah ALLAH berulangkali.ALHAMDULILLAH… Nur Wardah.Itulah jawapan untuk Ishtiqarahku.Airmata hampir jatuh. Ah!Emo betul time tu!Tiba-tiba aku teringatkan sepotong ayat didalam Al-Quran…

ُ ‫فَاستجاب لَهم ربُهم أَنِي ل أ‬ َ ‫ل‬ ‫م‬ ‫ا‬ ‫ع‬ ‫ل‬ ‫م‬ ‫ع‬ ‫ع‬ ‫ضي‬ َ َ َ ُ ِ ْ ُِ َ ْ ُ َ َ َ ْ ٍ َِ ُ ‫منك ُم من ذ َكَر أَو أ‬ ِ ُ َ َ ‫ن‬ ‫ي‬ ‫ذ‬ ‫ال‬ ‫ف‬ ‫ض‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ن‬ ‫م‬ ‫م‬ ‫ضك‬ ‫ع‬ ‫ب‬ ‫ى‬ ‫ث‬ ‫ن‬ ْ ْ ٍ َ ِ ْ ِ ْ ْ ِ ٍ ْ َ ْ ُِ ْ ُ ْ َ ُ ‫سبِيلِي‬ ْ ‫جُروا َوأ‬ ِ ‫جوا‬ ُ ِ‫خر‬ َ ‫هَا‬ َ ‫م وَأوذ ُوا فِي‬ ْ ِ‫ن دِيَارِه‬ ْ ‫م‬ َِ ‫فَر‬ ‫م‬ ِ َ ‫َوقَاتَلُوا َوقُتِلُوا لك‬ ِ ْ ‫م وَلد‬ َ ‫م‬ ْ َ ُ‫خلَنَِه‬ ْ ‫سيِئَات ِ ِه‬ ْ ُ‫ن عَنْه‬ ِ ‫ن‬ ِ‫عنْدِ الل ِه‬ ِ ‫حتِهَا النْهَاُر ثَوَابًا‬ ِ ‫جرِي‬ ٍ ‫جنَِا‬ ْ َ‫ن ت‬ ْ َ‫ت ت‬ َ ْ ‫م‬ ْ َ‫م‬ َ ‫ب‬ ِ ‫ه‬ ُ ُ ‫عنْدَه‬ ْ ‫ح‬ ُ ِ ‫وَالل‬ ِ ‫ن الث ِوَا‬ ُ ‫س‬

“Maka Tuhan perkenan doa mereka (dengan firmanNya): Sesungguhnya Aku tidak akan sia-siakan amal orang-orang yang beramal dari kalangan kamu, sama ada lelaki atau perempuan.” (ali-Imran:195) ♥♥♥ “Assalamualaikum!” Suara Kak Izah kakak iparku. “Izah,Riduan…baru sampai?Pukul berapa bertolak dari KL?” tanya datuk sambil menghulur salam kepada mereka. “Kami bertolak subuh tadi.Tok sihat?Yang lain-lain mana?”soal abangku Riduan Hafiz. “Sihat Alhamdulillah..ada didalam sana.Masak agaknya.” “Eh!Tak payah tolong.Akak boleh angkat.Tu…sana tu yang patut ditolong,”Muncung Kak Izah panjang ke arah gadis yang terkial-kial menurunkan beg plastik yang sarat berisi barang keperluan dari boot kereta. “Nur Wardah?”mulutku menyebut namanya.Dia menoleh.Bibir nipisnya tersenyum manis. “Firdaus Hafiy… haram pandang lama-lama!” tegur ayah. Anis,Fitrah, bonda,nenek, datuk,Kak Izah dan abang Wan ketawa serentak.Aduh! malu sungguh! Nur Wardah berkerut kening memandang kami sekeluarga.Mungkin dia pun blur apa pasallah semua orang senyum-senyum pandang dia. Macam aku malam tadilah! “Ooo..abang, dalam diam yeh!”perli Anis.Aku memandang datuk. Ah! Datuk nih! Bocor rahsia betul! Malunya…

Wardah.. sudikah kau menjadi suriku? Ah! Ayat klise. Wardah.. saya dah lama sukakan awak.Huh! macam tak kena pula. Haii..Macam-mana ni… apa ayat yang nak aku katakan pada dia? Takkan nak street to the point? Malulah aku kalau dia tak berkenan dekat aku.. “Kak Nur, minggu depan kami sekeluarga nak datang rumah Kakak. Abang nak masuk meminang!”jantungku seperti disambar petir. Mata tajam memandang muka Fitrah. Sabarlah dulu agaknya!Biarlah aku yang cakap sendiri! “Abang kata dah lama dia suka kakak tapi dia malu nak bagitahu.” Muka Nur Wardah sudah merah jambu.Macam pakai blusher merahnya. “Fitrah!”tegurku.Nurul Fitrah tersengeh.Selamba dia aje nak cakap macam tu. Mata dalam diam sempat menjeling si dia.Gadis kacukan Melayu-Aceh itu tidak pernah berbual secara formal denganku bahkan mendengar suaranya juga jarang sekali.Tuturnya lembut sehingga kadangkala tidak kedengaran ditelinga. Dia adik angkat Kak Izah.Memandangkan Nur Wardah ketika itu baharu sahaja pindah dari Aceh ke Malaysia dan belum punya teman jadi selalu juga dia mengikut Kak Izah balik kemari. Tapi apa yang aku tahu,hati ini hanya ada satu ruang untuk gadis itu dan belum terbuka untuk orang lain. Satukanlah kami dibawah naungan RahmatMu Ya ALLAH…hanya Kau yang memungkinkan sesuatu doa itu nyata dan pasti.

Related Documents

Diari Seorang 'aku'
December 2019 33
Aku Adalah Seorang Wanita
October 2019 42
Kisah Seorang Aku
June 2020 24
Diari
December 2019 45
Diari
April 2020 36

More Documents from ""

Diari Seorang 'aku'
December 2019 33
Jalan Cinta
December 2019 23
Doa Seorang Insan
December 2019 35