Jalan cinta
...
By : ‘aku’ yang mencari CINTA...
S
aat tunggu waktu solat asar aku duduk sendirian diruang tamu rumah datukanda.Diluar sana air masih menitik dari hujung atap bumbung rumah.Hujan lebat dari tengahari jumaat ini membuat tanah kering kembali basah.Ah!kedengaran ada yang mengeluh.Kenapa?Hari hujan... habislah pakaian tak kering. Macam-mana nak keluar, dan macam-macam lagilah! Haii... marah pada siapalah agaknya? Bukankah hujan itu Rahmat ALLAH? Dalam sendirian aku tersenyum seketika bila mengingatkan telatah seorang sahabat yang tak sabar-sabar menunggu hari bahagianya.Hujung bulan ni nikahnya.Lepasni title pun dah bertukar, tanggungjawab semakin berat.Kesabaran mesti dua kali lipat.Usaha perlu diperganda.Iman juga mesti lebih kukuh. Aku ketawa bila sahabat itu bertanya tentang aku.KAHWIN?? aku terdiam.Tak pernah terfikir dan terlintas di kepalaku.Terima kasih sebab kau mengingatkan aku tentang persoalan itu. Kau Aku Kau Aku Kau aku n Aku
: Bila lagi? : Belum fikirlah : Eh!boleh pula jawab macam tu? Kau ni ada perasaan ke tidak? : (ketawa) aku nak selesaikan degree aku dululah. :kau tahu, aku sayang dan cinta sangat dengan dia.Dia baik, selalu manjakan bla..bla..bla... : (diam dan hanya senyum sambil mendengar luahan rasa si sahabat)
Dalam hati aku bermonolog.. Sabahat, kata-kata manis itu bukan tiket sebuah kebahagian. Apa cukup dengan baik, manja dan bunga untuk buat kau bahagia seumur hidup? Sekarang mungkin itulah pengertian cinta pada kau tapi selepas berumahtangga bagaimana? Aku :habis kau taknak study lagi? Kau :malaslah...lagipun kerja aku sekarang dah OK. Aku :kau tak sayang ke sijil STPM yang kau ada?Taknak kerja yang lebih elok? Kau :Aku taknak keluar dari sini.Alaa..Nanti dah kahwin pandai-pandai la nak hidup. Aku sekali lagi terdiam.Tak semudah itu sahabat.Zaman sekarang zaman wang ringgit! Money is everything! Dah tak ada lagi yang free.Dulu pergi toilet free, minum air suam dekat kedai free tapi sekarang? Gerak sikit duit! Bukan aku mata duitan atau materialistik tapi apa salahnya kau fikir semua tu.Sekarang mungkin sayang.,cinta dan bla..bla..bla...Tak ada tak apa.Sanggup susah sama-sama.Makan nasi dengan garam pun jadilah. Tapi sampai bila kau sanggup tahan.Suatu hari nanti akan ada zuriat.Anak tu akan membesar. Makanan, pelajaran, kesihatan, tempat yang selesa, semua itu nak dapat guna apa? DUIT! Kad-kad cinta, puisi-puisi romantik tu dah tak boleh pakai.Kalau satu hari satu kad boleh masak tak ape... Aku bukan memperlekehkan cinta kau.TIDAK! aku Cuma sahabat yang pernah memerhati, mendengar dan melihat kesengsaraan hidup akibat cinta! Aku Cuma nak kau majukan diri.Kita masih muda.Nikah memang sunnah RASULULLAH tapi menjaga kebajikan diri juga perkara yang dituntut dalam Islam. Kau Aku Kau Aku Kau Aku Kau
: sekarang kau dengan siapa?Takkan tak ada yang special? :(gelak lagi!) :takkan tak ada?Alaa..boringlah hidup kau kalau macam tu. :Kadang-kadang memanglah boring. :So, carilah yang seseorang yang boleh membahagiakan kau. :Biarlah.. aku belum sedia lagi. :alaa..poyolah kau!
Aku pandang muka dia. Lebar sungguh senyumannya.Ceh!Menyampah pula rasanya. Sahabat, kau nak panggil aku poyo ke nyada-ngada ke macam bagus ke... suka hati kaulah! Aku tetap dengan pendirian aku. Belum masanya nak cari kekasih. Assignment aku belambak! Lagi elok aku fikir pasal benda-benda tu dari fikir pasal kekasih. Tapi sebagai seorang insan aku tidak menolak fitrah kehidupan.Cinta itu memang perlu.Dan jauh disuatu sudut dalam hati kecil ini mengakui hakikah cinta itu memang indah.Bohonglah kalau aku kata tak cemburu bila tengok kawan-kawan satu rumah asyik bergayut,sms.Aku sendiri suatu saat dulu pernah merasai keindahan dunia cinta.
Memang bahagia!Nak lagi masa tu baru meningkat remaja.Sikit-sikit gurau,sikit-sikit gelak.Kalau merajuk main pujuk-pujuk pula.Bila birthday main wish-wish.Macam bahagia sangat.Terasa diri dihargai dan disayangi. Orang lain belakang kita asal awak faham saya dan saya sayang awak. Tapi bila aku meningkat usia.Aku mula berfikir.Apa benarkah ini cinta? Kalau ya, seriuskah aku?suatu hari aku terbaca satu artikel katanya ‘Couple Haram’ . Eh! Betul ke? Tapi fikiran masih menafikan kebenaran. Ah! kami bukan buat benda haram.Dating pun tidak inikan pula nak buat maksiat! Kami tak jiwang-jiwang.Kalau call pun just tanya khabar,borak-borak.Apa haramkah semua itu? Selang beberapa hari aku terbaca sesuatu yang singgah dan memberi kesan dalam hatiku. ALLAH berfirman dalam surah Al-Isra’ surah ke 17 ayat ke 32 yang bermaksud : “Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah perbuatan keji dan suatu jalan yang buruk,” Tapi aku tidak buat maksiat macam-mana kata aku menghampiri zina? Ah!Tak boleh jadi. Aku mesti jumpa Abang Solleh seniorku dan pelajar tahun akhir jurusan Wahyu dan Al-Quran. Dari jauh aku melihat dia sedang membaca terjemahan Quran di surau hostel. Aku garu kepala.Malu nak cakap! Tapi kalau tak tanya kepala ni terasa terbeban pula. “Sebenarnya bang, couple ni boleh ke tidak?” Pertanyaan aku disambut senyuman meleret dari Abang Solleh.Ah sudah! Mesti dia fikir yang bukan-bukan pasal aku. “Kamu bercinta?” “Hmm..lebih kurang macam tulah.” “Akhi, memang fitrah manusia untuk berkasih-kasihan.Lumrah lelaki pasti tertarik dengan wanita dan begitu juga sebaliknya.Sedangkan Adam juga sunyi tanpa Hawa.Rasulullah sendiri menangis sedih tatkala Khadijah dipanggil ALLAH pulang.Tapi, pergaulan kita ada batasannya.” “Tapi bang,saya dengan dia tak pernah buat benda tak senonoh macam-mana nak dikatakan menghampiri zina.Niat kami baik.Kami Cuma nak berkawan.Kalau sms pun bukannya sms jiwang-jiwang.Selalu juga kami bagi tazkirah, ingatkan masingmasing tentang solat dan kadangkala berbincang pasal pelajaran saja. Kan ke baik tu bang?” “Memang niat kamu baik.Tapi kamu kena tahu niat tidak menghalalkan cara.Yang batil tetap batil dan yang haq tetap haq.” “Akhi, Syaitan buat manusia lupa tentang mana baik mana buruk.Pada mulanya memang niat anta baik tapi anta kena ingat syaitan licik!Dia sedaya upaya mahu menjerumuskan anak Adam ke lembah kemaksiatan.”
Aku terdiam.Otak laju berfikir dan terus berfikir.Kebenaran yang sudah semakin jelas dikepala. Aku tanya lagi. “Tapi bang... Kalau selalu dating tu lain ceritalah.Tapi kami ni tak pernah jumpa macam-mana nak dikatakan zina?” “Akhi, zina itu banyak.Zina tangan, zina kaki,zina mata,zina pendengaran dan zina lidah.Tapi, anta kena ingat ada zina yang anta tak boleh elak bila bercouple iaitu zina hati.” Aku terdiam.Lidah kelu.Badan panas sejuk bila tiba-tiba terlintas difikiran tentang hadith Rasulullah dalam Riyadhus Solihin dimana larangan melihat wanita.Kalau kaki berzina kerana pergi ketempat maksiat,tangan berzina kerana berpegangan,lidah berzina dengan kata-kata, mata berzina kerana melihat dan hati pula berzina bila kita merindui,mengingati dan membayangi dia.Hakikat bahawa diri tetap tidak dapat lari dari maksiat hati.Aku malu lalu menangis sebak. Selepas Isyak tatkala sedang duduk bertadabbur Al-Quran seorang diri aku kembali mengingati kisah petang tadi.Ah! Aku harus mencari penamatnya.Harus!Aku sudah tidak mahu berjanji.Aku tidak mahu dia terlalu mengharap.Dan yang utama, kisah cinta ini harus ku selesaikan. Menggeletar tangan menaip sms... “Assalamualaikum..Sya mhon maaf andai kata2 saya ini bakal menyakiti hati awak.Tapi saya harus menyelesaikannya.Setakat sni shja phubungan kita.Slma ini apa yg kita buat salah dsisi Islam.Sy doakan awak sntiasa istiqamah dgn solat dan Quran.Maafkan saya.Klau ada jodoh kita jumpa lg. Assalamualaikum..” Aku memejam mata sambil tangan menekan button [send] . Ya ALLAH... jagailah hatinya dengan kata-kataku.Jangan biarkan dia terluka.Bukakanlah hatinya agar faham tentang kenyataan ini. Tet..tett..! [massage receive] Dadaku berdebar-debar.Berkali-kali ku telan airliur. Bolehkan dia menerima?Adakah dia marah atau... Aku menarik nafas sambil membaca dengan penuh perasaan. “Abang..tanggungjawab sebagai umat harus kita laksana.Wpun pedih namun kenyataan itulah yg harus kita hadapi.Terima kasih diatas perhatian abang selama ini.” Telefon bimbit terlepas dari tangan lalu jatuh ke lantai. Dadaku pedih. Malam itu aku tidur dengan linangan airmata.Aku tak pernah terfikir untuk putuskan hubungan ini.Aku pernah terfikir mahu jadikan kau yang halal buatku tapi ajaran agama harus kita laksanakan Insyaallah..kalau jodoh milik kita pasti bertemu lagi. Kau :Fiy! Menung pulak dia.Aku bercerita macam nak rak kau layan perasaan pula! Aku : (ketawa sambil mengusap muka.Laa.. aku tak dengar langsung apa yang dia cakap)
Kau Aku Kau Aku Kau
:kau ni fikir apa? :Tak adalah..kisah lama. :Kisah cinta yang tak kesampaian? :Bukan cinta tak kesampaianlah! Belum masanya... :Huh!tak habis-habis jawapan yang sama.Jadi bila masa yang sesuainya?
Aku angkat bahu sambil tersenyum.Bila tiba satu saat hatiku benar-benar terbuka untuk menerima cinta itulah waktu yang paling sesuai untuk aku meminta bonda merisiknya.Saat itu aku mahu menghalalkan hubungan syarak tanpa ada kemurkaan Illahi. Kau :jangan memilih sangat Fiy.Bujang sampai ketua kau nanti. Aku :(ketawa) cerewet sikit apa salahnya.Kita mesti nak yang terbaik dalam hidupkan? Manusia tidak ada yang sempurna.Dan kerana kekurangan itulah aku mencari pendamping yang sentiasa setia membantuku.Dalam satu puisi yang pernah kubaca berbunyi ; “Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra’ Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah..” RABBI, aku bukakan pintu hatiku untuk menerima cinta namun aku serahkan kembali kepadaMU untuk memilih mana yang terbaik untukku....