Tinta Cinta Buat Siti Hajar Aisya

  • Uploaded by: firdfiy
  • 0
  • 0
  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tinta Cinta Buat Siti Hajar Aisya as PDF for free.

More details

  • Words: 950
  • Pages: 5
Tinta Cinta Buat Siti Hajar Aisya... ♥♥♥♥♥♥♥♥ Aku menjeling dia yang tidur disisiku. Tubuhnya sengaja dipalingkan ke sebelah kiri. Nampak rajuk belum reda. Maafkan abang ... buat sengaja abang lupa tentang janji kita malam ini. Kerja dipejabat terlalu banyak .Setiap hari pasti ada sahaja yang memeningkan kepala. Tadi kata-katamu tanpa kau sedar menyentuh hati ini.Kenapa sanggup kau bertanya tentang cintaku padamu? Katamu, aku sudah tak sayang padamu lagi.Dengan anak-anak juga sudah jauh.Asyik-asyik kisah pejabat.Asyik-asyik client ini client itu.Asyik-asyik meeting,outstation,paperwork... Isteriku.. moga sahaja kau tahu aku kerja keras selama ini hanya untuk kebahagian kau,Najlaa dan Naim.Aku tidak mahu anakanak kita merasai kembali keperitan hidup yang pernah abang lalui dulu. Cukuplah hanya abang yang sakit melalui kemiskinan hidup.Abang tidak mahu mewariskan kesusahan pada mereka. Perlahan-lahan aku bangkit menuju ke meja kecil ditepi sofa bilik .Pen dan kertas dikeluarkan.Dan kemudian tanganku mula mencoretkan sesuatu yang lahir dari hati untuk kau tahu. Isteriku..masih ingatkan kau pada kisah 15 tahun dahulu? Ketika itu kau sendiri menyaksikan bagaimana sukarnya hidupku.Beg sekolahku hanya kantung guni beras yang dijahit ibu.Aku paling tidak suka bila lantai sekolah basah kerana hujan.Kerana apa?Kerana aku pergi berjalan berhati-hati supaya tidak jatuh kerana tapak kasutku sudah lama haus.

Cikgu selalu marah padaku.Mana tidaknya, hampir semua bukubuku sekolah pasti kotor terkena minyak sambal nasi lemak ibu.Bukan aku sengaja mengotorkan buku.Tapi kau sendiri tahukan setiap pagi sebelum kesekolah aku harus menjual nasi lemak dan kerana itulah bukunya juga turut terpalit dek sambal tumis ibu. Isteriku.. Kaulah bidadari kecil yang sentiasa menemaniku ketika aku berkerja di jeti.Setiap pagi sabtu dan ahad disinilah aku mencari rezeki.Menyental daki bot para nelayan yang pulang dari laut.Kadangkala kau turut sama membantuku menyental daki bot dan kadangkala kau lebih senang berlari-lari anak mengejar buihbuih ombak ditepi pantai.Hasilnya bolehlah buat beli makanan kami sekeluarga.Bapaku sudah lama pergi hanya ada aku yang harus memikul tanggungjawab.Tapi aku tidak pernah rasa terbeban bagiku itulah harga yang perlu ku bayar untuk oleh seorang abang dan ketua keluarga. Kau tahu, Bila malam kami belajar bersama dibawah pelita bersumbu kecil.Empat kepala mengelilingi pelita. Kadangkala bergaduh dan kadangkala berbau hangit kerana rambut dimakan pelita.Tapi isteriku, itulah kenangan paling indah dalam hidup.Tidak semua orang dapat merasai memori sebegitu. Dulu, Abahmu marah bila dapat tahu yang kita berkawan.Pernah aku dipanggil bertemunya.Kata abah, “aku tak mahu anakku kahwin dengan orang bodoh dan miskin.Kalau kau nakkan anak aku jadilah manusia yang berguna dan berpelajaran.” Aku hanya diam.Dalam masa yang sama aku sahut kata-kata abah sebagai sebahagian daripada pembakar semangat untukku terus berusaha merubah kehidupan.Aku tidak mahu mewarisi kemiskinan keluarga.Aku mahu keluar dari kepompong kesusahan.

Alhamdulillah... berkat doa ibu juga adik-adik akhirnya aku berjaya bergelar siswa.Kerja yang bagus juga ditawarkan.Ibu dan adik-adik sudah tidur ditilam tebal dan bukannya diatas tikar mengkuang yang menyakitkan belakang badan. Malam kami lena dibaluti selimut tebal.Perut tidak lagi berkeroncong minta diisi.Rumah juga sudah dilengkapi elektrik dan tiada lagi baldi pengangkut air dari sungai. Saat itu tanpa ragu ku suruh ibu bertanyakan kau.Merisik,bertunang ,dihijab-kabulkan dan akhirnya punya dua orang cahaya mata. Lihatlah apa yang kau miliki hari ini... semuanya untuk mu.Tidak ada yang aku usahakan untuk sia-sia. Semua demi kamu,anakanak dan adik-adikku selepas ibu pergi.Mungkin salah abang kerana tidak peka dengan waktu. Tapi, ketahuilah olehmu isteriku, sesungguhnya aku manusia yang tidak sempurna.Kaulah yang melengkapi segala kekuranganku.Jadi..kau tegurlah aku bila aku lakukan kesalahan.Aku mohon.. jangan sesekali kau ragui cintaku padamu.Hanya ALLAH sahaja yang tahu apa yang tersirat dihati ini walaupun tidak kuluahkan padamu.Aku harap kau mengerti, tidak semua perkara kita boleh lafazkan dengan katakata.Usahaku untuk memberi kesenangan keluarga juga tanda kasih dan sayangku pada kalian. Isteriku.. andai kau tahu. Memilikimu,Najlaa’ dan Naim adalah sejarah terindah dalam hidupku.Sampai matipun tak mungkin aku lupakan keindahan rasa sebahagia ini. Kertas tadi kulipat cermat lalu ku letakkan diatas meja solekmu. Diatas kertas tertulis “TINTA CINTA BUAT SITI HAJAR AISYA” bacalah kekasihku.Aku mahu kau tahu apa yang ada didasar hatiku ini.

Bauan perapi rambut membuatkan bibirku tersenyum.Perlahanlahan rambutmu ku elus.Sepanjang kita berkenalan dahulu tidak pernah seurat rambutpun kau perlihatkan padaku hingga saat malam kita diijab-kabulkan. Sengaja aku merapatkan tubuhku denganmu.Hangat dan mendamaikan hingga buat aku terlena tanpa mimpi. Usai solat subuh aku lihat kau sudah turun ke dapur.Aku menjenguk anak-anak dibilik sebelah. Najlaa’ dan Naim masih lenaPerlahan-lahan kukucup dahi mereka. Hari ini sabtu Najlaa’ tidak ke tadika dan Naim baru berusia 2 tahun. Ah!Masih marahkan kau padaku?Kenapa tak tegur aku langsung? Aku duduk menghadap balkoni. Sehelai demi sehelai buku tulisan Campbell R McConnell berjudul Economic Issues ku selak. Namun tidak lama tumpuanku.Bosan! aku bangkit berdiri di belakang sliding door menghadap balkoni memandang suasana pagi tatkala matahari baru naik.Hawa masih dingin dan kadangkala nafsu tidur datang mengajak mata supaya dilelapkan kembali. Seketika badan terasa ada sesuatu yang hangat melekat dibelakang badan.Aku menoleh namun kau tidak membenarkan aku berpusing. “Ummie dah baca.”bisiknya. “Jadi?” “Ummie minta maaf ya..Ummie terlalu ikutkan perasaan malam tadi,” Aku senyum.Aku suka mendengar bila dia membahasakan dirinya Ummie denganku.Nada suaranya lembut hinggakan kadangkala tidak kedengar ditelinga juga membuatkan hatiku tenang dan damai. Dahinya kukucup. Sayang ku padanya bukan hanya katakata malah segalanya yang ada padaku juga miliknya kecuali nyawa dan nafas hanya haq RABBI.

“Abang maafkan Ummie tak?”Dikelopak matanya ada air jernih yang tunggu waktu mahu gugur. “Abang yang salah pada sayang.Abang yang tak pandai jaga hati sayang.Sepatutnya abang yang minta maaf...”luahku. Dia tersenyum. “Do know what darling, I love you so much !!”dia membisikkan kata-kata itu ditelingaku.Aku tersenyum. “Walid pun sayang Ummie!I love you so much too..!”dia ketawa kecil.Lantas tanganku dicium penuh hormat.Aku terasa bahagia.Ya ALLAH...Rahmatilah pernikahan kami.Jauhkan bala dan musibah pada kami dan lindungilah iman kami supaya terus subur menyintaimu. “Apa agaknya kata anak murid Ummie kalau dia ternampak ustazah dia romantik macam ni?” Dia menjeling.Seketika pinggangku sakit dicubitnya. Terima Kasih Siti Hajar Aisya...Terima Kasih kerana sudi menjadi permaisuri dalam hidup hamba ini..

Related Documents

Buat Siti
May 2020 30
Ibnu Hajar
April 2020 12
Siti
June 2020 27
Hajar Sa.docx
November 2019 21

More Documents from ""

Diari Seorang 'aku'
December 2019 33
Jalan Cinta
December 2019 23
Doa Seorang Insan
December 2019 35