Dasar Kerajaan

  • Uploaded by: Mohd Zulkarnain
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Dasar Kerajaan as PDF for free.

More details

  • Words: 1,095
  • Pages: 5
KOMPONEN II (Dasar-dasar Kerajaan) Tugasan Berkumpulan Soalan 2B Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia yang bertujuan untuk mengukuhkan jalinan murni antara kaum di Negara ini disamping berupaya merapatkan jurang pemikiran, budaya dan sosial dikalangan pelajar. Program ini adalah salah satu strategi dalam pelaksanaan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sumber : Kementerian Pelajaran Malaysia Berdasarkan pernyataan di atas, bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara kita?

Dasar-dasar

yang

diperkenalkan

di

Malaysia

kebanyakannya

mempunyai

matlamatnya yang tersendiri. Oleh itu Dasar Pendidikan Kebangsaan mempunyai objektif atau matlamatnya yang tersendiri bagi menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi, dan politiknya. Beberapa strategi telah digubal untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan yang telah ditetapkan.

Antara strategi

pelaksanaan adalah seperti berikut : 1) Menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama; 2)

Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah;

3) Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua; 4) Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukan-

pasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain.

Terdapat satu rancangan yang terkandung dalam Dasar Pendidikan Kerajaan iaitu Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan (RIMUP) yang merupakan salah satu program Kementerian Pelajaran Malaysia bertujuan untuk mengukuhkan jalinan murni antara kaum di Negara ini disamping berupaya merapatkan jurang pemikiran, budaya dan sosial dikalangan pelajar. RIMUP ialah satu program yang berkonsepkan untuk menggalakkan penglibatan masyarakat setempat, para guru dan kerjasama muridmurid dalam kegiatan-kegiatan khas serta penggunaan bersama kemudahan, peralatan, penggemblengan tenaga dan kepakaran. Antara lain matlamat RIMUP ini adalah untuk melahirkan generasi Malaysia yang berilmu pengetahuan, memiliki jiwa dan peribadi yang unggul, bersemangat muhibbah dan mampu menghadapi cabaran kolektif dan bersepadu. Selain itu, objektif utama tertubuhnya RIMUP adalah bagi melahirkan persefahaman dan tolenrasi antara murid pelbagai kaum di sekolah. Persoalannya di sini, bagaimanakah Dasar Pendidikan Kebangsaan dapat membantu mewujudkan perpaduan dalam kalangan pelajar berbilang kaum di negara kita? Mari kita menyelami dengan lebih dekat lagi berkenaan strategi-strategi yang telah diperkenalkan untuk mejayakan Dasar Pendidikan Kebangsaan dalam memupuk perpaduan kaum di kalangan pelajar di Malaysia. Pertama, menjadikan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama. Rakyat Malaysia menerima hakikat bahawa Bahasa Kebangsaan adalah tali penghubung terpenting dalam usaha memupuk perpaduan rakyat kerana ia boleh berperanan sebagai bahasa pengantaraan untuk masyarakat kita yang berbilang kaum. Malah, Bahasa Melayu telah diimbangi dengan hak untuk mengguna, mengajar dan mempelajari apa-apa bahasa. Bahasa Melayu juga diwajibkan penggunaannya dalam maksud rasmi di negara kita. Selaras dengan kedudukan serta peranannya, bolehlah dikatakan Bahasa Kebangsaan diajar sebagai salah satu matapelajaran penting di semua peringkat dan jenis sekolah di Malaysia. Sebenarnya, melalui bahasa kita dapat meningkatkan perpaduan kerana komunikasi yang berjalan dengan lancar dan masyarakat akan saling faham kehendak satu pihak yang lain. Penggunaan bahasa yang seragam dapat membantu menghilangkan perasaan prasangka kerana setiap golongan masyarakat menggunakan bahasa yang difahami malah ia akan banyak

membantu menangani masalah salah faham konteks maksud ayat yang ingin disampaikan. Pelaksanaan strategi kedua adalah mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi semua jenis sekolah. Kurikulum merupakan satu usaha ke arah mewujudkan berbagai-bagai program pengajaran dan pembelajaran bagi membolehkan murid dan pelajar menerima ilmu pengetahuan, memperkembang dan meningkatkan kemahiran serta menghayati nilai-nilai yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Negara. Di negara ini, penggunaan kurikulum di sekolah adalah sama iaitu berdasarkan Kurikulum Kebangsaan. Kurikulum Kebangsaan merupakan satu lagi ciri dasar Pendidikan Kebangsaan yang bertujuan untuk mewujudkan keperibadian kebangsaan ke arah pembentukkan perpaduan negara. Kurikulum Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah di negara ini telah digubal sedemikian demi mencapai dasar perpaduan. Kementerian Pendidikan telah menjadikan kurikulum sebagai salah satu asas untuk membentuk perpaduan di kalangan murid-murid yang mendapat pendedahan bermula dari alam persekolahan lagi. Pendedahan sejak awal dapat memupuk semangat patriotisme yang tinggi misalnya melalui subjek sejarah. Hal ini kerana, subjek ini menceritakan kisah perjalanan pembentukkan negara sejak awal lagi. Ia turut memuatkan semangat perjuangan pejuang tanah air untuk menuntut kemerdekaan. Secara tidak langsung semangat patriotisme meresap dalam diri pelajar yang belajar mengenainya. Malah, sukatan pelajaran yang sama juga menyumbang kepada perpaduan negara. Sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan perlu mendapat pendedahan yang sama

kerana dari situlah semangat pelbagai bangsa

dapat ditingkatkan untuk menjaga negara kita daripada dijajah semula baik dari segi pemikiran atau penaklukan negara.

Strategi ketiga dalam memupuk perpaduan kaum di sekolah adalah dengan mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua. Semua institusi pendidikan harus menyediakan peperiksaan yang sama agar tidak wujud masalah tentang tahap kelayakan seseorang untuk memasuki tahap yang lebih tinggi. Dengan adanya sukatan pelajaran dan peperiksaan yang seragam, pelajaran para pelajar tidaklah terganggu apabila

terpaksa

berpindah

sekolah.

Langkah

ini

boleh

menolong

proses

menyatupadukan pelajar berbilang kaum di samping mewujudkan keperibadian yang sama.

Pendidikan Kebangsaan telah menetapkan setiap murid atau pelajar wajib

mengambil Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) atau Sijil Peperiksaan Malaysia Vokasional (SPMV), dan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Keputusan peperiksaan ini digunakan untuk tujuan pensijilan dan penentuan kerjaya di samping melanjutkan pelajaran. Menggalakkan aktiviti ko-kurikulum yang memupuk disiplin, seperti pasukanpasukan kadet tentera, kadet polis, pengakap, puteri Islam dan lain-lain merupakan strategi keempat dalam memupuk perpaduan kaum di Malaysia. Pendidikan bukan sahaja merangkumi pembelajaran ilmu yang diajar secara formal malahan merangkumi tindakan mempelajari tingkahlaku dan nilai-nilai dalam kehidupan manusia. Nilai-nilai ini bukannya datang dengan sendirinya, tetapi perlu dipelajari, dihayati dan perlu diamalkan. Kokurikulum diwujudkan dengan berdasarkan kepercayaan bahawa semua orang harus mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental, rohani dan jasmani. Manusia mempunyai bakat dan minat yang boleh digilap, boleh dididik serta mendidik diri sendiri dan orang lain. Para pelajar yang mengikuti kegiatan kokurikulum dapat menyesuaikan diri dalam pergaulan harian bersama rakan-rakan daripada kaum yang lain dan secara tidak langsung perpaduan dapat diwujudkan. Pelajar yang tidak mahu melibatkan diri dalam kegiatan kokurikulum dan menumpukan kecemerlangan akademik semata-mata adalah pelajar yang tidak boleh bergaul mesra dengan rakan yang terdiri daripada berbilang kaum. Kita perlu mengekalkan perpaduan kaum yang bermula di alam persekolahan. Sebab itu kegiatan kokurikulum di sekolah-sekolah perlu diperkasa demi menjayakan perpaduan nasional atau 1Malaysia seperti yang diharapkan oleh Perdana Menteri kita. Secara keseluruhannya, dapat diperhatikan di sini bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia begitu serius dalam mewujudkan perpaduan dikalangan masyrakat berbilang kaum di Malaysia bermula sejak dari bangku sekolah lagi melalui pelaksanakan strategi-strategi yang telah digubal selaras dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menyokong penuh pelbagai langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan kerana usaha-usaha yang

dijalankan adalah demi kebaikan, kesejahteraan serta keselamatan negara pada masa akan datang. Bersyukurlah kepada tuhan yang maha Esa kerana negara Malaysia telah diberikan pelbagai nikmat serta kemewahan yang melimpah ruah untuk diduduki secara aman dan harmoni dikalangan masyarakat berbilang kaum.

Related Documents


More Documents from "Siswo Dwi Martanto"

Apa Itu 5r Complete)
June 2020 18
Isu Murtad
June 2020 19
Dasar Kerajaan
June 2020 23
Kuarters
June 2020 31
Apa Itu 5r!
June 2020 52