Nilai Murni Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam

  • Uploaded by: Mohd Zulkarnain
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Nilai Murni Dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam as PDF for free.

More details

  • Words: 1,386
  • Pages: 5
KOMPONEN II (Nilai Murni dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam) TUGASAN INDIVIDU Soalan 2A

Perkhidmatan secara profesionalime bermakna setiap anggota organisasi harus mempunyai ilmu pengetahuan yang tinggi dan kemahiran yang mencukupi bagi menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka. Menyelesaikan masalah secara profesional akan menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif. Untuk itu, setiap anggota organisasi hendaklah sentiasa berusaha untuk meningkatkan kebolehan dan kemahiran sedia ada. Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), 1991: 55

Bagaimanakah penghayatan nilai-nilai di atas dapat meningkatkan tahap profesionalisme selaras dengan teras kelima dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010?

Dalam menghayati teras kelima dalam Pelan Induk pembangunan Pendidikan 2006-2010 kita perlu tahu apakah isi-isi yang terkandung dalam teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 ini. Dalam teras kelima, pelbagai langkah telah dikenalpasti untuk memartabatkan profesion keguruan dalam mengharungi arus globalisasi yang semakin berkembang dengan pesat selari dengan perkembangan sains dan juga teknologi. Antaranya ialah meningkatkan tahap profesionalisme berdasarkan kepada ketinggian ilmu samada melalui ilmu berkaitan kemahiran mahupun intelek. Dalam konteks kita sebagai seorang guru, usaha utama dalam meningkatkan profesionalisme keguruan adalah dengan meningkatkatkan lagi teknikteknik pengajaran dalam bilik darjah. Ianya dapat dilaksanakan dengan menguasai beberapa kaedah asas seperti menjalankan kajian atas keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran guru di dalam bilik darjah, menggunakan teknik refleksi dengan kemahiran penilaian kendiri untuk mempertingkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dalam menghayati nilai-nilai yang disebutkan dalam perenggan di atas selaras dengan teras kelima Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, salah satu usaha bagi meningkatkan tahap profesionalisme keguruan adalah dengan cara peningkatan kendiri. Secara ringkasnya saya membahagikan peningkatan kendiri ini kepada beberapa bahagian iaitu; yang pertama adalah melalui

penyelidikan tindakan, keduanya adalah dengan menggunakan pendekatan muhasabah diri atau refleksi, seterusnya adalah membudayakan ilmu dan yang terakhir sekali adalah elektronik pembelajaran atau lebih dikenali sebagai e-pembelajaran. Selain daripada itu, guru-guru juga boleh meningkatkan tahap profesionalisme mereka melalui latihan dalam perkhidmatan serta kerjasama profesional ataupun kolaborasi sesama guru yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama.

Penyelidikan tindakan merupakan satu bidang soal selidik dan kajian berbentuk refleksi kendiri yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik atau individu. Ianya dilakukan bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan atau sosial. Melalui cara ini ianya dapat menggalakan guru dan pendidik membuat refleksi terhadap masalah-masalah pendidikan yang dijumpai semasa menjalankan aktiviti pengajaran, mengesan dan memperbaiki kelemahan dan kekurangannya. Oleh sebab penyelidikan tindakan mengutamakan amalan pendidikan di dalam bilik darjah , maka ia dapat merapatkan jurang di antara teori dengan praktis dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, dan dengan ini, guru dapat membina kemahiran mengajar dengan lebih berguna serta berkesan. Hasil kajian yang didapati melalui penyelidikan tindakan bukan sahaja akan membolehkan guru meningkatkan kemahirannya dalam aktiviti pengajaran, tetapi juga membolehkan guru berpeluang mengubah kaedah dan teknik mengajarnya, supaya mencuba sesuatu kaedah mengajar baru yang lebih sesuai. Melalui penyelidikan tindakan juga, guru dapat meneliti aktiviti pengajarannya secara terperinci dengan aktiviti pengajaran pada masa depan. Dengan menjalankan penyelidikan tindakan,guru dapat dilatih untuk meningkatan kemahiran-kemahiran perancangan, pemerhatian, mengumpul data, menganalisis, menilai, menginterprestasi, membuat refleksi serta merumus, demi meningkatkan tahap ilmu pengatahuan dan imejnya dalam profesion keguruan. hasil dapatan diperolehi melalui penyelidikan tindakan dan didokumentasikan dalam bentuk tulisan merupakan bahan rujukan yang penting bukan sahaja bagi guru sendiri, tetapi juga sebagai sumbangan idea baru untuk dirujuk oleh rakan sejawat dan guru-guru di sekolah lain. Selain daripada penyelidikan tindakan, salah satu lagi cara yang dapat meningkatkan profesionalisme keguruan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 adalah pengamalan reflektif. Amalan refleksi amat penting untuk peningkatan profesionalisme keguruan kerana guru dapat menggunakan teori pengajaran dan pembelajaran untuk menilai kebaikan dan kelemahan pengajaran serta pembelajaran muridnya, lalu membaiki dan mengubahsuai rancangan, kaedah dan teknik mengajar kearah meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Dibawah konteks pendidikan, refleksi ialah sesuatu proses seseorang yang berusaha untuk mengingat dan merenung kembali aktiviti pendidikan yang telah difikirkan atau dialaminya, menganalisis dan menilai kesannya, termasuk

memikirkan cara membaiki dan merancang dengan mengubahsuainya untuk digunakan dengan lebih berkesan pada masa hadapan. Bagi membolehkan guru-guru sentiasa berdaya saing dalam kepesatan sains dan teknologi, amalan membudayakan ilmu harus disematkan dalam diri setiap insan bergelar guru kerana ilmu yang diperoleh boleh dimanfaatkan ketika pengajaran dan pembelajaran dan tidak hanya tertumpu kepada buku-buku yang diedarkan oleh pihak kerajaan di sekolah-sekolah sebagai rujukan. Membudayakan ilmu boleh dipecahkan kepada enam cabang yang tertentu iaitu; •

Budaya membaca: iaitu sentiasa memperolehi minat dan rajin membaca dengan tujuan menambah ilmu pengetahuan serta mengembangkan daya fikir sendiri.



Budaya berfikir: iaitu sentiasa berusaha meningkatkan dan memperkayakan pemikiran sendiri melalui proses analisis, sintesis dan kritis.



Budaya belajar: iaitu sentiasa berusaha menambah dan mengembangkan ilmu pengetauan dan kemahiran melalui berbagai proses pembelajaran.



Budaya berkarya: iaitu sentiasa berusaha menyebarkan ilmu pengetahuan atau kemahiran dengan lisan ataupun secara bertulis sebagai sumbangan untuk dimanfaatkan oleh ahli-ahli masyarakatnya.



Bermusyawarah: iaitu pengurusan dan proses membuat keputusan tentang hal pendidikan dijalankan secara muafakat atau musyawarah dalam semangat berpasukan.



Refleksi: iaitu proses penilaian kendiri, menimbangkan hasil dapatan daripada kajian kes pendidikan dengan tujuan menyedari dan memahami kekuatan dan kelemahannya, dan mencari ikhtiar untuk mengatasi bidang kelemahan tersebut.

Dengan adanya pembudayaan ilmu di sekolah mahupun di mana-mana, ianya bukan sahaja dapat menjadi tauladan yang murni kepada murid-murid sekaligus dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan secara tidak langsung. Selain dapat meningkatkan pengetahuan dalam bidang masing-masing pembudayaan ilmu juga dapat mempertingkatkan kemahiran seseorang guru itu dalam menangani pelbagai permasalahan dengan lebih profesional malah dapat menghasilkan perkhidmatan yang lebih efisien dan efektif di mana ianya juga dapat menambah kecekapan sesebuah organisasi itu. Sejak dekad 70-an, oleh kerana perkembangan sains dan teknologi dengan pesat serta canggih, khasnya penciptaan alat media elektronik dan komputer, pelbagai jenis pendidikan telah diikhtiar dan diperkenalkan untuk kegunaan di institusi pendidikan

demi menangani tuntutan semasa serta cabaran masa depan. Diantara jenis pendidikan baru diperkenalkan ialah Pendidikan Jarak Jauh, Pendidikan Komputer, Pendidikan Terbuka, pendidikan Radio dan Televisyen, On-Line Tutorial dan sebagainya. Dengan adanya kemudahan yang canggih dan berteknologi tinggi, para guru lebih senang untuk mengakses maklumat-maklumat yang diperlukan hanya dihujung jari. Oleh itu bagi meningkatkan tahap profesionalisme dikalangan guru-guru di Malaysia, guru hendaklah menjadi lebih proaktif dalam mencari maklumat seiring dengan perkembangan teknologi di seluruh dunia. Oleh yang sedemikian guru-guru tidak akan ketinggalan dalam mempelajari ilmu Allah yang sangat luas. Di samping dapat mempertingkatkan kemahiran dalam bidang yang diceburi, ianya juga diharap dapat membantu dalam mempelbagaikan lagi kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya tidak menjadi bosan sekaligus dapat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan iaitu murid-murid yang bakal menjadi penentu masa depan negara seterusnya dapat melonjakkan tahap profesionalisme keguruan ke tahap yang lebih tinggi. Penghayatan nilai yang dapat meningkatkan profesionalisme keguruan selaras dengan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 adalah melalui Kursus Dalam perkhidmatan dan Kursus Dalaman. Perubahan dan perkembangan dalam sistem pendidikan menjadikan tugas guru semakin mencabar dan berbeza. Penguasaan ICT serta memiliki sifat-sifat yang berakhlak mulia dan berani akan meningkatkan lagi tahap profesionalisme seorang guru. Jadi, kursus-kursus yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran dan Jabatan Pendidikan Negeri haruslah dihadiri oleh guru. Contohnya ialah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Peningkatan Profesionalime Keguruan. Kursus seperti ini sudah tentunya akan membantu guru meningkatkan prestasi dalam tugasan yang semakin canggih dan mencabar. Secara tidak langsung juga, peningkatan kemahiran itu akan bertambah lagi apabila guru berkenaan berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan yang tidak berkesempatan dan berpeluang menghadiri kursus seperti ini. Di samping itu, peningkatan kendiri seseorang guru dapat dibuat melalui usaha kerjasama dengan guru-guru lain yang memiliki kelayakan akademik serta latihan ikhtisas yang sama di mana ia boleh disebut sebagai kerjasama profesioanal ataupun kolaborasi. Kerjasama ialah sikap saling membantu atau tolong-menolong. Jadi, kolaborasi berbentuk profesional yang dibuat mestilah mencapai matlamat-matlamat pendidikan yang ditetapkan oleh pihak sekolah. Dalam pentadbiran itu juga, ciri-ciri seperti kolaboratif, koperatif dan kesejawatan mestilah dimiliki oleh guru untuk kemajuan sekolah Kesimpulannya, terdapat pelbagai langkah dapat dihayati dalam menguasai nila yang disebutkan iaitu ilmu pengetahuan dan juga kemahiran. Bagi membolehkan seseorang guru khususnya dapat meningkatkan tahap profesionalisme keguruan dalam menongkah arus pemodenan yang semakin mencabar pada masa kini yang menuntut guru untuk lebih berilmu pengetahuan dari pelbagai aspek di samping kemahiran-

kemahiran lain bagi membolehkannya memberi perkhidmatan yang efesien dan efektif kepada pelanggannya. Oleh itu, ilmu merupakan perkara yang amat penting dalam meningkatkan profesionalisme keguruan kerana dengan adanya ilmu serta kemahiran, banyak permasalahan dapat diselesaikan dengan lebih berkesan dan cekap. Oleh itu guru adalah disaran untuk menguasai seberapa banyak ilmu pengetahuan yang ada kerana ilmu pengetahuan dapat mendorong seseorang itu bersikap lebih matang dan profesiional dalam menghadapi sebarang permasalahan yang timbul kelak.

Related Documents


More Documents from "egahmulia"

Apa Itu 5r Complete)
June 2020 18
Isu Murtad
June 2020 19
Dasar Kerajaan
June 2020 23
Kuarters
June 2020 31
Apa Itu 5r!
June 2020 52