CERPEN BLOG.. “Masih terngiang-ngiang ditelingaku syarahan seorang ustaz saat aku menghadiri kuliah maghrib di musolah. Katanya setiap manusia yang lahir kedunia sudah tertulis dengan 4 perkara iaitu soal bahagia atau celaka hidupnya, soal jodoh, soal rezeki dan soal ajal mautnya.”
9.00pagi Ajal dan maut? Mungkinkah sudah sampai waktunya untuk aku menunaikan janjiku yang terakhir itu? Ya Rabbi... aku masih mahu hidup.Aku masih mahu menghirup udara nyamanmu, aku masih mahu melihat kebesaranMu.Tapi... mungkinkah doaku termakbul dengan keadaanku begini? Sudah 2 minggu aku terlantar koma.Tubuhku sudah tidak boleh bergerak bergerak.Kudratku sudah lama hilang. Hanya detak jantung yang masih bernadi walaupun tidak secergas dahulu.Aku sudah tidak mampu mengurus jasadku sendiri hanya menagih simpani insan-insan yang amat menyayangiku selama ini.Ya Rabb... sampai bila harus aku begini? Tidak ada lagikah peluang untukku berdiri memandang langit seperti dahulu? Ketika ini aku juga tidak tahu malam atau siangkah waktu. Tubuhku sudah lama tidak dijamahi mentari pagi.Malamku juga sudah tidak seenak tidur yang sebelumnya.Setiap hari aku keresahan.Seakan-akan membilang detik bilakah Malaikat Izrael datang menjemputku. Monologku terhenti saat aku terasa ada tangan hangat menyentuh tubuhku. Mak... Dahi dan pipiku dicium bertalu-talu. “Bangunlah sayang, jangan buat mak terus risau nak.” Bisik mak ditelingaku. Hatiku pedih.Mak... Hadi minta ampun.Demi ALLAH ,tak pernah terlintas sedetikpun dihatiku untuk membuatkan dirimu risau.Jauh sekali mahu menyusahkanmu seperti sekarang.Hanya satu yang anakandamu mohon agar mak jangan pernah lupa mendoakan anakandamu ini agar kembali sihat seperti dahulu. Tubuhku dilap perlahan-lahan dengan tuala lembap.Penuh berhati-hati mak melakukan tugas rutinnya sejak dua minggu lalu.Tanpa mak sedar mata hati anakmu ini memerhati dengan rasa sayu.Mata mak bengkak.Mungkin kerana tidak cukup tidur mengurusku atau dan mungkin juga keranamak tidak henti-henti menangis melihat keadaanku yang dilingkari wayar-wayar halus. Sudahlah mak... pergilah rehat Hadi tak apa-apa, bisikku.Andai saja tanganku masih punya kekuatan aku mahu menegah tangan mak bekerja.Tapi apakah daya, DIA berkehendakkan aku begini.
1.05 TENGAH HARI
Laungan Solat Zuhur memanggil lagi. Subhanallah... terlalu cepat waktu berlalu.Mak sudah ke surau menunaikan solat.Tinggal aku bersendirian. Subuh tadi dadaku berdebar kencang tatkala berita kematian sahabat di wad sebelah. Ya ALLAH... aku takut! Amalanku sedikit , ibadahku masih cetek.
Tapi Alhamdulillah... ibadah wajib tidak pernah aku tinggal.Itu satu-satunya wasiat abah.Jaga Solat, jaga Iman dan jaga akhlak. Tapi, itu belum apa-apa... entahkan diterima atau tidak.
LEWAT 5.00 PTG...
Tempat mak digantikan pula dengan abangku Taufiq. Setiap hari memang beginilah jadualnya. Nanti malam pula tugas menemaniku digilir Faris adikku. Berkali-kali aku melihat abangku Taufiq mengusap mukanya sebelum terlena di sofa bilik wad.Aku kasihan melihatnya.Aku tahu dia letih.Kerja dipejabat baru sahaja selesai kini dibebani pula dengan tugas menjagaku.Along... Hadi minta maaf.Sungguh Rabbi, hatiku rasa berdosa membebani dia. Aku tersentak dari lena tatkala suara azan Maghrib kedengaran nyaring dari telefon bimbing abang. Ya ALLAH... sudah berkali-kali suruhanMu ku tinggal. Sudah terlalu lama dahiku tidak menyentuh sejadah.Sudah terlalu lama tubuh hina ini tidak dibasahi wuduk.Sudah jauh aku ketinggalan dalam majlis usrah UstazGhazali di masjid setiap Subuh dan Maghrib.Ya Tuhan.. Masihkah ada ampun buatku?Tubuh ini sudah tidak mampu lagi berdiri tegak mengangkat takbir.Mata ini sudah keletihan kerana terlalu panjang lenanya hingga membuatkan aku lemah dalam kegelapan. “Abang solat dulu ya.”bisik along sambil telapak tangannya mengusap-ngusap rambutku. Aku tersenyum dalam hati. Pergilah Long...doakan aku supaya kembali sihat.Aku lama teringin mahu menjadi makmum solatmu.
8.00 MALAM
Sekali lagi ubun-ubun kepalaku dikucup seseorang.Hatiku senyum bila pemilik wajah nakal itu tersenyum lebar memandangku. “Abang, tidur lama-lama ni tak letih ke? Bangunlah...boleh kita main tenis sama-sama lagi,”dia mula berceloteh sambil jarinya terus memicit-micit betis kakiku. “Bang, tadi Ris dapat surat tawaran IPTA. Insya-Allah awal bulan depan pendaftaran masuk. Mak kata tadi kalau abang sembuh mak nak buat kenduri besar-besaran. Satu untuk doa selamat Ris dapat sambung belajar dan satu lagi doa selamat abang sihat balik,”bebelnya.Aku tersenyum. Alhamdulillah,solat Hajat dan segala doamu disempurnakan DIA. Abang doakan kejayaan milikmu adikku. Semoga cita-citamu menjadi doktor tercapai.Mulai sekarang kau seharusnya sudah mula bersedia menempuh zaman kuliahmu nanti.Ketika itu nanti lebih hebat dugaannya.Abangmu ini tak payahlah kau berikan harapan.. walaupun aku tidak mungkin menghantarmu ke menara gading tapi percayalah adikku doaku sentiasa mengiringi setiap perjalanan hidupmu.
8.30MALAM
“Hadi...”namaku dipanggil. “Hadi kami datang,”bisik salah seorang dari dua orang tetamu. Aku tersenyum dalam diam. Ismail dan Walid sahabatku datang. Senyuman yang tadi menguntum lebar di dalam hati akhirnya bertukar tangisan sayu. Tubuhku bergilir-gilir dipeluk erat.Pipiku dicium dan tangannya digenggam kemas.
“Aku minta maaf lambat datang.Aku baru balik dari Singapore.Mail pulak kau tahukan dia bertugas di Sarawak.Kenapa kau tak cakap dengan kami yang kau sakit Di?”Walid berceloteh disebelah kiriku. Suaranya bergetar. Mail disisi kanan hanya diam sambil matanya merenung wayar yang berselirat diseluruh tubuhku.Matanya merah menahan tangis. Kenapa Mail? Jangan kau sedih kerana keadaanku begini. Kau ingat tidak kata ustaz, sakit itu ujian kecil dari ALLAH bagi menguji kesabaran ummatnya.Kalau Tuhan uji itu tandanya dia kasih. Sudahlah... aku redha. Janganlah kamu sedih. Tanpa diundang memori lama kembali tergambar difikiran.Sudah lama kita bersahabat.Dari sejak sekolah rendah hinggalah masing-masing berkerjaya persahabatan kita masih kukuh terjalin. Ingatkah kalian kisah ketika kita meningkat remaja dahulu, dusun Tok Da sasaran kerja dajal kita. Asal jatuh saja buah durian Tok Da pasti kitalah orang pertama yang merasmikannya.Dapat sebiji dua bawa lari ke pondok tepi sawah.Makan sampai puas.Bila badan panas terjun dalam parit sawah mandi sampai tak ingat dunia.Bila arwah abah aku tahu, habis punggung kita kena sebat. Ahh! aku mahu ketawa mengingatkan saat itu.Tapi itu semua hampir 10 tahun dahulu. Mustahil kisah lama menjadi realiti.Untuk membuka mata saja aku tidak mampu inikah pula mahu berlari selincah dahulu. Aku kini hanya insan kerdil yang hanya menunggu saat dan masa dipanggil pulang..
9.30 MALAM
Aku terasa damai bila jari halus dan runcing seseorang menyentuh jari-jemariku. Wajah mulusnya yang tenang tadi bertukar mendung.Setitis demi setitis airmatanya gugur lalu mengenai jari-jariku.Zuhairah... dadaku sempit menyebut namamu.Masih sudi kau datang sedangkan hatimu kulukai. Aku tahu pasti Along atau Faris yang beritahu kau tentang aku kan? Ah! Sudah berkali-kali aku melarang tapi mereka tetap juga degil! Airmatanya semakin laju jatuh bila Dr.Jamil berterus-terang tentang sakitku. Tolonglah Zuhairah...Janganlah kau terus menangis.Hatiku yang sakit semakin hancur melihat kau teresak-esak begitu. Sesungguhnya Zuhairah, bukan niatku memutuskan tali pertunangan kita sebulan lepas. Lihatkan keadaanku ini.Semuanya mengharapkan ehsan.Aku tidak mahu kau menderita hanya kerana aku.Kau masih muda.Kudratmu bukan untuk dipersiakan.Carilah seseorang yang lebih baik sebagai penggantiku. “Kenapa Hadi tak bagitahu Ira...”suara halusnya berbisik ditelingaku. Hai kekasihku... haruskah kau mengetahui yang aku sudah tidak ada harapan untuk hidup? Andai sahaja kau tahu Zuhairah, kau wanita pertama yang membuatkan hatiku terbuka menerima cinta. Setiap malam Ishtiqarah tidak pernah ku tinggalkan hinggakan satu saat aku menerima jawapan. Tapi sayang jodoh bukan buat kita.Aku lebih dahulu ditugaskan pulang... redhakan aku Zuhairah.Aku mohon doamu.
LEWAT JAM 12.00 TENGAH MALAM
Ya ALLAH..Ya ALLAH..Ya ALLAH...hanya itu yang mampu ku sebut.Dadaku semakin sakit.Nafasku semakin sempit.Jantungku semakin lemah dan aku sudah tidak mampu bertahan.Ustaz Ghazali tok guru agamaku duduk di hujung kaki.Sejak tadi bacaan Yassin memenuhi ruang bilik. Dalam mata hati yang semakin samar-samar aku melihat mak berkali-kali mengesat airmata. Tangannya menggigil-gigil memegang surah Yassin dengan suara yang tidak jelas hanya sendunya saja lebih nyata kedengaran berlagu. Along,Faris,Mail dan Walid ada duduk disisi kiri dengan wajah sedih. Zuhairah... dimana dia? Mata hatiku yang letih menangkap susuk tubuh yang berdiri menghadap tingkap.Dia menangis lagi. Kekasihku Zuhairah... sudahlah sayang.Aku tidak kuat melihat keadaanmu begitu.
2.00 PAGI
Doktor dan nurse sibuk keluar masuk.Dari sekecil-kecil alat hinggalah ke sebesarbesar alat perubatan sudah digunakan namun tidak dapat membantu. Flat line menunjukkan nada yang sudah tidak sekata.Semakin lemah dan semakin sampai ke penghujungnya. “Redhakan dia makcik.”kata Dr.Jamil pada mak. Ampunkan Hadi mak, ampunkan Hadi....pintaku.Sakit tidak dapat digambar dengan kata-kata.Aku sudah tidak mampu menahan peritnya rasa.Dadaku yang terasa berombak-ombak diurut mak perlahan-lahan. “ALLAH...”berkali- kali kalimah itu dibisikkan ketelinga. “Muhamad Hadi, mak halalkan susu yang mak berikan padamu dulu.Mak ampun segala dosa-dosa Hadi. Mak redha Hadi bertemu DIA.Pergilah sayang....”mak membisikkannya ketelingaku. Terasa sejuk seluruh anggota.Terasa seakan-akan tubuh sedang bermandikan air terjun dari tanah pergunungan. Mak...aku bangga pernah dikandungmu 9bulan 10 hari dalam rahimmu.Mak... aku bersyukur kau wanita terindah yang pernah aku miliki seumur hidup.Tidak pernah berkarat jauh sekali menyakiti. Ajaranmu sentiasa lembut dan sentuhanmu bila memulihkan hatiku yang sudah hampir hancur ini.Saat mak memeluk erat tubuhku, aku menangis dan meraung.Aku mahu membalasnya tadi aku tidak mampu. Bisikkanlah Ya ALLAH...katakan pada mak yang aku terlalu cinta padanya. 3.30 PAGI Denyut jantungku jatuh pada paras bawah normal.Tidak ada lagi udara Subuh untuk ku hirup pagi ini. Ya RABBI.. padaMu aku tinggalkan mereka yang aku sayangi.KAU peliharankanlah mereka KAU rahmatilah mereka. Buat Abang Taufiq dan adikku Faris, kalian saudaraku dunia akhirat.Tolonglah sempurnakan aku sebaiknya. Mail, Walid.. persahabatan umpama buku buruk, walaupun sudah lama tapi tetap berguna. Walaupun aku jauh,tapi jangan kalian lupakan aku.Buat Zuhairah kekasihku... terima kasih kerana menyayangiku.Ziarahilah pusaraku kalau kau ada kelapangan nanti. Buat Bonda... iringilah pemergian anakandamu ini dengar rimbunan doa cintamu.Sesungguhnya bonda, hanya doamu aku harapkan kerana doamu bisa
membuatkan aku tenang di alam sana. Bonda, anakandamu ini mohon ampun.Keampunan yang sudah tidak bisa lagi diungkap dengan kata-kata....